43

Opposite Attracts

Victoria masih sukar untuk mempercayai melihat wanita bernama Sandara yang sedang berada di hadapannya itu.Penampilan wanita itu kelihatan lebih moden dan bergaya.

“I dah dengar pasal berita perkahwinan you baru-baru ni.Jadi...”

Victoria sekadar mendengar kata-kata daripada Sandara itu.

“...betullah you memang akan berkahwin dengan tunang you yang bekerja di London tu?”Soal Sandara,inginkan kepastian.Victoria mengangguk perlahan.

“Habis tu...you dengan ByungHee macam mana?” Soal Sandara.Mata Victoria terbuka luas sebaik sahaja mendengar pertanyaan daripada Sandara itu.

“Apa maksud you?” Soal Victoria,terkejut.

“Oh...sorry...I lupa nak kenalkan diri I ni betul-betul.I ni Noona kepada Cheondung.You mesti kenal dengan Cheondung kan?Cheondung selalu cerita pasal you dekat I sejak you datang ke Changwon sebelum ni,”kata Sandara,rancak bercerita tanpa menyedari wajah Victoria yang berubah riak itu.

“Jadi...secara tak langsung,I tahulah pasal you dengan ByungHee,”sambung Sandara lagi.Victoria menggenggam tangannya dengan erat.Dia benar-benar keliru dengan situasi yang sedang berlaku ketika itu.Benarkah wanita bernama Sandara itu melangsungkan pertunangannya dengan ByungHee jika benar dia sudah maklum mengenai hubungannya dengan lelaki itu sebelum ini?Victoria memandang ke arah Sandara.

“Tapi you ni tunang ByungHee kan?”Soal Victoria.Sandara tergamam mendengar pertanyaan Victoria sebelum dia ketawa.

“I ni tunang ByungHee?Mana you dengar cerita ni?”Sandara menyambung ketawanya lagi.

“Ni lawak yang paling kelakar pernah I dengar okey?I dengan ByungHee ni kawan sajalah.Kami rapat sebagai kakak dan adik.Lagipun,manalah ByungHee nak pandang dekat perempuan lain kalau hati dia hanya ada you saja,”kata Sandara.Jantung Victoria berdegup pantas apabila mendengar penjelasan daripada wanita itu.

“Maksudnya?”

 

Perbualan mereka terganggu apabila kelihatan seorang lelaki melangkah masuk ke dalam butik pengantin itu sebelum dia berjalan menuju ke arah Sandara.Sandara menoleh ke arahnya sambil tersenyum.Victoria turut memandang ke arah yang sama.

“Eh...ni Victoria kan?” Soal lelaki itu.

“Ya.Nilah girlfriend ByungHee yang cantik tu.Tak sangka kan dapat jumpa dia dekat sini,”kata Sandara sambil memaut erat lengan lelaki itu.Victoria sekadar memandang ke arah mereka dengan penuh tanda tanya.

“Nice to meet you,Victoria ssi,”ucap lelaki itu sambil menghulurkan tangannya kepada Victoria.

“Saya Ji Yong,tunang kepada Sandara,”kata Ji Yong sambil tersenyum.

“Habis tu ByungHee macam mana?”Soal Victoria.Suaranya berubah sebak.Ji Yong dan Sandara saling berpandangan antara satu sama lain.

“Kenapa ni?” Soal Sandara.Entah mengapa air mata Victoria mengalir laju.Sandara dan Ji yong terkejut melihat Victoria yang menangis secara tiba-tiba itu.

“Oppa...”

Victoria segera meninggalkan butik itu tanpa langsung menoleh ke arah Sandara dan Ji Yong yang masih tertanya-tanya akan perubahan tingkah laku Victoria itu.Victoria melangkah keluar dengan langkah yang laju meninggalkan butik perkahwinan itu sebelum bahunya berlanggar dengan Lee Joon yang sedang menuju ke arah butik itu.Lee Joon terkejut melihat Victoria yang sedang menangis di hadapannya itu.

“Victoria?”

Dia cuba untuk mencapai tangan wanita itu namun wanita itu enggan.

