SHOT SEVEN

Bad Boy. Good Girl.

 

 

Latihan tamat awal petang tu so KARA buat aktiviti bebas. Gyuri kembali termenung di satu sudut bilik latihan tarian. Seungyeon perasan dua tiga empat lima hari ni Gyuri senyap semacam. Kemurungan? Oh, tidak! Ini tak boleh terjadi kepada ketua KARA, fikir Seungyeon mula risau. Tapi Seungyeon memang terkenal dengan sikap over-worried nya. Tapi, lagi sekali, ahli KARA mana yang tak sayang Gyuri, kan? Dia umpama Omma mereka di dorm.

 

 Seungyeon pun buat perhimpunan haram kat satu sudut lain, dengan ahli-ahli KARA yang lain. “Guys, aku rasa kita better gi outing. Lama dah tak pergi.. lagipun aku worry tengok unnie..,” mulutnya mencebik ke arah si Gyuri yang termenung sendiri. “Nikori, kau pergi cakap dengan sajangnim, kita nak keluar.. round round sekejap,” arah Jing secepat kilat. Dia memang suka sangat nak keluar tapi hanya pada Nicole dia bergantung kalau pasal nak minta izin keluar di khalayak ramai. “Ee.. aku lagi?” Nicole macam nak protes tapi bila Hara bagi jelingan kau-lah-siapa-lagi? tu..Nicole mengeluh lemah. Hara ada super power telepati guna mata je. Jaga-jaga!

 

Dengan super-puss-in-boots-eyes versi Nicole, manager mereka pun setuju. Mereka keluar ditemani oleh tiga orang bodyguard dan seorang pemandu. Tempat pertama yang dituju ialah Kara Cafe. Tempat wajib kerana itulah alasan utama Nicole bagi supaya mereka dapat keluar macam tu.

 

Sepanjang perjalanan Gyuri diam saja. Katanya dia letih. Dia ikut pun sebab dongsaengnya paksa and tarik dia masuk kereta MPV mereka. Sampai di cafe, mereka berlima pun macam biasalah, borak-borak sambil minum kopi. Tapi Gyuri borak tanya satu jawab satu.. tanya dua pun jawab satu. “Guys, aku nak ke kedai sebelah kejap,” beritahu Gyuri lalu bangun hendak ke kedai sebelah. Kedai sebelah cafe mereka ialah sebuah kedai aksesori, perhiasan wanita dan lelaki. Gyuri sebenarnya tak nak tunjukkan mukanya macam tu pada yang lain. Dia tahu mereka risaukan dia.

 

Gyuri masuk dalam kedai tu dan pusing-pusing tengok barang. Semuanya cantik. Dia jadi terhibur seketika. Tuan punya kedai juga bagi ruang kepadanya untuk tengok-tengok aksesori yang ada. Gyuri tertarik ke satu sudut dimana semua aksesori dijual berpasangan. “Itu couple corner. Kalau Gyuri dah ada boyfriend, bagitahu Unnie, Unnie siapkan satu set untuk Gyuri,” kata pemilik kedai itu, seorang wanita muda, tua beberapa tahun je daripada Gyuri. Gyuri dan saya tak tahu nama dia, so kita panggil dia Unnie jelah ek.

 

Cincin adalah yang paling banyak dijual berpasangan. Gyuri jadi bosan pula bila tengok cincin je yang banyak dipamerkan. “Unnie, ada tak aksesori lain untuk couple selain dari cincin?” tanyanya spontan. Si unnie tersenyum manis dan mengangguk laju. Wah, Gyuri dah ada boyfriend! Jeritnya dalam hati, tumpang gembira dengan sangkaannya tadi.

 

Unnie tu terus bawa Gyuri ke belakang kedainya. Di balik sehelai tirai nipis, terbentang semua aksesori couple di depan mata Gyuri dan Gyuri jadi terlopong kagum. “Wah!” dan Unnie senyum malu. “Gyuri dah ada boyfriend ke?” Gyuri geleng perlahan. “Saya cari untuk kawan,” jawabnya pendek. Dia mula meneliti aksesori yang ada. Ada rantai leher, anklet, gelang, keychain.. mug pun ada? Mug? Aksesori ke?

 

Gyuri mengeluh dalam hati, apa bendalah yang aku buat ni? Cari couple item? Hish.. dan dia melangkah keluar, ke bahagian depan kedai itu semula. Unnie tu blur tapi cepat-cepat ikut langkah Gyuri. “Kalau untuk kawan, unnie ada ini,” wanita itu tunjuk pula ke satu sudut berdekatan kaunter. Di sudut itu tergantung barang perhiasan bertema persahabatan. Gyuri tidak berminat langsung. Dia lalu meminta diri untuk kembali ke Kara Cafe di sebelah.

