SHOT THIRTY FIVE

Bad Boy. Good Girl.

 

 

Big Bang baru habis bersidang dengan para media mengenai isu mereka, ketua Big Bang dan skandalnya. Video-video pendek yang menggemparkan itu telah dipadam dari punca utamanya dan tiada siapa tahu bagaimana dan kenapa ia boleh terjadi di saat-saat Big Bang mahu bersidang dengan media mengenai hal itu. Papa YG tersenyum lebar kerana satu masalah sudah selesai walaupun impaknya agak kuat kepada reputasi mereka.

 

Jiyong duduk sendirian di dalam studio YG berfikir dan berfikir. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan membaca semula text yang dia dapat awal pagi tadi.

 

Kiko_Audrie : Oppa, mianeyo. Kiko akan tarik semuanya balik. Kiko dah jumpa THE ONE. Mianeyo. Jeongmal..mianeyo.

 

Dan Jiyong mengeluh lega. Akhirnya, dia lepas dari permainan Kiko yang bahaya itu. TOP datang dan menepuk bahunya tiba-tiba. Wajahnya selamba saja duduk di sebelahnya. “Aku ada dapat text dari Kiko-chan,” beritahu TOP. “Kau ada?” Jiyong mengangguk. “Siapalah agaknya lelaki malang tu ye? Kau patut berterima kasih dengan dia, sebab kalau tak kerana dia, Kiko takkan tarik semua video yang dia upload tu,” kata TOP, senyum. Jiyong mengangguk, dan senyum pahit.

 

“Aku nak keluar kejap...lunch. nak ikut tak?” tanya TOP. Jiyong menggeleng dan TOP lalu berlalu. Hyung? Wae? Selambanya kau. macam takde apa yang pernah berlaku... how about Gyuri? Mata Jiyong membuntuti langkah TOP. Otaknya kembali kepada Gyuri. Bagaimana Gyuri sekarang? Jiyong bangun dan bersiap hendak keluar. Dia mahu berjumpa dengan Gyuri.

 

Baru saja nak keluar bangunan YG, Jiyong terserempak dengan seorang gadis di lobi. “G-Dragon Oppa!” panggil gadis itu dengan suara fangirlnya dan Jiyong berhenti. “Oh..Hyorin Sistar?” Jiyong lantas mengecam gadis itu. Bagaimana dia boleh masuk ke dalam bangunan bersekuriti tinggi ni? “Deh, Oppa. Kita jumpa lagi,” kata Hyorin dengan nada ceria. Ye, mereka selalu bertemu di belakang pentas kalau ada konsert besar atau majlis award-award gitu.  “Ottokae..?” Jiyong menunjuk ke pintu masuk utama.

 

“Oh, saya dengan...” dan TOP muncul dengan selambanya dan memaut bahu Hyorin dengan mesra. “She’s with me,” kata TOP dan mereka beredar. Hyorin terpinga-pinga tapi masih sempat memberi tunduk hormat kepada Jiyong. Jiyong pula cuma ternganga dan terkaku melihat mereka berlalu. “Tch tch tch...,” Seungri tiba-tiba muncul dari belakang Jiyong, sambil menggeleng kepalanya. “Hyung dah berubah. Dulu dia tak macam ni kan? Sejak kawan dengan budak-budak Sistar ni, dia berubah sangat-sangat,” komen Seungri yang laser.

 

Kawan dengan budak-budak Sistar? Kenapa aku tak tahu langsung hal ni? Jiyong segera pandang muka Seungri yang selamba. “Oh, hyung tak tahu? Dia sekarang BFF dengan budak-budak Sistar. Bukan Hyorin je..tapi semua mereka tu. Dahlah kedekut.. Sistar ajak aku dan Daesung keluar lunch sekali, boleh TOP hyung cakap kami busy, kat depan-depan kami pulak tu..aishhhh!” nada Seungri bertukar frust. “Dia nakkan Sistar untuk dia seorang je. Gyuri noona, macam mana pulak ye..,” Seungri terus mengeluh dan berlalu. Jiyong yang ketinggalan jadi terpinga-pinga pula.

