16

Opposite Attracts

Sun Young saling memandang ke arah ByungHee dan Victoria yang langsung tidak bertegur sapa antara satu sama lain itu.Lazimnya ByungHee akan cuba memulakan perbualannya dengan Victoria sebelum dia mengusik wanita itu.Namun,kali ini kelakuan ByungHee kelihatan sungguh berbeza.Dia langsung tidak bersuara,apatah lagi untuk memandang ke arah Victoria.ByungHee lebih selesa menikmati sarapan pagina daripada berbual dengan Victoria seperti lazimnya.Begitu juga dengan Victoria.Mereka berdua bagaikan berada di dunia sendiri,tidak langsung mengendahkan sekeliling mereka.Sun Young kemudiannya memandang ke arah Yun dan Wan yang duduk berhadapan dengannya itu.Perlahan-lahan,Sun Young mengangguk ke arah mereka.

"Kita dah lama tak pergi main dekat pantai kan,Yun?" Soal Wan,memulakan rancangan mereka.Sun Young tersenyum.

"A'ahlah.Kita dah lama tak main dekat pantai.Samcheon,jom kita pergi nak?" Soal Yun ke arah ByungHee.ByungHee tidak segera menjawab pertanyaan anak buahnya itu.Dia lebih selesa mendiamkan dirinya.Victoria pula masih lagi membisu.Yun dan Wan masing-masing memandang ke arah Sun Young.Sun Young memberi isyarat kepada mereka supaya terus memujuk ByungHee dan Victoria supaya bersetuju dengan cadangan mereka itu.Yun dan Wan kemudiannya bangun dari tempat duduk mereka lalu menuju ke arah ByungHee.

"Samcheon~~~jomlah kita pergi main dekat pantai hari ni.Kami bosanlah,"kata Yun dan Wan,bersungguh-sungguh mengajak ByungHee untuk menyertai mereka.

"Yelah,oppa.Jomlah kita pergi.Lagipun,kita dah lama tak keluar sama-sama kan?Lagipun,Sun Young kasihanlah dengan budak-budak ni.Mereka bosan duduk dekat rumah,"kata Sun Young.

"Oppa sibuklah hari ni.Oppa ada banyak kerja dekat Coffee Princes hari ni,"kata ByungHee,perlahan.Masih tidak mengangkat kepalanya.Dia terus menikmati sarapannya tanpa mempedulikan Yun dan Wan yang sedang berdiri di sebelahnya itu.Mereka kemudiannya menuju ke arah Victoria pula.

"Noona...Noona ikut kami sekali boleh?Samcheon mesti nak pergi kalau Noona pergi sekali,"kata Wan,cuba memancing ByungHee supaya menyertai mereka.Victoria menoleh ke arah dua beradik itu sambil tersenyum nipis.

"Noona penatlah hari ni.Noona nak berehat dekat rumah saja hari ni.Lain kalilah Noona pergi ya?" Balas Victoria,menolak baik ajakan kanak-kanak itu.Yun dan Wan saling berpandangan antara satu sama lain.Mereka kelihatan hampa.

"Oppa,tengok ni.Tak baik oppa buat mereka macam ni tau.Lagipun apalah yang sibuk sangat dekat Coffee Princes tu.SeungHo oppa,Cheondung oppa dengan Mir oppa kan ada.Macamlah oppa tak biasa tinggalkan kerja tu dekat mereka,"kata Sun Young,tidak puas hati dengan sikap dingin ByungHee terhadap anak-anak buahnya itu.Yun dan Wan pula terus menunjukkan riak wajah hampa mereka kepada ByungHee dan Victoria.Victoria yang memandang ke arah Yun dan Wan itu mulai berasa simpati.

"Okey...okey...Noona ikut.Janganlah buat muka masam macam ni lagi,okey?" Victoria akhirnya terpaksa bersetuju untuk mengikuti rancangan mereka itu.Sun Young tersenyum lebar apabila mendengar kata-kata Victoria itu.Dia kemudiannya menoleh ke arah ByungHee pula.

