SHOT FIFTY

Bad Boy. Good Girl.

 

 

 

Di jalan, setelah berjalan selama 15 minit daripada café itu, Bora terus terduduk di sebuah bangku kayu di tepi jalan. Dia terus memegang dadanya, terasa degupannya laju..masih laju seperti tadi. Sudah tak tertahan lagi. “Omo..apa yang aku dah lakukan? Mati aku! Kenapa buat tak fikir dulu?!” Bora panik lalu mencari telefon bimbitnya. Setelah menjumpai telefonnya, dia segera menghantar text kepada Jinx dan Daesung, memaklumkan mereka tentang apa yang baru terjadi.

 

 

Kemudian Bora cuba menghela nafasnya perlahan dan menghembusnya perlahan juga. Dia cuba bertenang. Aduh! Mati aku! Kalau dia tahu apa aku buat, jangan-jangan dia takkan mahu jumpa aku lagi! Yah! Yun Bora! Apa kau dah buat ni????? Bora terus duduk di bangku itu melayan frustnya. Pipinya merah ditampar-tamparnya sendiri.

 

 

“Habislah! Ottokae? Matilah aku! Apa aku dah buat ni?” Bora masih bingung, dan sudah mahu menangis ketika seseorang duduk di sisinya dan memeluk bahunya tenang. Bora lalu menoleh ke sebelahnya. “T-TOP ssi?” Bora segera menyeka air matanya yang baru nak keluar. TOP duduk diam saja, bahu Bora digenggam erat. “Saya maafkan awak. Saya tahu situasi awak. Saya faham,” katanya. “TOP ssi…”

 

 

“Kenapa awak tak nak langsung panggil saya Oppa ya? Awak tak sukakan saya ke?” tanya TOP, memotong Bora. Bora terkelu. Hanya matanya saja mampu menunjukkan perasaannya ketika ini. Matanya mula berair semula. “Mian,” Bora lalu menangis dan TOP langsung menarik kepala Bora ke dadanya.

 

 

Sementara itu, Jiyong terkedu melihat Bora dan TOP berpelukan di hadapannya. Dia mula percaya dengan kata-kata Bora tadi. Memang nampaknya TOP sedang resah kerana ada dua wanita yang mahukan perhatiannya. Dan sebelum dia tak pernah nampak TOP selembut ini dengan mana-mana perempuan. Dengan Gyuri juga dia tak pernah lihat TOP macam ni. Fikirannya terus teringat pada Gyuri. Kalau Gyuri tahu tentang ini, bagaimana? TOP tak boleh menduakan Gyuri. Gyuri tak berhak dapat layanan macam itu. Dia lalu melangkah senyap, dalam fikirannya cuma mahu berjumpa Gyuri.

 

 

==

 

Gyuri baru habis berlatih menari dan ahli Kara yang lain sudah lama meninggalkan studio. Terasa hatinya tidak tenang beberapa hari sudah, sejak pertemuannya dengan Dara awal pagi tempoh hari. Kesibukannya tak dapat menghilangkan perasaan resah itu. “Aku tak boleh biarkan ini berterusan. Aku patut pergi jumpa Jiyong,” katanya sendiri lalu mencari telefon bimbitnya.

 

Baru saja hendak mendail nombor Jiyong, nama Jiyong terlebih dahulu muncul di skrinnya. “Ji?” segera Gyuri menyahut panggilan itu.

 

“Kita mesti jumpa!” serentak mereka berdua menyebut perkataan ini tanpa helo terlebih dahulu. Dan serentak juga mereka berdua memandang skrin telefon masing-masing dan tersenyum sendiri. Jiyong yang pertama bersuara.. “Mommy, I miss you.” Dan Gyuri tersenyum sendiri, menjawab kekok, “I miss you too…, Daddy.”

 

 

==

 

 

Bora mengelap air matanya dan bangun. “Mian. Saya jadi emosional lah pulak,” katanya lalu cuba melangkah pergi tapi tangannya laju disentap oleh TOP. “Kita kena teruskan lakonan ini. Kalau tak..saya risaukan mereka,” kata TOP. Langkah Bora mati. Teruskan? Hatinya terasa ada luka. Luka baru. “Baiklah. Saya akan buat apa yang patut,” kata Bora, “dan awak kena ikut rentak saya. Saya takkan bagitahu apa plan saya lepas ni. Kita go with the flow.” Suara Bora datar tapi Bora pejam matanya bila dia menuturkan kata-kata ini. Begitu sekali dia menahan hatinya dan airmatanya yang mahu saja tumpah lagi, bila-bila masa boleh tumpah lagi.

