37

Opposite Attracts

Victoria menuruni anak tangga dengan langkah yang perlahan.Dia cuba menahan dirinya daripada terjatuh kerana kepalanya yang terasa pening itu.Victoria mengerutkan dahinya untuk melihat sendiri ke arah dapur apabila telinganya menangkap bunyi bising dari arah itu.Kelihatan seorang lelaki sedang memasak sesuatu di dalam dapur itu.Victoria mengecilkan matanya,cuba untuk mengenal pasti lelaki yang sedang berdiri membelakanginya itu.

"Opp..oppa?"

Lelaki itu tidak menoleh ke arahnya.Sebaliknya dia terus sibuk menyiapkan kerjanya di dalam dapur itu.Victoria mengukir senyuman lebar.Dengan pantas dia terus berjalan menuju ke arah lelaki itu lantas dipeluknya tubuh sasa lelaki itu.

"Oppa..."Victoria memeluk tubuh lelaki itu dengan erat.

"Victoria?"

Victoria terkejut apabila mendengar suara seorang lelaki yang menyebut namanya itu.Suara itu bukannya milik ByungHee.Victoria segera melepaskan pelukannya sambil memandang ke arah lelaki itu.

"Lee...Lee Joon?" Soal Victoria,terkejut dengan kehadiran Lee Joon di rumahnya itu.Apatah lagi melihat keadaan Lee Joon yang memakai apron dan memasak di dalam dapurnya itu.Lee Joon?

Lee Joon tersenyum ke arahnya sambil menyambung semula kerjanya yang tertangguh itu.

"I tak tahu pula itu cara you untuk ucapkan selamat pagi,"kata Lee Joon,seraya mengusik.Victoria menahan perasaan malunya itu.Lee Joon menoleh semula ke arahnya.

"Good morning,"ucap Lee Joon.

"Apa you buat dekat sini?" Soal Victoria.Lee Joon kemudiannya berjalan menuju ke arah meja sambil meletakkan sup yang disediakannya itu di atas meja.

"Buatkan breakfast untuk youlah,"kata Lee Joon.Victoria berjalan mendekati ke arah meja untuk melihat sendiri hidangan sarapan pagi yang disediakan oleh Lee Joon itu.Lee Joon sekadar memerhatikannya sambil tersenyum.Perlahan-lahan,dia menarikkan kerusi untuk wanita itu.

"Silakan duduk,"kata Lee Joon.Victoria sekadar menurut.Lee Joon kemudiannya mengambil tempat di hadapan wanita itu.

"You masak semua ni?' Soal Victoria,tidak percaya.

"Em...boleh dikatakan begitu.Cuma..I tahulah I taklah pandai sangat masak macam you.But at least I tried,"kata Lee Joon.Victoria tersenyum melihat hidangan yang disediakan sendiri oleh Lee Joon itu.

"I tak tahu pula yang you boleh masak macam ni,"kata Victoria,kagum.Lee Joon tersenyum ke arahnya sambil menghulurkan sudu kepada wanita itu.

"Baik you rasa dulu sebelum you puji kehebatan I,"kata Lee Joon.Sudu itu bertukar tangan.Perlahan-lahan,Victoria merasa sup yang disediakan oleh Lee Joon itu.Lee Joon menantikan komen daripada wanita itu dengan perasaan yang berdebar-debar.Victoria memandang ke arahnya.

"Not bad,"kata Victoria.Lee Joon tersenyum lebar.

"Jinja?"Soal Lee Joon,tidak percaya.

"Perlu diperbaiki tapi dah cukup menarik,"kata Victoria.

"Lepas ni I buatkan lagi breakfast untuk you,okey?"Soal Lee Joon,teruja.Victoria sekadar mengangguk sambil tersenyum nipis.

 

Mereka langsung tidak berbual sepanjang mereka berada di meja makan itu.Lee Joon memerhatikan Victoria yang kelihatan tidak bermaya itu.Dia dapat melihat jelas air mata Victoria yang bertakung itu.Victoria terus menikmati sarapan paginya itu tanpa memandang ke arah Lee Joon.

