SHOT FIFTY FOUR

Bad Boy. Good Girl.
A/n : Happy Birthday Kwon Jiyong/G-Dragon!



Next day, berita itu menjadi lebih hangat. Jiyong pergi menemui YG dan menyatakan hasratnya untuk mendedahkan perkara sebenar. YG hanya mengeluh dan cuba berfikiran positif seperti selalunya. Gyuri juga pergi menemui CEO DSP, dan keputusannya direstui.


Disiarkan di TV, berita Kpop dan internet, mereka berdua mengaku hanya kawan namun perkara ini semakin panas hinggakan Lee Hyori menjemput mereka berdua hadir ke sesi temubualnya You & I. Dan jemputan itu dipenuhi seminggu selepas hari kejadian.


Rakaman bermula...disiarkan secara langsung dari SBS, kat astro Channel HD dia..One HD 393, pergi tengok sekarang! On air now! Ops..dah terlepas sesi pengenalan sedikit. Tak pe,kita ke isi topik yang sebenar. Fast forward!


Hyori duduk di tengah-tengah Gyuri dan Jiyong.


Pengakuan bermula..


Jiyong dan Gyuri : Kami hanya kawan baik. BFF.


Dan..


Jiyong : setakat ini, kami hanya berkawan baik. Itu saja yang kami hendak beritahu. Gyuri..?

Gyuri : nae. Walaupun cara kami jumpa agak pelik, seperti orang couple tapi hakikatnya kami hanya berkawan baik.

Dan Lee Hyori mula bertanya..


Hyori : Sejak bila persahabatan ni terjalin?
Jiyong : 2009


Gyuri angguk untuk confirm.


Hyori : tak ada bibit-bibit cinta?


Jiyong dan Gyuri berpandangan. Diam.


Hyori : tak ada?
Gyuri : tak ada.


Jiyong terus lihat wajah Gyuri di depannya dan Gyuri balas balik pandangannya itu dengan muka serupa guilty.


Hyori : Gyuri ssi, awak ada kekasih? Ada crush? (Gyuri angguk dan senyum).. Jiyong ssi?
Jiyong : ya, saya juga ada crush. (Gyuri beliak matanya kat Jiyong, terkejut. Baru tahu)
Hyori : Omo.. bestie nampaknya tak tahu awak ada crushlah, Jiyong... Jadi crush kamu berdua ni, bukan each other ke? (umpan lagi..kekeke)


Kedua-dua tersipu pulak dan...seorang tengok seorang. Seorang geleng kepala dulu, seorang ikut. Aishhh. Namun aksi mereka berhubungan dengan mata tidak dapat lari daripada rakaman kamera. Malah dari mata Hyori, Hyori tahu ada sesuatu yang mereka tak mahu orang tahu. Serasa telahannya tepat, Hyori kembali berkata-kata dengan bijaknya.


Hyori : Baiklah, apa kata korang confess kat crush korang kat show saya ni ha. Gyuri dulu!


Gyuri jadi terpinga-pinga. “Ppalli...cakap awak suka kat dia. Awak pernah tak cakap awak suka kat dia?” bisik Hyori. Gyuri jadi malu sesangat dan menggeleng kepalanya laju. “Tak pe. Tak perlu sebut nama dia,” pujuk Hyori lagi. sementara itu matanya liar mencuri pandang pada Jiyong yang nampak cool tapi seperti..berpeluh di dahinya. Hyori senyum sendiri. Ketahuan betul-betul dah korang ni! Hyori ketawa dalam hati.


Kamera lalu diarahkan kepada Gyuri. Dengan muka merah memblush dia tarik hembus nafas sekali dan .. “...” dia buat gerakan bibirnya, menyebut nama crushnya dan, “Saya sukakan awak. Suka sangat..”dan kemudian dia hanya mampu ketawa sendiri, terasa bodoh seketika. Hyori lantas mengusap belakangnya. “Bagus gyuri ssi, pertama kali buat macam ni ke?” tanya Hyori menenangkannya. Gyuri mengangguk lalu terpandangkan wajah cool Jiyong. Jiyong senyum padanya.

*Merahnya muka kau, comel!*
*malu betullah jiyong! First time aku ni*


Jiyong beliakkan matanya sambil tersenyum. Seolah-olah dia dan Gyuri dapat berhubung melalui minda pula. Ajaib...


“Jiyong turn awak pulak...beruntungnya gadis ni ye. Jiyong suka dia diam-diam,” Hyori winked kepada kamera. Jiyong tersengih. Kamera dialihkan kepadanya dan dia, tenang saja mengucapkannya.. “Saya sukakan awak juga. Suka sangat-sangat-sangat”


Gyuri telan air liurnya, Kenapa statement Jiyong itu seolah-olah seperti menyahut pengakuannya tadi? Aku salah dengar ke? Aku perasan lebih ek? “Gyuri?” Hyori dah confirm betul.. Gyuri sempat mengelamun seketika. “Nae, unnie?” ooo..sudah kembali ke You & I. “Rasa-rasanya awak kenal tak crush Jiyong?”