 

“Gyuri..,” panggil Unnie tu lagi. Dia baru perasan wajah Gyuri tidak seceria teman-temannya yang lain. “Kalau untuk 50-50, unnie pun ada..,” kata Unnie perlahan dan hampir berbisik. Gyuri senyum dan geleng kepala. Dia sudah hendak beredar apabila tangannya tiba-tiba ditangkap oleh Unnie tu. Gyuri terkejut dan menoleh. Unnie tunjuk kepada tangan Gyuri dengan matanya. Gyuri ikut arah matanya dan tengok kepada tangannya. Ada gelang getah tebal yang biasa digunakan tersarung di tangannya. Gelang getah fesyen bolasepak/sukan tu.. berwarna ungu muda.

 

Unnie yang baik hati tu tarik gelang tu dan muncul lagi satu gelang yang sama tapi warnanya lebih gelap. “Ini untuk Gyuri. FOC,” katanya tersenyum ikhlas. Gyuri tersenyum, terharu dalam hati. “Oh, gomawoyo unnie.. tapi..” “NO, just take it. Ni limited edition.. erm sebenarnya sangat biasa, tapi bagi unnie ini band special. Gyuri boleh letak nama kat dalam atau luar band ni..” kata-kata Unnie terbantut sebab Gyuri tiba-tiba peluk dia. Unnie seakan-akan faham yang Gyuri ni memang ada yang tak kena. Dia lalu bisik pada Gyuri kata-kata semangat. Dan Gyuri rasa kembali bersemangat.

 

“Band ni untuk couple.. tapi Gyuri boleh simpan jadi satu sebab yang bawah ni senang nak sorok,” Unnie sambung lagi. “Erm.. gomawoyo unnie!” Gyuri peluk dia lagi sekali dan wanita tu pula jadi terharu tiba-tiba. “Good luck ne!” ucapnya sambil melihat Gyuri pergi ke cafe sebelah.

 

Mereka berlima habiskan masa outing tu sampai pukul 10 malam. Tu pun lepas sajangnim call berkali-kali suruh balik. Mood Gyuri dah berubah ceria balik. Jadi kawan-kawannya pun fikir Gyuri dah OK.

 

---

 

11PM, semua dah tidur nyenyak tapi Gyuri belum. Gyuri leka menonton TV sambil tangannya bermain dengan gelang getah tadi. Tiba-tiba ada satu mesej masuk ke telefonnya. Gyuri cepat-cepat baca mesej tu. Dari Jiyong! Yes! Jiyong-ah, pugu shipohsohhh! Gyuri hampir je menjerit betul-betul kerana gembira dapat mesej tu. Mereka berdua tak berjumpa dekat seminggu lebih dah. Mesej, call.. Gyuri memang tak berani nak buat dulu. Entahlah, macam pelik je rasanya kalau dia yang cari Jiyong dulu. Mungkin dah terbiasa dengan Jiyong yang selalu mencarinya terlebih dahulu.

 

GDaddy : Mommyyyyyy, pugu shipoh?

 

Of course lah!!! Gyuri tersenyum sendiri, menjerit dalam hati. Cepat-cepat dia text balik.

 

G : Bleh.. apa hal?

 

Tapi..tapi.. dia reply macam tu?! Gyuri cuba cancel text mesej tu tapi dah delivered. Aduh, apa hal la aku ni? Marahnya sendiri.

 

 GD : Turun cepat. Kita gi jumpa Kiko! Sekejap je. Pakai sweater purple yang aku bagi tu!

 

Gyuri beliakkan matanya. Jumpa Kiko??? Tak nak!!! Nanti aku..sakit hati. Kenapa pulak aku nak sakit hati? Dan dia pun cepat-cepat bersiap dan turun sepantas mungkin.

 

                Jiyong senyum lebar melihat Gyuri muncul dengan jeans hitam, snicker kuning, T-shirt biru muda dan berjaket purple gelap pemberiannya. Rambutnya yang curly di hujung dibiarkan mengurai keluar dari hood jaket. Dan buat seketika Jiyong terkaku melihat kemunculan Gyuri malam itu. Sangat ringkas tapi kenapa..dia rasa sangat..awesome pulak?

 

                “Amboi..colourfulnya!” komen Jiyong, melihat Gyuri dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas lagi. “Shut up!” jawab Gyuri kasar dan terus masuk ke dalam kereta Jiyong tanpa perlu dijemput-jemput lagi. “Uh, apahal dia ni? Angin semacam?” Jiyong tanya sendiri dan masuk ke dalam kereta. Dia mula memandu pergi.  “Mommy....period ke?” tanya Jiyong memulakan perbualan dalam kereta.

 

                “Tak.. aku letih je,” jawab Gyuri, malas. Jiyong ketawa kecil. “Aku fikir kau period. Moody semacam je aku tengok,” kata Jiyong. “Huh..” “Kau period hari tu bila ye... sebelum birthday kau kan? 18hari bulan?” Jiyong sambung lagi bertanya. Gyuri jeling kepadanya lalu, “Yah! minatnya nak tahu aku period bila.. wae?!” Jiyong tak sempat tutup telinganya, sebaliknya dia hanya menggosok-gosok telinganya. Tajam betul suara dia. Tak sayang suara ke? Start lah nak menjerit tu, rungut Jiyong.