"I tahulah sedap.Tapi janganlah sampai nak menangis depan makanan.Tak elok tau,"kata Lee Joon,seraya bergurau.Victoria memandang ke arahnya.

"Oh..."Victoria mengesat air matanya yang mulai mengalir itu.Lee Joon sekadar memandang.Akhirnya Victoria menangis juga di situ tanpa mempedulikan Lee Joon yang sedang berada di hadapannya itu.Dia menundukkan wajahnya supaya tidak dapat dilihat oleh Lee Joon.Lee Joon memandang ke arahnya tanpa langsung bersuara.Adalah lebih baik membiarkan Victoria melepaskan kesedihannya di situ.

 

 

"You nak juga pergi kerja dalam keadaan you macam ni?" Soal Lee Joon,tidak bersetuju dengan tindakan wanita itu.

"I dah cakap dengan Sun Young yang I akan datang kerja macam biasa,"kata Victoria sambil mengambil beg tangannya dari sofa itu.Lee Joon melepaskan keluhan berat.

"Tapi you betul-betul nampak tak okey,Vic.Takkan tak boleh ambil cuti sehari?" Soal Lee Joon.Victoria tersenyum ke arahnya.

"I dah banyak sangat cuti dah.I tak bolehlah nak cuti lebih-lebih lagi,"kata Victoria.Lee Joon kemudiannya mengambil telefon bimbit milik Victoria itu sebelum dia mendail nombor telefon Sun Young.

"Yah,Lee Chang Sun..."

"Sun Young ah.Joon oppa ni.Em...boleh tak postponekan dulu aktiviti Vic untuk hari ni?"

"Yah Lee Joon!Apa yang you buat ni?!"

"Dia tak sihat.Sebab tu oppa call Sun Young ni,"kata Lee Joon lagi.Victoria sekadar memandang ke arahnya.Kelihatan Lee Joon tersenyum lebar sambil memandang ke arahnya.

"Ne.Kamsahamida,"kata Lee Joon sebelum menamatkan panggilan telefonnya itu.

"Jom?"

"Nak pergi mana?" Soal Victoria.Victoria terkejut apabila Lee Joon segera mencapai tangannya sebelum digenggamnya erat.

"Kita pergi berjalan,"kata Lee Joon sambil tersenyum.

"Huh?!"

 

Victoria berasa malu apabila mereka sering diperhatikan oleh ramai yang berada di sepanjang jalan itu.Lee Joon pula sekadar berkelakuan biasa,seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi.

"Lee Joon...semua orang tengok kitalah,"kata Victoria.

"Biarlah.Kitakan public figure.Apa yang kita buat,semua orang nak ambil tahu,"kata Lee Joon,selamba.Dia kemudiannya menarik tangan Victoria menuju ke sebuah kedai cenderamata.

"Lee Joon...jomlah kita pergi,"pinta Victoria.

"Kejap.I nak pilihkan gelang untuk you ni,"kata Lee Joon sambil melihat pelbagai jenis gelang yang dijual di kedai itu.Victoria terpaksa menurut.Lee Joon kemudiannya tersenyum lebar sambil mengambil gelang berwarna merah jambu.Dia memakaikan gelang itu pada tangan Victoria.

"Perfect,"kata Lee Joon.Sebaik sahaja Lee Joon selesai membuat bayaran,dia segera menarik tangan Victoria menuju ke tempat lain pula.Victoria sekadar menurut sambil tersenyum nipis.

 

Mereka tersenyum ke arah orang ramai yang sering menegur mereka sepanjang mereka berada di situ.Kadang kala mereka akan berhenti seketika apabila ada peminat yang mahu bergambar dengan mereka.Lee Joon memandang ke arah Victoria yang kelihatan ramah melayani peminatnya itu.Hatinya senang melihat Victoria yang mulai kelihatan ceria itu.Sekurang-kurangnya untuk hari itu.

