SHOT TWENTY SEVEN

Bad Boy. Good Girl.

A/n : FIRST OF ALL..SORRY SORRY MIANE CHUSOHAMNIDA FOR PAUSING THIS STORY TOO LONG. THANKS FOR YOUR CONTINUOUS SUPPORTS! LOTSA LOVE!

 

 

 

Posisi mereka macam ni : Dara di depan sekali. Diikuti Gyuri, Wooyoung dan Jiyong di belakang sekali. Kumpuan Youngbae pula, IU yang pertama, Youngbae, Bom dan TOP di belakang sekali.

 

“Satu.. Dua... Tarikk!!!!” Youngbae menjerit dan permainan bermula.

 

Kesemua tenaga mereka padukan dalam pertandingan itu. Pada mulanya nampak seperti kumpulan Gyuri sangat lemah. “Yaahhh... Gyuri yah! Tarik kuat lagi!” jerit Dara sudah menyalurkan segala kuasa adiwiranya pada tali itu. Gyuri di belakang Dara menarik kuat lagi. IU terlepas pegangannya, dan Youngbae di belakang segera menarik tangan IU dan meletakkannya kembali ke tali. “Grab it right!” kata Youngbae. Dara dah mencebik bibir dan menjeling tajam. Bahasa yang Youngbae tuturkan sangat sensitive di telinganya.

 

Dara tarik sekuat hatinya. IU terlepas genggamannya sekali lagi. “Ppali, tarik full power now!!!!” Dara menjerit sekuat hatinya. Ketegangan tiba-tiba terasa. Gyuri tahu Dara lain macam je tapi dia tak peduli. Dia ikut cakap Dara tapi entah macam mana.. Wooyoung yang berusaha sesungguhnya tadi, tiba-tiba melepaskan genggamannya pada tali tu dan dengan itu, tarikan kuat dari kumpulan lawan terasa menyentak kuat jari-jari mereka.

 

Jiyong tertarik ke hadapan, dengan tali dililit ke badannya, dia terheret ke depan, melanggar Wooyoung yang sudah lepas tangan, dan Gyuri yang juga terlepas akibat sentakan kuat tadi dan kepada Dara yang kalut. Keempat-empat mereka terjatuh dan mereka pun diumumkan kalah. IU dan Youngbae high five gembira manakala Bom segera membantu Dara dan TOP pula meluru kepada Gyuri. Jiyong dan Wooyoung hanya terpana, masih di atas tanah, duduk meregang kaki.

 

Sekejap saja permainan tapi sudah kalah. Dara merungut lantang. Wooyong hanya menundukkan mukanya dengan rasa bersalah. Jiyong tahu Wooyoung tak mahu sakitkan tangan IU, sebab tu dia yang pertama lepaskan tali. Dia juga tak ingin sakitkan tangan Gyuri, sebab tu dia juga tak berapa nak berusaha untuk bermain bersungguh-sungguh.

 

Jiyong menoleh pada Gyuri. Gyuri dan TOP tiup-tiup tapak tangan Gyuri. Aish, pemandangan yang romantic tapi menyakitkan. Jiyong alih pandangannya ke tempat lain. Hatinya rasa tak tenteram. Sementara itu Wooyoung raba-raba jari-jemari Bom dan juga Dara, dengan muka minta maaf minta ampun sebab menyerah kalah terlalu awal. Bom diam saja tapi Dara masih tak henti-henti merungut. Tambah-tambah lagi bila lihat kekasihnya meniup-niup tapak tangan gadis lain.

 

Bom tarik tangan Wooyoung dan lihat pada tapak tangannya. Tiada kesan tali seperti yang ada pada mereka. Bom senyum. Dia tahu. Dia toleh kepada IU dan Youngbae, kemudian pada Dara dan Wooyoung di sebelahnya. Lucu, fikirnya. Kedua-dua pasangan itu menjeling tajam kepada pasangan masing-masing.

 

Bom panggil Youngbae datang kepada mereka. Dan halau Wooyoung kepada IU. Dia tak suka tengok mereka macam tu lama-lama. Keruh betul keadaan kalau dibiarkan. Kemudian Bom pergi duduk di sebelah Jiyong. “Hey, kau ok?” tanya Bom. Jiyong diam. Bom tahu kenapa. Dia toleh kepada pasangan bahagia yang duduk agak jauh dari mereka. “Kau tak OK,” kata Bom menyimpulkan apa yang dilihatnya.

 

“Bom, kau pernah rasa tak kau selalu dekat dengan seseorang tapi sebenarnya kau dah sangat jauh daripada dia?” tiba-tiba Jiyong bertanya. Bom mengeluh. Ya, dia tahu, dia pernah merasa dan masih merasa perasaan itu. “Ya Jiyong. Sampai sekarang aku rasa macam tu..,” kata Bom spontan menjawab. Jiyong terus menoleh kepadanya. Bom telan air liur. Dia terlepas cakap! “Siapa Bom?” tanya Jiyong, kepoh on the spot. “Er..”

