28

Opposite Attracts

"Hyung,esok kita cuti kan?" Soal Mir sambil menoleh ke arah SeungHo yang sedang menyusun gelas dan cawan di dalam rak itu.

"Ya.Kenapa?" Soal SeungHo,tanpa menoleh ke arah Mir yang sedang mengelap meja itu.Cheondung dan ByungHee pula meneruskan kerja mereka tanpa mempedulikan perbualan antara Mir dan SeungHo itu.

"Esok kita pergi keluar main nak?"Soal Mir,memberi cadangan.Kedua-dua Cheondung dan ByungHee memandang ke arahnya,bagaikan tertarik dengan cadangan maknae itu.SeungHo turut memandang ke arahnya.

"Main?" Soal SeungHo.

"Semalam Jinwoon call Mir.Dia dengan geng dia ajak kita lawan basketball dekat tempat biasa.Jadi,Mir cakap dengan dia yang Mir nak tanya Hyung semua dulu pasal hal ni.So...macam mana?" Soal Mir.SeungHo,ByungHee dan Cheondung saling berpandangan antara satu sama lain.

"Em...boleh juga.Lagipun kita dah lama tak jumpa dengan mereka kan?" Balas Cheondung,bersetuju dengan cadangan Mir itu.Mir tersenyum lebar apabila Cheondung bagaikan sudah bersetuju dengan cadangannya itu.Hanya menantikan kata putus daripada SeungHo dan ByungHee.

"Okey juga tu.Lagipun Hyung memang dah lama tak jumpa dengan Seulong,"kata ByungHee.SeungHo menoleh ke arah ByungHee.Entah mengapa dia berasa tidak senang apabila ByungHee bersetuju untuk menyertai permainan bola keranjang itu.ByungHee kemudiannya menoleh ke arah SeungHo.

"Kenapa pandang aku macam tu?Jangan kata yang kau tak nak join kali ni,SeungHo?" Soal ByungHee,tidak mengesyaki apa-apa.SeungHo tersenyum nipis sambil menggeleng.

"Siapa cakap aku tak nak join?Kalau aku tak ada,kita takkan boleh menang tau,"kata SeungHo,mendabik dada.ByungHee,Cheondung,dan Mir ketawa apabila mendengar gurauan SeungHo itu.SeungHo masih lagi tidak melepaskan pandangannya terhadap ByungHee itu.

"Okey,set!Nanti Mir beritahu Jinwoon yang kita semua dah setuju untuk main esok,"kata Mir,sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.ByungHee dan Cheondung pula sekadar tersenyum sambil meneruskan kerja mereka yang tertangguh itu.SeungHo pula melepaskan keluhan kecil.Dia melihat ke arah ByungHee yang kadang-kala menggosok-gosok matanya sambil melakukan kerjanya itu.Kelihatan ByungHee berhenti daripada melakukan kerjanya untuk seketika sambil meletakkan tangannya pada meja,seolah-olah cuba mengimbangkan posisi tubuhnya.SeungHo semakin bimbang melihat keadaan ByungHee itu.Apa yang paling tidak disenanginya apabila ByungHee terus menyembunyikan masalahnya itu daripada pengetahuannya.

 

"Wah,betul ke,oppa?" Soal Sun Young,tidak percaya.ByungHee tersenyum sambil angguk.

"Vic tak tahu pun yang oppa pandai main basketball?" Soal Victoria,turut teruja.

"Oppa mula main basketball waktu menengah rendah dulu.Itu pun sebab kawan oppa,Seulong yang ajak.Kalau tak,oppa memang tak pandai main pun,"kata ByungHee,sebelum dia menyuapkan makanannya ke dalam mulut.

"ByungHee oppa memang pandai main tau,unni.Boleh dikatakan...ByungHee oppa memang popular lah waktu sekolah dulu sebab pandai main basketball ni.Ramai perempuan ambil nombor giliran beratur nak jadi girlfriend oppa waktu tu,"kata Sun Young,galak bercerita.Victoria menoleh ke arah ByungHee.

"Oo...really?Em...not bad.Kenapa tak nak jadi pemain professional saja?Kalau tak mesti kena buat temuduga untuk pilih girlfriend,kan oppa?" Soal Victoria,sambil tersenyum sinis.ByungHee memandang ke arahnya dengan kening kanannya terangkat.

"Boleh ke kita buat macam tu?"Soal ByungHee.Victoria kemudiannya menarik telinga ByungHee sehingga membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan.Sun Young pula sekadar ketawa melihat gelagat dua kekasih itu.

"Jangan nak mengada-ngada ekh?" Balas Victoria,sambil menjengilkan matanya ke arah ByungHee.

"Ala Vic ni...berapa kali dah oppa cakap.Dalam hati oppa ni hanya ada Vic seorang tahu.Walaupun ada 1000 lagi gadis lain yang menantikan oppa,oppa hanya setia menunggu Vic seorang saja,"kata ByungHee sebelum dia mengenyitkan matanya ke arah Victoria.Sun Young yang berada di situ terbatuk-batuk apabila mendengar kata-kata ByungHee itu.

