22

Opposite Attracts

Victoria melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan langkah yang longlai.Perjalanan pulang yang jauh dari Changwon itu begitu memenatkan.Namun,dia berasa puas.Apatah lagi ByungHee sering menelefonnya sepanjang perjalanannya ke Seoul itu.Victoria akui dia sudah pun amat merindui lelaki itu walaupun baru beberapa jam dia meninggalkan Changwon.Langkah Victoria terhenti apabila matanya tertangkap pada sepasang kasut lelaki yang diletak kemas di atas lantai itu.Tanpa berlengah lagi,dia terus menerjah masuk ke dalam ruang tamu.Dan tekaannya tepat sekali.

"Apa yang you buat dekat sini?" Soal Victoria.Lee Joon yang sedang menonton televisyen itu menoleh ke arahnya.Lelaki itu bangun dari tempat duduknya sambil tersenyum.

"Sayang!You dah balik!" Lee Joon segera berjalan menuju ke arahnya sebelum dia memeluk tubuhnya dengan erat.Victoria tidak sempat untuk mengelak dirinya daripada dipeluk oleh lelaki itu.Victoria segera melepaskan pelukan Lee Joon itu terhadapnya.

"I tanya ni...apa yang you buat dekat sini?"Soal Victoria,marah.

"Company you call I tadi yang you akan balik ke Seoul hari ni.So...I datang sini sebab nak tunggu you la,sayang.I miss you so much!" Kata Lee Joon sambil mencuit hidung Victoria.Victoria mengalihkan wajahnya daripada disentuh oleh Lee Joon.Dia kemudiannya berjalan melintasi Lee Joon sebelum dia meletakkan begnya di atas meja.Lee Joon sekadar memerhatikannya.

"I dah penat.You balik sajalah,"kata Victoria,dingin.Tanpa Victoria sedari,Lee Joon terus memeluknya dari belakang.Victoria menjadi kaget untuk seketika.

"Tapi I rindu sangat dengan you,Vic.Boleh tak kalau I nak tengok you sekejap je?"Pinta Lee Joon.Victoria melepaskan pelukan lelaki itu dengan kasar.

"Baik you balik sekarang.I tak nak tengok muka you,faham?"Balas Victoria.Lee Joon tersenyum sinis.

"Oh...sebab you dah ada kekasih gelap dekat Changwon tu..you dah tak nak tengok muka I?"Soal Lee Joon.Victoria tidak membalas kata-katanya.

"Semua orang dah tahu pasal kisah you dekat Changwon tu lah.Semua orang tahu yang you dah curang dengan I untuk bersama dengan lelaki kampung kat Changwon tu.Tapi nama you masih dijaga baik oleh company you.Mereka kata lelaki kampung tu cuma ahli keluarga you.Well...tak sangka pula fans you mudah terima alasan tu.Ataupun company you dah bayar mereka sesuatu untuk tutup mulut dan tak bangkitkan lagi hal tu,"kata Lee Joon dengan sinis.Victoria memandang ke arahnya.

"I curang dengan you?You jangan nak buat I gelak boleh tak?Kalau betul pun I ada kekasih gelap dekat Changwon tu...semua tu tak ada kena-mengena dengan you tau!"Balas Victoria,berang.

"I tunang you!Dan I ada hak untuk ambil tahu semua hal berkaitan dengan you,"kata Lee Joon,turut meninggikan suaranya terhadap Victoria.Victoria tertawa kecil.

"You tunang I?" Victoria ketawa lagi.

"Hei,Lee Joon!" Victoria memetik jarinya di hadapan Lee Joon.

"Wake uplah.You dah lupa ke yang I dah putuskan pertunangan kita di London dulu?Kononnya I nak bagi surprise dekat youlah kan...tapi you yang bagi surprise dekat I.So?You ingat I sanggup nak teruskan pertunangan ni dengan lelaki buaya macam you?Sorry okey...antara you dengan I dah tak ada apa-apa.It's over!"Kata Victoria.Victoria ingin beredar dari situ namun lengannya dipegang oleh Lee Joon dengan kasar.

"Lepaskan tangan I.Sakitlah!" Victoria cuba melepaskan tangannya namun tidak berjaya.

"Just give me one chance,Vic!I tahu semua ni berpunca dari I.I tahu kalau bukan sebab I,semua ni takkan berlaku.Tolong bagi I peluang untuk I berubah,okey?"Pinta Lee Joon.Victoria melepaskan keluhan berat.

"Lee Joon,please.I...I dah serik.I dah tak percayakan you lagi dah.Semua yang nampak sebelum ni dah jelas sangat dah.Kalau you betul-betul cintakan I...you takkan sanggup tipu I macam tu.I tak suka dengan lelaki yang berpura-pura macam you,"kata Victoria.

