SHOT THIRTY

Bad Boy. Good Girl.

Siapa tu tadi? Kenapa dia senyum macam tu? Dia kenal aku ke? Aish, aku kena buat penyamaran yang lebih baik kalau macam ni! Jiyong dah tak keruan bila gadis tu berlalu keluar. TOP mengekori beberapa saat kemudian dan Jiyong juga buat keputusan untuk ikut sama.

 

Dalam beberapa saat tu lepas tu jugak, Jiyong sudah berjaya mengekori TOP yang mengekori gadis tu, macam gadis tu tak sedar dirinya diekori... hingga ke sebuah bangunan apartment. Mereka bertiga memasuki bangunan tu masih dengan situasi tadi. gadis tu tekan butang pada lif, nak naik. TOP beberapa langkah di belakangnya. Jiyong pula memang tak nampak sebab bersembunyi. Dan bila pintu lif terbuka, gadis tu masuk dengan selamba... Tapi bila pintu lif nak tutup pula TOP muncul dan menahan pintu lalu masuk bersama gadis itu. Jelas kelihatan bahasa tubuh gadis tu sangat terkejut dengan kemunculan TOP.

 

Jiyong juga terkejut. Eh, wait..TOP hyung curang dengan Gyuri ke? Aish..tapi hyung bukan player.. tapi..apa..apa yang aku lihat tadi??? Jiyong dengan kepoh modenya on bernyala-nyala seperti lampu ambulans yang dalam kecemasan, terus mengekori mereka. Tingkat empat huh... dan Jiyong masuk ke lif yang satu lagi dan pergi ke tingkat empat.

 

Dia sampai di tingkat empat dan terus terlihat kelibat TOP dan gadis tadi berjalan beriringan keluar dari lif dan menuju ke hujung bangunan, ke sebuah pintu. Jiyong pun on lah mode mengendap dia. Kelihatan gadis tu keluarkan kunci.. Oh, pasti ni apartment dia, teka Jiyong. TOP yang berdiri di belakang gadis tu meramas kedua bahu gadis tu dengan wajah nakal semacam. .. Oh? ert hyung! Apa kau nak buat ha? Muka kau tu, iskkk! Jiyong raup mukanya bila tengok TOP senyum nakal sambil pegang bahu gadis tadi.

 

Pintu dibuka dan TOP terus tolak gadis tu kedalam dan pintu ditutup dengan hempasan yang kuat. Jiyong terkejut mendengar bunyi pintu yang nyaring itu. Hyung? Kau buat apa? Kau jangan nak rogol anak perempuan orang!!! Jiyong dah panik. Mahu saja dia pergi ke bilik tu dan tendang pintunya. Tapi dalam masa yang sama dia masih sempat berfikir.. “Oh!! Kau betul-betul curang dengan Gyuri ya!!!! Chiss!!!” Jiyong automatic jadi marah.. “Aku kena jumpa Gyuri sekarang!”

 

--

 

Gyuri dengan malasnya muncul di taman permainan kanak-kanak dan terus masuk ke dalam kereta Jiyong. Petang-petang macam tu diorang takkan melepak kat luar selain daripada dalam kereta je. “Apahal ni?” tanya Gyuri, menguap. Mukanya nampak letih dan dia juga seperti baru bangun tidur. Jiyong ketap bibirnya. Nak bertanya nak memberitahu...mana satu dulu?

 

“Gyuri, kau sukakan TOP hyung tu...berapa percent?” aish...soalan yang keluar! Jiyong menampar pipinya dalam mode visual minda. Gyuri segera senyum manis. Wah, pantang dengar nama hyung, terus tersenyum lebar macam ni, menyampah betul....Jiyong mencebik bibir. “Waeyo? Kepohnye...,” Gyuri buat nada manja. Jiyong telan air liur je. Aigoya! Menyampah betul, aku dikatanya kepoh. Aku ni kawan yang caring! “Yah! Kau tu BFF aku, aku tak nak kau dipermainkan hyung!”

 

“Aish.. kau mengata dia? Tapi dia kawan baik kau jugak!” alamak! Salah cakap lagi...Jiyong tampar lagi pipinya dalam mode mind-visual. “Bukan macam tu lah! Isk... fikir banyak lah kau ni!” marah Jiyong, dalam hatinya memarahi dirinya sendiri juga kerana dialah yang berfikir banyak. “Apa yang kau cuba nak cakapkan ni? Cer citer cer citer..”

