31

Opposite Attracts

Victoria berjalan ke arah ByungHee yang sedang sibuk menguruskan kebun bunga milik Puan Park di laman belakang.ByungHee kelihatan begitu kusyuk bekerja sehingga tidak sedar akan kehadiran Victoria di situ.Muncul idea nakal dalam fikiran Victoria secara tiba-tiba, untuk mengusik ByungHee yang sedang leka itu.Perlahan-lahan,dia berdiri di belakang ByungHee, sebelum mendekatkan wajahnya pada wajah ByungHee dari belakang.

"Saranghae..." bisik Victoria.ByungHee yang terkejut dengan bisikan Victoria itu terduduk di atas tanah.Dia menoleh ke arah Victoria yang sedang ketawa sambil memegang perutnya itu.

"Yah...oppa ingat siapalah yang berbisik dekat oppa tadi,"kata ByungHee sambil mengurut dadanya perlahan-lahan.

"Sorry.Tapi oppa memang comel macam ni,"kata Victoria ,menghabiskan ketawanya yang masih lagi bersisa itu.ByungHee kemudiannya tersenyum melihat ke arah Victoria.Victoria menghentikan ketawanya sambil memandang ke arah ByungHee.

"Aik?Oppa tengok saja? Selalunya bukan oppa akan balas balik ke?" Soal Victoria.Senyuman ByungHee kian lebar.

"Malaslah.Oppa nak tengok Victoria saja.Comel pula tengok Victoria gelak macam tadi,"kata ByungHee.Victoria mencebik.Dia kemudiannya menundukkan badannya sebelum turut duduk di atas tanah itu.

"Janganlah duduk situ.Nanti kotor,"kata ByungHee,sambil menarik tangan Victoria supaya wanita itu duduk di atas ribanya.Wajah Victoria berubah merah apabila ByungHee membiarkan dirinya duduk di atas riba itu.ByungHee tersenyum melihat wajah Victoria yang berubah merah itu.

"Dah lama oppa tak tengok muka Vic merah macam ni.Oppa rindulah,"kata ByungHee sambil mencubit lembut pipi wanita itu.Victoria menepuk lembut tangan ByungHee yang menyentuh pipinya itu sambil tersenyum.ByungHee kemudiannya memeluk Victoria sambil meletakkan dagunya pada bahu wanita itu.Victoria tersenyum bahagia,berasa selamat dalam pelukan lelaki itu.

"Oppa."

"Hm?"

"Bila semua orang dalam rumah ni nak balik?" Soal Victoria.

"Kenapa?"Soal ByungHee pula.

"Vic rindu dengan mereka,"kata Victoria.

"Tapi oppa lagi suka kalau kita duduk berdua macam ni.Senang sikit...tak ada orang nak kacau,"kata ByungHee,tersenyum nakal.Victoria mencubit perlahan lengan ByungHee yang merangkul tubuhnya itu.

"Gatal!"

ByungHee sekadar ketawa.Dia kemudiannya mengeratkan pelukannya terhadap Victoria.Mereka membisu untuk seketika.Perlahan-lahan,ByungHee meleraikan pelukannya terhadap Victoria sebelum dia memusingkan sedikit tubuh Victoria supaya menghadapnya.Victoria memandang ke arahnya.ByungHee kemudiannya meletakkan kedua-dua tangannya pada pipi Victoria sambil memejamkan matanya.Victoria hairan dengan kelakuan ByunGHee ketika itu.

"Oppa?"

"Shh...."

ByungHee memejamkan matanya sambil menggerakkan tangannya,menyentuh wajah Victoria.Bermula dari dahi...mata...hidung...pipi...dan akhirnya bahagian bibir Victoria.ByungHee tersenyum dengan matanya yang masih lagi terpejam itu.Sekali lagi dia mengulangi perbuatannya itu.Dia menyentuh dahi...mata...hidung...pipi...dan bibir Victoria sebelum dia mencium bibir Victoria dengan lembut.ByungHee kemudiannya menjauhkan wajahnya daripada Victoria sambil membuka semula matanya.

