SHOT THIRTY THREE

Bad Boy. Good Girl.

Hebat jugak dorm KARA ni, ada guest room kat satu floor berasingan dengan bilik peribadi penyanyi-penyanyi muda itu, TOP fikir sambil melihat sekitarnya. Gyuri membawanya ke ruang rehat tetamu. Nampaknya kalau dah berjumpa macam ni, tak perlu lagilah nak pergi ke Cafe Love siang nanti, fikirnya lagi. Gyuri nak pergi buatkan air minuman tapi TOP cakap tak perlu. Dia takkan lama.

 

“Oppa, tak apa ke macam ni? Dia tunggu tu,” Gyuri duduk di sebelah TOP dengan muka risau. TOP dah selesa bersandar pada sebuah sofa empuk yang panjang. “Tak apa, dia faham,” jawabnya selamba tapi dalam hatinya sebenarnya juga risau kalau dia sendiri perlu berlama-lama di situ. “So Gyuri, tell me, Jiyong macam mana sekarang?” TOP pula bertanya.

 

Gyuri tersengih. “Oppa kenapa ni? Jiyong tanya soalan yang hampir sama macam tu. Peliklah!” jawabnya, mendengus. “Aishh... kalau tak buat macam ni macam mana nak buat dia meletup, Gyuri! Oppa nak kerjakan dia,” TOP bernada geram. Gyuri tergelak kecil. Melihat keadaan TOP begitu, tak pernah terlihat olehnya di mana-mana wajah geramnya.. “Omo..Oppa sangat cute!” Gyuri komen spontan. Dan spontan juga TOP jadi tersipu-sipu.

 

“Gyuri, dia sukakan awak lebih dari yang kita tahu. Saya frust lah, kena buat macam ni untuk letupkan dia...,” tiba-tiba nada TOP bertukar lemah. Gyuri terdiam. Mungkinkah lelaki yang mereka maksudkan memang tak sukakan dia seperti yang mereka fikir. Ya, dia dan TOP memang tiada apa-apa selain kawan biasa. TOP berhasrat nak membantunya kerana TOP menghargainya sebagai seorang chinggu special kepada Jiyong. Entah kenapa fikirannya beralih pada Kiko tiba-tiba. Mungkinkah Jiyong masih sukakan Kiko?

 

“Macam ni Gyuri, kita perlukan impak. Let’s do this Tabi style,” katanya tiba-tiba sangat yakin pula bunyinya. Gyuri mengerut dahi. Omo, semakin tak dapat memahami sikap lelaki yang dikenali sebagai teman lelakinya kini.

 

---

 

Jiyong tutup mata rapat-rapat dan tarik nafasnya dalam-dalam sebelum membuat keputusan. Kedua tangannya pada stereng kereta. Genggamannya kemas dan kuat. Hatinya dah tekad nak menerjah masuk ke bangunan itu dan hentikan segalanya. Sebaik saja membuka mata, dia tiba-tiba mendapat satu text message. Jiyong segera mencapai telefon bimbitnya dan membaca text itu. Agak terkejut pada mulanya tapi kemudiannya dia tersenyum sendiri.

 

Satu masalah baru selesai fikirnya. Esok pagi mesti Papa YG akan mencarinya. Tapi sekarang focus pada Gyuri dan hyung dulu. Mereka buat apa? Mereka dah buat sesuatu yang intim macam pasangan kekasih lain ke? Jiyong jadi kembali geram. Gyuri, aku tak percaya kalau kau dapat buat benda macam ni. Kau bukan orang macam ni! Jiyong baru saja nak memandu lebih rapat ke arah dorm tu apabila TOP keluar tergesa-gesa dengan Gyuri mengejarnya dari belakang.

 

“Ah, what happens?” Jiyong mati akal menyaksikan mereka. Gyuri menangkap TOP tapi TOP tolak dia dengan kasar dan terus bergerak ke keretanya, tak mempedulikan Gyuri. Gyuri mengejar lagi tapi TOP dah mula memandu pergi. Sakit hati Jiyong bila melihat Gyuri seakan menangis mengejar kereta TOP yang mula bergerak, mengetuk-ngetuk cermin tingkap kereta TOP dengan kedua tapak tangannya. TOP berlalu saja, tidak mempedulikan Gyuri.

 

Gyuri terjelepuk di tanah dan Jiyong mematikan enjin keretanya, diparkir di tempat biasa. Dia keluar lalu berlari laju mendapatkan Gyuri. Gyuri pula terkejut dengan kehadirannya, cuba bangun dan berlari masuk ke dalam bangunan itu tapi sesuatu terjadi kepada kaki kirinya, dan dia meraung kesakitan. Jiyong segera meraih badan Gyuri dan mereka berhenti.

