35

Opposite Attracts

"Jadi you nak pergi ke Changwon lagi?" Soal Lee Joon,memandang ke arah Victoria yang sedang mengemas barangnya ke dalam beg itu.

"I cuma nak pergi sekejap saja.I...I ada hal sikit yang perlu dibincangkan dengan dia,"kata Victoria,tanpa menoleh ke arah Lee Joon.Lee Joon melepaskan keluhan berat.

"Jadi you nak berbaik dengan dia semula?" Soal Lee Joon,cemburu.Victoria tidak segera menjawab.Dia kemudiannya memandang ke arah Lee Joon.

"I cuma nak selesaikan salah faham antara kami.I tak nak dia terus salah sangka terhadap I,"kata Victoria.Sebaik sahaja,Victoria selesai mengemas barangnya,dia segera berdiri dari katilnya itu.Langkahnya terhenti apabila lengannya dipegang oleh Lee Joon.Dia menoleh ke arah lelaki itu.

"Lee Joon ah?"

"Kajima."

"Please don't leave me,Vic.Tolong jangan pergi,"kata Lee Joon,berusaha untuk membatalkan niat wanita itu.Victoria menghela nafas perlahan.Victoria kemudiannya melepaskan pegangan lelaki itu pada lengannya.Dia menguntum senyuman nipis ke arah lelaki itu.

"I pergi tak lama.I cuma nak jumpa dia sekejap.Kalau betul dia..."Victoria mengetap bibirnya.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu memikirkan kemungkinan yang boleh berlaku dalam hubungannya bersama ByungHee itu.Namun,hubungan mereka yang dingin sejak dua bulan yang lalu itu membuatkan Victoria tidak dapat lari daripada memikirkan hal itu.

"...I cuma nak pertahankan hubungan kami selagi I mampu.Kalau memang tak ada yang boleh I lakukan untuk selamatkan hubungan kami lagi...." Kata Victoria sambile memandang ke arah Lee Joon.

"....I akan balik dan pertimbangkan semula mengenai hal kita,"kata Victoria.Dia tersenyum ke arah lelaki itu.Perlahan-lahan,dia berjalan beredar meninggalkan Lee Joon di situ.Lee Joon sekadar memandang ke arahnya tanpa langsung bersuara.Dia kemudiannya mengejar Victoria dari belakang sebelum dia mencapai lengan wanita itu semula.Victoria terkejut apabila Lee Joon mengucup bibirnya dengan lembut sambil memeluknya dengan erat.Lelaki itu memandang ke arahnya sambil tersenyum.

"Jadi you betul-betul dah maafkan I?" Soal Lee Joon,penuh mengharap.Victoria tersenyum hambar.

"Setiap orang patut diberikan peluang,kan?" Balas Victoria.Lee Joon tersenyum lagi.

"Gomawo,"ucap Lee Joon.Victoria sekadar membalasnya dengan anggukan.Dia kemudiannya meninggalkan lelaki itu menuju ke arah Sun Young yang sedang menantikannya di dalam kereta itu.

 

 

"Noona!"

Victoria tersenyum lebar apabila kedatangannya ke Coffee Princes itu disambut meriah oleh Mir dan Cheondung.Sun Young yang berdiri di sebelahnya turut tersenyum.

"Kami rindu sangat dengan Noona tau.Dahlah tak dengar apa-apa cerita langsung,"kata Mir.

"Yelah tu.Takkanlah tak dengar cerita Noona langsung dari internet,"kata Victoria,tidak percaya.Mir menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.Victoria kemudiannya menoleh ke kiri dan ke kanan,cuba mencari seseorang yang ingin dijumpanya itu.

"Em...mana...G.O oppa?" Soal Victoria,ingin tahu.

"Oh...dia ada hal dengan SeungHo Hyung.Mereka dah balik dulu.Tinggal kami saja dekat sini untuk kemas sebelum tutup kedai,"jawab Cheondung.

"Oh..."Balas Victoria.

"Sun Young terus bawa Noona ke sini ke?Tak balik rumah dulu?" Soal Cheondung pula sambil memandang ke arah Sun Young.Sun Young mengangguk.

"Sebab Sun Young ingat yang oppa ada dekat sini,"kata Sun Young.

