15

Opposite Attracts

"G.O Hyung!" Panggil Mir sambil berjalan menuju ke arah ByungHee di dapur.ByungHee yang sedang memotong kek vanila itu langsung tidak menoleh ke arah Mir.

"Caffe Americano dengan Cappuccino,"kata Mir,membacakan pesanan kepada ByungHee.

"Okey,"kata ByungHee sambil menghulurkan kek yang telah dipotongnya itu kepada Mir.

"Meja nombor 3,okey?" Kata ByungHee pula.

"Okey,Hyung,"kata Mir,segera beredar dari situ dengan kasut rodanya itu.ByungHee memusingkan semula tubuhnya untuk menyiapkan pesanan pelanggannya yang seterusnya.Namun niatnya untuk meneruskan kerjanya itu tertangguh apabila melihat Victoria yang sedang berdiri bersandar pada pintu masuk dapur itu.ByungHee memandang Victoria dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki.Sungguh sukar baginya untuk mempercayai dengan apa yang dilihatnya ketika itu.Penampilan Victoria pada ketika itu kelihatan sangat berbeza.Baju kemeja berwarna hitam , seluar hitam, berserta apron hitam menjadikan imej Victoria pada ketika itu kelihatan lebih maskular.Rambutnya pula diikat sanggul.Victoria yang bercermin mata itu memandang ke arah ByungHee sambil tersenyum.

"Okey tak saya pakai macam ni?" Soal Victoria,meminta pendapat ByungHee mengenai penampilannya pada ketika itu.ByungHee tersenyum,tidak percaya dengan penampilan Victoria yang kelihatan berbeza daripada penampilannya sebelum ini.

"Yah~~~kenapa tiba-tiba saja awak pakai baju ni?Oh tak...dari mana awak dapat baju tu?" Soal ByungHee,bercekak pinggang.Victoria memandang ke arah kemeja hitam yang dipakainya itu.

"Saya curi-curi masuk dalam bilik persalinan awak.Saya cuba-cuba saja pakai baju ni.Tak sangka pula muat,"kata Victoria.ByungHee memegang dagunya sambil mengangguk.

"Em...not bad.Saya yakin orang takkan dapat kenal awak kalau awak pakai macam ni,"kata ByungHee.Victoria pula sekadar tersenyum ke arahnya.ByungHee kemudiannya menyambung kerjanya yang tertangguh seketika itu.Victoria pula berjalan ke arahnya,untuk melihat kerja yang dilakukan oleh ByungHee itu dengan lebih dekat.

"Awak tengah buat apa ni?" Soal Victoria,berminat untuk tahu.

"Saya tengah buat cappucino.Awak nak cuba?" Soal ByungHee pula sambil menoleh ke arah Victoria.Victoria tersenyum ke arahnya sambil mengangguk.Victoria terus memerhatikan kerja yang dilakukan oleh ByungHee itu sehinggalah cappucino itu siap untuk dinikmati.ByungHee menghulurkan cawan berisi cappucino itu kepada Victoria.Perlahan-lahan,cawan berisi cappucino itu bertukar tangan sebelum cappucino itu diminum oleh Victoria.ByungHee pula terus menantikan reaksi daripada wanita itu.ByungHee kemudiannya tertawa kecil apabila melihat buih-buih putih melekat pada bibir wanita itu.Victoria memandang ke arahnya dengan hairan.

"Wae??Kenapa awak gelak macam tu?" Soal Victoria,tidak memahami.Tanpa menjawab soalan Victoria itu,ByungHee terus membersihkan bibir Victoria menggunakan ibu jarinya.Victoria terkejut seketika dengan tindakan ByungHee itu.Mata mereka saling berpandangan antara satu sama lain.Perlahan-lahan,ByungHee mengukir senyuman manis ke arahnya sebelum dikucupnya lembut bibir Victoria itu.Tangannya memaut erat pinggang wanita itu.Victoria menjauhkan wajahnya daripada ByungHee.ByungHee memandang ke arahnya.

"Nanti orang lain nampak,"kata Victoria,perlahan.ByungHee sekadar tersenyum ke arahnya sebelum dia mencium bibir wanita itu lagi.Kali ini,Victoria tidak melawan.Sebaliknya dia juga memaut erat leher lelaki itu,mendekatkan lagi jarak antara mereka berdua.

