10

Opposite Attracts

ByungHee begitu asyik memandang ke arah Victoria yang sedang duduk di hadapannya sambil menikmati sarapan pagi itu.Victoria pula terus leka menikmati makanannya tanpa menyedari pandangan ByungHee terhadapnya itu.

"Oppa,tolong hulurkan susu tu,boleh?" Soal Sun Young.Namun ByungHee terus membisu,tidak mengendahkan pertanyaan Sun Young terhadapnya itu.Menyedari soalannya yang dibiarkan sepi itu,Sun Young memandang ke arah ByungHee.

"Oppa,Sun Young nak susu tu.Boleh tak hulurkan sekejap?" Soal Sun Young lagi.Namun,ByungHee terus leka memandang ke arah Victoria yang sedang duduk berhadapannya itu.

"Aish...dia ni...YAH JUNG BYUNG HEE !!! " Jerkah Sun Young.Kali ini,barulah ByungHee menoleh ke arahnya dengan riak wajah yang terkejut.Begitu juga dengan Victoria dan Puan Park yang turut berada di meja makan itu.Masing-masing menoleh ke arah Sun Young yang ternyata sedang marah terhadap ByungHee itu.

"Sun Young ah,kenapa panggil ByungHee macam tu?" Soal Puan Park.ByungHee sekadar angguk,turut bersetuju dengan kata-kata neneknya itu.Sun Young sekadar tersenyum sinis.

"Macam manalah Sun Young tak jerit,nek.Cucu lelaki kesayangan nenek ni hah...tengah angau.Orang panggil nama dia baik-baik,dia tak dengar.Dari tadi asyik pandang Victoria unni saja.Tengok tu,makanan dia langsung tak disentuhnya.Cara dia pandang unni macam nak makan unni saja,"kata Sun Young sebelum dia menjelirkan lidah ke arah ByungHee.

"Yah!Mana ada oppa buat macam tu.Jangan pandai-pandai nak buat cerita ekh?"Balas ByungHee.Sun Young mencebikkan wajahnya.

"Eleh,suka sangatlah tu Victoria unni tak jadi balik Seoul.Hari tu bukan main lagi merajuk.Menyampah Sun Young tengok perangai oppa yang mengada-ada tu tau,"balas Sun Young,tidak mengalah.

"Yah!" ByungHee kemudiannya bangun dari tempat duduknya,dengan niat untuk mendapatkan Sun Young.Namun,Sun Young lebih pantas apabila dia segera melarikan dirinya menuju ke bilik sebelum dikejar oleh ByungHee.

"Badan dah besar panjang pun,perangai masih macam budak-budak lagi,"kata Puan Park sambil menggelengkan kepalanya.Victoria sekadar tersenyum melihat telatah dua sepupu itu.Puan Park kemudiannya memandang ke arah Victoria.

"Nenek suka sangat bila Victoria ubah fikiran Victoria untuk tinggal dekat sini lagi,"kata Puan Park.

"Saya rasa saya dah banyak sangat menyusahkan nenek kat sini.Saya...saya rasa segan pula bila saya ubah fikiran saya untuk tinggal di sini lagi,"kata Victoria,malu-malu.Puan Park tertawa kecil.

"Tak adalah.Nenek memang suka bila Victoria duduk dekat sini.ByungHee lagi suka,"kata Puan Park,sengaja menyebut nama ByungHee di hadapan Victoria.Entah mengapa,wajah Victoria terasa panas apabila mendengar nama lelaki itu.

"Tak sangkakan?Rupa-rupanya Victoria dengan ByungHee dah lama kenal sejak kecil lagi.ByungHee tu pun satu,pandai betul dia berahsia dengan nenek,"kata Puan Park lagi.

"Saya pun geram dengan dia,nek.Bukannya dia nak beritahu saya betul-betul.Sengaja nak bermain teka teki dengan saya pula,"kata Victoria,turut bersetuju dengan kata-kata Puan Park itu.

"Kalau saya beritahu awak,bukannya awak akan percaya pun,"kata ByungHee,yang tiba-tiba muncul itu.Kelihatan Sun Young sedang berada di belakang ByungHee sambil menggosok-gosok kepalanya.Pastinya ByungHee sudah memberikan 'sesuatu' sebagai balasan kepadanya sebentar tadi.ByungHee kemudiannya mengambil tempat di sebelah Victoria sambil memandang ke arah wanita itu.Victoria pula mengalihkan wajahnya daripada ByungHee.Ternyata dia masih lagi tidak berani untuk menatap tepat pada anak mata ByungHee yang redup serta memikat itu.

"Sudah-sudahlah tu,oppa.Victoria unni pun dah rimas bila oppa pandang dia macam tu tau,"kata Sun Young,rimas.

