44

Opposite Attracts

Victoria memerhatikan ByungHee yang sedang duduk seorang diri di taman Coffee Princes itu.Lelaki itu kelihatan sedang melakukan sesuatu terhadap tanaman bunga mataharinya di taman itu.Victoria menahan sebak apabila melihat kesukaran ByungHee melakukan kerjanya dengan keadaannya yang sudah tidak boleh melihat lagi itu.

“Ouch!”

Victoria terkejut apabila terdengar lelaki itu sedang mengaduh kesakitan kerana jarinya yang terkena pada sesuatu yang tajam itu.Cepat-cepat dia berjalan ke arah ByungHee sebelum dia mencapai tangan lelaki itu,untuk melihat sendiri luka pada jari lelaki itu.ByungHee mendongak,terkejut apabila terasa tangannya yang sedang berada dalam pegangan seseorang itu.Cepat-cepat Victoria mengeluarkan sapu tangannya sebelum dia membersihkan sedikit luka pada jari lelaki itu.ByungHee yang tidak dapat melihat itu sekadar membisu.Victoria memandang ke arah ByungHee.ByungHee pula tidak memandang tepat ke arahnya.Victoria cuba menahan sebaknya,enggan mahu menangis di hadapan lelaki itu.Apatah lagi apabila melihat terdapat banyak kesan luka pada tangan lelaki tersebut.Pasti kerana kesukarannya untuk melakukan kerja dengan matanya yang tidak boleh melihat itu.Victoria kemudiannya memegang tangan ByungHee dengan erat sambil memandang ke arah lelaki itu.

“Sakit lagi ke?” Soal Victoria,lembut.Perlahan-lahan,dia mengusap tangan ByungHee yang sedang dipegangnya itu.ByungHee menggeleng,tanpa langsung bersuara.

“Tangan oppa ni...banyak sangat kesan luka.Oppa mesti tak berhati-hati masa buat kerja kan?” Soal Victoria.ByungHee sekadar tersenyum nipis.Victoria cepat-cepat mengesat air matanya yang mulai mengalir itu.ByungHee kemudiannya melepaskan tangannya daripada pegangan Victoria,sebelum dia berdiri.

“Gomawo.”Ucap ByungHee,sebelum dia mulai melangkah untuk beredar dari situ.Belum sempat ByungHee melangkah jauh dari situ,Victoria segera memeluk tubuhnya dari belakang.ByungHee berhenti daripada melangkah.Agak lama mereka dalam keadaan begitu sebelum ByungHee melepaskan tangan Victoria yang sedang merangkul pinggangnya itu.

“Vic tak patut berada dekat sini,”kata ByungHee,perlahan.Victoria memandang ke arah ByungHee yang sedang berdiri membelakanginya itu.

“Kenapa?Salahkah kalau Vic nak jumpa dengan oppa?”Soal Victoria.

“Salahkah Vic nak jumpa dengan orang yang Vic sayang selama ni?”Soal Victoria lagi.Kedengaran ByungHee melepaskan keluhan perlahan.

“Oppa bukan lagi ByungHee yang dulu,Vic.Oppa dah tak ada apa-apa.”Kata ByungHee,tanpa menoleh ke arah Victoria.

“Baik Vic pergi dari sini sebelum orang lain nampak.Lagipun,Vic tak nak kan kalau ada khabar angin yang tak elok keluar sebelum majlis perkahwinan Vic dengan Lee Joon nanti?”Sambung ByungHee lagi,tenang.

“Tapi Vic tak cintakan dia...”Kata Victoria,sebak.

“Vic hanya cintakan oppa...Vic tak boleh hidup tanpa oppa...”Sambungnya lagi.

“Semua dah terlambat Vic,”kata ByungHee,sebelum dia menyambung semula langkahnya untuk beredar dari situ.

“Jadi oppa betul-betul dah tak sayangkan Vic lagi?Oppa betul-betul dah berputus asa untuk menunggu Vic lagi?”Soal Victoria pula.ByungHee berhenti melangkah.Perlahan-lahan,dia memusingkan tubuhnya menghadap Victoria walaupun dia tidak dapat melihat Victoria dengan tepat.

“Apa gunanya ada sayang...kalau oppa dah tak boleh melindungi Victoria macam dulu?”Soalan ByungHee itu membuatkan Victoria terdiam.ByungHee mengukir senyuman hambar.

“Vic sendiri nampak macam mana keadaan oppa sekarang.Oppa banyak bergantung kepada orang lain.Oppa dah banyak menyusahkan orang lain.Sebab tu oppa tak nak libatkan Vic dalam hal ni.Vic ada kehidupan Vic sendiri,malah kehidupan Vic jauh lebih baik daripada oppa.Oppa tak nak rosakkan masa depan Vic,”kata ByungHee.