“Victoria,kenapa ni?!”

“Miane...”Ucap Victoria dalam tangis.

“Kenapa dengan you ni?” Soal Lee Joon bimbang.

“I....I...kena pergi Changwon sekarang....Miane.”

Victoria segera meninggalkan Lee Joon di situ tanpa langsung menoleh ke arah lelaki tersebut.

“Victoria!”

 

 

Hye Yoon terpana apabila melihat Victoria yang sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya itu.Wajah wanita itu kelihatan cemas.

“Victoria?”

“Unni...”

“Kenapa Victoria tiba-tiba datang sini?” Soal Hye Yoon.

“Siapa yang datang tu,Hye Yoon?”

Hye Yoon menoleh ke arah belakang.Kelihatan Puan Jung sedang menuju ke arah mereka dengan kerusi rodanya itu.

“Oppa.”

Hye Yoon menoleh semula ke arah Victoria.Mata wanita itu kelihatan bergenang.

“Mana oppa?” Suaranya juga kedengaran sebak.Tanpa menunggu jawapan daripada Hye Yoon,Victoria segera berjalan menuju ke arah bilik tidur lelaki itu.Pintu bilik itu segera dibukanya namun kelibat ByungHee langsung tidak kelihatan.Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.Hye Yoon turut mengikutnya dari belakang namun dia membiarkan sahaja Victoria melihat sekeliling bilik adik lelakinya itu tanpa langsung bersuara.

Victoria terus memerhatikan sekeliling bilik ByungHee sebelum matanya tertumpu ke arah sebuah buku Braille yang berada di atas meja itu.Perlahan-lahan,dia mengambil buku itu sebelum diselaknya helaian muka surat buku itu secara perlahan-lahan.

 

 

“Vic?”

“Oppa,kenapa ni?”

“Vic ada dekat mana?” Soal ByungHee,sambil cuba menggerakkan tangannya untuk mencari Victoria.

“Victoria ada dekat sinilah,oppa.”

ByungHee kemudiannya tersenyum apabila tangannya dapat menyentuh pipi Victoria itu.

“Oppa ni kenapa?Oppa dah buat Vic takut tau,”soal Victoria,bimbang.ByungHee sekadar tersenyum.

 

 

“Jangan sentuh!”

“Oppa nak buat apa dengan buku tu?”

“Omma punya.Oppa Cuma tolong simpankan.”

 

 

Air matanya mulai menitis sehingga terkena pada helaian buku Braille itu.Buku itu terlepas dari tangannya sebelum dia terduduk di birai katil dengan linangan air mata.Hye Yoon yang melihat keadaan Victoria itu turut berasa sebak.Perlahan-lahan,dia berjalan mendekati ke arah wanita itu sebelum dia duduk di sebelah Victoria yang sedang menangis teresak-esak itu.

“Victoria...”

Air mata Victoria mengalir semakin laju.

“Kenapa saya tak sedar sebelum ni,unni?”Soal Victoria,sambil menangis.Hye Yoon turut menahan air matanya daripada mengalir.Dia juga baru sahaja mengetahui mengenai keadaan ByungHee sejak lelaki itu mengalami kemalangan kecil di Coffee Princes 3 minggu yang lalu.

“Unni...wae?”Tangis Victoria lagi.Hye Yoon kemudiannya menarik Victoria ke dalam pelukannya.Akhirnya air matanya mengalir jua.

 

 

Victoria teragak-agak untuk melangkah masuk ke dalam bangunan Coffee Princes yang kini sedang berada di hadapannya itu.

 

“Dia ada dekat Coffee Princes.Walaupun dia dah tak macam dulu,tapi dia tetap setia untuk bekerja di situ.Mungkin Victoria boleh pergi berjumpa dengan dia dekat sana.”

 

Kata-kata Hye Yoon kembali bermain dalam ruang mindanya itu.

“Unni?”

Victoria menoleh.Matanya terbuka luas apabila melihat Sun Young yang sedang berdiri di belakangnya itu.

“Sun Young ah?”