Gyuri mengerut dahi. Pandang muka lelaki kacak itu dan *aku kenal ke, Ji?*


“Yelah kan, kawan baik dah tiga tahun..since 2009. Takkan Jiyong tak cakap dengan  awak!” Hyori ni boleh buka satu talkshow berkaitan pancing ikan kat channel Animal Planet. Terserlah bakat dia kat situ. Pancing-memancing. ^^


*Jiyong ah apa aku nak jawab? Aku tak tahu pun kau ada crush! Sampai hati kau sekarang baru cakap!*
*Cool lah. Jangan lah panik. Kenapa kau panik?*


“Actually.. Hyori ssi.. saya belum kenalkan dia kat crush saya tu..sebab..saya sendiri baru tahu yang..saya ni ada crush kat seseorang ni selama ni. Jadi ...kasihanilah dia. Tengok, dia dah buat muka badut. Merah pipi dia!” Jiyong menyelamatkan Gyuri dengan gurauan di hujung kata-katanya. Hyori tersengih dan Gyuri cuma menggosok-gosok pipinya.


“Jadi Jiyong, awak tahu siapa crush Gyuri?” Hyori, I love you. Kekeke. Jiyong tersengih confident. “nae, saya tahu. Orangnya mesti sangat malang kerana ada seorang gadis yang selalu kalut menyukai dirinya,” Jiyong wink kepada Gyuri, membuatkan Gyuri mencebik bibirnya. *kalut kau cakap, nanti kau Jiyong*


“A’ah, crush Jiyong juga agak malang, sebab Jiyong ni...slow sangat! Lembab!” Gyuri pula memberi komen. Hyori ketawa lagi. Sesi ketawa bermula bila Jiyong balas balik, “Crush Gyuri pasti takut kalau tengok dia makan.. ganas!” “Yah!” “Crush Jiyong pasti akan sakit darah tinggi, sebab Jiyong ni annoying!” “Crush...blablablabla..”



“Ok, sudah! Sudah! Kami percaya korang berdua ni cuma kawan!” Hyori menghentikan mereka dengan dua tangan didepang luas. Dahinya dikerut, pening. Pening mendengar pasangan itu asyik memburukkan diri masing-masing dengan selambanya. Sekarang giliran mereka berdua ketawa. Lega. Sesungguhnya lega sebab mereka tahu mereka berjaya mengumumkan persahabatan mereka kepada umum dengan baik.



“Saya harap korang dapat couple dengan sesiapa yang korang suka. Dan lepas ni, tak payah nak jumpa malam-malam buta. Nanti masuk angin, faham?” layaknya seorang kakak, Hyori bertegas tentang kesihatan mereka berdua selama hampir lima minit.



Program berakhir dengan jayanya dan setelah habis shooting, Jiyong dan Gyuri duduk bersama, masing-masing online melihat respon peminat untuk mereka. Respon-respon negative kini bertukar positif. Dengan kemesraan mereka di TV tadi, rata-rata peminat mahukan mereka bersama lebih dari sekadar kawan.


Sekarang Jiyong duduk mengadap Gyuri. “We did our best, kan? Chukahae, Mommy,” ucap Jiyong. Gyuri angguk, tersenyum manis. “Now...apa maksud kau..kau takde apa-apa dengan TOP hyung?” soalan itu pula yang muncul.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
autumnX
bbgg- saya double update!!come come read!

Comments

You must be logged in to comment
AyumuChan #1
Chapter 58: Bestnyaa...Good jod author...Keep trying...So sweet.haha
namsaehee #2
Chapter 4: syok sendiri baca crite nie , btw , nice!! , tapi , lain kali , buat yg lebih romantik lagi ye ??
trexemo92
#3
Chapter 3: rasa mcm tgk cerita tp alih bahasa. hahaha. anyway, tk sangka kt sini ada jugak fics dlm BM. Kyaaaaaaaaa~~~i love it so much!!!!!!
MaryReeds
#4
Chapter 58: Nice story!!! Touching :'(
MaryReeds
#5
Chapter 42: Triple X? Ape tu?
MaryReeds
#6
Chapter 31: SERIOUSLY AKU TAK PAHAM BETOL DENGAN TOP NI! *CONTINUE READING*
MaryReeds
#7
Chapter 19: "Tanahair" haha !
-Yuan-
#8
Chapter 1: I love the couple sadly I can't malay
But it looked awesom if you ever decide to make a english fanfiction about them noth would be awesome
sndrprk
#9
Chapter 59: part 2? WAAAAA~~! suka suka
Catalina390 #10
Chapter 59: what sequel? OMG!