SHOT EIGHTEEN

Bad Boy. Good Girl.



KARA dah selamat mendarat di Seoul dan kesemua mereka terus kembali ke dorm, kecuali Gyuri. Gyuri beri alasan nak berjumpa dengan emaknya yang dah berjanji nak berjumpa di lapangan terbang itu. Tapi sebenarnya memang Gyuri nak pergi jumpa emaknya cuma bukan di lapangan terbang tu je.



Gyuri lantas keluarkan telefonnya dan text Jiyong memaklumkan dirinya dah berada di Seoul. Kemudian dia ambil teksi dan pergi terus ke rumah emaknya. Di rumah Gyuri tak cakap banyak. Dia hanya bagi mak dia apa yang dia beli dari semua negeri yang mereka adakan tour selama ni. Puan Park perasan Gyuri dah tak macam dulu. Dah tak banyak cerita. Baru balik dari luar negara tapi diam saja, pasti ada yang tak kena, fikir Puan Park.



“Omma, Gyuri balik ke dorm terus lepas ni. Omma tak payah masak untuk Gyuri OK,” kata Gyuri lepas sejam berada di rumah. Dia dah mula kemaskan diri nak beredar. Si ibu diam saja tapi hulurkan dua bungkusan besar kepadanya. “Satu untuk KARA. Satu untuk Jiyong,” kata Puan Park dan Gyuri terkaku. “Omma...”
 


“Kirim salam Omma pada semua orang, k.” Dan Gyuri pandang muka emaknya, serius. Termasuk Jiyong ke? Dan Puan Park seolah-olah tahu fikiran anaknya dan dia segera mengangguk laju. Gyuri jadi kekok tapi juga terharu dengan perbuatan ibunya. Alahai, Omma... “Gomawoyo, Omma..” dia peluk ibunya sebelum ambil barang-barang tu dan beredar.
 


Jiyong tak jawab telefon tak balas text so Gyuri beranikan diri text Jimin. Tapi Jimin juga not available. Gyuri pun balik ke dorm dengan perasaan hampa. KARA dah seronok menikmati masakan ibunya masa Gyuri masih menahan rasa kecewa dalam hati. Bungkusan untuk Jiyong tidak diganggu malah KARA yang lain tak berani bertanya tentangnya bila melihat mood Gyuri tidak stabil.



Malam tu, hampir 2AM, Gyuri bawa bungkusan makanan emaknya yang dah dipanaskan ke tapak permainan kanak-kanak. Dia dah cuba call Jiyong berkali-kali tapi Jiyong masih  tak dapat dihubungi. Kecewanya. Gyuri text minta dia datang ke tempat biasa tapi entahlah. Gyuri dah fikir kalau dia tak datang juga, bungkusan tu dia akan buang dan dia takkan cari Jiyong lagi.


--


TOP geleng kepala bila tengok telefon Jiyong tertinggal di studio. Rush nak kemana sampai telefon tertinggal? Fikirnya....maybe Gyuri dah sampai Seoul dan mereka pergi jumpa? Tapi tekaannya segera meleset bila telefon Jiyong berdering dan pada skrinnya menunjukkan nama G-Mommy dan gambar Gyuri tidur lena menjadi hiasan caller in. “Comel…Aik?” TOP tergumam.
 


“Kalau Gyuri call..maksudnya Jiyong takde dengan Gyuri lah ni,” bisiknya sendiri. TOP biarkan telefon tu di studio dan berfikir malas nak masuk campur. Dia baru je nak keluar dari YG building bila terserempak Dara di pintu masuk utama. “Noona? Buat apa?” tanya TOP terkejut. Jam dah dekat 2 pagi, kenapa Dara ke YG?
 


“Rindu kat Youngbae.. apasal korang tak balik sama-sama?” tanya Dara, merengek. TOP kerut dahinya. Ni lagi sorang, fikirnya. “Mian. Kami balik sekejap je. Lepas tu nak pergi lagi..,” jawab TOP. “Kau nak kemana? Ikut!” kata Dara tiba-tiba. Mukanya memang nampak segar tapi bosan sangat. Kerana rindunya pada Youngbae, dia kembali ke studio, berfikir berlatih menyanyi mungkin akan melupakan seketika rasa kerinduan di hatinya. ^^
 


“Aku nak balik, noona..” TOP tak mahu diekori. No! No! No! Tak suka! “Mana Jiyong?” dan TOP angkat bahu cebik bibir, menunjukkan dirinya juga tak tahu. “Maybe dia pergi jumpa Gyuri kot.. time macam ni..,” Dara tengok ke jam tangannya. “time ni..time diorang date kat taman tu. Jom kita serbu diorang nak? Balas balik ambush kat Namsan Tower!” cadang Dara tiba-tiba. “Apa?? No! No! No!” TOP memang takut berada dekat dengan Dara sebab Dara ni pemanipulasi, sama je macam Bom, fikirnya. Tanpa disedari, TOP dan Dara dah berada di dalam kereta, menuju ke tempat biasa Jiyong dan Gyuri.....