"Gwenchana.Noona boleh jumpa dengan dekat rumah.Lagipun...kami akan balik hari ni juga.Sebab noona tak cuti,"kata Victoria.Mir dan Cheondung kelihatan hampa apabila mendengar kata-kata Victoria itu.

"Ala...kami baru ingat nak borak lama-lama dengan Noona lagi,"kata Mir pula.Matanya tidak lepas dari memandang ke arah Sun Young.Sun Young pula sengaja mengalihkan pandangannya daripada lelaki itu.Victoria tersenyum.

"Miane.Noona datang pun sebab...nak jumpa dengan ByungHee sekejap,"kata Victoria.Mir dan Cheondung kemudiannya mengangguk.

"Arasso.Jadi...mungkin kita takkan jumpa lagi lepas ni?" Soal Cheondung.

"Tunggu noona datang sini lagi okey?" Balas Victoria sambil tersenyum.

 

 

"Dah lama betul nenek tak jumpa dengan Victoria.Victoria dah nampak lain betullah,"kata Puan Park.

"Apa yang lainnya,nek?Saya rasa sama saja,"balas Victoria sambil menyentuh pipinya.Puan Jung yang turut berada di situ sekadar tersenyum.

"Victoria nampak kurus.Victoria tak makan ke dekat Seoul tu?" Soal Puan Park,bimbang.

"Oh...mungkinlah.Sebab Victoria sekarang sibuk dengan shooting.Kadang-kadang waktu makan tu lari sikit,"kata Victoria.

"Tak eloklah macam tu.Nanti kalau Victoria sakit kan susah,"kata Puan Jung pula.

"Betul tu,Vic.Kalau Vic sakit...mesti cik abang susah hati tau,"usik Hye Yoon pula.Victoria tersenyum malu mendengar usikan Hye Yoon itu.Ternyata Hye Yoon begitu ramah dengannya walaupun pertama kali berjumpa semenjak dia kembali semula ke Korea.

"Amboi,unni.Bukan main ramah nampak.Selalu unni kan garang dengan kawan-kawan perempuan ByungHee oppa.Kali ni,unni nampak baik sangat,"kata Sun Young sambil menyilangkan tangan pada paras dadanya itu.

"Sebab unni dah kenal dengan Vic.Maklumlah...kekasih pertama adik kesayangan unni kan.Betul tak,Vic?" Soal Hye Yoon sambil memandang ke arah Victoria.Victoria sekadar tersenyum malu.

"Oh...unni..ByungHee oppa pergi mana?Kenapa dia tak balik lagi?" Soal Sun Young.

"Entahlah.Dia keluar dengan SeungHo lah tu,"jawab Hye Yoon.Victoria sekadar mendengar.Hatinya meronta-ronta untuk bertemu dengan lelaki itu.Dia amat merindui lelaki itu.

 

Perbualan mereka kemudiannya terhenti apabila kedengaran bunyi pintu dibuka dari luar.Hati Victoria berbunga apabila melihat ByungHee yang sedang melangkah masuk ke dalam rumah itu.

"Saya dah balik,"kata ByungHee,perlahan.Dia masih belum menyedari akan kehadiran Victoria dan Sun Young di situ.Tanpa menoleh ke arah mereka yang sedang duduk di ruang tamu itu,dia segera berjalan menuju ke tangga.

"ByungHee!"

Langkah ByungHee terhenti apabila terdengar panggilan Puan Park itu.

"Cuba tengok siapa yang datang ni,"kata Puan Park.Perlahan-lahan,ByungHee menoleh ke arah ruang tamu.Matanya membulat apabila melihat Victoria yang sedang berdiri di ruang tamu itu.Victoria turut terkejut apabila melihat perubahan yang berlaku pada ByungHee itu.Lelaki itu kini bercermin mata dan mempunyai kumis nipis yang tumbuh pada wajahnya itu.Penampilan ByungHee kelihatan lebih matang daripada sebelumnya.Lidah ByungHee kelu sebaik sahaja melihat Victoria di hadapannya itu.Begitu juga dengan Victoria.

 

ByungHee membiarkan Victoria melangkah masuk ke dalam biliknya.Dia masih lagi berasa janggal dengan kehadiran Victoria di dalam biliknya itu.Apatah lagi dengan perubahan yang berlaku pada fizikalnya itu.Victoria menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

"Oppa nampak lain,"kata Victoria.ByungHee sekadar angguk perlahan.Victoria memandang ke arah ByungHee yang masih lagi berdiri membelakanginya itu.Dia begitu merindui lelaki itu.

