07

Opposite Attracts

"Selamat pagi."

Victoria menoleh apabila mendengar ucapan selamat pagi daripada ByungHee yang baru sahaja keluar dari biliknya itu.Victoria menguntum senyuman manis kepada lelaki itu.Dia melihat penampilan ByungHee dari atas hingga ke bawah.ByungHee turut melihat penampilannya sendiri.Ada yang tak kena ke dengan baju yang aku pakai ni?

"Kenapa awak pandang saya macam tu?Ada yang tak kena dengan baju saya ke,Victoria?" Soal ByungHee,hairan.

"Awak nak pergi mana?" Soal Victoria,masih lagi memandang ke arah  ByungHee.

"Oh,saya nak pergi tengok kebun nenek saya yang lagi satu.Kesian nenek asyik ulang alik dari rumah ke sana je.Hari ni,saya nak biarkan nenek berehat,biar saya yang tolong uruskan apa yang patut,"kata ByungHee sambil membetulkan topi ladang yang tersarung pada kepalanya itu.

"Em...kalau saya nak ikut awak,boleh?Saya tak pernah tengok lagi kebun nenek awak yang lagi satu tu.Mesti cantik macam dekat belakang rumah awak ni,"kata Victoria.

"Awak nak ikut saya?Tapi kat luar ni panas.Awak tak takut ke kalau muka awak jadi gelap nanti?" Soal ByungHee.Victoria tertawa kecil.

"Ala bukannya selalu pun kan.Lagipun saya bosanlah.Sun Young pun tak bangun tidur lagi,"kata Victoria,sengaja memberi alasan.

"Okay.Awak siap-siap dululah.Saya tunggu awak dekat bawah,"kata ByungHee sebelum dia memusingkan tubuhnya daripada menghadap Victoria.

"Saya dah siap dah.Jom lah,"kata Victoria sambil memakai cermin mata hitamnya.ByungHee menoleh ke arahnya.Ternyata wanita itu begitu teruja untuk mengikutnya ke kebun milik keluarganya itu.ByungHee sekadar tersenyum.

 

"Awak cakap ini kebun?"Soal Victoria,tidak percaya.

"Kenapa pula awak cakap macam tu?Betullah ni kebun.Salah ke saya cakap?" Soal ByungHee pula.

"Ini ladang okay.Kebun mana ada besar macam nilah,ByungHee,"kata Victoria.ByungHee ketawa.

"Ala...ladang kami ni tak adalah besar mana.Biasa-biasa saja."Kata ByungHee,merendah diri.Victoria mencebik.

"Ladang awak ni dah kira besarlah.Awak nak ladang awak ni besar macam mana lagi?"Soal Victoria,tidak puas hati.ByungHee tersenyum ke arahnya.

"So macam mana?Awak suka?" Soal ByungHee.Victoria melihat semula ke arah ladang milik keluarga ByungHee itu.Pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran ditanam di ladang itu.Sungguh aku tak faham kenapa dia panggil ladang yang besar ni kebun.

"Ladang nenek saya ni terkenal dengan tomato yang segar-segar tau.Mari saya tunjuk dekat awak,"kata ByungHee,sambil mencapai tangan Victoria tanpa dia sedari.Victoria yang terkejut dengan tindakan ByungHee itu sekadar menurut langkah lelaki itu tanpa sempat membantah.

Mata Victoria terbeliak luas apabila melihat tanaman tomato yang sangat segar dan cantik itu.ByungHee yang melihat riak wajah Victoria itu sekadar tersenyum.

"Mari saya ajar awak cara untuk petik tomato ni,"kata ByungHee sambil menghulurkan bakul kepada Victoria.Victoria menyambut huluran ByungHee itu tanpa banyak soal.ByungHee kemudiannya menundukkan sedikit tubuhnya sambil diikuti oleh Victoria yang turut menundukkan sedikit tubuhnya di sebelah ByungHee.Perlahan-lahan,ByungHee memetik tomato itu sambil diperhatikan oleh Victoria.

"Awak mesti petik tomato ni sekali dengan daun dia.Baru tomato ni boleh kekal segar,"kata ByungHee sambil menunjukkan tomato yang dipetiknya itu kepada Victoria.Victoria tersenyum apabila melihat tomato segar yang dipegang oleh ByungHee itu.

"Cantik!" Puji Victoria.ByungHee kemudiannya mendekatkan tomato yang dipetiknya pada mulut Victoria.Victoria memandang ke arahnya.

"Ahh..." Kata ByungHee,meminta Victoria untuk membuka mulutnya.Perlahan-lahan,Victoria membuka mulutnya sebelum ByungHee menyuapkan tomato segar itu ke dalam mulut Victoria.Entah mengapa Victoria merasakan wajahnya panas apabila tomato itu disuapkan oleh ByungHee ke dalam mulutnya.

"Sedap tak?" Soal ByungHee sambil menatap wajah Victoria yang merah padam itu.

"Wah,kan saya dah cakap kat luar ni panas.Tengok muka awak dah merah dah.Kalah tomato,"kata ByungHee,seraya mengusik.Victoria mengalihkan wajahnya daripada menghadap ByungHee.Aduh...kenapa tiba-tiba aku rasa malu sangat ni?