"Hah~~~oppa.Unni dah setuju nak pergi sekali.Oppa tak nak ikut sekali?"Soal Sun Young,masih tidak berputus asa untuk memujuk lelaki itu supaya bersetuju dengan rancangan mereka itu.Victoria pula masih enggan untuk memandang ke arah lelaki itu.ByungHee pula terus membisu.

 

"Yay!!!" Kedua-dua saudara kembar itu berlari dengan riang sebaik sahaja mereka tiba di pantai yang sudah lama mereka ingin kunjungi itu.Sun Young tersenyum puas hati apabila ByungHee dan Victoria turut bersetuju untuk turut serta.Sun Young kemudiannya memandang ke arah ByungHee dan Victoria.

"Aish...kenapalah dengan mereka ni?Tak ada angin..tak ada ribut...tiba-tiba saja bergaduh.Tengok tu...seorang berjalan ke timur...seorang berjalan ke barat.Aduh,pening kepala aku tengok budak dua orang ni,"ngomel Sun Young.

"Unni!Oppa! Cepatlah jalan ke sini! " Jerit Sun Young sambil melambai ke arah mereka.Victoria cuba mempercepatkan langkahnya manakala ByungHee pula seperti tidak mengendahkan panggilan Sun Young terhadapnya itu.

"Ish,oppa ni.Aku bagi dakbam sekali kat dahi tu baru tahu,"ngomel Sun Young lagi,geram dengan kelakuan ByungHee itu.Sun Young segera memaniskan riak wajahnya sebaik sahaja Victoria semakin menghampiri ke arahnya itu.

"Jom,unni.Kita jalan-jalan,"kata Sun Young,segera mencapai tangan Victoria.Victoria sekadar tersenyum hambar kepadanya sambil mengangguk.Dia langsung tidak menoleh ke arah ByungHee, yang sedang memandang ke arahnya tanpa Victoria sedari.

 

"Eh,itu Victoria kan?"

Victoria terkejut apabila sekumpulan lelaki sedang berlari ke arahnya.

"Alamak...habislah kita,unni,"bisik Sun Young.Hatinya mulai berasa tidak sedap apabila melihat sekumpulan lelaki yang semakin menghampiri ke arah mereka itu.Begitu juga dengan Victoria.Namun,Victoria terpaksa memaniskan riak wajahnya.

"Kami tak sangka yang kami boleh jumpa dengan Victoria dekat sini.Apa yang Victoria buat dekat sini?" Soal salah seorang daripada sekumpulan peminat lelakinya itu.Victoria terpaksa mengukir senyuman manis ke arah mereka.

"Em...saya saja datang sini untuk tenangkan fikiran,"kata Victoria.

"Dah lama ke Victoria ada dekat sini?" Soal peminat lelaki yang lain pula.

"Em...taklah.Saya banyak travel ke tempat lain juga,"kata Victoria,berbohong.Kelihatan peminat-peminat lelaki itu tersenyum sesama sendiri.

"Em...boleh kami beredar sekarang?Lagipun Victoria unni memang dah penat sekarang ni,"kata Sun Young,cuba mencari alasan untuk beredar dari situ.Namun,langkah mereka terhenti apabila dihalang oleh sekumpulan lelaki itu.

"Tak bolehlah macam tu.Bukan senang kami nak jumpa dengan Victoria tau.Lagipun,apa salahnya kalau kami nak bermesra sikit dengan Victoria kan?" Soal salah seorang daripada sekumpulan peminat lelaki itu.Victoria sekadar tersenyum ke arahnya.

"Maafkan saya.Saya betul-betul dah penat sekarang ni.Lain kali saja ye?" Balas Victoria.Dia cuba beredar dari situ namun sekali lagi dihalang oleh sekumpulan lelaki itu.

"Awak boleh pergi dari sini selepas awak bermain dengan kami,"kata salah seorang daripada sekumpulan lelaki itu lagi.Victoria memandang tajam ke arah mereka.Namun dia tetap cuba tersenyum ke arah mereka.

