09

Opposite Attracts

"Apa yang awak buat dekat sini?" Soal ByungHee,masih lagi terkejut dengan kehadiran Victoria di situ.Victoria pula menongkat dagunya sambil memandang ke arah ByungHee.

"Awak pula buat apa dekat sini?Saya dengar yang awak duduk dekat sini sejak pagi tadi.Kenapa?" Soal Victoria pula,menyembunyikan senyumannya.ByungHee menelan air liurnya sebelum dia mengalihkan wajahnya daripada menghadap Victoria.

"Kenapa awak ada dekat sini lagi?" Soal ByungHee,perlahan.

"Awak yang cakap yang awak nak saya duduk dekat sini lama-lama kan?Sekarang ni awak nak halau saya pergi pula?"Balas Victoria.ByungHee kemudiannya menoleh ke arah Victoria.

"Memang saya nak awak tinggal di sini lagi.Tapi kalau awak nak balik juga,saya tak ada hak nak menghalang awak,"kata ByungHee.

"Habis tu kenapa awak ada di sini?Awak sepatutnya ucapkan selamat tinggal kepada saya kan sebelum saya pergi?" Soal Victoria.ByungHee melepaskan keluhan kecil.

"Saya cuma..."ByungHee berhenti untuk seketika.Kali ini,dia menundukkan wajahnya.

"...saya cuma tak nak ucapkan selamat tinggal kepada awak lagi,Victoria,"kata ByungHee perlahan.Victoria terpana sebaik sahaja mendengar kata-kata ByungHee itu.ByungHee masih lagi tidak memandang ke arah Victoria.Perlahan-lahan,Victoria mendekatkan wajahnya kepada ByungHee.

"Gom?" Soal Victoria.ByungHee masih lagi membisu.

"Awak Gom kan?" Soal Victoria lagi,inginkan kepastian.Perlahan-lahan,ByungHee menganggukkan kepalanya tanpa memandang ke arah Victoria.Victoria membulatkan matanya sambil menutup mulutnya dengan kedua-dua tangannya.

"Jinja??Awak...Gom?!" Soal Victoria lagi,tidak percaya.ByungHee memandang ke arahnya dengan dahinya yang berkerut.

"Awak ni kenapa terkejut sangat?Ya,saya Gom.Budak lelaki gemuk yang pernah sukakan awak dulu,"kata ByungHee.Mukanya berubah merah sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya itu.Victoria kemudiannya memukul paha ByungHee dengan kuat.

"Ouch! Sakitlah! Kenapa awak pukul saya pula ni,Vic?! " Marah ByungHee,sambil menggosok-gosok pahanya yang kesakitan itu.

"Yah! Sampai hati awak tak nak beritahu saya ! Entah-entah kalau saya tak datang sini,awak rahsiakannya daripada saya sampai bila-bila tak?" Kata Victoria,tidak puas hati.

"Saya dah cuba beritahu awaklah.Awak saja yang tak faham,"balas ByungHee,tetap tidak mahu mengalah.

"Bunga matahari...Kek coklat...hanya Gom saja yang tahu pasal tu kan? Takkan itu pun awak tak faham lagi?" Kata ByungHee lagi.ByungHee terkejut apabila melihat mata Victoria yang mulai bergenang itu.

"Vic...kenapa ni?" Soal ByungHee,mulai bimbang apabila melihat butir-butir jernih yang mulai mengalir ke pipi gebu Victoria itu.ByungHee mendekati ke arah Victoria sebelum dia mengesat air mata Victoria itu dengan lembut.

"Awak jahat...sampai hati awak main-mainkan saya,"kata Victoria,sebak.

"Mana ada saya main-mainkan awak,Vic,"balas ByungHee.

"Habis tu,kenapa awak buat-buat tak kenal saya waktu saya pertama kali datang rumah nenek awak?"Soal Victoria.ByungHee tersenyum.

"Kenapa pula saya tak kenal awak?Saya dah banyak bagi hint dekat awak dah. Awak saja yang tak perasan,"balas ByungHee,tetap tidak mahu mengalah.Victoria bagaikan kehilangan kata-kata untuk membalas kata-kata ByungHee itu.

"Ada apa-apa lagi yang awak nak debat dengan saya, Song Qian ssi?" Soal ByungHee,seraya mengusik.Victoria mencebik sambil memukul dada ByungHee.

"Jahat...awak sangat jahat,"kata Victoria,perlahan.ByungHee tertawa kecil.Perlahan-lahan,dia menarik Victoria ke dalam pelukannya.Victoria sekadar membiarkan dirinya dipeluk oleh lelaki yang pernah dipanggil Gom ketika kecil itu.

"Miane...saya cuba untuk beritahu awak.Tapi...saya takut kalau awak dah lupakan Gom awak,Vic,"kata ByungHee,separuh berbisik.

"Saya rindukan awak,Song Qian..." Bisik ByungHee lagi sambil memperkemaskan pelukannya terhadap Victoria itu.Air mata Victoria mengalir laju sebaik sahaja dia mendengar kata-kata ByungHee itu.Mana mungkin dia dapat melupakan satu-satunya sahabat yang sentiasa berada di sisinya di saat dirinya dipinggirkan orang lain suatu ketika dahulu?Perlahan-lahan,dia membalas pelukan ByungHee itu.

"Saya ingat saya takkan dapat jumpa dengan awak lagi,Gom,"kata Victoria,dalam sebak.

"Saya pun rindukan awak,Gom,"ucap Victoria.ByungHee tersenyum lebar sebaik sahaja dia mendengar kata-kata Victoria itu.ByungHee kemudiannya melepaskan pelukannya terhadap Victoria itu.Mata mereka saling berpandangan antara satu sama lain.ByungHee meletakkan kedua-dua tangannya pada pipi Victoria yang gebu itu sebelum dia mencium dahi wanita itu secara tiba-tiba.Victoria terkejut dengan tindakan ByungHee itu.ByungHee pula sekadar tersenyum nakal.