 

“Berapa percent Gyuri?” Gyuri angkat keningnya. Soalan ni lagi! “Satu K percent!!!” jawab Gyuri yakin! “Waw, hebatnya hyung,” spontan Jiyong mengomen sendiri. “Wah, mengaku pun! Seunghyun Oppa memang hebat. Bertuah aku jadi girlfriend dia!!! Hmmmmm!!!!” Gyuri buat muka romantic plus bahagia yang pada mata Jiyong sangat-sangatlah menyakitkan dan menjengkelkan hati lelakinya.

 

“Kau tahu tak dia sukakan kau banyak mana???” senyuman Gyuri terus mati. “Teruklah kau ni! Datang sini tanya pasal matematik pulak!!!” jawab Gyuri dah marah. “Aku takkan ragu dengan perasaan Seunghyun Oppa sebab dia yang ajak aku couple dulu, tau tak!” dan Gyuri nak buka pintu kereta tapi Jiyong segera menahannya. Satu tangan di butang kunci pintu, satu tangan di bahu Gyuri.

 

Gyuri dan Jiyong terus gelabah. Jiyong cepat-cepat alihkan tangannya daripada Gyuri. Tadi mereka dalam keadaan seperti nak berpeluk. Tapi mereka sebelum ni pun pernah peluk-peluk. Entah kenapa Jiyong dan Gyuri rasa semacam ..macam malu pulak. “Jangan balik dulu,” kata Jiyong, kedua tangannya kembali ke stereng kereta. Matanya memandang ke depan. Gyuri tunduk, bermain jari-jarinya.. nervous???

 

“Gyuri, aku bukan tak percayakan hyung. Tapi aku cuma tak nak kau terjebak dengan lelaki yang tak cun dengan kau..”

“Seunghyun Oppa tak cun dengan aku? Maksud kau aku ni tak layak dengan dia? Dia handsome. Aku tahu aku tak cantik”

“Aish! Cuba dengar je dulu!”

“Tak nak! Aku tak suka kau cakap Oppa macam tu!”

“Kau sukakan dia betul-betul?”

“Pabo! Kalau tak suka, buat apa aku nak terima dia jadi boyfriend aku?”

“Tapi..kalau dia ada perempuan lain? Girlfriend lain?”

“Tak mungkin! Dia sayang sangat kat aku!”

“Kalau ada macam mana?”

“Jiyong! Apa yang kau cuba nak cakapkan ni??? Kau tak suka aku dengan Oppa ke???”

 

Jiyong terdiam. Gyuri dah macam nak menangis, menjerit marah terus ke telinganya. Wajah Gyuri nampak sangat kecewa juga. Kecewa dengan teman baiknya.. “Aku nak balik!” Gyuri cuba buka pintu lagi dan Jiyong terus mengunci pintu kereta semula.

 

“Gyuri.. aku buat macam ni, sebab aku sayangkan kau. bukan setakat sayang macam kawan aje...”

 

 

 

A/n : Update 2 for 20 Jun 2012. next update will be after 1.30Hours of this one. TQ

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
autumnX
bbgg- saya double update!!come come read!

Comments

You must be logged in to comment
AyumuChan #1
Chapter 58: Bestnyaa...Good jod author...Keep trying...So sweet.haha
namsaehee #2
Chapter 4: syok sendiri baca crite nie , btw , nice!! , tapi , lain kali , buat yg lebih romantik lagi ye ??
trexemo92
#3
Chapter 3: rasa mcm tgk cerita tp alih bahasa. hahaha. anyway, tk sangka kt sini ada jugak fics dlm BM. Kyaaaaaaaaa~~~i love it so much!!!!!!
MaryReeds
#4
Chapter 58: Nice story!!! Touching :'(
MaryReeds
#5
Chapter 42: Triple X? Ape tu?
MaryReeds
#6
Chapter 31: SERIOUSLY AKU TAK PAHAM BETOL DENGAN TOP NI! *CONTINUE READING*
MaryReeds
#7
Chapter 19: "Tanahair" haha !
-Yuan-
#8
Chapter 1: I love the couple sadly I can't malay
But it looked awesom if you ever decide to make a english fanfiction about them noth would be awesome
sndrprk
#9
Chapter 59: part 2? WAAAAA~~! suka suka
Catalina390 #10
Chapter 59: what sequel? OMG!