"Baiklah.Apa permainan yang awak dah sediakan untuk saya?" Soal Victoria.Lelaki-lelaki itu tersenyum sesama sendiri sebelum salah seorang daripada sekumpulan lelaki itu mengangkat tubuh Victoria menuju ke arah laut.

"Unni!" Sun Young kelihatan terkejut dengan tindakan mengejut daripada sekumpulan lelaki itu.Tanpa mempedulikan jeritan Victoria itu,mereka terus membiarkan Victoria terhumban ke dalam laut.Mereka ketawa sambil bertepuk tangan sesama sendiri apabila melihat Victoria yang terkapai-kapai di dalam laut itu.

"Vic!"

ByungHee segera berlari menuju ke arah Victoria yang sedang terkapai-kapai di dalam laut itu.Sekumpulan lelaki itu terkejut dengan kehadiran ByungHee di situ.ByungHee segera menyelamatkan Victoria yang sudah hampir tidak sedarkan diri itu sebelum dia membaringkan wanita itu di atas pasir.

"Vic!"ByungHee cuba menekan dada Victoria yang hampir-hampir lemas itu.Tidak lama selepas itu,kelihatan Victoria terbatuk-batuk,memuntahkan air laut keluar dari saluran pernafasannya itu.ByungHee melepaskan nafas lega.Dia kemudiannya menuju ke arah sekumpulan lelaki itu sebelum dia menumbuk lelaki yang menghumban Victoria ke dalam laut sebentar tadi.Lelaki itu jatuh terduduk sebaik sahaja ditumbuk oleh ByungHee itu.

"Siapa yang benarkan kau untuk sentuh Victoria huh?!" Jerkah ByungHee.Ternyata dia begitu marah ketika itu.Tanpa menunggu lelaki itu menjawab pertanyaannya,ByungHee menarik baju lelaki itu sebelum dia menumbuk sekali lagi wajah lelaki itu.Kelakuan ByungHee itu cuba dihalang oleh sekumpulan lelaki itu apabila rakan mereka itu kelihatan parah dibelasah oleh ByungHee.

"Oppa! Cukup ! " Sun Young cuba untuk menghentikan kelakuan ByungHee itu.Victoria yang mulai sedar itu memandang ke arah ByungHee yang sedang memukul lelaki itu.Dia cuba untuk bangun dari situ.

"Byung...ByungHee!Cukup!" Jerit Victoria,sambil memegang dadanya yang masih lagi terasa sesak itu.ByungHee menoleh ke arah Victoria,sebelum dia melepaskan lelaki itu.

"Kalau ada apa-apa jadi dengan Victoria,aku takkan lepaskan kau.Arasso?!Baik kau pergi sekarang sebelum kau mati!" Ugut ByungHee.Kelam kabut mereka beredar dari situ,bimbang akan dipukul lagi oleh ByungHee.Victoria kemudiannya terduduk semula di situ.Kelam kabut Sun Young berlari ke arahnya,cuba membantu Victoria untuk berdiri.

"Unni...gwenchana?" Soal Sun Young,bimbang.Victoria cuba memaksa dirinya untuk tersenyum.

"Okey,"jawabnya,lemah.Dia memandang ke arah ByungHee yang sedang berjalan menuju ke arah mereka itu.

"Byung...ByungHee..."

"Diam!"

Victoria terkejut apabila ByungHee meninggikan siara terhadapnya.Begitu juga dengan Sun Young.ByungHee kemudiannya mendukung Victoria menuju ke arah hotel penginapan mereka yang terletak tidak jauh daripada pantai itu.Victoria pula terus membisu sambil menundukkan wajahnya.Sedikit pun dia tidak berani untuk memandang ke arah lelaki itu.

 

 

ByungHee meletakkan tubuh Victoria di atas katil dengan perlahan sebelum dia menuju ke arah almari.Sehelai tuala dan baju mandi dikeluarkan dari dalam almari lalu diletakkan di sebelah Victoria.ByungHee kemudiannya menuju ke dalam bilik air.Kedengaran bunyi air pancut dibuka dari dalam bilik air.Victoria sekadar menundukkan wajahnya daripada memadang ke arah ByungHee.