ByungHee sekadar tersenyum sambil menyambung kerjanya yang tertangguh untuk seketika itu.Victoria pula memandang ke arahnya sebelum dia turut membantu ByungHee memetik tomato itu.

"Tomato,annyeong~~~Saya petik awak ya,"kata Victoria sambil memetik tomato dari pokoknya itu.ByungHee menahan dirinya daripada ketawa apabila melihat telatah Victoria yang kelihatan comel baginya itu.

"Apa yang awak buat tu?" Soal ByungHee,masih lagi cuba menahan dirinya daripada ketawa.

"Saya cuma saja nak berbual dengan tomato ni.Cuba awak tengok tomato yang saya petik ni.Nampak tak dia senyum?" Soal Victoria sambil menunjukkan tomato yang dipetiknya itu kepada ByungHee.ByungHee tersenyum lebar apabila melihat tomato yang dikatakan sedang senyum oleh Victoria itu.

"Cuba bandingkan dengan tomato yang awak petik tu.Mesti dia marah sebab awak tak sapa dia dulu sebelum awak petik,"kata Victoria sambil melihat ke arah tomato yang berada dalam pegangan ByungHee itu.

"Yelah,Victoria.Tomato saya tak senyum macam tomato awak,"kata ByungHee,ketawa.

"Kan saya dah cakap,"kata Victoria,puas hati.ByungHee memandang ke arah Victoria.Victoria turut memandang ke arahnya sebelum dia memalingkan wajahnya daripada ByungHee.

"Jomlah kita sambung kerja.Nanti tak siap pula kerja kita,"kata Victoria,segera menyambung memetik tomato itu tanpa mempedulikan ByungHee yang masih lagi memandang ke arahnya itu.Victoria cuba berlagak biasa tanpa mempedulikan degupan jantungnya yang berdegup kencang itu.

 

"Nah.Awak dah bekerja keras hari ni,"kata ByungHee sambil menghulurkan minuman kepada Victoria yang sedang duduk di sebelahnya itu.Victoria menyambut huluran ByungHee itu sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah pemandangan matahari terbenam itu.Kedengaran ByungHee melepaskan nafas panjang.

"Rasa seronok pula kerja dekat ladang hari ni.Saya tak pernah rasa seronok macam ni,"kata ByungHee sambil melakukan sedikit renggangan.

"Kenapa pula?" Soal Victoria.

"Entahlah.Mungkin sebab awak temankan saya kot,"kata ByungHee sambil memandang ke arah wanita itu.Victoria sekadar tersenyum.

"Awak ni ada-ada sajalah ByungHee,"kata Victoria.ByungHee tertawa kecil.

"Saya suka tengok awak bercakap dengan tomato tadi.Awak nampak sangat comel,"puji ByungHee.Sekali lagi wajah Victoria berubah merah apabila mendengar pujian ByungHee itu.

"Lepas ni saya nak tengok awak bercakap dengan tomato lagi,boleh tak Victoria?" Soal ByungHee,sengaja mengusik.Victoria memukul lengan ByungHee.

"Eee...awak saja nak kenakan saya kan,ByungHee?" Balas Victoria sambil mencebik.ByungHee pula masih lagi ketawa,seronok mengusik Victoria.ByungHee kemudiannya memandang ke arah Victoria.

"Mesti ke awak balik ke Seoul esok?" Soal ByungHee,tiba-tiba.Victoria menoleh ke arahnya.Oh ya,macam mana aku boleh terlupa pasal hal tu?Esok ialah hari terakhir aku berada di sini.

Victoria tidak segera menjawab pertanyaan ByungHee itu.Dia sendiri hampir-hampir lupa mengenai hal itu.Entah mengapa,dia berasa berat hati untuk meninggalkan tempat itu.

"Saya memang patut balik.Saya takut kalau ada khabar angin lain pula yang keluar kalau saya terus menyorok di sini,"kata Victoria,perlahan.ByungHee melepaskan keluhan berat.Ternyata dia tidak bersetuju dengan kata-kata Victoria itu.Victoria pula terus membisu.

"Kalau awak dah cakap macam tu,saya tak boleh nak cakap apa lagilah.Saya tak ada hak nak menghalang awak,"kata ByungHee,berpura-pura tersenyum kepada wanita itu.Lidah Victoria pula kelu untuk berkata-kata.Dia menoleh ke arah ByungHee yang sedang memandang ke arah matahari terbenam itu.Pandangan lelaki itu kelihatan sayu sekali.Adakah lelaki itu berasa sedih mengenai keputusannya untuk kembali ke Seoul itu?

"Saya cuma harap yang awak boleh tinggal di sini dengan lebih lama lagi,Victoria,"kata ByungHee tanpa menoleh ke arah Victoria.Victoria pula menundukkan wajahnya.Kenapa aku rasa sedih?Bukankah ini memang keputusan aku untuk tinggal di sini selama seminggu?Dan esok merupakan hari terakhir aku berada di sini.Seperti yang dijanjikan...aku mesti kembali ke Seoul mulai esok.

 

"Jom kita balik.Dah lewat petang dah ni,"kata ByungHee sambil bangun dari tempat duduknya itu.Victoria pula sekadar mengikutnya dari belakang.Sepanjang perjalanan pulang ke rumah,mereka langsung tidak bersuara.Masing-masing lebih selesa melayani fikiran sendiri.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