29

Opposite Attracts

"Argh!"

ByungHee yang sudah pun terbaring itu menutup wajahnya yang cedera dihempap oleh bola itu.Cheondung yang berada tidak jauh dari ByungHee itu segera berlari ke arahnya diikuti oleh yang lain.

"Hyung!"

"ByungHee yah!"

SeungHo yang turut tiba di situ segera memeriksa keadaan ByungHee yang tercedera itu.Dia melihat pada wajah ByungHee yang mempunyai tercedera pada bahagian hidungnya itu.Darahnya mengalir tidak henti membuatkan SeungHo segera mengeluarkan sapu tangannya sebelum diletakkan pada hidung ByungHee.

"G.O!Gwenchana?" Soal Seulong,cemas melihat keadaan ByungHee itu.ByungHee mengerutkan dahinya,cuba untuk melihat keadaan sekelilingnya.Pandangannya yang kabur itu membuatkan dia tidak dapat melihat dengan jelas.

"Kau okey tak ni,G.O?Kau tak nampak ke Cheondung baling bola dekat kau tadi?" Soal Seulong lagi.SeungHo pula masih lagi meletakkan sapu tangannya pada hidung ByungHee,untuk menghentikan darah yang masih mengalir dari hidung lelaki tersebut.ByungHee sekadar mengangkat tangannya kepada Seulong,sebagai isyarat bahawa dia tidak apa-apa.Seulong melepaskan nafas lega.

"Yah,kau ni!Lain kali jangan buat aku risau macam ni,boleh tak?Tak pernah pula aku tengok kau main bola sampai cedera macam ni,"kata Seulong.ByungHee sekadar tersenyum nipis.Dia cuba menyembunyikan kegusarannya terhadap masalah penglihatannya yang semakin serius itu.

"Oppa!"

Victoria segera menerpa ke arah ByungHee yang sudah pun duduk sambil disokong oleh Cheondung dari belakang.Manakala SeungHo pula masih membantu menghentikan darah yang mengalir dari hidung ByungHee itu.

"Gwenchana?" Soal Victoria,cemas.Matanya kelihatan bergenang,cuba menahan air matanya daripada mengalir.ByungHee sekadar tersenyum ke arahnya.

"Oppa tak apa-apa.Sakit sikit saja,"balas ByungHee,cuba menahan kesakitan yang masih lagi terasa itu.ByungHee kemudiannya memegang tangan SeungHo.

"Aku dah okey,"kata ByungHee yang kemudiannya cuba menggagahkan diri untuk bangun.Kepalanya menjadi pening akibat menerima hentakan yang kuat sebentar tadi.Victoria cuba membantunya untuk berdiri.

"Aku...tak ada apa-apa.Sambung sajalah main.Aku...aku duduk dekat sana,"kata ByungHee sambil menepuk lembut bahu SeungHo.

"Hyung tak nak pergi klinik ke?" Soal Mir.ByungHee sekadar menggeleng.

"Hyung okey.Sakit sikit saja." Balas ByungHee.

"Kalau macam tu,Victoria tolong tengokkan ByungHee dulu ekh?Kalau ada apa-apa nanti,beritahu saya,"kata SeungHo sambil memandang ke arah Victoria.Victoria mengangguk.Dia kemudiannya membantu ByungHee berjalan menuju ke arah gazebo bagi membolehkan lelaki itu untuk berehat.Manakala yang lain pula meneruskan permainan mereka tanpa ByungHee.

 

Victoria membersihkan kesan darah yang masih ada pada hidung ByungHee itu.ByungHee pula sudah pun memejamkan matanya di atas riba wanita itu.Sebaik sahaja dia selesai membersihkan wajah ByungHee itu,Victoria menatap wajah lelaki itu sebelum diusapnya pipi lelaki itu dengan lembut.Sentuhannya itu membuatkan ByungHee membuka semula matanya.Cepat-cepat Victoria mengusap air matanya yang mulai mengalir itu sambil tersenyum ke arah ByungHee.