Lee Joon menguntum senyuman manis ke arahnya sebaik sahaja melihat Victoria yang sedang berjalan ke arahnya itu.

"Dah?" Soal Lee Joon.Victoria angguk.Lee Joon kemudiannya memegang tangan wanita itu,beredar dari situ.

 

Lee Joon menghantar Victoria sehingga berhenti di hadapan rumah wanita itu.Lee Joon melihat sekilas ke arah rumah itu sebelum dia memandang semula ke arah Victoria.Victoria turut memandang ke arahnya.

"Gomawo."

Lee Joon tersenyum mendengar ucapan terima kasih daripada wanita itu.

"So macam mana?You dah rasa okey sikit?" Soal Lee Joon.Victoria angguk sambil tersenyum.

"Terima kasih sebab...sebab temankan I hari ni,"kata Victoria.

"Anytime,"balas Lee Joon.

"So...I balik dulu?"

Victoria mengangguk.Lee Joon melambaikan tangannya ke arah Victoria sambil tersenyum.Victoria turut membalas lambaiannya itu.Lee Joon kemudiannya memusingkan tubuhnya daripada Victoria.Dia mulai melangkah pergi meninggalkan wanita itu namun dia berhenti tidak lama selepas itu.Victoria sekadar memandangnya.Lee Joon menoleh semula ke arahnya.

"I...I ada benda nak cakap dengan you,Vic,"kata Lee Joon.

"Apa dia?" Soal Victoria.Lee Joon memandang tepat ke arah anak matanya sebelum dia menarik lengan wanita itu dengan lembut.Perlahan-lahan,dia menghadiahkan kucupan pada bibir wanita itu.Victoria terkejut dengan tindakan lelaki itu.Lee Joon memandang ke arahnya.

"Saranghae."

Victoria terkedu.Kakinya menjadi kaku.

"Saranghae,"sekali lagi Lee Joon mengulangi kata-katanya itu.

"Lee Joon..."

"I tahu semua ni terburu-buru tapi...I just want you to know that I love you,Victoria,"kata Lee Joon lagi.Victoria mengalihkan wajahnya daripada Lee Joon.Dia melepaskan keluhan berat.Lee Joon terus menantikan jawapan daripadanya.

"I...I can't,"balas Victoria.Lee Joon kelihatan hampa.

"Wae?" Soal Lee Joon.

"I..I tak tahu tapi I tak boleh,"kata Victoria.

"Is it because of him?" Soal Lee Joon.Victoria memandang ke arah Lee Joon.

"I hargai apa yang you dah buat dekat I,Joon.Tapi...I perlukan masa untuk semua ni.Bukan bermakna I bencikan you.I cuma...perlukan masa.I harap you faham,"kata Victoria.

"Jadi you masih mengharapkan dia?" Soal Lee Joon.Victoria menggeleng.

"I bukan mengharap.I cuma perlukan waktu yang...dia bukan lagi untuk I,"kata Victoria.

"I akan...belajar untuk lupakan dia.Sebab tu I perlukan masa.I tak nak...anggap you sebagai pengganti dia,"kata Victoria.Lee Joon mengeluh.

"Tapi kita masih lagi kawan kan?" Soal Lee Joon.Victoria tersenyum.

"Okey.I akan tunggu.Cuma jangan terlalu paksa diri you,"kata Lee Joon sambil mengusap lembut kepala Victoria sambil tersenyum.

"I balik dulu,"kata Lee Joon.Victoria mengangguk sambil tersenyum.Victoria memandang ke arah Lee Joon yang sedang berjalan meninggalkannya itu.Perlahan-lahan,air matanya mengalir.Dia kemudiannya terduduk di situ sambil menangis.

Entah mengapa dia langsung tidak dapat melupakan ByungHee sepanjang dia bersama dengan Lee Joon.Layanan Lee Joon yang baik terhadapnya itu membuatkan kerinduannya terhadap ByungHee kian menebal.Victoria meletakkan tangan pada dadanya.Melepaskan segala kesedihannya yang masih lagi terbuku dalam hatinya itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