“Tapi semua tu tak bermakna apa-apa kalau oppa tak ada,”kata Victoria.Air matanya mengalir laju.ByungHee sekadar tersenyum.

“Sekurang-kurangnya itu lebih baik,”balas ByungHee.

“Vic tak peduli semua tu! Vic cintakan oppa...Vic sayangkan oppa..Vic nak hidup bersama-sama oppa..Vic hanya nak oppa...”Esakan Victoria semakin kuat.

“Vic tak kisah keadaan oppa macam mana sekalipun.Vic hanya nak hidup bersama-sama dengan orang yang Vic sayang.Besar sangat ke kesalahan Vic?”Victoria terus menangis.ByungHee membisu.Dia cuba menahan air matanya daripada mengalir.Hatinya turut berasa sebak apabila mendengar esakan Victoria yang semakin kuat itu.Perlahan-lahan,dia berjalan mendekati ke arah wanita itu.Victoria pula masih lagi menundukkan wajahnya.ByungHee meraba-raba wajah Victoria,sebelum dia mengesat air mata Victoria yang mengalir itu.

“Oppa betul-betul tak faham...”

Victoria memandang ke arahnya.

“Kenapa Vic tetap nak bersama dengan oppa...sedangkan oppa selalu buat Vic menangis?Oppa bukannya lelaki yang baik kalau oppa selalu buat Vic menangis tau,”kata ByungHee.Air mata Victoria semakin laju mengalir.Sungguh dia amat merindui usikan daripada lelaki itu.Tanpa berlengah lagi,dia terus memeluk ByungHee dengan erat,seolah-olah tidak mahu melepaskan lelaki itu untuk pergi darinya.ByungHee kemudiannya turut membalas pelukan wanita itu.Dia meletakkan dagunya pada bahu Victoria sambil mengusap lembut rambut Victoria yang panjang melepasi bahu itu.

“Kenapa oppa tipu Vic?Kenapa oppa sorokkan semua ni daripada pengetahuan Vic?”Soal Vic dalam tangisan.ByungHee memperkemas pelukannya terhadap wanita itu.Sungguh dia amat merindui wanita itu walaupun perpisahan itu berlaku atas kehendaknya sendiri.

“Miane...Oppa terpaksa buat macam tu,”kata ByungHee,masih lagi memeluk Victoria dengan erat.

“Tapi Vic dah menyebabkan oppa lalui semua ni seorang diri,”kata Victoria lagi.ByungHee tersenyum.

“Sebab memang itu pilihan oppa,”balas ByungHee.Victoria kemudiannya memandang ke arah ByungHee.Perlahan-lahan,dia melepaskan pelukannya terhadap ByungHee sebelum dia meletakkan kedua-dua tangannya pada kedua-dua pipi lelaki itu.

“Oppa nampak kurus sangat,”kata Victoria sambil mengusap lembut pipi ByungHee.ByungHee sekadar tersenyum.Dia turut meletakkan tangannya pada kedua-dua pipi Victoria sebelum diusapnya lembut.Dia kemudiannya menggerakkan tangannya pada mata,hidung dan bibir wanita itu.Senyuman lebar terukir pada bibirnya.

“Vic pula masih lagi cantik seperti dulu,”kata ByungHee.

“Sayangnya...oppa dah tak boleh tengok muka Vic yang comel macam tomato ni,”sambung ByungHee lagi.Victoria tersenyum dalam tangisannya.

“Jadi oppa boleh sentuh muka Vic selama mana pun yang oppa nak...Vic tak kisah,”kata Victoria.ByungHee tersenyum sebelum dia melepaskan tangannya daripada terus menyentuh pipi wanita itu.Victoria memandang ke arahnya.

“Miane...”Ucap ByungHee,perlahan.

“Wae?”Soal Victoria.

“Walau apa pun terjadi...kita tak boleh teruskan semua ni,Vic.Oppa...oppa tak nak rosakkan masa depan Vic.Oppa buat semua ni...sebab oppa sayangkan Vic.Mungkin ini ialah jalan yang terbaik untuk kita berdua.”

“Mungkin kita tak boleh hidup bersama seperti yang kita inginkan...tapi..kita masih boleh terus berkawan seperti dulu...”Kata ByungHee sambil tersenyum.Victoria menggeleng.

“Tak nak.Vic takkan terima maaf daripada oppa.Sebab Vic tak perlukan semua tu.Vic hanya perlukan oppa.Oppa faham tak?”Balas Victoria.Victoria kemudiannya memeluk lelaki itu dengan erat.Namun pelukannya tidak dibalas oleh ByungHee.