"Saya suka tengok muka awak macam ni.Comel sangat bila muka wak merah macam ni.Kalah tomato,"kata ByungHee,tidak jemu-jemu mengusik.Victoria segera menepuk kasar tangan ByungHee itu.

"Apa-apa pun saya masih marahkan awak tau sebab awak tak nak berterus terang dengan saya yang awak ni Gom,"kata Victoria.ByungHee sekadar ketawa.

"Tapi awak sukakan?Yelah..sebab dapat jumpa dengan boyfriend lama awak,"kata ByungHee,sekali lagi mengusik.Dan sekali lagi Victoria memukul lengannya.

"Itu cerita lama,okey?Jangan diungkit lagi,"kata Victoria,malu.Jika dia terus membiarkan dirinya diusik oleh ByungHee sebegitu rupa,boleh meletup kepala dibuatnya kerana perasaan yang terlalu malu itu.ByungHee memandang ke arahnya.Begitu juga dengan Victoria.

"Kalau macam tu,tak salahkan kalau kita mulakan cerita yang baru?" Soal ByungHee.Perlahan-lahan,ByungHee mencapai tangan Victoria sebelum digenggamnya erat.Victoria memandang ke arah tangannya yang berada dalam genggaman ByungHee itu.

 

 

"Aww...romantiknya!" Jerit Sun Young , teruja. Cepat-cepat Mir menutup mulut Sun Young , bimbang kehadiran mereka di situ dapat dihidu oleh ByungHee dan Victoria.

"Janganlah bising sangat,Sun Young.Nanti G.O Hyung tahulah kita intai mereka kat sini,"kata Mir.Sun Young melepaskan tangan Mir itu dengan kasar.

"Aish,saya tahulah,oppa.Saya cuma tak boleh nak tahan perasaan teruja saya ni je,"balas Sun Young. SeungHo sekadar tersenyum puas apabila melihat ByungHee dan Victoria di taman itu.Bagus,ByungHee!

"Habis tu,sekarang ni...Sun Young dengan Noona jadi tak nak balik Seoul ni?" Soal Cheondung pula,yang turut menyertai rancangan nakal SeungHo dengan Mir itu.

"Sayang pula nak pisahkan pasangan kekasih tu.Kalau ikutkan hati Sun Young,Sun Young batalkan saja rancangan kami  nak balik ke Seoul ni,"kata Sun Young sebelum dia ketawa di hujung kata-katanya itu.

"Bagus tu,Sun Young.Lagipun,oppa tak puas nak hang out dengan Sun Young kat sini,"kata Mir,bersetuju dengan kata-kata Sun Young itu.

"Tapi,hari tu Sun Young cakap yang Sun Young dah penat nak menjawab dengan agensi.Macam mana pula tu?"Soal Cheondung.

"Biarlah.Lagipun,Sun Young dah lama tak tengok Victoria unni seronok macam ni.Sekali sekala Sun Young nak tengok unni seronok macam ni,tak salahkan?"Soal Sun Young.SeungHo sekadar tersenyum sambil mengusap lembut kepala Sun Young.

"Oppa pun dah lama tak tengok ByungHee seronok macam tu,"kata SeungHo pula.Mir dan Cheondung angguk,bersetuju dengan kata-kata SeungHo itu.

 

ByungHee dan Victoria berjalan menuju ke rumah tanpa langsung berkata-kata.Masing-masing sedang melayani perasaan gembira yang sedang berbunga dalam hati masing-masing.

"Victoria..."panggil ByungHee.Victoria menoleh ke arahnya.

"Ya?"

"Awak...awak tetap nak balik ke Seoul hari ni?"Soal ByungHee,perlahan.Victoria tersenyum nipis.

"Awak nak saya balik ke Seoul hari ni?" Soal Victoria pula.

"Mestilah tak!" Jawab ByungHee.Kening Victoria terangkat.

"Em,maksud saya...kalau saya boleh halang awak dari pergi...saya akan halang awak,"kata ByungHee,perlahan.Victoria tersenyum lagi.

"Jadi,halanglah saya dari pergi,"kata Victoria.ByungHee menoleh ke arahnya.Victoria pula masih lagi tersenyum ke arahnya.ByungHee kemudiannya memegang lengan Victoria sebelum dia menarik wanita itu dekat dengannya.Victoria terpana untuk seketika.

"Byung...ByungHee?"

"Kajima."Kata ByungHee,berbisik.Victoria memandang tepat ke arah ByungHee.

"Kajima."Kata ByungHee lagi.Victoria kemudiannya menguntum senyuman manis ke arah lelaki itu.

"Kalau saya nak balik juga,apa yang awak nak buat?"Soal Victoria,sengaja menguji.

"Oh,awak nak uji saya ya?"Soal ByungHee,sambil tersenyum nakal.Victoria tidak membalas apa-apa.

"Baik.Tapi jangan menyesal,"kata ByungHee.Tanpa Victoria jangkakan,sebuah kucupan diberikan oleh ByungHee pada dahinya.Mata Victoria terbuka luas.

"Dapat pun,"kata ByungHee,sambil tersenyum puas.

"Ish,ByungHee!" Victoria segera menggosok dahinya yang dikucup oleh ByungHee itu.ByungHee pula sekadar tersenyum sambil mengusap lembut kepala Victoria.Victoria pula tersenyum malu.ByungHee kemudiannya memegang erat tangan Victoria sambil menyambung perjalanan mereka ke rumah.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