SHOT FIFTY TWO

Bad Boy. Good Girl.

 

 

Terkejut Dara apabila mendengar suara adik-adiknya turut bergema di bilik itu. Alamak… lagi satu cerita bocor, fikir Dara. Ketiga-tiga mereka terus mendapatkan Dara yang kini terkaku. “Apa aku dengar tadi?” tanya Bom, memegang bahu Dara. “TOP oppa dengan Bora?” tanya Minzy lagi tak percaya. Selama dia berkawan dengan Bora tak pernah Bora mention apa-apa tentang TOP.

 

Minzy tidak menunggu lama. Dia terus mendail nombor telefon Bora dan Bora menjawab panggilan itu dengan suara baru bangun dari tidur. Dara perasan akan perbuatan maknae itu lalu memaksanya turn on loudspeaker, biar semua dengar. Taeyang cuma mampu menggeleng kepalanya. Dara semakin ganas hari ini. Tak membantu, fikirnya.

 

“Ah..Minji…kenapa call time ni? Ada emergency ke?” Bora kedengaran menguap. “Anya…saja nak tanya ada tak TOP oppa dengan kau sekarang?” terketar-ketar suara Minzy bertanya. Kedengaran Bora tergelak sakan. “Kenapa pulak dia nak ada dengan aku sekarang? Peliknya soalan kau ni. What happens?” tanya Bora pula, menghampakan Dara yang masih marah.

 

Minzy baru saja nak cakap taka pa, nak matikan talian ketika telefonnya direntap tiba-tiba oleh seseorang dari belakangnya. Minzy dan yang lain lantas menoleh. “O-Oppa…,” kata Minzy mati di situ. Kelihatan TOP merenungnya tajam kemudian merenung skrin telefon itu dan, “Bora, go to sleep. I’ll contact you later,” kata TOP masih dalam mode loudspeaker. Dara kembali senyum, tahu apa yang dia cakap tadi ialah fakta. In a way, kini semua orang tahu, TOP dan Bora memang ada hubungan.

 

Talian dimatikan dan telefon diberi kembali kepada Minzy. “Apa yang berlaku ni? Noona?” tanya TOP terus kepada Dara. Dara telan air liur. Takutlah pulak. “Gyuri noona dan GD hyun diserang media di taman depan dorm Kara…sejam yang lalu,” Seungri melaporkan. TOP mengeluh. “Mana Jiyong?” tanyanya. Semua segera menunjuk ke sebuah bilik di hujung sekali. Office YGDaddy…

 

“Apa pula yang korang buat kat sini?” tanya TOP, matanya scanning semua yang ada. Serta-merta semuanya terdiam. “Daesung, contact Jinx, check apa yang berlaku kat DSP sekarang. Seungri, cari siapa informer yang kasi tahu mereka ada di mana,” arah TOP sambil matanya tertancap pada Dara. Buat masa ini hanya dia dan Dara yang tahu tentang secret meeting Gyuri dan Jiyong. Dara lantas merebahkan pandangannya ke lantai. Seperti orang yang bersalah.

 

“Minzy,..text Bora..cakap kejap lagi aku on handphone. Handphone aku charging,” tutur TOP perlahan sebelum meninggalkan bilik itu bersama Daesung dan Seungri. 2NE1 hanya melopong mendengar pesanannya pada Minzy.

 

“Mwo? Aku jadi orang tengah?” Minzy menunjuk mukanya sendiri tapi arahan Oppanya tetap dia lakukan, di samping itu sempat juga dia sibuk nak mengorek rahsia hubungan TOPBora. CL dan Bom berpandangan. “TOP oppa dah ada gf lah!” kata CL yang mulanya terkejut dengan semua berita dalam satu pagi ini…akhirnya tersenyum. “Apa yang kau suka sangat ni?” Bom mendengus. Dara pula masih diam. Berfikir.

==

Jiyong melangkah keluar dari pejabat papa YG dengan perasaan bercampur baur. Ketegasan CEO YG memang tak dapat dilawan. 2NE1 terus mendapatkannya sebaik saja dia keluar dari pejabat mewah itu. “Oppa! Apa terjadi? Apa sajangnim cakap?” tanya CL, risau. Jiyong mengeluh dan hanya berlalu selepas menepuk bahu teman sekerjanya itu.

