45

Opposite Attracts

Victoria meletakkan tuala kecil basah pada bibir ByungHee yang luka itu secara perlahan-lahan.Dahi ByungHee berkerut sebaik sahaja tuala basah itu diletakkan pada bibirnya yang cedera selepas menerima tumbukan mengejut daripada Lee Joon siang tadi.

“Sakit ke?” Soal Victoria,bimbang.

“Sikit,”balas ByungHee,pendek.Victoria tersenyum sambil mencuci luka pada bibir ByungHee dengan hati-hati.ByungHee sekadar membiarkan Victoria membersihkan luka pada bibirnya itu.Tidak lama selepas itu,dia memegang tangan Victoria yang sedang membersihkan lukanya itu.Victoria memandang ke arahnya.ByungHee kemudiannya mengambil tuala kecil itu dari tangan Victoria sebelum diletaknya di atas bangku.Victoria terkejut apabila ByungHee menyentuh kedua-dua pipinya sambil tersenyum.

“Vic masih marahkan oppa?” Soal ByungHee,sambil mengusap pipi wanita itu.

“Kenapa Vic nak marahkan oppa pula?” Soal Victoria,tidak memahami.

“Sebab oppa dah banyak kali buat Vic sedih...sama ada oppa sengaja atau pun tak,”kata ByungHee.Victoria tersenyum sambil memegang tangan ByungHee yang sedang mengusap lembut pipinya itu.

“Pada mulanya Vic memang sedih bila oppa dingin dengan Vic.Vic ingatkan yang oppa dah tak sayangkan Vic lagi.Tapi...Vic tahu...oppa ada sebabnya sendiri,Cuma oppa saja tak nak cakap dengan Vic,”kata Victoria.

“Oppa minta maaf,okey?”Ucap ByungHee.Victoria menggeleng.

“Ani.Oppa tak perlu minta maaf.Tak ada apa pun yang oppa perlu minta maaf.Vic pun salah juga.Vic pun nak minta maaf dengan oppa.Disebabkan Vic,oppa terpaksa lalui semua ni.Mungkin kalau kita tak berjumpa sebelum ni...semua ni takkan terjadi,”kata Victoria.

“Oh...jadi Vic tak sukalah jumpa dengan oppa?”Soal ByungHee.Dia melepaskan tangannya daripada menyentuh wajah wanita itu.

“Huh?Bukan itu maksud Vic oppa...Vic..Vic..”

“Vic tak tahu nak cakap macam mana...Cuma Vic rasa betul-betul bersalah dengan oppa sebab...”Victoria memandang ke arah bibir ByungHee yang lebam itu.

“Sebab oppa kena tumbuk dengan Lee Joon tadi.Tengok ni..bibir oppa dah lebam,”kata Victoria sambil menyentuh bibir ByungHee.ByungHee mengaduh kesakitan.

“Vic,janganlah pegang kuat sangat.Sakitlah,Vic,”kata ByungHee.Victoria ketawa kecil apabila melihat ByungHee yang mengaduh kesakitan itu.Dia kemudiannya memeluk lelaki itu dengan erat.ByungHee terkejut dengan tindakan daripada wanita itu.Victoria menyandarkan kepalanya pada dada ByungHee yang sasa itu.Dia tersenyum apabila dia dapat mendengar degupan jantung ByungHee itu.

“Vic rindu sangat dengan oppa.Setiap hari Vic fikirkan oppa.Kalau ikutkan hati Vic...Vic rasa nak terbang saja ke Changwon sebab nak jumpa dengan oppa.Tapi Vic tak berani nak buat macam tu...sebab Vic takut yang oppa tak nak jumpa dengan Vic lagi,”kata Victoria.ByungHee kemudiannya membalas pelukan wanita itu.

“Oppa Cuma tak nak Vic jumpa oppa dalam keadaan macam ni.Sebab tu oppa selalu dingin dengan Vic sebelum kita berpisah,”kata ByungHee,berterus-terang.Victoria mengeratkan pelukannya.

“Sejak bila oppa jadi macam ni?”Soal Victoria,ingin tahu.

“Dah lama dah...Cuma..oppa betul-betul tak boleh melihat sejak 3 minggu yang lepas..”kata ByungHee,tenang.

“Apa yang oppa rasa bila oppa tengok sekeliling oppa jadi gelap?” Soal Victoria.ByungHee tersenyum.

“Oppa takut.Oppa rasa macam oppa keseorangan.Seolah-olah...di dunia ni hanya ada oppa seorang,”kata ByungHee,sambil mengusap lembut rambut Victoria itu.

“Kalau macam tu...biar Vic yang berada di sisi oppa,okey?Walau apa pun terjadi...Vic tetap nak berada di sisi oppa.Biar Vic yang menjadi mata untuk oppa,”kata Victoria sambil memandang ke arah ByungHee.ByungHee tersenyum lebar apabila mendengar kata-kata Victoria itu.

“Vic tak kisahkah kalau semua orang tahu yang boyfriend Vic ni...buta?”Soal ByungHee.

“Oppa ni...”Ternyata Victoria tidak menyenangi akan pertanyaan daripada ByungHee itu.ByungHee sekadar ketawa.

“Habis tu...perkahwinan Vic dengan Joon macam mana?”Soal ByungHee,ingin tahu.Victoria tidak segera menjawab pertanyaan daripada ByungHee.Kelihatan Victoria sedang memikirkan sesuatu.

“Vic?”

“Vic nak berhenti.”

ByungHee terkejut apabila mendengar kata-kata daripada Victoria itu.Victoria memandang ke arah ByungHee.