"Gelilah!Agak-agaklah kalau nak romantik sangat pun.Tak nampak ke Sun Young ada dekat sini?" Soal Sun Young.ByungHee sekadar membalasnya dengan ketawa.Victoria pula tersenyum malu.

"Vic,"panggil ByungHee.Kakinya galak mengusik kaki Victoria di bawah meja makan itu.Victoria memandang ke arahnya.

"Esok Vic datang tengok oppa main ekh?" Soal ByungHee.Kakinya semakin galak mengusik kaki Victoria.Victoria berasa sedikit tidak selesa dengan usikan ByungHee itu.

"Datang ekh,Vic?" Soal ByungHee lagi,apabila tidak mendapat respon daripada wanita itu.

"Okey,okey.Vic datang tengok oppa main,"kata Victoria,terpaksa mengalah kerana tidak tahan dengan usikan ByungHee terhadapnya itu.ByungHee tersenyum kemenangan.

"Ajak Victoria unni seorang saja?Oppa tak nak ajak Sun Young ke?" Soal Sun Young.

"Bukan Mir dah ajak Sun Young ke?" Soal ByungHee.Kali ini dia mengusik Sun Young pula.Wajah Sun Young berubah merah secara tiba-tiba.ByungHee tersenyum puas.

"Kenapa muka Sun Young merah ni?" Soal Victoria,hairan.

"Tak ada apa-apalah,unni,"kata Sun Young,cuba berlagak biasa.Dia kemudiannya menendang kaki Byunghee di bawah meja.ByungHee mengaduh kesakitan.Sun Young tersenyum puas.

"Rasakan!"

 

 

ByungHee membantu Victoria mengemas meja dan kerusi sebaik sahaja mereka selesai menikmati hidangan makan malam ringkas mereka itu.

"Esok oppa nak pergi pukul berapa?" Soal Victoria sambil menoleh ke arah ByungHee.

"Em...petang,"jawab ByungHee.Tanpa ByungHee jangkakan,Victoria memeluk tubuhnya dari belakang.ByungHee menoleh ke arahnya.

"Wae?" Soal ByungHee,sebelum dia tersenyum ke arah wanita itu.

"Saja..." Balas Victoria,perlahan.ByungHee kemudiannya memberhentikan kerjanya sebelum dia memegang tangan Victoria yang sedang melingkari pinggangnya itu.Dia memusingkan tubuhnya ke arah wanita itu sebelum dia menyandarkan tubuh wanita itu pada dinding.Victoria sekadar memandang ke arahnya sambil tersenyum.ByungHee turut tersenyum ke arahnya sebelum dia mendekatkan wajahnya perlahan-lahan ke arah Victoria.Bibir Victoria itu dikucupnya lembut.Victoria menolak tubuh ByungHee.

"Tadi Sun Young cakap yang oppa ada ramai peminat waktu sekolah dulu,betul ke?" Soal Victoria,masih lagi membiarkan pinggangnya dipeluk oleh ByungHee.

"Betul." Jawab ByungHee,pendek.Perlahan-lahan,dia mendekatkan wajahnya pada leher Victoria pula.

"Betul ke yang..." Victoria tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila dia merasakan kakinya lemah kerana ciuman ByungHee pada lehernya itu.Dia mengimbangkan tubuhnya dengan memaut leher lelaki itu dengan kedua-dua lengannya.

"Betul ke...oppa sedikit pun tak layan mereka waktu tu?"Soal Victoria.

"Em." Balas ByungHee,masih lagi mencium leher Victoria sebelum dia beralih ke arah pipi wanita itu pula.ByungHee memandang tepat ke arah anak mata Victoria.

"Vic masih tak percayakan oppa?" Soal ByungHee,sambil mengusap lembut pipi wanita itu.Victoria tidak dapat menjawab pertanyaan lelaki itu apabila bibirnya dikucup sekali lagi oleh lelaki itu.

"Apa yang oppa perlu buat untuk pastikan Vic betul-betul percaya dengan oppa,hm?" Soal ByungHee,memandang ke arah Victoria.Victoria tersenyum ke arahnya.

"Tak ada apa.Vic memang dah lama percayakan oppa,"balas Victoria.

"Saja..." ByungHee mencuit hidung Victoria.Victoria tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya yang kemas itu.ByungHee kemudiannya melepaskan pelukannya terhadap Victoria.ByungHee menyambung semula kerjanya itu sambil diperhatikan oleh Victoria.ByungHee mengerutkan dahinya apabila pandangannya menjadi kabur semula.Malah kali ini lebih kerap dan lebih lama.Kadang-kala pandangannya akan menjadi gelap untuk seketika sebelum dia boleh melihat seperti sediakala.Namun,ByungHee cuba berlagak biasa.Dia tidak mahu membuatkan Victoria bimbang terhadapnya lagi.ByungHee menoleh ke arah Victoria sambil tersenyum.Victoria turut membalas senyumannya tanpa mengesyaki apa-apa.