"At least bagi I peluang untuk berubah.I akan berubah macam yang you mahukan.I...I tak nak kehilangan you,Vic,"kata Lee Joon,bersungguh-sungguh.Victoria sekadar melepaskan keluhan berat.

"You dah serik sebab ditipu oleh I yang menyebabkan you tak nak beri peluang dekat I...ataupun..you tak nak beri peluang dekat I sebab you dah ada lelaki lain?"Soal Lee Joon.Victoria memandang ke arahnya.

"Dua-dua.Puas hati?"Victoria segera melepaskan pegangan tangan Lee Joon terhadap lengannya itu,sebelum dia beredar meninggalkan Lee Joon.Lee Joon menggenggam erat tangannya,menahan geram.

"Aku takkan lepaskan kau dengan mudah,Vic.Masa depan aku terletak dalam tangan kau."Kata Lee Joon perlahan sambil memandang ke arah kelibat Victoria yang semakin jauh dari pandangan matanya itu.

"Dan aku akan halang lelaki tu dari terus menghalang cita-cita aku,"katanya lagi.

 

 

Victoria memerhatikan Lee Joon yang sedang melangkah keluar dari rumahnya itu melalui tingkap biliknya.Sebaik sahaja lelaki itu menoleh ke arah tingkap biliknya,Victoria segera menarik langsir biliknya.Dia terus melangkah ke arah katilnya sebelum dia membaringkan diri di atas katil empuknya itu.Sungguh dia amat merindui segala-gala yang ada di dalam rumahnya itu.Namun ketika ini , dia lebih merindui seorang lelaki yang bernama Jung ByungHee di Changwon itu.Tanpa berlengah lagi,dia terus mendail nombor telefon lelaki itu.

 

Victoria  : Oppa!

ByungHee: Vic dah sampai rumah ke?

Victoria  : Dah.Ni pun baru dapat baring atas katil.Letih betul hari ni.

ByungHee: Kalau dah letih kenapa tak terus tidur je?

Victoria  : Vic rindukan oppa.Sebab tu Vic call oppa sebab nak dengar suara oppa.

ByungHee: Oppa pun.Sejak Vic tinggalkan rumah tadi...oppa asyik teringatkan Vic je.Semua kerja oppa tak boleh nak buat dengan betul.

Victoria  : Eleh.Boleh percaya ke ni? Entah-entah oppa dah main mata dengan perempuan lain masa Vic tak ada.

ByungHee: Mana ada.Oppa tak buat semua tu,okey?Lagipun...hari ni oppa tak kerja dekat Coffee Princes pun.So..oppa tak sempatlah nak main mata dengan perempuan lain.

Victoria  : Hah! Tengok tu!Ada niat nak main mata dengan perempuan lain juga tu.Nanti Vic merajuk baru tahu.

ByungHee: Okey.Oppa gurau je.Lagipun...oppa dah tak ada siapa-siapa nak buli dah dekat sini.Bosanlah.

Victoria  : Em...oppa tengah buat apa sekarang?

ByungHee: Sama macam Vic.Tengah baring-baring atas katil juga.

Victoria  : Oppa...oppa tengah fikirkan Vic ke?

ByungHee: Em.Sejak dari pagi tadi,oppa asyik teringatkan Vic.

Victoria  : Vic okey saja dekat sini.Oppa jangan risau,okey?Oppa pun...janganlah bekerja kuat sangat.Nanti kalau sakit kan susah.

ByungHee: Kalau oppa sakit...Vic akan balik ke Changwon tak?

Victoria  : Mestilah.Sebab tu Vic nak oppa jaga diri.Jangan kerja sampai jatuh sakit pula.

ByungHee: Oh...jadi kalau oppa tak sakit,Vic tak nak balik Changwon la?

Victoria  : Yah,Jung ByungHee!

ByungHee:Hahahaha!

Victoria : ..........

ByungHee: Saranghae.

Victoria : Vic serius ni.Oppa jangan kerja kuat sangat tau.Oppa saja buat Vic risau sekarang ni.Jangan balik rumah lambat sangat macam hari tu.

ByungHee: Arasso...omma.ByungHee janji yang ByungHee takkan balik rumah lambat lagi.Okey,omma?

Victoria : Saranghae.

ByungHee: Vic nak oppa nyanyikan lagu untuk Vic?

Victoria : Em. (menahan sebak)

ByungHee: 

Heaven knows what you've been through
So much pain
Even though you can't see me
I'm not far away
We always say if one of us
Somehow went away
We'd light a candle and say a prayer
Know that love still remains

Close your eyes, go to sleep
Know my love is all around you
Dream in peace, when you wake
You will know I'm still with you

 

"Victoria?"

Namun tiada respon daripada wanita itu.Barangkali wanita itu sudah pun lena dibuai mimpi.ByungHee tersenyum.

"Jaljayo."

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