"Oppa dah rasa okey?" Soal Victoria,sambil mengusap pipi lelaki itu.ByungHee sekadar memandang ke arahnya tanpa bersuara.Victoria pula menundukkan wajahnya,cuba menyembunyikan wajahnya yang sedih itu.

"Miane..." Ucap ByungHee,perlahan.Victoria memandang ke arahnya.

"Wae?" Soal Victoria.

"Sebab...oppa selalu buat Vic menangis,"kata ByungHee.Victoria tersenyum.Kali ini dia mengusap pula rambut ByungHee yang hitam keperangan itu.

"Tak ada apa-apalah,oppa.Vic...Vic cuma risau saja tadi,"kata Victoria.ByungHee pula terus memandang ke arah wajah Victoria.Perlahan-lahan,dia meletakkan tangannya pada pipi wanita itu sebelum diusapnya lembut.Dia menelan air liur.Sampai bilakah dia masih boleh menatap wajah Victoria yang amat dicintainya itu?Adakah dia masih lagi berpeluang untuk melihatnya lagi pada esok hari?Atau mungkinkah kali ini merupakan kali terakhir baginya untuk menatap wajah kekasih hatinya itu?

"Oppa...oppa janji yang oppa takkan buat Vic risau lagi.Okey?" Kata ByungHee,sambil tersenyum.Victoria tersenyum sambil mengangguk.ByungHee kemudiannya mendekatkan wajah Victoria ke arahnya,sebelum dia mencium bibir wanita itu dengan lembut.

 

"Em...nampaknya G.O memang tak ada apa-apa,"kata Seulong yang melihat ke arah ByungHee dan Victoria di gazebo itu.

"Ataupun dia memang sengaja buat-buat tak nampak bola tadi tak?"Soal Jinwoon pula seraya bergurau.SeungHo yang mendengar perbualan mereka itu sekadar tersenyum nipis.Dia melihat semula ke arah ByungHee.Dia yakin ByungHee tidak seperti yang dikatakan oleh mereka itu.Mungkinkah ByungHee benar-benar tidak nampak akan bola yang dilontar oleh Cheondung sebentar tadi?

 

Victoria berasa hairan melihat ByungHee yang sedang bersiap-siap itu.Dia kemudiannya berjalan ke arah lelaki itu sebelum dirangkulnya pinggang lelaki itu.ByungHee menghentikan perbuatannya untuk seketika.Matanya memandang ke arah Victoria yang sedang memeluknya dari belakang itu melalui cermin.

"Oppa nak pergi mana?"Soal Victoria,sambil memperkemaskan pelukannya terhadap ByungHee itu.ByungHee sekadar tersenyum ke arahnya.

"Oppa nak jumpa dengan kawan sekejap,"jawab ByungHee.Dia membetulkan rambutnya yang hitam keperangan itu sambil membiarkan tubuhnya dipeluk oleh Victoria itu.

"Siapa?Seulong ke?" Soal Victoria.ByungHee diam untuk seketika.

"A'ah." Jawab ByungHee,ringkas.Victoria kemudiannya memusingkan tubuh lelaki itu supaya menghadapnya.Perlahan-lahan,dia menyentuh hidung lelaki itu.

"Hidung oppa ni dah tak sakit dah?" Soal Victoria.

"Sikit saja,"kata ByungHee,sambil tersenyum.Gembira dengan keprihatinan Victoria terhadapnya itu.Victoria kemudiannya menghadiahkan kucupan lembut pada hidung lelaki tersebut.

"Eh?Dekat hidung saja?Dekat sini tak nak ?" Soal ByungHee,sambil meletakkan jarinya pada bibirnya itu.Victoria tersenyum sebelum dia menghadiahkan kucupannya pada bibir lelaki itu pula.ByungHee tersenyum lebar dengan ciuman Victoria itu.Dia memandang ke arah Victoria sambil mengusap lembut kepala wanita itu.

"Oppa mungkin balik lambat.Vic tak payah tunggu oppa,okey?Kalau oppa nampak Vic tidur dekat bawah lagi,siaplah,"kata ByungHee sambil mencubit lembut pipi wanita itu.Victoria ketawa kecil dengan ugutan manja lelaki itu.