 

 

“Thanks Bora. You’re really my best friend,” kata TOP dan menariknya untuk duduk semula. “Sekarang.. kita pergi ke bukit tu, cipta satu lagu rap sama-sama nak..?” ah, TOP! Kenapa..bencinya! selamba je dia ajak aku..aishhhh!!! Bora nak menjerit dalam hati tapi TOP dah tarik tangan dia, bangun dan mula berjalan..laju!

 

 

==

 

 

Jiyong sebenarnya mahu berjumpa Gyuri terus pada masa itu juga tapi dia fikir Gyuri mungkin akan rasa terbeban pulak nanti, so mereka janji nak jumpa malam nanti, tempat biasa, waktu biasa. Jiyong tak tahu yang Gyuri sebenarnya juga nak jumpa dia on the spot tapi…dia fikir Jiyong mungkin sibuk so dia setuju untuk berjumpa malam nanti.

 

 

Dan malam pun tiba, selepas midnight.. 1AM… Jiyong membuai dirinya di buaian menunggu kedatangan Gyuri. Sebaik saja dia terlihat Gyuri datang, dia terus melompat dari buaiannya dan berlari mendapatkan Gyuri. Tergelak saja Gyuri melihat perangainya. “Hoh, rindu sangat dengan aku ke? Sampai tak boleh tunggu aku sampai sana,” Gyuri sudah separuh menjerit. Jiyong tersenyum saja dan matanya terus turun kepada paper bag yang Gyuri bawa di tangannya.

 

 

“Apa tu Mommy?” tanyanya spontan. Telinga Gyuri terasa geli pula bila mendengar nickname nya disebut lagi di depannya setelah..agak lama dia tidak mendengarnya. “Adalah. Yah, Jiyong, sudah-sudahlah kau panggil aku Mommy. Macam suami isteri yang dah ada anak lah pulak bunyinya!” marah Gyuri dengan bibirnya dicebik. Dia terus berjalan ke buaian, meninggalkan Jiyong. Jiyong pula ..tersentak. baru ketika itu dia tersedar akan gelarannya kepada Gyuri selama ini berbunyi agak melampau tapi…juga agak..special.. dia terus mengejar Gyuri dengan hati yang dah mula berbunga.

 

 

“Ni, kenapa bahagia sangat ni? Ada girlfriend baru ke?” tanya Gyuri duduk di buaian dengan wajah tenang. Di sebalik ketenangan itu hanya dia dan kite-kite je tahu betapa deras degupan jantungnya berdebar untuk lelaki itu. “Takde… bahagialah, akhirnya dapat jugak lepak dengan kau lagi!” Jiyong cuba cover senyumannya yang dah meleret. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Gyuri.

 

 

Matanya masih tertancap lagi kepada paper bag yang Gyuri letak di atas tanah. “Apa tu Mommy?” soalan ulangan kedengaran lagi. “Mommy lagi! Kenapa ek? Ji-“ kata-kata marah yang dibuat-buat Gyuri terhenti tiba-tiba…dan seakan masa juga turut berhenti…

 

 

 

A/n : Yorobun, kita pun berhenti setakat ni dulu ek. Nanti saya sambung lagi…nak lunch! Opss..mian. to those who fast : happy fasting!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
autumnX
bbgg- saya double update!!come come read!

Comments

You must be logged in to comment
AyumuChan #1
Chapter 58: Bestnyaa...Good jod author...Keep trying...So sweet.haha
namsaehee #2
Chapter 4: syok sendiri baca crite nie , btw , nice!! , tapi , lain kali , buat yg lebih romantik lagi ye ??
trexemo92
#3
Chapter 3: rasa mcm tgk cerita tp alih bahasa. hahaha. anyway, tk sangka kt sini ada jugak fics dlm BM. Kyaaaaaaaaa~~~i love it so much!!!!!!
MaryReeds
#4
Chapter 58: Nice story!!! Touching :'(
MaryReeds
#5
Chapter 42: Triple X? Ape tu?
MaryReeds
#6
Chapter 31: SERIOUSLY AKU TAK PAHAM BETOL DENGAN TOP NI! *CONTINUE READING*
MaryReeds
#7
Chapter 19: "Tanahair" haha !
-Yuan-
#8
Chapter 1: I love the couple sadly I can't malay
But it looked awesom if you ever decide to make a english fanfiction about them noth would be awesome
sndrprk
#9
Chapter 59: part 2? WAAAAA~~! suka suka
Catalina390 #10
Chapter 59: what sequel? OMG!