“I need you...Vic tak nak berpisah dengan oppa lagi...”Victoria mengeratkan pelukannya terhadap lelaki itu.

“Vic...”

Victoria menggelengkan kepalanya.Dia enggan untuk berpisah dengan lelaki itu lagi.ByungHee kemudiannya melepaskan pelukan Victoria.

“Miane...”

“Oppa...”

ByungHee segera beredar meninggalkan Victoria di situ sebelum tubuhnya terlanggar seseorang yang sedang berdiri di hadapannya itu.ByungHee terkejut.Begitu juga dengan Victoria.

“Maaf...”ByungHee tidak dapat melihat siapa yang dilanggarnya itu.Dia kemudiannya menyambung semula langkahnya,untuk beredar dari situ.Namun,langkahnya terhenti apabila lengannya dipegang erat oleh seseorang.ByungHee menoleh ke arah belakang.

“Siapa awak?” Soal ByungHee,cuba mengenal pasti seseorang yang sedang memegang erat tangannya itu.

“Lee Joon,apa yang you buat dekat sini?”

ByungHee terkejut apabila mendengar nama Lee Joon yang disebut oleh Victoria itu.Lee Joon tidak menoleh ke arah Victoria sebaliknya dia memandang ke arah ByungHee.

“We need to talk,ByungHee,”kata Lee Joon sebelum dia melepaskan tangan lelaki tersebut.Victoria kemudiannya berjalan mendapatkan Lee Joon,sebelum dia mencapai tangan lelaki itu.

“Lee Joon...apa yang you nak buat dengan dia?” Soal Victoria,bimbang.Lee Joon melepaskan tangan Victoria dengan kasar.

“Diam!”

Victoria terkejut dengan jerkahan daripada lelaki itu.Dia berundur beberapa tapak ke belakang.Lee Joon kemudiannya menoleh semula ke arah ByungHee.Tanpa berlengah,dia terus menumbuk muka ByungHee sehingga membuatkan lelaki itu terjatuh ke belakang.

“Oppa!”

Victoria segera berlari mendapatkan ByungHee yang terjatuh akibat penangan tumbukan Lee Joon yang kuat pada mukanya itu.Victoria terkejut apabila melihat bibir ByungHee yang berdarah itu.

“Lee Joon,apa yang you buat ni?!”

Soal Victoria,marah.

“You pergi dari situ,Vic!”Marah Lee Joon pula.

“Aniyo!I takkan biarkan you pukul ByungHee lagi!”Victoria terus berdegil untuk mempertahankan ByungHee.Lee Joon tersenyum sinis.

“You jangan ingat yang I takut untuk pukul perempuan,Vic,”kata Lee Joon.Victoria menelan air liurnya.Namun dia tetap berdegil untuk beredar dari situ.

“Vic,apa Vic buat ni?” Soal ByungHee sambil menyentuh bibirnya yang berdarah itu.

“Vic takkan biarkan dia pukul oppa lagi,”kata Victoria.

“Pergi dari situ,Victoria!”Jerkah Lee Joon lagi.Namun,Victoria terus memeluk ByungHee dengan erat.

“Lepaskan oppa,Vic...”kata ByungHee,cuba untuk melepaskan pelukan Victoria.Victoria pula menggeleng.Lee Joon melepaskan keluhan kasar.Dadanya berombak kencang.Dia kemudiannya duduk di atas bangku itu sambil memandang ke arah ByungHee yang berada dalam pelukan Victoria itu.

“Kau nampakkan macam mana sayangnya dia terhadap kau,”kata Lee Joon.ByungHee dan Victoria terkejut dengan kata-kata Lee Joon itu.Victoria memandang ke arah lelaki itu.ByungHee pula sekadar membisu.

“Kau buatlah apa-apa pun untuk membuatkan dia bencikan kau...semua tu takkan berjaya.Dia tetap tak boleh lupakan kau,ByungHee.Kau buatlah apa-apa pun untuk membuatkan dia berhenti untuk mencintai kau...semua tu tetap takkan berlaku.Sebab sampai sekarang dia masih cintakan kau,”kata Lee Joon.Lee Joon memandang ke arahnya sebelum pandangannya beralih ke arah Victoria.Senyuman nipis terukir pada bibirnya.

“Walau sejauh mana aku berubah untuk menjadi lelaki yang terbaik untuk dia...aku masih belum berjaya untuk mendapatkan cinta daripada dia.Aku masih belum boleh menggantikan kau dalam hati dia.Sedalam mana pun cinta aku terhadap dia...dia hanya tetap cintakan kau,ByungHee,”kata Lee Joon lagi.