 

Jiyong dengan muka blur keluar dari bangunan YG. Dia fikir lebih baik dia balik ke rumah dulu, dan berehat. Dia melangkah perlahan ke tempat letak kereta dan perasan TOP dan Hyorin sedang berbual di dalam kereta. Lagak mereka nampaknya sangat mesra dan Jiyong rasa macam tak percaya tengok TOP macam tu. Seorang yang pendiam, pemalu dengan perempuan boleh bergaul dengan penyanyi wanita yang sangat seksi dan cantik! I can’t believe this! Jiyong geleng-geleng kepalanya.

 

Gyuri. Ya, better aku pergi jumpa dia! Jiyong lalu memandu pergi, itupun selepas kereta TOP bergerak terlebih dahulu. Kereta Jiyong bergerak perlahan, seolah-olah sedang mengekori kereta TOP tapi sebenarnya dia tidak berbuat begitu. Baru saja dia nak belok kea rah lain, dia terlihat kereta TOP berhenti di tepi jalan dengan tiba-tiba. Ada seseorang menunggu di tepi jalan. Jiyong cuba mengamatinya. Oh...gadis hari tu! Ingatannya terus kembali. Dia pasti itu ialah gadis yang dilihatnya bersama TOP kerana gadis tu memakai jaket hoodie yang sama dengan hari tu.

 

Dengan perasaan ingin tahu, Jiyong langsung mengekori mereka. Dalam pada masa tu jugak, dia terus call Gyuri yang sedang berlatih menyanyi bersama anggota KARA yang lain. Dia ajak Gyuri keluar tapi Gyuri tak nak. Katanya kakinya masih sakit nak berjalan-jalan. Tapi Jiyong pujuk-pujuk sampai berjanji nak piggyride lagi, so Gyuri entah kenapa, dia setuju pulak.

 

Jiyong call Seungri suruh dia detect mana pergi TOP hyung mereka. Seungri jadi pelik tapi dia ikutkan juga arahan ketuanya. Sementara tu, Jiyong pergi jemput Gyuri dahulu. Kali ni, dia nak Gyuri lihat sendiri perangai TOP sebelum TOP datang lagi kepadanya dan mereka bermula semula. Gyuri dah duduk di sebelahnya dan enggan percaya apa yang Jiyong ceritakan. Seketika kemudian, masa memandu, Jiyong dapat panggilan daripada Seungri yang mengatakan TOP sekarang berada di Cafe Love. Cafe yang dia sangat-sangat tahu di mana lokasinya.

 

Jiyong lantas memutuskan talian semasa Seungri masih seronok memberitahu hasil siasatannya tadi. Dan itu membuatkan Seungri merungut hingga Youngbae dan Daesung jadi berminat pula nak tahu. Empat minit kemudian, mereka bertiga sudah bergerak di dalam kereta mewah Youngbae yang jarang sekali digunakan. Mereka bertiga pun jadi kepoh...cuba mengekori kedua rakan mereka..

 

 

 

A/n : aha..aha...more???

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
autumnX
bbgg- saya double update!!come come read!

Comments

You must be logged in to comment
AyumuChan #1
Chapter 58: Bestnyaa...Good jod author...Keep trying...So sweet.haha
namsaehee #2
Chapter 4: syok sendiri baca crite nie , btw , nice!! , tapi , lain kali , buat yg lebih romantik lagi ye ??
trexemo92
#3
Chapter 3: rasa mcm tgk cerita tp alih bahasa. hahaha. anyway, tk sangka kt sini ada jugak fics dlm BM. Kyaaaaaaaaa~~~i love it so much!!!!!!
MaryReeds
#4
Chapter 58: Nice story!!! Touching :'(
MaryReeds
#5
Chapter 42: Triple X? Ape tu?
MaryReeds
#6
Chapter 31: SERIOUSLY AKU TAK PAHAM BETOL DENGAN TOP NI! *CONTINUE READING*
MaryReeds
#7
Chapter 19: "Tanahair" haha !
-Yuan-
#8
Chapter 1: I love the couple sadly I can't malay
But it looked awesom if you ever decide to make a english fanfiction about them noth would be awesome
sndrprk
#9
Chapter 59: part 2? WAAAAA~~! suka suka
Catalina390 #10
Chapter 59: what sequel? OMG!