“Vic nak berhenti dari kerjaya Vic,”kata Victoria sekali lagi.

“Tapi kenapa?Itukan impian Vic dari dulu lagi?” Soal ByungHee,tidak percaya.

“Vic tahu.Tapi...Vic dah rimas.Apa yang Vic buat...semua orang nak ambil tahu.Vic Cuma rindukan kehidupan Vic yang dulu.Biarlah tak menjadi tumpuan orang ramai...asalkan Vic boleh jalani kehidupan Vic dengan tenang.Lagipun...Vic nak oppa berasa selesa apabila bersama dengan Vic.Vic nak bersama dengan oppa tanpa menjadi tumpuan orang lain.Walaupun semua tu akan mengambil masa yang lama...tapi sekurang-kurangnya...orang akan lupakan Vic secara perlahan-lahan juga nanti,”kata Victoria.

“Vic tak boleh buat macam tu.Oppa tak nak..disebabkan oppa,Vic lepaskan semua ni.Oppa tak nak menjadi penghalang kepada cita-cita Vic,”kata ByungHee,tidak bersetuju dengan kata-kata Victoria itu.

“Tak.Memang dah lama Vic fikirkan semua ni.Vic dah lama berkecimpung dalam bidang ni.Dan dah tiba masanya untuk Vic berhenti.Vic nak merasai pengalaman yang baru pula.Vic dah rasa puas dengan apa yang Vic ada selama ni.Oppa tak menghalang apa-apa pun...sebab ni memang keputusan Vic,”kata Victoria.ByungHee melepaskan keluhan kecil.

“Habis tu...apa yang Vic nak buat lepas ni?”Soal ByungHee.Victoria tersenyum lebar sambil merangkul leher ByungHee secara perlahan-lahan.

“Kita kahwin?Nak?” Soal Victoria.ByungHee tergamam apabila mendengar pertanyaan daripada Victoria.

“Apa?” Soal ByungHee,terkejut.

“Kita kahwin.Oppa jadi suami Vic...Vic jadi isteri oppa.Tu pun oppa tak faham lagi ke?” Soal Victoria,geli hati melihat riak wajah ByungHee yang masih lagi terkejut itu.

“Vic...Vic tengah melamar oppa ke ni?” Soal ByungHee.Victoria tersenyum lebar sambil mengangguk.

“Dulu kan oppa dah melamar Vic.Kali ni..biar Vic pula yang melamar oppa,”kata Victoria sambil mencuit lembut hidung lelaki itu.Kelihatan ByungHee tersenyum sebaik sahaja mendengar kata-kata Victoria itu.Victoria ketawa apabila melihat wajah ByungHee yang berubah merah.

“Oppa malu ke?”Soal Victoria.

“Taklah.Mana ada oppa malu,”kata ByungHee,cuba menafikan kata-kata Victoria itu.

“Eleh..habis tu..kenapa muka tu dah merah macam tomato?” Soal Victoria,sengaja mengusik.

“Mana adalah,Vic.Jangan pandai-pandai nak tuduh okey,”kata ByungHee.

“Yelah tu.Tomato pun dah kalau tau kalau dibandingkan dengan muka oppa yang merah tu,”kata Victoria,tidak mahu mengalah.

“Oh...mentang-mentanglah kita dah tak nampak muka tomato dia lagi...dia nak kenakan kita ekh..”Balas ByungHee,tidak puas hati.Victoria ketawa sebelum ByungHee mencium pipinya.Victoria terdiam.

“Hah...diam pun.Oppa dah boleh bayangkan muka Vic yang merah macam tomato tu,”kata ByungHee.Kali ini,gilirannya pula untuk mengusik teman wanitanya itu.

“Oppa ni..suka usik Vic macam tu tau,”kata Victoria,tidak puas hati.

“Ala...tapi Vic sukakan?”Soal ByungHee.Victoria tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum.ByungHee turut tersenyum.Perlahan-lahan,dia menyentuh wajah wanita itu.

“Gomawo...”Ucap ByungHee.Victoria memandang ke arahnya.

“Terima kasih sebab Vic sanggup bersama dengan oppa sampai sekarang.Walaupun oppa bukan lagi macam dulu...tapi oppa tetap akan pastikan yang Vic akan bahagia apabila bersama dengan oppa,”kata ByungHee.Senyuman Vic kian lebar apabila mendengar kata-kata daripada ByungHee itu.

“Saranghae...”

Entah mengapa,air mata Victoria mengalir apabila mendengar ungkapan itu daripada ByungHee.Ternyata dia amat merindui ungkapan cinta daripada lelaki itu.

“Nadoo...saranghae...”Balas Victoria,sebak.ByungHee tersenyum sebelum dia mendekatkan wajahnya pada Victoria.Victoria ketawa apabila ByungHee mencium hidungnya.

“Wae?” Soal ByungHee apabila mendengar ketawa daripada wanita itu.Victoria mengesat air matanya itu sambil ketawa.

“Tu hidung Vic lah,oppa,”kata Victoria.

“Huh?”Soal ByungHee,bingung.Victoria kemudiannya memegang wajah ByungHee.

“Oppa patut cium Vic dekat sini...” Bisik Victoria sebelum dia mencium bibir lelaki itu dengan lembut.ByungHee tersenyum sebelum dia merapatkan Victoria ke dalam pelukannya.

“Betul Vic nak kahwin dengan oppa?” Soal ByungHee.Victoria angguk sambil tersenyum.Dia kemudiannya mencium bibir lelaki itu sekali lagi.ByungHee tersenyum bahagia.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