 

Dia pergi ke pejabatnya dan mendapati TOP sedang menunggunya. “Hyung..” lidahnya jadi kelu. Fikirannya terus aktif semula. Gyuri gf hyung. Sekarang Gyuri dikaitkan dengan aku kerana insiden tadi. Apa aku nak cakap? Jiyong mengetap bibir.  “Jiyong, duduk,” suara TOP serius. Dia jadi gerun seketika. Jiyong pun menyertai TOP di ruangan rehatnya.

 

“Hyung, miane..aku..”

“Tak apa Ji. Aku tahu sebelum aku dengan Gyuri pun, kau memang keluar jumpa dia macam tu.”

“Sekarang aku nak tanya. Kau jawab betul-betul.”

“Ya, hyung, apa dia?”

“Apa sajangnim cakap dengan kau?”

“Aku ada dua pilihan. Mengaku bercinta dengan dia. Atau menafikan semuanya, malah menafikan kemunculan aku di sana tadi.”

“Kau kena fikir masak-masak. Apa kau buat, Gyuri yang kena lebih teruk.”

“Aku nak menafikannya hyung. Sajangnim akan buat press conf. nanti aku explain..masa tu bukan aku yang bersama dia.”

“Jadi kau kena bincang dengan Gyuri dulu. Aku takut kalau kau buat macam ni…kau hilang seorang dua BFF kau..”

“Takkan aku nak mengaku dia gf aku, hyung. Kan dia gf ..”

“Lebih baik kau mengaku macam tu. Aku faham kita sekarang terdesak. Aku percayakan kau, Ji.”

 

Dan Jiyong cuba menelan air liurnya…tapi tekaknya kekeringan. Perbualan dengan TOP kali ini betul-betul menggerunkan. TOP tak pernah seserius ini dalam urusan peribadi. Even masa Kiko dulu pun mereka tak pernah berbual seperti ini.

 

“Tapi kalau aku kata dia gf aku…dia tetap terima nasib yang sama.. hyung, kau tahu kan?”

 

Kedua-duanya mengeluh senyap.

 

“Kau fikirlah Jiyong. Aku cuma nak Gyuri OK je. Dia selalu cakap dia OK tapi kita tak tahu keadaan sebenar mereka. Aku dah suruh Dae contact Jinx tadi. Tanya khabar dia..”

“Gomawo hyung..”

“No. Gomawo Ji.”

 

TOP lalu meminta diri untuk beredar. Jiyong pula bergerak ke meja kerjanya. Masing-masing sudah berat memikirkan hal ini. Kesanggupan TOP untuk ‘berkongsi’ Gyuri dengannya…dia sendiri susah hendak mempercayainya tapi…apa boleh buat sekarang. Buat press conference kalau hanya menafikan hubungan cinta, boleh tapi media pasti akan jadi lebih curious, kenapa kalau kawan hanya dapat jumpa pada masa macam tu. Lebih pressure akan dirasai. Secret meeting mereka yang betul-betul hanya kawan, memang boleh..anii…sememangnya pada mata kasar, seperti secret date, kan?

 

 

 

A/n : ottokae???

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
autumnX
bbgg- saya double update!!come come read!

Comments

You must be logged in to comment
AyumuChan #1
Chapter 58: Bestnyaa...Good jod author...Keep trying...So sweet.haha
namsaehee #2
Chapter 4: syok sendiri baca crite nie , btw , nice!! , tapi , lain kali , buat yg lebih romantik lagi ye ??
trexemo92
#3
Chapter 3: rasa mcm tgk cerita tp alih bahasa. hahaha. anyway, tk sangka kt sini ada jugak fics dlm BM. Kyaaaaaaaaa~~~i love it so much!!!!!!
MaryReeds
#4
Chapter 58: Nice story!!! Touching :'(
MaryReeds
#5
Chapter 42: Triple X? Ape tu?
MaryReeds
#6
Chapter 31: SERIOUSLY AKU TAK PAHAM BETOL DENGAN TOP NI! *CONTINUE READING*
MaryReeds
#7
Chapter 19: "Tanahair" haha !
-Yuan-
#8
Chapter 1: I love the couple sadly I can't malay
But it looked awesom if you ever decide to make a english fanfiction about them noth would be awesome
sndrprk
#9
Chapter 59: part 2? WAAAAA~~! suka suka
Catalina390 #10
Chapter 59: what sequel? OMG!