"Cemburulah tu.Suruhlah Mir pandang Sun Young macam oppa buat dekat Victoria ni.Mesti Sun Young pun malu macam Victoria sekarang ni,"kata ByungHee,sengaja mengusik Victoria.

"Hello...tolong sikit ya.Sun Young dengan Mir oppa tu hanya kawan sahaja.Tidak lebih dari itu.Lagipun...Sun Young yakin yang Mir oppa tu bukannya gatal macam oppa ni,"balas Sun Young.

"Tapi Victoria suka dengan oppa.Betul tak,Vic?" Soal ByungHee,masih lagi memandang ke arah Victoria yang mulai menundukkan wajahnya yang sudah berubah merah itu.

"Tengok tu...dia buat muka tomato lagi.Comel betullah Vic ni,"kata ByungHee sambil mencubit lembut pipi Victoria yang panas itu.

"Sudahlah tu,ByungHee.Kesian betul nenek tengok Victoria tu.Kalau nak usik dia pun,tunggulah dia habiskan makanan dia dulu,"kata Puan Park.ByungHee sekadar tersenyum apabila mendengar kata-kata neneknya itu.

"Betul tu,nek.Nanti Sun Young bawa balik unni ke Seoul baru tahu,"kata Sun Young.

"Arasso...arasso.Oppa dah tak kacau Vic dah,"kata ByungHee,sambil mengangkat kedua-dua tangannya tanda mengalah.Victoria menahan tawanya apabila melihat perangai ByungHee yang seakan-akan kanak-kanak itu.

"Oh ya,ByungHee.Hari ni kamu tak pergi ke?" Soal Puan Park.ByungHee sekadar mengangguk sebagai menjawab pertanyaan Puan Park itu.Puan Park kemudiannya memandang ke arah Victoria.

"Kalau ByungHee bawa Victoria sekali,tak apa kan?" Soal Puan Park lagi.Victoria memandang ke arah Puan Park.Sun Young sekadar tersenyum nipis.

"Pergi mana,nek?" Soal Victoria,tidak memahami.

 

 

"Kita nak jumpa dengan siapa ni,ByungHee?" Soal Victoria,apabila mereka melangkah masuk ke dalam hospital.ByungHee menghentikan langkahnya sebelum dia memandang ke arah Victoria.Victoria turut mengikut kelakuannya.

"Pegang sekejap bunga ros ni,"kata ByungHee.Victoria patuh,tanpa banyak soal.ByungHee kemudiannya membetulkan kain tebal yang diselit kemas pada leher Victoria itu.Tidak lama selepas itu,dia membetulkan pula topi bucket yang dipakai oleh Victoria itu.

"Awak ni banyak tanya betullah,Vic.Awak tak kisah ke kalau orang lain tahu yang awak ada dekat sini?" Soal ByungHee,sambil menurunkan sedikit cermin mata hitam yang dipakai oleh Victoria itu.ByungHee memandang tepat ke arah anak mata Victoria yang berwarna hazel itu sebelum itu melarikan pandangannya daripada ByungHee.ByungHee tersenyum.Ternyata wanita itu masih lagi malu untuk bertentang mata dengannya.ByungHee kemudiannya mengambil semula jambangan bunga ros dari pegangan Victoria itu.

"Jom.Masa melawat bukannya lama,"kata ByungHee,sebelum dia mencapai tangan Victoria lalu digenggamnya erat.

 

ByungHee menolak pintu bilik dengan perlahan,dengan niat untuk tidak mengejutkan penghuni di dalamnya.ByungHee membuat isyarat kepada Victoria supaya senyap.Victoria sekadar mengangguk.ByungHee meletakkan jambangan bunga ros di atas katil sebelum dia berjalan mendekati ke arah seorang wanita yang sedang duduk membelakanginya di atas kerusi roda.Kelihatan wanita itu sedang kusyuk menyusun beberapa kuntuman bunga ros di dalam pasu.

"Cuba teka siapa yang datang?" Soal ByungHee sambil menutup kedua-dua mata wanita itu.Wanita itu sekadar tersenyum sambil memegang kedua-dua tangan ByungHee itu.

"Jung Byung Hee..." Kata wanita itu.ByungHee tersenyum lebar sebelum dia memusingkan kerusi roda wanita itu supaya menghadapnya.Wanita itu kemudiannya meraba-raba wajah ByungHee.ByungHee pula sekadar membiarkannya.

"Omma ingat ByungHee tak datang hari ni,"kata Puan Jung,perlahan.ByungHee tersenyum ke arahnya.

"ByungHee kan dah berjanji dengan omma yang ByungHee akan selalu datang jumpa omma setiap hujung minggu.Omma tak perlulah risau,"kata ByungHee sambil mengusap lembut tangan ibunya.Puan Jung tersenyum lebar apabila mendengar kata-kata anak lelaki tunggalnya itu.Senyuman Puan Jung kemudiannya mengendur.