"Arasso.Tapi oppa jangan balik lambat sangat pula.Kalau oppa balik lambat macam hari tu lagi,siaplah,"balas Victoria.ByungHee turut tertawa.Dia kemudiannya mencium bibir wanita itu sekali lagi.

"Oppa pergi dulu,"kata ByungHee sambil tersenyum sebelum dia beredar meninggalkan Victoria di dalam biliknya itu.

 

ByungHee melangkah masuk ke dalam lobi hospital itu dengan langkah yang berat.Dia sendiri ragu-ragu untuk meneruskan niatnya itu.Namun dia terpaksa melakukannya.Dia perlu tahu sesuatu mengenai masalah yang sedang dihadapi oleh dirinya itu.Dia terus melangkah sehinggalah kakinya berhenti di hadapan pintu bilik rawatan itu.Dia menarik nafas dalam sebelum dia mengetuk pintu bilik itu.

"Masuk!"

ByungHee membuka pintu bilik itu sebaik sahaja mendengar suara seorang lelaki membenarkan dia untuk masuk ke dalam.Lelaki yang berkemeja biru itu memandang ke arahnya sambil tersenyum.

"Oh ByungHee.Aku ingatkan kau tak datang tadi,"kata lelaki itu sambil tersenyum.ByungHee turut membalas senyumannya sambil berjalan ke arah lelaki itu.

"Ada hal sikit dekat rumah tadi.Sebab tu aku terlewat sedikit,"kata ByungHee.Lelaki itu sekadar tersenyum sambil meneruskan kerjanya di atas meja itu.

"Ada apa yang kau nak jumpa dengan aku ni?Em...omma kau ada sakit apa-apa lagi ke?" Soal Taec Yeon sambil memandang ke arahnya.ByungHee tersenyum hambar.

"Aku...aku datang bukan sebab omma."

Taec Yeon menghentikan kerjanya sebaik sahaja ByungHee menghabiskan kata-katanya itu.

"Aku...aku nak cakap pasal diri aku sendiri,Taec,"kata ByungHee,perlahan.

 

 

ByungHee memandang ke arah sungai seorang diri tanpa mempedulikan keadaan yang semakin gelap itu.Beberapa tin bir kelihatan bersepah di sebelahnya ketika itu.Dia memandang kosong ke arah sungai itu tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.Pertemuannya dengan Taec Yeon sebentar tadi akhirnya menjawab segala persoalannya selama ini.Ternyata apa yang dibimbangkannya selama ini menjadi kenyataan.Entah mengapa,wajah-wajah orang yang disayanginya mulai terbayang dalam ruang mindanya.Air matanya mulai mengalir.

"Oppa,saranghae..."

Air matanya semakin laju mengalir.Tangisannya semakin kuat.ByungHee meletakkan tangannya pada mata kanannya sambil menangis.

 

 

ByungHee membuka pintu biliknya dengan perlahan.Bimbang akan mengejutkan Victoria yang sedang tidur.Bibirnya menguntum senyuman nipis apabila melihat Victoria yang sedang lena dibuai mimpi itu.Perlahan-lahan,dia membaringkan dirinya di atas katil bersebelahan dengan Victoria.Wajah Victoria yang sedang tidur itu ditatapnya.Dia menyentuh lembut dahi,mata,hidung,pipi dan bibir wanita itu.Sentuhannya itu membuatkan Victoria terjaga dari lenanya.

"Oppa dah balik?" Soal wanita itu,sambil menggosok-gosok matanya.ByungHee sekadar tersenyum sambil mengangguk.

"Vic tidurlah.Oppa cuma nak tengok Vic tidur,"kata ByungHee sambil mengusap lembut pipi wanita itu.Victoria tersenyum sambil merangkul erat pinggang lelaki itu.Perlahan-lahan,dia memejamkan matanya semula.ByungHee pula terus memandang ke arahnya.Air matanya mengalir secara perlahan-lahan.ByungHee cuba menyembunyikan tangisannya daripada Victoria.ByungHee kemudiannya mencium dahi wanita itu sebelum dipeluknya Victoria dengan erat.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