 

Victoria melihat ke dalam bangunan Coffee Princes sambil ditemani oleh Sun Young yang turut berada di sebelahnya itu.Dia cuba mencari-cari kelibat ByungHee di dalam bangunan Coffee Princes itu.Namun tidak lama selepas itu,matanya tertumpu ke arah seorang lelaki yang sedang duduk bersebelahan dengan piano berwarna putih itu.Turut kelihatan di situ ialah SeungHo yang sedang memainkan irama muzik melalui piano itu.ByungHee yang sedang duduk bersebalahan dengan piano itu sekadar tersenyum.Penampilannya kelihatan kemas.Sebaik sahaja dia memegang mikrofon yang diletakkan di hadapannya itu,semua orang yang berada di situ memberikan tepukan gemuruh kepadanya.ByungHee tersenyum nipis sebelum dia memejamkan matanya secara perlahan-lahan.

 

oraenmane radioreul kyeogoseo meonghani deutdaga uyeonhi nae gwiro heureuneun

iksukhan mellodi neowaui chueogi dasi nae gieogeul bulleonae eotteoke jinaelkka neon

i sungan i gonggan i eumagi neoro gadeuk chaewo beoryeosseo

Gonna Play that song without you neowa hamkke deutdeon i balgeun noraega

Gonna Play that song without you wae ireoke seulpeuge neukkyeojineun geolkka

 

saranghae idaero uri yeongwonhi haengbokhae ttara bureudeon noraetmari neoreul deo bogosipge hae

eumagi kkeutnado doegama sigando doegama eodiseonga deullineun neoui moksori wae

neo eobsin dasineun deutgi sirteon i noraereul gyesok teulgo isseo

Gonna Play that song without you neowa hamkke deutdeon i balgeun noraega

Gonna Play that song without you wae ireoke seulpeuge neukkyeojineun geolkka

 

ijewa doedora gal suneun eobtjiman dan hanbeonirado neol.. neol bol suman itdamyeon

 

Wanna Play that song with you dasi neowa hamkke i norael deutgo sipeo

Gonna Play that song without you neon gieogeun halkka urimanui i norae

 

 

Kedengaran bunyi tepukan gemuruh sebaik sahaja ByungHee menamatkan nyanyiannya di khalayak ramai itu.

“Kamsahamida,”ucap ByungHee sambil tersenyum.SeungHo segera bangun dari tempat duduknya sebaik sahaja melihat ByungHee yang mulai beredar itu.Dia memaut lengan ByungHee,cuba untuk memimpin lelaki itu berjalan.

“Yah...aku boleh jalan sendirilah,”kata ByungHee,sambil tersenyum.

“Aku Cuma tak nak kau terjatuh,”balas SeungHo,turut membalas senyuman lelaki itu walaupun senyumannya itu sudah tidak dapat dilihat lagi oleh lelaki itu.Senyuman SeungHo mengendur apabila melihat Victoria yang sedang berdiri di sebelah Sun Young itu.Kakinya berhenti daripada melangkah.Perbuatannya itu membuatkan senyuman ByungHee mengendur.

“Wae?”Soal ByungHee.SeungHo masih lagi memandang ke arah Victoria.Victoria segera menggelengkan kepalanya,sebagai isyarat supaya kehadirannya di situ tidak diketahui oleh ByungHee.

“Tak ada apa-apa.Jom,kita naik atas,”kata SeungHo.ByungHee kemudiannya tersenyum sambil mengangguk.SeungHo kemudiannya memimpin ByungHee melintasi Victoria yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka itu.ByungHee sekadar melintasi Victoria tanpa langsung menoleh ke arah wanita itu.Victoria kemudiannya terduduk di situ sambil mengalirkan air mata.Ternyata ByungHee benar-benar sudah tidak dapat melihat dirinya lagi.Victoria terus menangis teresak-esak di situ tanpa mempedulikan pandangan orang lain terhadapnya ketika itu.Sun Young,Cheondung dan Mir yang berada di situ sekadar membisu.Mereka juga sebenarnya masih lagi terkejut dengan kehadiran Victoria di Changwon itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