SHOT FORTY FOUR

Bad Boy. Good Girl.

 

“G-Dragon Oppa.., do you have feelings for Unnie?” soalan kedua tapi masih sama. Jinx mengetap bibirnya menunggu jawapan. Jiyong seolah sedang berfikir, dahinya dikerutkan. Dan apabila dia hendak menjawab, dagunya didongak, memandang ke arah Jinx. “Saya… ,” dia terdiam. Matanya terlihat sesuatu…atau..

 

 

“Daesung???” panggilnya dengan wajah bertukar hairan. Apa yang Daesung buat di sini? Jiyong panggil lagi. Daesung pun keluar dari tempat persembunyiannya tapi tanpa Bora. Jinx pula sudah mengeluh panjang dan memaki hamun dalam hatinya. I’m so close already Dae Oppa!!!! Siap Oppa nanti!! Jinx dah mengepal jarinya menjadi penumbuk di bawah meja.

 

 

Bora yang masih bersembunyi, turut merungut sendirian. Kalau tak gara-gara mereka berdua bertolak-tarik badan tadi, mungkin mereka sekarang dah dapat pengakuan sebenar hati Jiyong. Aishhhh!!! Bora jadi frust, mahu saja ditumbuknya dinding kaca itu tapi..sabarrrr…..

 

 

Daesung lalu melangkah dengan ragu-ragu. “Mian. Saya sakit perut, lama di toilet,” katanya lalu duduk di sebelah Jinx. “Oh, jadi kau keluar dengan Jinx? Ni..patutlah ada dua gelas kopi,” Jiyong menunjuk ke gelas-gelas yang berada di atas meja. Jinx menjeling tajam pada Daesung yang tergaru-garu belakang lehernya. Fuh! Nasib baik aku datang tadi belum order minuman, Bora yang mendengar mengeluh sendiri.

 

 

“Daesung, korang couple ke?” terus je Jiyong menanya. Daesung segera menggeleng tapi Jinx segera mengangguk. Jiyong tergelak. “Tak apa Daesung. Asalkan jangan buat hal. Baiklah..aku balik dulu. Korang jangan sampai subuh pulak kat luar. Sakit nanti,” kata Jiyong lalu bangun hendak beredar. Pelik pula rasanya. Seperti mengganggu date DaeJinx. Kalau dia tahu awal-awal tadi, dia takkan duduk dengan Jinx.

 

 

Daesung dan Jinx terkaku saja melihat Jiyong sangat cepat mahu beredar, malah minumannya juga belum disentuh, masih panas lagi. Jiyong terus saja keluar dari café itu.

 

 

==

 

 

Bora keluar dari café dan terus berjalan pulang. Tempat tinggalnya tidak jauh dari café itu. Dia pastikan tiada orang yang mengekorinya. Setelah berasa selamat barulah dia memulakan perjalanannya dengan santai. Hatinya bercelaru bila mengingatkan perkara tadi. Hampir saja tahu. Kalau Jiyong memang ada hati dengan Gyuri, dia akan lakukan apa yang patut tanpa perlu Gyuri dan TOP berlakon lagi. Kalau sebaliknya… “Aahhh…!” Bora mengeluh lemah.

 

 

Sudah sampai di rumah, dia terkenang pula TOP yang bermalam untuk entah kali keberapa di tempat Gyuri. Kalau benda ini berlanjutan, TOP mungkin akan terus tersangkut dengan Gyuri dan tersangkut tu..sangkut betul-betul. Gyuri juga mungkin akan berubah hati. Tambahan pula TOP melayannya sangat baik. Malah lebih baik daripada dirinya. Bora mengeluh lagi dan terus baring di sofanya.

 

 

“Bora…”

 

“Yahhhhhh!!!!!!!!!!”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
autumnX
bbgg- saya double update!!come come read!

Comments

You must be logged in to comment
AyumuChan #1
Chapter 58: Bestnyaa...Good jod author...Keep trying...So sweet.haha
namsaehee #2
Chapter 4: syok sendiri baca crite nie , btw , nice!! , tapi , lain kali , buat yg lebih romantik lagi ye ??
trexemo92
#3
Chapter 3: rasa mcm tgk cerita tp alih bahasa. hahaha. anyway, tk sangka kt sini ada jugak fics dlm BM. Kyaaaaaaaaa~~~i love it so much!!!!!!
MaryReeds
#4
Chapter 58: Nice story!!! Touching :'(
MaryReeds
#5
Chapter 42: Triple X? Ape tu?
MaryReeds
#6
Chapter 31: SERIOUSLY AKU TAK PAHAM BETOL DENGAN TOP NI! *CONTINUE READING*
MaryReeds
#7
Chapter 19: "Tanahair" haha !
-Yuan-
#8
Chapter 1: I love the couple sadly I can't malay
But it looked awesom if you ever decide to make a english fanfiction about them noth would be awesome
sndrprk
#9
Chapter 59: part 2? WAAAAA~~! suka suka
Catalina390 #10
Chapter 59: what sequel? OMG!