“Lee Joon ah...”

Lee Joon menggeleng sebaik sahaja Victoria bersuara.

“I Cuma cakap benda yang betul,Vic.”Kata Lee Joon.Victoria terdiam.

“Memang I mengaku...dulu I hanya mendekati you kerana I mahukan jawatan CEO dalam syarikat keluarga I.I mesti berkahwin dengan you sebagai syarat untuk I dapatkan jawatan tu.I juga akui yang I tak pernah ikhlas untuk bersama dengan you waktu tu...”

Victoria menundukkan wajahnya daripada Lee Joon.

“Tapi...semua tu dah berubah.I tak tahu kenapa I rasa sakit hati bila I tahu pasal hubungan you dengan ByungHee di Changwon.Pada mulanya I anggap yang ByungHee ni adalah perampas.Dia akan menggagalkan rancangan I.Dan I tak tahu sejak bila...perasaan I terhadap you berubah,Vic.Waktu tu I rasa...yang I nakkan you bukan sebab jawatan CEO tu..tapi...I nakkan you...sebab I..sebab I sayangkan you.I nak jaga you.”

“Sejak dari tu,I cuba ubah tabiat buruk I.I tak keluar berfoya-foya dengan perempuan lain lagi.Sebab I nak buktikan dekat you yang I boleh menjadi lelaki yang bertanggungjawab untuk you.”

“Sejak you dengan ByungHee berpisah...I sangkakan yang I ada peluang untuk memenangi hati you semula.Tapi...”Lee Joon tersenyum.

“Semua tu tetap tak berubah.You hanya cintakan ByungHee.Sedikit pun hati you tak ada ruang untuk I,”kata Lee Joon lagi.Lee Joon kemudiannya memandang ke arah ByungHee.

“Aku sebenarnya dah mula syak sesuatu sejak kau serahkan Victoria kepada aku.Aku sangkakan yang kau akan pertahankan cinta kau sebaik mungkin.Tapi sangkaan aku meleset.Kau hanya mengalah begitu saja,sikit pun kau tak lawan.”

“Sejak tu aku mula syak yang kau mungkin ada sorokkan sesuatu daripada aku dan Victoria.Dan ternyata...aku betul.Kau buat semua tu..sebab kau tahu yang kau akan hilang penglihatan kau dalam masa terdekat.Dan kau serahkan Victoria kepada aku sebab kau tahu yang kau tak boleh jaga dia macam dulu,”kata Lee Joon.ByungHee menundukkan wajahnya.

“Dia cintakan kau ByungHee.Kau percayalah cakap aku.Walaupun kami bertunang...tapi sedikit pun aku tak dapat rasa cinta Victoria untuk aku.Setiap masa,dia hanya fikirkan kau.Jadi,kau tak boleh sia-siakan dia,”kata Lee Joon.Lee Joon kemudiannya bangun dari tempat duduknya sebelum dia menundukkan badannya di hadapan ByungHee.Dia menghulurkan tangannya kepada ByungHee sebelum dia memegang tangan lelaki itu dengan erat.

“Aku mengaku kalah,ByungHee,”kata Lee Joon sambil tersenyum.ByungHee mendongak.

“Aku yakin kau boleh jaga Victoria dengan baik.Aku yakin..kasih sayang kau dah cukup untuk buat dia bahagia.Asalkan aku dapat tengok Victoria tersenyum...semua tu dah cukup untuk aku,”kata Lee Joon,sambil tersenyum.Dia kemudiannya menoleh ke arah Victoria.

“I akan uruskan hal perkahwinan kita tu,Vic.You tak perlu risau apa-apa,arasso?” Soal Lee Joon sambil mengusap lembut kepala wanita itu.Entah mengapa Victoria berasa sebak.

“Miane...Lee Joon ah...”

Lee Joon sekadar tersenyum.

“Aniyo...I memang nak buat semua ni untuk you.Lagipun..kan I dah janji..yang I takkan buat you menyesal kalau you pilih I?”Soal Lee Joon.Victoria tersenyum sambil mengalirkan air mata.

“Miane...Lee Joon ah..”Ucap ByungHee pula.

“AIsh..jinja!Dahlah...kau nak Victoria ke tak nak ni?Kalau kau tak nak,aku ambil balik.Lepas tu,aku takkan bagi Victoria semula dekat kau,”kata Lee Joon,seraya berseloroh.ByungHee tertawa kecil.Victoria pula tersenyum.Lee Joon turut tersenyum.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