"G.O Hyung...iced coffee dengan..." Mir terkejut apabila melihat ByungHee yang sedang mencium Victoria di dalam dapur itu.ByungHee dan Victoria menoleh ke arahnya.

"Em...so...sor...sorry...Nanti Mir datang balik,"kata Mir,bersiap-sedia untuk beredar dari situ.

"Yah,bagi dulu pesanan tadi,"kata ByungHee,berlagak selamba.Victoria pula mengalihkan pandangannya ke arah lain,malu untuk berhadapan dengan Mir.Mir kemudiannya menghulurkan kertas pesanan itu kepada ByungHee.

"Em...pesanan yang tadi dah siap ke,Hyung?" Soal Mir.ByungHee sekadar membalasnya dengan senyuman.

"Belum."Jawab ByungHee,ringkas.Mir membulatkan matanya.

"Hyung~~!!"

 

 

"Awak nampak lain sangat bila pakai macam ni,Victoria,"kata SeungHo.Victoria yang sedang duduk bersebelahan dengan ByungHee sekadar tersenyum.ByungHee turut memandang ke arahnya.

"G.O Hyung,"panggil Mir.ByungHee menoleh ke arahnya.Mir mengecilkan anak matanya sambil memandang ke arah ByungHee dan Victoria bersilih ganti.

"Hei,kenapa pandang Hyung macam tu?" Soal ByungHee.SeungHo dan Cheondung turut hairan dengan kelakuan Mir pada malam itu.

"Tak ada apa-apa.Saja pandang Hyung macam tu,"kata Mir,sebelum menguntum senyuman nakal.Sun Young mesti suka kalau aku beritahu dia apa yang aku nampak tadi.

"Jangan nak fikir bukan-bukan,okey?"Balas ByungHee.

"Apa yang kamu berdua merepek ni?" Soal Cheondung,tidak memahami.

"Oh...G.O Hyung kan..."

"Yah,Bang Cheol Yong!"ByungHee cuba menghalang Mir daripada meneruskan kata-katanya itu.Mir pula sekadar tersenyum kemenangan.Bukan mudah untuknya mengusik ByungHee.

"Apa dia,Mir?" Soal Cheondung,berminat untuk tahu.

"Kita tunggu saja berita gembira daripada G.O Hyung dengan Victoria Noona,"kata Mir,sambil memandang ke arah ByungHee dan Victoria.Cheondung dan SeungHo memandang ke arah ByungHee dan Victoria.

"Eh,kamu berdua dah bercinta ke?" Soal Cheondung,teruja.ByungHee yang sedang meneguk jus oren itu hampir tersedak sebaik sahaja mendengar pertanyaan Cheondung itu.Victoria juga terkejut dengan pertanyaan Cheondung itu.SeungHo tersenyum lebar apabila melihat perubahan tingkah laku ByungHee dan Victoria itu.ByungHee mengelap wajahnya dengan sapu tangan.

"Kan,Hyung?Wah...tak sangka hubungan kamu berdua dah maju selangkah ke hadapan,"kata Cheondung lagi.

"Jangan pandai-pandailah,Cheondung.Kami..." ByungHee menoleh ke arah Victoria.Victoria turut memandang ke arahnya.Victoria turut menanti kata-kata daripada lelaki itu.Apa yang ByungHee nak katakan mengenai hubungan kami?Adakah dia akan mengiyakan bahawa kami ini sememangnya sedang bercinta,seperti yang dikatakan oleh Cheondung itu?

"...Kami hanya kawan rapat,"kata ByungHee.Mata Victoria terbuka luas sebaik sahaja mendengar kata-kata ByungHee itu.Apa?Kawan?!

"Huh??!Kawan rapat saja?" Soal Mir,tidak percaya.Cheondung dan SeungHo yang mendengar jawapan ByungHee itu turut terkejut.ByungHee menggigit bibirnya.Apa yang aku cakap ni?

"Ta...tapi,Hyung..."Belum sempat Mir meneruskan kata-katanya,Victoria segera bangun dari tempat duduknya itu.ByungHee memandang ke arahnya.