Oppa...pandanglah Vic...

Lelaki itu tetap berdiri kaku di situ tanpa langsung menoleh ke arahnya.Victoria cuba menahan dirinya daripada menangis.Hatinya terguris dengan sikap ByungHee yang masih dingin dengannya itu.Perlahan-lahan,dia memeluk tubuh lelaki itu dari belakang.ByungHee terkejut dengan tindakan wanita itu.Victoria mengeratkan pelukannya terhadap ByungHee,seolah-olah tidak mahu melepaskan lelaki itu pergi darinya lagi.

"I miss you,oppa." Ucap Victoria,separuh berbisik.Dia memperkemaskan pelukannya terhadap lelaki itu.

"I miss you so much,"kata Victoria lagi.ByungHee sekadar membisu.Victoria kemudiannya memusingkan tubuh lelaki itu supaya menghadapnya.Wajah ByungHee itu ditatapnya.Pipi lelaki itu diusapnya lembut.Victoria tersenyum ke arahnya.

"Oppa tahu tak betapa rindunya Vic dekat oppa sejak malam tu?" Soal Victoria.

"I miss you so much.Vic rindu sangat dengan oppa.Tapi Vic tak berani nak telefon oppa sebab Vic tahu...oppa masih marahkan Vic.Vic tak berani nak ganggu oppa...walaupun hati Vic teringin sangat nak dengar suara oppa,"kata Vic.Suaranya kedengaran sebak.ByungHee pula masih lagi membisu.

"Oppa...say something.I miss you so much,"kata Victoria,bersungguh-sungguh.ByungHee melepaskan keluhan kecil.

"Vic buat apa dekat sini?" Soal ByungHee.Ternyata soalan ByungHee itu menghampakan Victoria.Namun wanita itu tetap cuba tersenyum.

"Kan Vic dah cakap...yang Vic rindukan oppa.Sebab tu Vic datang sini.Oppa tak rindukan Vic?"Soal Victoria sambil memegang erat lengan lelaki itu.

"Oppa?"

"Oppa sibuk.Ada banyak kerja yang nak dibuat,"kata ByungHee,sambil melepaskan tangannya daripada Victoria.Victoria tersentap.ByungHee kemudiannya berjalan menjauhi Victoria.Victoria cuba menahan air matanya daripada mengalir.Dia cuba mengalihkan pandangannya daripada ByungHee.Bimbang sekiranya air matanya akan mengalir sekiranya dia terus memandang ke arah lelaki itu.Pandangannya kemudiannya tertumpu ke arah sebuah buku yang berada di atas meja itu.Perlahan-lahan,dia mengambil buku tersebut.

"Braille?"

Belum sempat Victoria membaca isi kandungan buku tersebut,ByungHee segera merampas buku tersebut dari tangannya.Victoria terkejut dengan tindakan lelaki itu.

"Jangan sentuh,"kata ByungHee.

"Oppa nak buat apa dengan buku tu?" Soal Victoria , ingin tahu.ByungHee kemudiannya menyimpan buku itu di dalam almari.

"Oppa?"

"Omma punya.Oppa cuma tolong simpankan,"kata ByungHee,tanpa menoleh ke arah Victoria.Victoria kemudiannya ternampak sesuatu yang terjatuh di atas lantai bilik itu.Perlahan-lahan,dia mengambil gambar itu dari lantai tersebut.Pastinya gambar itu tercicir dari buku tersebut.Dia melihat gambar yang berada dalam pegangannya itu.Victoria terkejut apabila melihat ByungHee bersama seorang wanita yang berada di dalam gambar tersebut.Kelihatan mereka berada di dalam suatu majlis yang meriah.Kedua-duanya juga kelihatan begitu mesra.

"Oppa..."

"Ni...siapa?"Soal Victoria,ingin tahu.ByungHee tidak segera menjawab pertanyaan wanita itu.Victoria cuba memaniskan riak wajahnya.

"Oh...ni mesti kawan oppa kan?"

"Kan?"Soal Victoria lagi,inginkan kepastian.

"Oppa..."

"Dia tunang oppa,"jawab ByungHee,tanpa langsung menoleh ke arah Victoria.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