 

Jiyong amati wajah Gyuri. Tidak menangis lagi tapi kesan lepas menangis tu jelas kelihatan. Gyuri nampak sedih, kecewa dan kosong padanya. “Jiyong, let go!” Gyuri dengan kasar menolak Jiyong dan cuba berjalan kembali ke dalam bangunan dormnya, tapi kaki kirinya betul-betul sakit. Jiyong geleng kepala dan langsung menawarkan belakangnya untuk piggyride.

 

Gyuri terasa sebak melihat Jiyong buat begitu dan dia menolak badan Jiyong lagi. “Tepilah!” katanya kasar dan Jiyong geleng kepala sekali lagi. “Kau ni degil sangat! Sebab tu kaki kau terseliuh. Kajja!” Jiyong juga bersuara kasar, lalu menarik Gyuri dan mengangkatnya dengan mudah. Gyuri hanya terlopong terkejut. Jiyong membawanya bridal style ke dalam bangunan itu dengan mudah. “Kat sana..,” dengan nada ragu-ragu, Gyuri tunjuk sebuah ruang tamu yang besar, tempat dia dan TOP melepak seketika tadi.

 

Jiyong lalu membawanya ke ruang tamu itu dan merebahkan tubuhnya ke atas sebuah sofa panjang dengan berhati-hati. Gyuri terkaku saja. Itu pertama kali Jiyong masuk ke dalam bangunan KARA. “Mana peti sejuk? Kena dapatkan ais. Kaki kau nak bengkak ni,” Jiyong focus kepada kakinya. Gyuri tunjuk ke satu sudut dan Jiyong terus pergi ke arah itu, mengambil beberapa ketul ais dan diletakkan dalam sehelai tuala kecil yang bersih dia jumpa terlipat kemas pada sudut itu juga.

 

Sementara itu Gyuri menarik-narik rambutnya sendiri. Kenapalah boleh jadi sampai macam ni? Ish...drama betullah! “Fikir apa sampai tarik-tarik rambut tu?” Jiyong muncul dengan tuala berisi ais. Gyuri terdiam. Jiyong fikir mesti ada yang tak kena ni. Tabiat Gyuri menarik rambut tu pasti berkaitan dengan sesuatu. “Rehat,” katanya menolak lembut bahu Gyuri supaya bersandar pada sofa. Kemudian dia duduk di lantai dan mengambil kaki kiri Gyuri. Diperiksa seketika kemudian dituamnya tuala itu pada kaki Gyuri. “Aku tak pandai buat kerja macam ni tapi aku harap aku dapat membantu...,” kata Jiyong sambil meneruskan perlakuannya.

 

Gyuri leka memandangnya. Jiyong nampak seperti sangat letih. Ada lingkaran hitam di sekitar matanya. “Jiyong ah..are you OK?” tiba-tiba soalan ini terpacul di mulutnya. Jiyong mendongak dan mereka berpandangan seketika. Terasa lama sungguh Gyuri tak bertanya begitu pada dirinya. “Jiyong ah..gwenchana?” Gyuri bertanya lagi. Peliknya...dia yang sakit, dia yang bertanya. “Daddy...” dan Jiyong tersentap kembali ke reality.

 

 

 

 

A/n : Oh? Tak pendek sangat ke chapter ni?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
autumnX
bbgg- saya double update!!come come read!

Comments

You must be logged in to comment
AyumuChan #1
Chapter 58: Bestnyaa...Good jod author...Keep trying...So sweet.haha
namsaehee #2
Chapter 4: syok sendiri baca crite nie , btw , nice!! , tapi , lain kali , buat yg lebih romantik lagi ye ??
trexemo92
#3
Chapter 3: rasa mcm tgk cerita tp alih bahasa. hahaha. anyway, tk sangka kt sini ada jugak fics dlm BM. Kyaaaaaaaaa~~~i love it so much!!!!!!
MaryReeds
#4
Chapter 58: Nice story!!! Touching :'(
MaryReeds
#5
Chapter 42: Triple X? Ape tu?
MaryReeds
#6
Chapter 31: SERIOUSLY AKU TAK PAHAM BETOL DENGAN TOP NI! *CONTINUE READING*
MaryReeds
#7
Chapter 19: "Tanahair" haha !
-Yuan-
#8
Chapter 1: I love the couple sadly I can't malay
But it looked awesom if you ever decide to make a english fanfiction about them noth would be awesome
sndrprk
#9
Chapter 59: part 2? WAAAAA~~! suka suka
Catalina390 #10
Chapter 59: what sequel? OMG!