"Saya nak balik dulu,"kata Victoria.ByungHee kemudiannya turut bangun dari tempat duduknya itu.

"Tunggu saya tukar baju dulu,"kata ByungHee,sebelum dia beredar menuju ke bilik persalinan.Victoria tidak membalas kata-katanya.

Sebaik sahaja,ByungHee dan Victoria beredar dari situ,SeungHo segera menolak kepala Mir.

"Hyung!Kenapa tolak kepala Mir?" Soal Mir,tidak puas hati.

"Kenapa usik ByungHee macam tu?" Soal SeungHo,memandang tajam ke arah Mir.

"Mir usik saja.Tapi Cheondung Hyung yang soal G.O Hyung macam tu,"kata Mir,sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Cheondung.

"Tapi Mir yang mulakan dulu!" Balas Cheondung,tidak mahu mengalah.SeungHo sekadar menggelengkan kepalanya.

 

 

 

Mereka langsung tidak berbicara walaupun sepatah sepanjang mereka berjalan pulang menuju ke rumah.ByungHee memandu keretanya tanpa langsung menoleh ke arah Victoria.Begitu juga dengan Victoria.Victoria langsung tidak mahu berbual dengannya.ByungHee mulai berasa tidak selesa dengan situasi tegang yang melanda mereka berdua ketika itu.

"Victoria..." ByungHee mula memanggil wanita itu.Victoria langsung tidak menjawab.Apatah lagi menoleh ke arah lelaki itu.ByungHee melepaskan keluhan berat.

"Saya...saya minta maaf pasal tadi,"kata ByungHee,perlahan.

"Saya..."

"Siapa saya pada awak,ByungHee?" Soal Victoria,masih lagi tidak memandang ke arah ByungHee.ByungHee terkejut dengan pertanyaan wanita itu.

"Vic..."

"Lepas apa yang kita dah lalui selama ni...siapa sebenarnya saya dalam hidup awak,ByungHee?' Soal Victoria lagi.Lidah ByungHee bagaikan kelu untuk menjawab pertanyaan Victoria itu.

"Victoria..."

"Bunga matahari...kek coklat...usikan nakal awak...ciuman awak...apa makna semua tu bagi awak?" Soal Victoria lagi.ByungHee membisu seribu bahasa.Victoria tersenyum sinis sambil bersandar pada tempat duduknya itu.Dia cuba menahan air matanya daripada mengalir.Perasaannya tersinggung dengan kata-kata ByungHee di Coffee Princes sebentar tadi.Dia sendiri tidak pasti mengapa,tapi itulah yang dirasainya selama ini.Hatinya terguris apabila ByungHee hanya menganggapnya sebagai teman rapat,tidak lebih daripada itu.

 

 

"Eh,unni dah balik,"kata Sun Young,tersenyum lebar apabila melihat Victoria yang sedang melangkah masuk ke dalam rumah itu.Wajah Victoria yang masam mencuka itu mematikan senyuman Sun Young.

"Unni,kenapa ni?" Soal Sun Young,ingin tahu.Namun,Victoria tidak langsung menjawab pertanyaan Sun Young itu.Sebaliknya dia terus menaiki tangga menuju ke biliknya.Sun Young berasa hairan dengan perubahan tingkah laku Victoria.Puan Park yang sedang duduk bersama-sama dengan cucu kembarnya itu turut hairan.Perhatian mereka kemudiannya teralih ke arah ByungHee yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah itu.Wajah ByungHee yang masam mencuka itu turut menimbulkan tanda tanya dalam benak fikiran Sun Young dan Puan Park.

"Oppa!" Kelam kabut Sun Young berjalan menuju ke arah sepupunya itu.

"Oppa,kenapa dengan unni?" Soal Sun Young.ByungHee langsung tidak menoleh ke arah Sun Young,sebaliknya dia turut berjalan terus menuju ke bilik tidurnya.Sun Young menoleh ke arah neneknya.

"Nenek?"Soal Sun Young,bingung.Puan Park sekadar mengangkat bahunya,tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi ByungHee dan Victoria.Namun,dia cuba menyembunyikan senyumannya.Ternyata bibit-bibit cinta sudah mulai wujud dalam hati dan perasaan masing-masing,namun sengaja tidak mahu mengakuinya.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