 

                “Kita nak ke mana?” tanya Gyuri, nadanya kini mendatar. “Gi Love Cafe, cafe baru...aku baru jumpa siang tadi. Kiko dah tunggu kita,” kata Jiyong gembira. Sebenarnya Jiyong dan Kiko dah plan nak jumpa di sebuah club tapi bila teringatkan Gyuri ikut sama, Jiyong pun tukarlah tempat nak berjumpa, last minute changes. Gyuri OK je kalau pergi ke club. Dia cepat menyesuaikan diri di mana-mana..cuma Jiyong je yang tak suka dia pergi ke tempat macam tu. Care eh?

 

                Mereka pun sampai di Love Cafe. Tiada orang lagi selain mereka di situ sebagai pelanggan. Nampaknya Kiko belum datang. Mereka berdua pun orderlah minuman dan cari tempat duduk yang agak tersembunyi. Sambil duduk tunggu si Kiko, minuman pun sampai..  Sambil minum perlahan-lahan, Gyuri pun tak sedar bermain lagi dengan gelang tangan barunya. “Oh? Apa tu?” tanya Jiyong, matanya melekat pada gelang di tangan Gyuri.

 

                Gyuri tak sempat nak bagi dia tengok baik-baik sebab Jiyong dah sambar tangan Gyuri dan tarik gelang tu daripada tangan Gyuri. “Wah, mana kau dapat ni? Bagi aku!” Jiyong selamba je minta, sambil tangannya membelek-belek gelang getah tu. Mood Gyuri yang dah mula turun since Jiyong ajak jumpa dengan Kiko tadi, jadi turun mendadak apabila Jiyong minta pula gelangnya. “Ambiklah,” katanya menoleh ke arah lain. “Wah.. gomawoyo, Mommyyyy!” ucap Jiyong lalu memakai gelang itu. Gyuri terus mencebik bibir bila melihat gelangnya kini tersarung di tangan Jiyong. Huh, Jiyong, kau pakai apa pun cantik.. kalau aku pakai, macam rupa gelang getah tak guna je, sempat Gyuri membandingkan dirinya dengan Jiyong...dalam hati je.

 

                “Jiyong-oppa! Annyeong!” satu suara perempuan, ceria dan bertenaga  menyapa dan mereka berdua serentak mendongak. Kiko Mizuhara sudah berada di depan mata dengan pakaian clubbingnya, black dress mini yang ketat dan bergemerlapan, bling-bling lah, macam T.O.P selalu nyanyi tu. Sangat-sangat outstanding!

 

                “Oh.. siapa ni?” tanya Kiko saat matanya bertembung dengan mata Gyuri. Jiyong lalu genggam jari Gyuri yang duduk di sebelahnya. Gyuri terkaku, menoleh kepada Jiyong. Wae? Gyuri tanya dalam hati. Jiyong senyum padanya tapi dia nak senyum balik pada Jiyong, dia dah tak berdaya.. lebih-lebih lagi bila dia cakap..“This… is my girl-”

 

 

 

A/n : KYAHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!! Paused! Mari menyanyi bersama-sama! Lalalalala.. hati tengah bunga-bunga ni.. jom ikut saya nyanyi lagu gembira.. lagu Pororo the Little Penguin! ~~~ Pororo and friends singing a song... lalalalalalala, lalalala! Loopy and friends get together...bum gibum gibum gibum, bum gibum gibum! ~~~

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
autumnX
bbgg- saya double update!!come come read!

Comments

You must be logged in to comment
AyumuChan #1
Chapter 58: Bestnyaa...Good jod author...Keep trying...So sweet.haha
namsaehee #2
Chapter 4: syok sendiri baca crite nie , btw , nice!! , tapi , lain kali , buat yg lebih romantik lagi ye ??
trexemo92
#3
Chapter 3: rasa mcm tgk cerita tp alih bahasa. hahaha. anyway, tk sangka kt sini ada jugak fics dlm BM. Kyaaaaaaaaa~~~i love it so much!!!!!!
MaryReeds
#4
Chapter 58: Nice story!!! Touching :'(
MaryReeds
#5
Chapter 42: Triple X? Ape tu?
MaryReeds
#6
Chapter 31: SERIOUSLY AKU TAK PAHAM BETOL DENGAN TOP NI! *CONTINUE READING*
MaryReeds
#7
Chapter 19: "Tanahair" haha !
-Yuan-
#8
Chapter 1: I love the couple sadly I can't malay
But it looked awesom if you ever decide to make a english fanfiction about them noth would be awesome
sndrprk
#9
Chapter 59: part 2? WAAAAA~~! suka suka
Catalina390 #10
Chapter 59: what sequel? OMG!