"ByungHee yah...em...ByungHee datang sini dengan kawan ke?" Soal Puan Jung.ByungHee menoleh ke arah Victoria sambil tersenyum.

"Em,kali ni ByungHee datang dengan kawan.Mari ByungHee kenalkan,"kata ByungHee sebelum dia melepaskan tangan ibunya.ByungHee kemudiannya mendekati ke arah Victoria sebelum dia mencapai tangan wanita itu.ByungHee meletakkan tangan Victoria pada tangan Puan Jung.

"Cuba omma teka...siapa kawan ByungHee yang ada depan omma sekarang ni?" Soal ByungHee.Victoria menoleh ke arah ByungHee.ByungHee pula sekadar tersenyum.Victoria kemudiannya menoleh semula ke arah Puan Jung.Takkanlah...

Perlahan-lahan,Puan Jung meletakkan kedua-dua tangannya pada pipi Victoria sebelum diusap pipi wanita itu dengan lembut.Mata Victoria mulai bergenang apabila melihat Puan Jung yang sedang menyentuh wajahnya itu.

"Siapa ni,ByungHee?Omma rasa...omma tak pernah jumpa kawan ByungHee ni,"soal Puan Jung sambil tersenyum.ByungHee memandang ke arah Victoria yang mulai kelihatan sebak itu.

"Omma...omma ingat tak dengan Song Qian?" Soal ByungHee,perlahan.Mata Puan Jung terbuka luas apabila mendengar soalan ByungHee itu.

"Jinja?" Soal Puan Jung,tidak percaya.ByungHee kemudiannya menggerakkan tangan Puan Jung supaya menyentuh mata Victoria...menyentuh hidung Victoria...dan akhirnya menyentuh bibir Victoria.

"Ini Song Qian.Kawan ByungHee waktu ByungHee kecil-kecil dulu.Omma pun pernah jumpa dengan dia kan dulu?Omma ingat tak?" Soal ByungHee lagi.Puan Jung mengangguk sambil tersenyum.

"Mestilah omma ingat.Omma tak pernah lupa dekat Song Qian.Tak sangka Song Qian dah besar.Mesti Song Qian makin cantik sekarang ni,"kata Puan Jung,masih lagi mengusap lembut kedua-dua pipi Victoria yang mulai basah dengan air mata itu.

"Eomeoni..."Victoria kemudiannya memeluk wanita itu sambil menangis.Puan Jung membalas pelukan Victoria sebelum dia mengusap lembut belakang wanita itu.

"Eomeoni minta maaf ya,sayang.Sebab kita berjumpa semula dalam keadaan macam ni,"kata Puan Jung,sebelum dia menguntum senyuman manis.ByungHee pula tersenyum hambar.

 

"Wah,rupa-rupanya Song Qian dah jadi bintang filem ya?" Soal Puan Jung sambil memegang erat tangan Victoria yang sedang duduk di sebelahnya itu.

"Mesti Song Qian cantik sangat sekarang ni.Sayang pula sebab eomeoni tak dapat tengok,"kata Puan Jung lagi.

"Tak adalah,eomeoni.Biasa-biasa saja.Tak percaya cuba eomeoni tanya ByungHee,"kata Victoria sambil memandang ke arah ByungHee.Puan Jung turut menanti jawapan daripada anak lelakinya itu.

"Victoria sangat cantik macam bidadari,omma,"kata ByungHee.

"ByungHee!" Victoria berasa malu apabila dipuji oleh ByungHee di hadapan Puan Jung.Puan Jung tertawa.

"ByungHee tu memang suka mengusik kan,Song Qian?"Soal Puan Jung.

"Memang pun,eomeoni,"balas Victoria.

"Alololo..dia nak mengadu pula dekat omma kita.Manjanya dia,"kata ByungHee.Victoria menjelirkan lidah kepadanya.Puan Jung ketawa lagi.

"Kamu berdua ni nampak secocok sangat.Jangan tunggu lama-lama sangat,ByungHee.Song Qian dah ada depan mata kamu dah ni.Apa lagi yang kamu nak tunggu?"Soal Puan Jung.Muka ByungHee berubah sedikit merah.Victoria menoleh ke arah ByungHee.

"Omma!Omma dah janji nak simpan rahsia ByungHee kan?" Soal ByungHee,tidak puas hati.Puan Jung sekadar tersenyum lebar.

"Rahsia apa,eomeoni?" Soal Victoria,ingin tahu.

"Miane.Eomeoni dah janji dengan ByungHee.Eomeoni tak boleh bocorkan rahsia,"kata Puan Jung,sambil tersenyum penuh makna.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