SHOT ONE

Bad Boy. Good Girl.

“Yah, Jiyong-ah, kenapa ajak aku keluar malam-malam buta macam ni? Aku terpaksa tunggu Nikori habis main game..2 jam tau, baru dapat curi-curi keluar dari dorm tu,” Gyuri merengek sambil membetulkan hood jaketnya. Jiyong tersengih. Dia lalu memaut bahu gadis comel itu dan mereka berjalan seiringan.

 

            “Nak ke mana?” tanya Gyuri. “Jalan-jalan je. Ambil angin,” jawab Jiyong pendek. Wajahnya kelihatan resah dan Gyuri menyedarinya. “Kau OK ke Ji? Kau tak sihat ke? Kau ada main barang lagi?” tanya Gyuri, mula risau. Langkahnya dihentikan dan dia terus mencapai dagu lelaki itu dan membelek wajahnya berkali-kali.

 

            “Yah! Aku mana ada main barang macam tu lagi. Aku..aku cuma bingung ni..tak tau nak buat apa..,” protes Jiyong, menepis kasar tangan Gyuri. Gyuri sambung lagi langkahnya. Jiyong memaut bahunya semula. “Kau ni..kenapa? lagi satu, berapa kali aku dah cakap, jangan peluk-peluk bahu aku macam ni.. kalau kantoi karang, orang gosipkan kita couple..hancur aku tau!” Gyuri sambung juga leterannya. Mereka berjalan ke taman permainan kanak-kanak di seberang dorm Kara dan duduk di buaian. Tiada orang lagi berada di luar ketika itu. Cuma mereka berdua.

 

            “Gyuri-ah, dia reject aku..,” Jiyong mula meluahkan keresahannya. Gyuri membuai dirinya perlahan-lahan di atas buaian, seperti tidak mempedulikan Jiyong. Jiyong menoleh kepadanya bila mendengar Gyuri hanya diam. “Kau dengar tak ni?” tanya Jiyong. Wajah resahnya jelas kelihatan.

 

            “Go on, aku dengar ni,” kata Gyuri masih terus membuai dirinya dengan menolak buaian dengan kuasa kedua kakinya. “Aku dah cakap kat dia, aku tak kesah gap umur kami. Dia noona tapi aku tak kesah. Aku ikhlas dan aku dah buktikan, tapi aku tak faham kenapa dia masih tak nak terima aku,” Jiyong terus ke topik utama. Gyuri mengeluh.

 

Sejak dua bulan lalu, Jiyong seperti tiada masalah lain yang hendak dikongsikan bersamanya. Tapi mereka sudah agak lama berkawan rapat, dia mahu jadi kawan yang baik, jadi pendengar yang setia dan dia juga jarang ketandusan idea untuk mengatasi pelbagai masalah. Sebab itu Jiyong suka berkawan dengannya. Itu yang Gyuri fikir sambil menenangkan dirinya apabila mendengar topik itu diungkit lagi. Siapa sangka lelaki terkenal macam Jiyong pun ada yang berani reject cintanya. Gyuri senyum sendiri.

 

            “Jiyong-ah, kau tak pernah fikir ke..mungkin dia sukakan orang lain, sebab tu tak dapat terima kau,” cadang Gyuri, supaya Jiyong berfikir lagi. Jiyong memang berfikir lagi pabila Gyuri berkata begitu. “Siapa? Siapa yang curi hati dia, sampai aku yang superfabulous ni dia buat derk je?” Jiyong mengepal penumbuknya.

 

            “Tengok..tengok! Suka cakap besar. Perempuan mana nakkan kau kalau macam ni,” komen Gyuri. Jiyong mendengus dan menjeling tajam pada gadis di sebelahnya. “Apa? Aku tau lah kau tu most wanted man, most itu most ini kat dunia ni tapi setiap orang ada kekurangan jugak tau... perempuan tak tengok kelebihan je kalau nak couple,” Gyuri berleter.

 

            “Gyuri!”

 

            “Apa? Jerit-jerit macam perempuan... shh..” Gyuri lantas menekup mulut lelaki itu. Jiyong tepis tangannya kasar.     “Aku tension sangat ni! Kau ni tak membantu langsung lah,” komennya. “Jadi kau nak aku buat Mister dancing tu, hiburkan kau macam selalu?” Gyuri bertanya sambil membeliakkan matanya. Jiyong tersengih, kemudian senyum.“Erm... boleh jugak.. buat sekarang!” arahnya sambil bersedia untuk menonton.

 

            “Yah! Asyik aku je. Kau ingat aku ni badut ke apa? Cuba kau buat gak, mana tau boleh release tension kau. Lagipun..aku tak pernah tengok kau buat tarian goyang punggung!” protes Gyuri sambil matanya melorot ke punggung Jiyong dengan senyuman nakal. Jiyong melopong saja.

 

            “Gyuri!” sekali lagi satu jeritan kasar kedengaran. “Isk.. ya ahjushi!!...jangan bisinglah!” marah si gadis. Jiyong mendekatinya lebih rapat.“Aku rasa..rasa.. macam nak menangis...” Gyuri berundur, sedikit terkejut dengan kata-kata Jiyong . “Yah, kedekut!  Pinjam hug kejap!” Jiyong lantas memeluk Gyuri dan menyembamkan mukanya ke bahu Gyuri. Gyuri terkaku seketika tapi apabila terasa basah di bahunya, dia jadi kembali tenang dan membalas pelukan lelaki itu.

 

“Eee... hug boleh pinjam ke? Tak pernah pulak aku dengar! Dua minit je tau!”

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------ <@<@<@--------------------------------------------------------------------------------------------

 

 

autumnX : ------- shot one done ------

Annyeong Catalina309 & gyuleia! happy reading. drop some comments OK. <3

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
autumnX
bbgg- saya double update!!come come read!

Comments

You must be logged in to comment
AyumuChan #1
Chapter 58: Bestnyaa...Good jod author...Keep trying...So sweet.haha
namsaehee #2
Chapter 4: syok sendiri baca crite nie , btw , nice!! , tapi , lain kali , buat yg lebih romantik lagi ye ??
trexemo92
#3
Chapter 3: rasa mcm tgk cerita tp alih bahasa. hahaha. anyway, tk sangka kt sini ada jugak fics dlm BM. Kyaaaaaaaaa~~~i love it so much!!!!!!
MaryReeds
#4
Chapter 58: Nice story!!! Touching :'(
MaryReeds
#5
Chapter 42: Triple X? Ape tu?
MaryReeds
#6
Chapter 31: SERIOUSLY AKU TAK PAHAM BETOL DENGAN TOP NI! *CONTINUE READING*
MaryReeds
#7
Chapter 19: "Tanahair" haha !
-Yuan-
#8
Chapter 1: I love the couple sadly I can't malay
But it looked awesom if you ever decide to make a english fanfiction about them noth would be awesome
sndrprk
#9
Chapter 59: part 2? WAAAAA~~! suka suka
Catalina390 #10
Chapter 59: what sequel? OMG!