41

Opposite Attracts

"Sun Young?"

Sun Young tersenyum ke arah Puan Park sebelum dipeluknya erat wanita itu.Puan Park yang masih lagi terkejut dengan kepulangan cucu wanita itu turut membalas pelukan Sun Young itu.

"Kenapa Sun Youn tak cakap yang Sun Young nak balik?Sun Young balik seorang saja?"Soal Puan Park,sambil melihat di belakang Sun Young.Pastinya dia sedang mencari-cari kelibat Victoria di situ.

"Sun Young balik seorang saja,nenek.Sun Young saja balik sini sebab Sun Young rindukan nenek Sun Young yang cantik ni,"kata Sun Young sambil tersenyum.

"Yelah tu.Ni mesti Sun Young ada sorokkan apa-apa daripada nenek kan?"Soal Puan Park,mengesyaki sesuatu.

"Tak adalah,nenek.Sun Young saja-saja balik nak jumpa dengan nenek pun tak boleh?"Soal Sun Young.Puan Park tersenyum sambil mengusap lembut pipi cucu perempuannya itu.

"Bukan tu maksud nenek.Nenek cuma risau kalau-kalau Sun Young ada masalah dekat Seoul sampai bawa diri ke sini.Mana tahu kan?"Balas Puan Park.

"Tak adalah,nek.Sun Young okey.Em...mana yang lain?"Soal Sun Young,sambil mencari-cari kelibat orang lain di dalam rumah itu.

"Mereka ada saja kat belakang rumah.Hye Yoon tengah temankan ommanya dekat kebun belakang tu,"kata Puan Park.

"Oh...em...oppa?"Soal Sun Young pula.

"Dia dekat Coffee Princesla.Dia kata dia balik lambat sikit hari ni,"kata Puan Park.

"Oh..kalau macam tu,Sun Young singgah Coffee Princes sekejap ekh?Sun Young nak jumpa dengan oppa,"kata Sun Young sambil tersenyum.Puan Park sekadar angguk sambil tersenyum.

 

 

"Annyeong!!!"

"Sun Young ah!" Mir kelihatan teruja apabila melihat Sun Young yang muncul di Coffee Princes itu.SeungHo dan Cheondung turut tersenyum lebar melihat kehadiran Sun Young di situ.Sun Young terkejut apabila Mir memeluk tubuhnya secara tiba-tiba.

"Op...oppa...lepaslah.Semua orang tengoklah,"kata Sun Young,cuba untuk melepaskan pelukannya daripada Mir itu.Namun,Mir terus mengeratkan pelukannya terhadap wanita itu.SeungHo dan Cheondung sekadar tersenyum sesama sendiri.Mir kemudiannya melepaskan pelukannya terhadap Sun Young sambil tersenyum.

"Tak cakap pun nak balik,"kata Mir.Sun Young sekadar tersengih.

"Surprise?"Balas Sun Young.Mir kemudiannya menggosok lembut rambut Sun Young itu sambil tersenyum.

"Bogoshippo..."Ucap Mir.Sun Young mencebik.

"Geli okey,"balas Sun Young,selamba.SeungHo dan Cheondung sekadar ketawa melihat telatah pasangan kekasih itu.

"Em...oppa.ByungHee oppa mana?" Soal Sun Young,mencari-cari kelibat ByungHee di situ.

"Oh,Hyung ada dekat atas,"kata Mir.

"Em...dia dah tahu ke?"Soal Sun Young,suaranya mulai berubah serius.Mir menoleh ke arah SeungHo dan Cheondung.Sun Young turut menoleh ke arah yang sama.

"Dia dah tahu,"kata SeungHo.Sun Young melepaskan keluhan kecil.

"Jadi dia macam mana?"Soal Sun Young,bimbang.

"Entah.Dia nampak okey saja.Tapi...Oppa yakin dia susah sikit nak terima kenyataan tu,"kata SeungHo.

"Kalau dia tahu dia susah untuk terima semua ni,kenapa dia ambil keputusan macam tu?Sun Young tak fahamlah dengan dia ni,"kata Sun Young.SeungHo,Cheondung dan Mir saling berpandangan.Setakat ini,hanya mereka sahaja yang tahu sebab di sebalik tindakan nekad ByungHee untuk memutuskan hubungannya dengan Victoria itu.