"Pergi tukar baju tu cepat.Saya dah sediakan air panas dalam tab mandi untuk awak,"kata ByungHee,sebelum dia beredar meninggalkan Victoria di dalam bilik itu.Victoria mengalirkan air matanya.Terguris dengan sikap dingin ByungHee terhadap dirinya itu.

 

Victoria melangkah keluar dari dalam bilik air sambil mengeringkan rambutnya yang masih basah itu.Langkahnya terhenti apabila matanya terpandang ke arah ByungHee yang sedang berdiri di balkoni biliknya itu.Lelaki itu langsung tidak menoleh ke arahnya.Perlahan-lahan,Victoria berjalan menuju ke arahnya.Dia tahu lelaki itu masih marah terhadap dirinya kerana dia tidak berhati-hati sebentar tadi.Victoria menelan air liur apabila mendapati dirinya yang semakin hampir dengan lelaki itu.Victoria cuba memberanikan diri untuk memandang ke arah ByungHee yang sedang membelakanginya itu.

"ByungHee..." 

ByungHee masih tidak memandang ke arahnya.Mata Victoria mulai bergenang.Hatinya benar-benar terguris dengan sikap dingin ByungHee terhadapnya itu.

"Saya minta maaf...saya dah susahkan awak tadi.Sepatutnya saya berhati-hati ,"kata Victoria.Namun,ByungHee terus membisu.

"Saya minta maaf,"ucap Victoria lagi.

"Saya tahu awak marahkan saya,ByungHee.Tapi tolonglah cakap sesuatu,"kata Victoria,sebelum dia mencapai tangan ByungHee lalu digenggamnya dengan erat.Victoria terkejut apabila melihat mata ByungHee yang kelihatan bergenang itu.ByungHee menangiskah?Tapi kenapa?

"Byung...ByungHee..."

"Awak tahu tak yang saya hampir mati sebab terlalu risaukan awak tadi?" Soal ByungHee pula.Victoria terdiam.Wajah lelaki itu kelihatan tegang sekali,menggambarkan perasaan marahnya yang teramat itu.Victoria menelan air liurnya.Takut dengan riak wajah ByungHee yang kelihatan marah itu.

"Pernah tak awak fikirkan perasaan saya kalau ada perkara buruk terjadi dekat awak tadi?Pernah tak awak fikir semua tu?" Soal ByungHee lagi.Sekali lagi,lidah Victoria kelu untuk membalas kata-kata lelaki itu.Kedengaran lelaki itu melepaskan keluhan berat.

"Sebab tu saya menolak ajakan mereka untuk datang ke sini.Saya tolak ajakan mereka sebab saya risaukan awak,Vic.Saya tahu yang awak tak boleh berenang.Saya takut kalau ada perkara buruk terjadi kepada awak kalau kita tetap datang ke sini.Dan sekarang tengok...kalau saya lambat tadi,macam mana?"Soal ByungHee lagi.Air mata Victoria mulai mengalir perlahan.

"Saya tahu awak masih marahkan saya,Vic.Tapi awak tak perlu nak bahayakan diri awak sampai macam ni.Awak boleh hukum saya dengan apa cara sekali pun...tapi tolong jangan buat saya risau macam ni lagi.Arasso?" Soal ByungHee.Victoria tidak menjawab pertanyaan lelaki itu,sebaliknya dia terus menangis di hadapan lelaki itu.ByungHee kemudiannya menarik Victoria perlahan ke arahnya,sebelum dia memeluk erat tubuh wanita itu.

"Miane.Semua ni berpunca dari saya.Miane..." Ucap ByungHee,sambil memperkemaskan pelukannya terhadap wanita itu.Victoria pula terus menangis di dalam pelukan lelaki itu.

