SHOT FORTY ONE

Bad Boy. Good Girl.

 

 

TOP tepuk lembut bahu Gyuri bila habis mendengar ceritanya. Bora mengeluh. “Unnie..saya rasa tak perlu korang berlakon lagi. lebih baik unnie terus-terang dengan GD Oppa tentang perasaan Unnie ni,” kata Bora. Junhyung lalu mencuit bahu Bora. “Cakap orang...diri sendiri tu?” bisik Junhyung. Bora menoleh ke belakangnya. “Aishhh!!!! Pergi dating jauh-jauh boleh tak! Sibuk je!” jerit Bora kepada Junhyung dan Jiyoon yang berada di sebelah Junhyung tergelak besar.

 

“Come Oppa. Kita memang tak sepatutnya ikut Bora tadi.. kan ke dah kena cop penyibukkk..,” Jiyoon lalu bangun dari duduknya dan menarik tangan Junhyung. “Jom..jomlah..,” Jiyoon memujuk dan Junhyung pun akur dengannya. Pasangan JunYoon terus berkepit dan beredar dari situ. Mereka di tempat perkelahan yang mereka kunjungi dulu, tempat mereka bertemu Milky Couple tak lama dulu. Bora tersengih dan menjeling tajam pada Junhyung yang sudah mengejeknya dengan menjelirkan lidahnya keluar sebelum beredar dari situ.

 

Bora baring di sebelah TOP. Gyuri masih duduk, memeluk lututnya. Pemandangan petang itu sangat santai, cuaca juga sangat sporting. TOP dan Bora pandang ke atas...ke langit. Gyuri pula memandang lalang-lalang yang tumbuh tinggi di sekitar mereka. Buat seketika ..tenang.. tapi..selepas seketika lagi.. Gyuri mengeluh. TOP menoleh kea rah Gyuri dan Bora menoleh ke arah mereka. Apa yang mereka fikirkan lagi, Bora tertanya sendiri. Bukankah idea aku tadi tu bagus? Telus dan jujur. Sampai bila kita nak teruskan benda ni? GD Oppa harus tahu yang sebenar. Buang masa je main-main...

 

Dan TOP tiba-tiba menoleh ke arah Bora yang masih berfikir tapi matanya memandang ke arah TOP. Bora tersedar lalu mengalihkan pandangannya ke langit semula. “I know what’s on your mind. But this is GD, Bora,” bisik TOP. Bora gigit bibirnya. “Arrasso. Done step 1. Now step 2,” kata Bora lalu duduk. “Step 2?” Gyuri menoleh. “Unnie tak nak kalau yang Bora bisik hari tu..”

 

Bora lalu mengerut dahinya. “Bukan yang itulah unnie. Kalau kita buat.. Junhyung dan Jiyoon mesti fikir saya betul-betul ert...,” keluhnya. “Ini.. TOP ssi dan unnie kena selalu muncul depan dia dan act accordingly. Ini option A. Option B, is.. the..herm.. triple..uhuk...,” Bora faked a cough. Tapi Gyuri faham. “Option C.. be straightforward,” dan yang ini Bora berkata dengan yakin. TOP tersenyum. Macam-macamlah idea kau Bora..., fikirnya. “Tak perlu buat apa-apa. Tunggu je,” katanya lalu menutup matanya.

 

Gyuri tak faham tapi Bora tahu. Lebam di bibir TOP tidak mungkin muncul begitu saja. Pasti plan mereka sudah berjaya ..dalam proses.

--

 

“Oppa..kita kena tolong dia. Dia berjaya, baru dia dapat lelaki idaman dia,” Jiyoon beritahu dengan wajah serius. Junhyung mengeluh. “Macam mana?” tanyanya malas. “Kita tolong dia selesaikan masalah tu, lepas tu kita selesaikan masalah dia,” kata Jiyoon. “Aishh... macam kepoh je..”

 

“Oppa! Dia bestfriend Oppa kan! Kesianlah...tengok tu, macam mana dia nak tolong unnie..dia sendiri pun dalam dilemma yang sama!” Jiyoon menarik dagu Junhyung ke satu arah dan Junhyung mengeluh lagi. kelihatan Bora sangat tertekan walaupun sedang berbual dengan senyuman di bibirnya. “OK, I’m in.. Bora.. Bora...,” kata Junhyung menggelengkan kepalanya.

 

--

 

“..I’m outside! Ppali!” dan talian dimatikan. Gyuri lalu berjalan ke arah permainan dan mendapati Jiyong sedang duduk memeluk tubuhnya di buaian. “Hey.. lama tunggu?” tanya Gyuri. “Sejuk..” komen Jiyong. “Aigo...jom masuk dorm,” ajaknya. Jiyong lalu mendongak. “nanti kau sakit pulak. Jom. Takpe. Aku dah duduk bilik sendiri. Tak share dengan sesiapa. Jom,” Gyuri lalu memaut lengannya dan menariknya ke dorm mereka. Jiyong agak cemas tapi dia ikutkan saja. Dia mahu lihat sendiri bilik Gyuri.

 

Mereka berdua sampai di bilik Gyuri dan Gyuri segera buatkan minuman panas untuknya. Bilik Gyuri seakan sebuah bilik suite di hotel ternama. Segalanya mewah. Jiyong jadi kagum sendiri..tapi kekagumannya mati apabila terlihat satu sudut penuh dengan poster TOP. “Oh.. tu..pengubat rindu,’ kata Gyuri, ketawa kecil. Pipinya terasa panas. Jiyong mengangguk dan duduk bersama Gyuri di ruangan bersofa.