 

“Cakap! Siapa sampai sekarang masih buat kau rasa macam tu?” Jiyong dah pegang kedua bahu Bom, dan perbuatannya itu mendapat perhatian daripada Gyuri dan TOP. “Kenapa mereka tu?” tanya Gyuri. TOP angkat bahu, buat tanda dia juga tak tahu. Tangannya masih tak lepas dari memegang jari Gyuri. Saat-saat macam ni jangan disia-siakan fikir TOP.

 

“Cakap sebelum aku goncang kau,” ugut Jiyong. Bom tak suka digoncang bahu, especially oleh Jiyong sebab rasanya hanya Gyuri saja yang dapat tahan tabiat Jiyong menggoncang bahu orang dengan kuat tu. Goncangan Jiyong memang sangat kuat. Seungri pernah muntah akibat perbuatan Jiyong tu. Ah, ngeri!

 

“Yah.. jangan,” larang Bom. Dia lalu mendekatkan mulutnya ke bibir Jiyong dan membisikkan sesuatu. Jiyong membeliakkan mata dan melepaskan pegangannya pada bahu Bom. “Ha? Aku dah agak dah!” kata Jiyong, lantang. Bom dengan muka malu-malu plus terkejut, terus memukul bahu Jiyong. “Shh!” kata Bom.

 

“Kenapa mereka tu?” Gyuri jadi semakin ingin tahu. Dia tak pernah tengok Jiyong serapat tu dengan perempuan lain selain dirinya. Rasa terguris di hati pun ada bila tengok adegan tampar-tampar bahu yang Bom buat pada Jiyong. Rasa..seperti tak suka lihat Jiyong ada kawan perempuan lain selain dirinya pun ada. Aish...kenapa aku ni? Gyuri bisik dalam hati, cuba menanya hatinya. TOP perasan Gyuri tak selesa dengan apa yang dilihatnya. Dia pun mengeluh dalam hati.

 

“OK guys.. aku rasa nak minum lah pulak ni,” kata Youngbae tiba-tiba. Mereka semua terus setuju, kerana masing-masing ada sebab tersendiri nak minum. Mereka pun kemas-kemas dan gerak ke tempat lain. Dara masih dingin dengan Youngbae dan IU pula dingin dengan Wooyoung. Dia terlihat Wooyoung tadi sangat mesra dengan..bukan hanya Dara, tapi juga dengan Bom! Wooyoung pula tak banyak cakap. Dia juga tak suka tengok IU rapat sangat dengan Youngbae.

 

TOP dan Jiyong berjalan bersama ke kereta. Masing-masing diam. TOP tahu ada sesuatu yang Jiyong nak cakapkan so dia tunggu tapi Jiyong kekal diam sepanjang masa. TOP mengeluh lagi dalam hatinya. Jiyong masih belum berubah. Dia mahu Jiyong berubah. Hm…

 

“Jiyong, kau ada apa-apa nak cakap ke? Aku tengok muka kau semacam je..” TOP terpaksa bersuara dulu. Jiyong menoleh dan menggeleng kepalanya. “Ah.. tak de apa-apa hyung,” jawabnya cuba senyum tapi senyumannya pahit. TOP senyum sendiri. “Kau OK ke?” tanya TOP lagi dan ketika itu Jiyong tiba-tiba pasti bahawa dia sangat-sangat rindukan teman baiknya.. pertanyaan yang TOP suakan padanya, adalah yang selalu dia dengar daripada teman baiknya. Ah, Gyuri, pugu shipohsso!!!

 

“Hey, bro, are you OK?” tanya TOP lagi, memeluk bahunya. Mereka dah sampai di kereta. Yang lain dah tunggu mereka berdua dalam kereta. “Deh, I am..” katanya menjawab tapi hatinya cakap.. ‘Anya… I am not.’

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
autumnX
bbgg- saya double update!!come come read!

Comments

You must be logged in to comment
AyumuChan #1
Chapter 58: Bestnyaa...Good jod author...Keep trying...So sweet.haha
namsaehee #2
Chapter 4: syok sendiri baca crite nie , btw , nice!! , tapi , lain kali , buat yg lebih romantik lagi ye ??
trexemo92
#3
Chapter 3: rasa mcm tgk cerita tp alih bahasa. hahaha. anyway, tk sangka kt sini ada jugak fics dlm BM. Kyaaaaaaaaa~~~i love it so much!!!!!!
MaryReeds
#4
Chapter 58: Nice story!!! Touching :'(
MaryReeds
#5
Chapter 42: Triple X? Ape tu?
MaryReeds
#6
Chapter 31: SERIOUSLY AKU TAK PAHAM BETOL DENGAN TOP NI! *CONTINUE READING*
MaryReeds
#7
Chapter 19: "Tanahair" haha !
-Yuan-
#8
Chapter 1: I love the couple sadly I can't malay
But it looked awesom if you ever decide to make a english fanfiction about them noth would be awesome
sndrprk
#9
Chapter 59: part 2? WAAAAA~~! suka suka
Catalina390 #10
Chapter 59: what sequel? OMG!