 

"Gwenchana?" Soal ByungHee,masih lagi bimbang dengan keadaan Victoria itu.Perlahan-lahan,Victoria mengangguk ke arahnya sambil tersenyum nipis.ByungHee meletakkan tangannya pada dahi Victoria,bimbang sekiranya wanita itu mengalami demam.

"Saya okeylah,ByungHee.Awak janganlah risau,"kata Victoria.

"Senang je awak cakap macam tu.Saya rasa nak mati tau tengok awak hampir lemas tadi,"kata ByungHee.Victoria tersenyum ke arahnya.Perlahan-lahan,dia merangkul kemas pinggang lelaki itu,menyandarkan kepalanya pada dada lelaki itu.

"Kan saya dah minta maaf tadi?Saya janji yang saya takkan buat awak risau macam tadi lagi,hm?" Kata Victoria,mengikat satu janji.ByungHee membalas pelukan wanita itu.

"Pastikan yang awak tepati janji awak tu,"kata ByungHee.Victoria tersenyum sambil angguk.Mereka terdiam untuk seketika.

"Pasal tempoh hari tu..." ByungHee berhenti untuk seketika.Victoria melepaskan rangkulannya sebelum dia memandang ke arah lelaki itu.ByungHee turut memandang ke arahnya.

"Saya tahu saya dah lukakan hati awak.Tapi...saya nak awak faham.Saya cuma tak nak terburu-buru sebab saya tak nak awak rasa tak selesa bila bersama dengan saya,"kata ByungHee.Victoria pula terus mendengar.

"Awak...awak masih marahkan saya lagi?" Soal ByungHee,ingin tahu.Victoria memandang ke arahnya.

"Jadi,betullah yang saya ni hanya sekadar kawan rapat dalam hidup awak?" Soal Victoria pula.

"Itukan yang awak nak?" Soal ByungHee kembali.

"Pabo! Lepas awak dah berjaya curi hati saya,awak masih anggap saya ni hanya kawan rapat awak?Tak guna," kata Victoria sambil menolak kasar tubuh lelaki itu.Victoria kemudiannya memalingkan tubuhnya daripada menghadap ByungHee.ByungHee terkedu seketika apabila mendengar kata-kata Victoria itu.Aku ni tak salah dengarkan?

"Vic...awak...awak cakap apa tadi?" Soal ByungHee,inginkan kepastian.Victoria enggan untuk memandang ke arah lelaki itu.ByungHee tersenyum lebar.

"Oh...patutlah awak merajuk lepas dengar jawapan saya hari tu kan.Rupa-rupanya awak dah anggap saya lebih dari kawan rapat,"kata ByungHee.Victoria menyembunyikan senyumannya.ByungHee kemudiannya memegang lengan Victoria sebelum dipusingnya tubuh wanita itu supaya menghadapnya.

"Saranghae..."

Victoria memandang ke arahnya sebelum menerima kucupan mengejut daripada ByungHee.ByungHee tersenyum ke arahnya.

"Yah...Jung ByungHee..."Belum sempat Victoria berkata apa-apa,sekali lagi ByungHee mencium bibirnya.

"ByungHee.."

"Itu yang awak nak dengar dari sayakan selama ni?" Soal ByungHee.Victoria tersenyum.

"Em...nampaknya saya tak dapat jadikannya sesuatu yang special untuk awak,"kata ByungHee,kelihatan hampa.Victoria tersenyum sambil merangkul leher ByungHee.

"Jadi inilah rahsia yang awak simpan dari saya selama ni,hm?" Soal Victoria.

"Rahsia saya yang tersimpan sejak pertama kali saya berjumpa dengan awak,Song Qian,"kata ByungHee.Victoria kemudiannya mendekatkan dahinya kepada lelaki itu.

"Saya pun ada rahsia yang saya nak beritahu awak,ByungHee,"bisik Victoria.

"Saya pun cintakan awak sejak pertama kali saya berjumpa dengan Gom,"kata Victoria sebelum dia mencium lembut bibir lelaki itu,ByungHee tersenyum sebaik sahaja mendengar kata-kata Victoria itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