"Sun Young pun yakin...Victoria unni pun terpaksa terima keputusan keluarga dia.Cuma Sun Young tak boleh terima semua ni.Masing-masing ego...masing-masing tak nak mengalah.Kita dah berusaha untuk satukan mereka tapi...Sun Young betul-betul tak faham,"kata Sun Young.SeungHo,Cheondung dan Mir sekadar membisu.Dan kebisuan mereka itu disedari oleh Sun Young.

"Nampaknya oppa bertiga ni macam ada sorokkan sesuatu daripada Sun Young,"kata Sun Young sambil menyilangkan tangan pada dadanya.Dia memandang ke arah SeungHo,Cheondung dan Mir bersilih ganti.

"SeungHo oppa...Sun Young yakin oppa ada sorokkan sesuatu dari Sun Young.Oppa dengan ByungHee oppa kan kawan baik.Mustahil oppa tak tahu apa masalah dia,"kata Sun Young.Sun Young kemudiannya menoleh ke arah Cheondung dan Mir.

"Cheondung oppa?Mir oppa?"Soal Sun Young pula.

"ByungHee ada dekat atas.Apa-apa pun,Sun Young pergilah berbincang dengan dia.Kami...kami tak nak masuk campur,"kata SeungHo.Hati Sun Young mulai berasa tidak sedap hati.Mungkinkah benar ByungHee ada menyembunyikan sesuatu daripadanya?

 

 

Sun Young memerhatikan ByungHee yang sedang duduk berhadapan dengan bunga matahari di taman Coffee Princes itu.Keadaan lelaki itu kelihatan sedikit tidak bermaya.Rambutnya juga kelihatan sedikit panjang daripada biasa.Seolah-olah ByungHee sengaja membiarkan dirinya tidak terurus seperti biasa.Perlahan-lahan,dia berjalan mendekati ke arah lelaki itu.Bagaikan menyedari seseorang sedang menghampiri ke arahnya itu,ByungHee menoleh ke arah Sun Young.Cuma dia tidak memandang tepat ke arah sepupunya yang sedang berjalan ke arahnya itu.

"Kan aku dah cakap yang aku tak nak diganggu,SeungHo,"kata ByungHee.Namun Sun Young tidak menghentikan langkahnya itu,malah dia terus mendekati lelaki tersebut.

"SeungHo...please.Aku cuma nak bersendirian sekejap,arasso?"Kata ByungHee yang masih lagi memandang ke arah Sun Young itu.

"Oppa...ini Sun Young.Bukan SeungHo..."

Mata ByungHee membulat apabila mendengar suara Sun Young yang sedang memanggilnya itu.Cepat-cepat dia berdiri dari tempat duduknya itu.

"Su....Sun..Sun Young?"

"Apa Sun Young buat dekat sini?"Soal ByungHee,gelisah.Pandangannya yang sedikit gelap itu membuatkan dia tidak dapat melihat Sun Young dengan jelas dan tepat.Sun Young kemudiannya berjalan mendekati ByungHee sebelum tubuhnya betul-betul berdiri di hadapan lelaki itu.ByungHee pula masih lagi membisu.

"Ini Sun Young..."Kata Sun Young.Suaranya mulai kedengaran sebak.Perlahan-lahan,dia mengusap lembut pipi lelaki itu.ByungHee masih lagi kaku di situ.Sungguh dia masih lagi terkejut dengan kehadiran Sun Young di situ.

"Jadi...ini yang oppa sorokkan daripada pengetahuan Sun Young?Hm?" Soal Sun Young.ByungHee enggan untuk menjawab.Sun Young mengalirkan air matanya.Baju kemeja lelaki itu dipegangnya erat.Dia menundukkan wajahnya di hadapan ByungHee.Air matanya mengalir laju.

"Wae?Wae?Wae?!"

ByungHee memalingkan wajahnya daripada Sun Young.