 

“Hyung selalu datang sini ke Gyuri?” soalsiasat bermula. Gyuri telan air liur. Aduh.. “A...ne.., dia pernah tidur di sini..,” Gyuri beritahu dengan suara kecil. “Apa?” Jiyong lalu duduk tegak. Tak tersangka olehnya Gyuri akan memberitahunya tentang itu. Jadi benarlah apa yang Jinx ceritakan dalam chatnya dengan Daesung sebelum ini.

 

“Ya.. dia tidur di sini. Aku tidur kat katil tu..,” Gyuri dah berjaya kumpulkan keberaniannya. Jarinya ditunjuk kepada katilnya. Jiyong menoleh. Wah, cantiknya ruang tidur. “Dia pernah buat apa-apa kat kau?” tanya Jiyong, pandangannya menjadi tajam, dan liar memandang sekeliling bilik Gyuri. “Erm.. tapi tak pernah..,” jawab Gyuri, malu-malu. Apa jenis jawapan ni Gyuri? Macam.. pernah tapi tak pernah??? Gyuri seakan dapat membaca soalan di fikiran Jiyong bila dia menganggukkan kepalanya dengan malu-malu.

 

“Jiyong..alang-alang..kita dah cakap pasal ni kan. Aku pun tak nak berahsia dengan kau..macam yang kau minta...erm..” Gyuri duduk rapat sikit dengan Jiyong. Jiyong tunggu dengan cuba menahan hatinya yang dah nak mengamuk. “TOP Oppa...orangnya serius.. aku rasa..kalau dia nak..mungkin next time..aku....bagi..,” Gyuri berbisik. Malu sangat. Saat itu, Jiyong rasa jantungnya seolah berhenti berdegup. Dia terus menoleh dan memandang Gyuri tepat pada matanya. “Gyuri yahhh!!!! Kau betul-betul ke cintakan hyung???” bahu Gyuri dah dicapai dan...digoncang! “Aaa... Jiyong-ah!” Gyuri cuba menepis tangannya di bahu tapi tak berjaya.

 

 “Oh..eh? Jiyong? Korang buat apa?” satu suara muncul dari pintu bilik. Mereka berdua lalu berhenti dan menoleh. TOP sedang berjalan masuk dengan muka blur. “Hyung???” Jiyong melepaskan bahu Gyuri dan berdiri. “O..Oppa.. saya yang ajak dia naik tadi,” jelas Gyuri seperti takut. TOP senyum. “Aish.. takpelah. Kan kat luar tu sejuk. Takkan nak biarkan BFF beku kat luar..,” kata TOP sinis, especially kat perkataan BFF. Jiyong mengetap bibir. “Duduklah, continue at what you are doing,” kata TOP semakin sinis. Gyuri lalu merapatinya dan meraba-raba tangannya, seolah-olah seperti memujuk atau meminta maaf. Jiyong melihat dengan matanya disepetkan tanda menahan amarah.

 

“Uhm.. kalau dah macam ni, esok je kita jumpa Gyuri yah.. aku better balik dulu,” kata Jiyong, fikir,...beredar dari situ lebih baik daripada mendengar kata-kata sinis yang tajam dari TOP. Lagipun perlakuan Gyuri yang manja dengan TOP membuatnya menjadi rasa...tak selesa dan..cemburu. Cemburu???

 

Jiyong melangkah ke pintu tapi TOP menahannya. “Tunggu, lepaklah dulu. Kau tak pernah datang tempat Gyuri ni kan. Aku datang bawak beer tadi.. jom, minum sama. Kalau mabuk, tidur je kat sini. Pagi nanti baru balik.” Jiyong lantas menoleh kepada Gyuri dan Gyuri mengangguk dengan senyuman. Jiyong tak mahu dan menolak pelawaan itu baik-baik tapi TOP tetap berkeras dan akhirnya dia setuju untuk terus melepak di situ.

 

 

 

 

 

A/n : spoiler i said is upnext. Thanks for continuing to read the story. Love you all!

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
autumnX
bbgg- saya double update!!come come read!

Comments

You must be logged in to comment
AyumuChan #1
Chapter 58: Bestnyaa...Good jod author...Keep trying...So sweet.haha
namsaehee #2
Chapter 4: syok sendiri baca crite nie , btw , nice!! , tapi , lain kali , buat yg lebih romantik lagi ye ??
trexemo92
#3
Chapter 3: rasa mcm tgk cerita tp alih bahasa. hahaha. anyway, tk sangka kt sini ada jugak fics dlm BM. Kyaaaaaaaaa~~~i love it so much!!!!!!
MaryReeds
#4
Chapter 58: Nice story!!! Touching :'(
MaryReeds
#5
Chapter 42: Triple X? Ape tu?
MaryReeds
#6
Chapter 31: SERIOUSLY AKU TAK PAHAM BETOL DENGAN TOP NI! *CONTINUE READING*
MaryReeds
#7
Chapter 19: "Tanahair" haha !
-Yuan-
#8
Chapter 1: I love the couple sadly I can't malay
But it looked awesom if you ever decide to make a english fanfiction about them noth would be awesome
sndrprk
#9
Chapter 59: part 2? WAAAAA~~! suka suka
Catalina390 #10
Chapter 59: what sequel? OMG!