--

Gyuri dah tertidur di buaian ditemani bungkusan makanan ibunya di buaian sebelah. Letih memang tak dapat dibendung rasanya tapi keinginan bertemu BFFnya lebih kuat cuma mata je tak cukup kuat. Dara dan TOP berjalan perlahan ke arahnya. “Omo, dia sorang je? Mana Jiyong ni? Kesiannya...tengok..dah tertidur. Mesti dia tunggu Jiyong dari tadi!” Dara dah membebel, guna mode berbisik tapi pada TOP itu masih bising kerana Dara memang agak bising orangnya, pada pendapat peribadinya lah.


Matanya terpaku melihat Gyuri duduk tertidur dengan kepala disandar pada tali kasar buaian itu. Cahaya suram dari lampu-lampu berdekatan menyuluh ke mukanya dan TOP terkelu melihat wajah Gyuri. Alamak, kenapa cantik sangat pulak ni? TOP telan air liur. Sekarang mereka berdua dah berdiri tepat di depan Gyuri.



Dara lalu membongkok mengejutkan Gyuri. “Gyuri-ssi.. bangun!” Dara menggoncang lembut bahu Gyuri dan Gyuri memanggil nama Jiyong dalam kemamaiannya. Dara blush. “Aigo..kesiannya, bangun Gyuri!” Gyuri akhirnya bangun juga selepas Dara goncang bahunya lebih kasar dari yang pertama tadi. Gyuri terkejut sangat bila melihat Dara di depannya.. plus plus ada TOP lagi di sebelahnya. Gyuri gosok matanya, tak percaya. Sempat lagi dia blush dalam gelap tu.



Dara ketawa kecil. Comel, fikirnya. “Mana Jiyong?” tanya Dara selamba. “Molla...” Mata Dara lalu tertumpu kepada bungkusan di buaian sebelah. “Apa ni?” tanyanya lagi. “Makanan...” dan dengan itu mata Dara langsung bersinar-sinar. “Masakan rumah?” Gyuri mengangguk. “Omma masak” Dara lantas menyambar bungkusan itu dan menarik Gyuri ke bangku berdekatan. “Jom makan! Wah..masih panas lagi ni!” Dara dah menyerang tak pedulikan Gyuri dan TOP.



“Tunggu. Ini mungkin untuk Jiyong!” TOP menahan Dara. Dara mencebik bibir. Gyuri tunduk, dan memandang jam tangannya. Sudah hampir 3AM. Jiyong tak pernah lambat camni... tak baik bazirkan makanan... hmmm.. “Unnie, takpe..makanlah.. sementara masih panas..,” kata Gyuri senyum terpaksa. TOP pandang wajah Gyuri dan simpati kepadanya. Dara terus mengajak mereka berdua makan bersama. TOP menolak tapi Gyuri ajak lagi dengan suara lembut.. Oh my Goddess... tiba-tiba hati TOP mengeluh lemah...oh?????



 

 


A/n : Diriku juga terasa lemah... aigoo...WAE? OH…LAPARRRR!!! HIHIKK.. KOMEN YOU GUYS! SILENT READERS, COME OUT AND PLAY!~ ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
autumnX
bbgg- saya double update!!come come read!

Comments

You must be logged in to comment
AyumuChan #1
Chapter 58: Bestnyaa...Good jod author...Keep trying...So sweet.haha
namsaehee #2
Chapter 4: syok sendiri baca crite nie , btw , nice!! , tapi , lain kali , buat yg lebih romantik lagi ye ??
trexemo92
#3
Chapter 3: rasa mcm tgk cerita tp alih bahasa. hahaha. anyway, tk sangka kt sini ada jugak fics dlm BM. Kyaaaaaaaaa~~~i love it so much!!!!!!
MaryReeds
#4
Chapter 58: Nice story!!! Touching :'(
MaryReeds
#5
Chapter 42: Triple X? Ape tu?
MaryReeds
#6
Chapter 31: SERIOUSLY AKU TAK PAHAM BETOL DENGAN TOP NI! *CONTINUE READING*
MaryReeds
#7
Chapter 19: "Tanahair" haha !
-Yuan-
#8
Chapter 1: I love the couple sadly I can't malay
But it looked awesom if you ever decide to make a english fanfiction about them noth would be awesome
sndrprk
#9
Chapter 59: part 2? WAAAAA~~! suka suka
Catalina390 #10
Chapter 59: what sequel? OMG!