 

"G.O yah!!!"

ByungHee terkejut apabila Seulong memeluk tubuhnya secara tiba-tiba sebaik sahaja mereka bertemu di gelanggang bola keranjang itu.Seulong kemudiannya memandang ke arah ByungHee dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki.

"Yah...tengoklah Jung ByungHee sekarang.Makin handsome,"kata Seulong.ByungHee katawa sambil menepuk kasar bahu lelaki itu.

"Kau pun sama.Makin handsome sekarang sejak kerja dekat Busan sekarang kan,"balas ByungHee pula.Seulong sekadar ketawa sebelum pandangannya teralih ke arah Victoria dan Sun Young yang berdiri tidak jauh dari mereka itu.ByungHee turut menoleh ke arah yang dilihat oleh Seulong itu.

"Eh...tu bukan..."Seulong berfikir untuk seketika.

"Apa nama dia ekh?Em..hah!Tu...Victoria kan?" Soal Seulong,teruja.Belum sempat ByungHee menjawab pertanyaannya,Seulong segera berlari ke arah Victoria.Victoria menoleh ke arahnya.

"Victoria-ssi?" Soal Seulong.Victoria menoleh ke arah Sun Young untuk seketika sebelum dia memandang semula ke arah Seulong.Perlahan-lahan,dia menganggukkan kepalanya.Mata Seulong terbuka luas.Sungguh dia tidak sangka bahawa dia dapat berjumpa dengan artis kegemarannya di situ.Tanpa menunggu lama,dia terus memeluk Victoria.Semua yang melihat di situ turut terkejut apabila melihat kelakuan Seulong yang begitu selamba memeluk Victoria itu.Seulong kemudiannya melepaskan pelukannya sambil memandang ke arah Victoria.

"Saya Seulong.Peminat setia awak,"kata Seulong.Victoria sekadar angguk.Victoria terkejut apabila melihat Seulong yang seolah-olah ingin memeluknya sekali lagi.Namun kali ini lelaki itu berjaya dihalang oleh ByungHee.Seulong menoleh ke arah ByungHee.

"Wae?Aku tengah seronok jumpa dengan idola aku ni,"kata Seulong.

"Agak-agakla kalau nak seronok jumpa dengan idola pun.Lain kali tanya aku dulu sebelum nak sentuh dia macam tadi,Arasso?" Soal ByungHee.

"Kenapa pula aku mesti tanya kau dulu?" Soal Seulong,hairan.

"Sebab Victoria unni ni ialah girlfriend ByungHee oppa.Mestilah oppa marah kalau ada lelaki lain saja-saja nak sentuh Victoria unni ni,"sampuk Sun Young pula.

"Apa?Ji...jinja?" Soal Seulong,tidak percaya.ByungHee sekadar tersenyum sumbing ke arahnya.Seulong menoleh semula ke arah Victoria.

"Em...miane.Saya...saya tak tahu.G.O tak pernah cerita pula dekat saya sebelum ni,"kata Seulong sebelum dia ketawa pada hujung kata-katanya.Victoria menoleh ke arah ByungHee sambil tersenyum.

"Woi,cepatlah! Bila kita nak mula main ni?!" Jerit ChangMin yang sudah pun berdiri di tengah-tengah gelanggang itu.

"Okey,aku datang!Jom G.O!" Sahut Seulong sebelum dia menoleh ke arah ByungHee.

"Nanti saya interview awak lagi ekh?" Kata Seulong sebelum dia menarik tangan ByungHee menuju ke arah gelanggang.

 

Bunyi wisel kedengaran.Permainan dimulakan.

Victoria dan Sun Young begitu kusyuk memerhatikan sekumpulan lelaki itu bermain.Langkah mereka kelihatan begitu pantas.Corak permainan mereka juga begitu kemas.Seolah-olah sedang menonton perlawanan bola keranjang yang sebenar.Victoria tersenyum lebar melihat kelincahan ByungHee bermain bola keranjang di gelanggang.Dia akui lelaki itu kelihatan hebat sekali bermain.

"Betul tak Sun Young cakap?Oppa memang yang hebat dalam permainan ni,"kata Sun Young,Victoria angguk sambil tersenyum.

 

Mir menghantar bolanya ke arah Cheondung yang sedang cuba dihalang oleh Jinwoon itu.Ternyata Cheondung memang tangkas.Dia segera menyambut bola itu sebelum dia berlari menuju ke arah tiang jaring.Namun lariannya dihalang oleh ChangMin,membuatkan Cheondung tidak dapat untuk membuat jaringan ketika itu.Cheondung memerhatikan sekelilingnya.Kelihatan ByungHee sedang berdiri tidak jauh darinya.

"G.O Hyung!"

Tanpa menunggu lama,Cheondung segera membuat balingan ke arah ByungHee.ByungHee cuba menyambut lontaran yang dibuat oleh Cheondung itu.Namun,tiba-tiba pandangannya menjadi gelap.Dia langsung tidak dapat melihat sekelilingnya.

"ByungHee!!!!"

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