"Kenapa oppa sembunyikan hal ni daripada Sun Young?Hm?Siapa Sun Young dalam hidup oppa?Sun Young ni tak penting ke dalam hidup oppa?"Soal Sun Young.

"Kalau Sun Young tak balik ke sini...oppa takkan langsung beritahu Sun Young kan?Kenapa oppa?"Soal Sun Young lagi.ByungHee melepaskan tangan Sun Young.

"Kenapa Sun Young balik sini?Bukan sepatutnya Sun Young kena tolong mereka untuk majlis perkahwinan tu?"Soal ByungHee,cuba berlagak biasa.

"Oh...jadi oppa memang tak kisahlah yang unni akan berkahwin dengan Lee Joon oppa?Begitu mudah oppa mengalah?"Soal Sun Young,tidak puas hati.ByungHee sekadar membisu.

"Oppa...Sun Young bukannya kenal oppa sehari dua.Kita membesar sama-sama.Dan Sun Young yakin...tak ada siapa yang lebih mengenali oppa daripada Sun Young sendiri tau.Oppa mungkin boleh tipu orang lain yang oppa boleh hidup tanpa Victoria unni.Tapi oppa tak boleh tipu Sun Young.Kalau betul oppa dah lupakan dia...oppa takkan duduk dekat sini.Oppa takkan duduk depan bunga matahari oppa ni.Atau mungkin oppa dah lama musnahkan bunga matahari ni sejak hari Victoria unni tinggalkan tempat ni,"kata Sun Young.Perlahan-lahan,Sun Young mencapai tangan lelaki itu.

"Oppa perlukan dia.Dia pun perlukan oppa.Kenapa oppa mesti ambil tindakan macam ni?Kalau hanya kerana mata oppa...semua tu bukan bermakna yang oppa langsung tak berguna untuk dia.Kalau betul unni cintakan oppa,Sun Young yakin dia takkan ambil kisah pun pasal hal ni.Oppa mungkin tak dapat melihat...tapi Sun Young yakin kasih sayang oppa terhadap unni dah cukup untuk buat dia bahagia.Bukan melepaskan dia kepada orang lain.Oppa ingat dia bahagia bila bersama dengan Lee Joon?Dia terpaksa buat macam tu...sebab dia nak cuba lupakan luka dalam hati dia.Dia terpaksa buat macam tu sebab keluarga dia.Oppa tak pernah fikir ke semua tu?Oppa ni memang pentingkan diri sendiri tahu tak?"Kata Sun Young.

"Sekurang-kurangnya Lee Joon boleh melindungi dia."Kata ByungHee.

"Bukan oppa,"sambungnya lagi.

"Cinta tu boleh dipupuk.Oppa yakin...Lee Joon adalah pilihan yang tepat.Dia ada segala-galanya.Dan oppa yakin dia mampu membahagiakan Victoria lebih dari oppa bahagiakan dia,"kata ByungHee.

"Habis tu oppa macam mana?Sanggup untuk terus menunggu dia lagi?" Soal Sun Young.

"Oppa takkan menyesal dengan keputusan oppa.Sun Young dah tak perlu nak cakap apa-apa lagi dah sebab semua tu takkan ubah keputusan oppa."Kata ByungHee.ByungHee kemudiannya melangkah keluar dari taman itu untuk menuju ke tingkat bawah.Perlahan-lahan,ByungHee melangkah menuruni anak tangga itu dengan pandangannya yang mulai berpinar-pinar itu.ByungHee memegang kepalanya yang mulai terasa sakit itu.ByungHee kemudiannya menggeleng-gelengkan kepalanya.Wajahnya mulai berpeluh.Namun dia tetap cuba meneruskan langkahnya.Entah di mana silapnya,kakinya tersalah langkah menyebabkan dia terjatuh sehingga ke tingkat bawah.Semua yang berada di situ terkejut melihat ByungHee yang terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai itu.

"ByungHee!"

SeungHo segera menerpa ke arah ByungHee.Matanya membulat melihat darah yang mengalir dari dahi ByungHee itu.Sun Young yang masih berada di tangga itu terkejut melihat ByungHee yang sedang dipangku oleh SeungHo itu.

"Oppa!"

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