"You're so beautiful,"kata ByungHee sambil tersenyum.Victoria tersenyum mendengar pujian ByungHee itu.

"You're so weird ," balas Victoria.

"Eh?Nak puji girlfriend oppa cantik pun pelik ke?" Soal ByungHee. Victoria sekadar tersenyum ke arahnya.

"Oppa...Sun Young cakap dekat pekan tu ada taman hiburan yang baru.Jom kita pergi nak?" Soal Victoria sambil merangkul leher ByungHee.

"Oh ya?Em..." ByungHee ragu-ragu untuk menerima ajakan wanita itu.Dia bimbang sekiranya pandangan matanya akan menjadi kabur sekali lagi.Victoria pula terus memandang ke arahnya,menantikan jawapan daripadanya.

"Hm?" Victoria terus menantikan jawapan daripadanya.Perlahan-lahan,ByungHee angguk sambil tersenyum.

"Okey.Kita pergi,"kata ByungHee,bersetuju dengan ajakan Victoria.

 

 

Victoria menarik tangan ByungHee menuju ke arah suatu tempat yang dikerumuni oleh orang ramai itu.Victoria yang memakai topi,bercermin mata serta memakai kain tebal yang dililitkan pada lehernya itu membuatkan dirinya tidak dapat dikenali oleh ramai yang berada di situ.

"Pasangan yang dapat memecahkan semua belon di sini akan mendapat hadiah yang telah disediakan di sini,"kata lelaki selaku pengacara di tempat itu sambil menunjukkan patung beruang putih yang besar di sebelahnya itu.Mata Victoria membulat apabila melihat patung beruang itu.Dia menggerakkan lengan ByungHee.

"Oppa,Vic nak Gom tu.Please?" Pujuk Victoria bersungguh-sungguh.

"Okey,"kata ByungHee.Victoria tersenyum lebar apabila ByungHee bersetuju untuk mendapatkan patung beruang itu untuknya.

 

ByungHee memegang tiga batang jarum untuk dihalakan ke arah belon-belon yang dilekatkan pada sekeping papan itu.Victoria pula sudah berjaya memecahkan ketiga-tiga biji belon itu dengan mudah.Hanya tinggal giliran ByungHee untuk melakukannya.Victoria menoleh ke arahnya.

"Oppa,hwaiting!"

ByungHee tersenyum ke arahnya.Dia menoleh semula ke arah belon yang ingin disasarnya itu.

Pop!

Sasarannya mengena.Victoria menjerit gembira.Kali ini ByungHee cuba untuk membuat balingan yang kedua.

Pop!

Sekali lagi sasarannya mengena dengan tepat.Victoria menepuk tangannya.

"Oppa,lagi satu!" Jerit Victoria.ByungHee cuba melakukan balingannya yang terakhir.Namun secara tiba-tiba pandangannya menjadi kabur.Dahinya berkerut.Dia cuba untuk mensasarkan sasarannya dengan tepat.

"Oppa,palli!"

ByungHee mengecilkan kedua-dua matanya.Namun pandangannya masih lagi kabur.ByungHee melepaskan keluhan berat.Dia kemudiannya terus membuat balingan dengan pandangannya yang masih lagi kabur itu.Kedengaran suara orang ramai yang hampa kerana balingannya yang tidak menepati sasarannya itu.ByunGhee menundukkan wajahnya.Dia menoleh ke arah Victoria.Victoria sekadar tersenyum ke arahnya.

 

Mereka berjalan pulang ke rumah sambil berpegangan tangan . Mereka langsung tidak berbual sepanjang perjalanan mereka ke rumah.ByungHee menoleh ke arah Victoria.

"Miane,"ucap ByungHee.Victoria menoleh ke arahnya.

"Wae?" Soal Victoria .

"Sebab...oppa tak berjaya dapatkan Gom untuk Vic tadi,"kata ByungHee,kesal.Victoria tersenyum lebar.

"Tak apa.Vic kan dah ada Gom Vic sendiri?"Kata Victoria sambil memandang ke arah ByungHee.

"Oppa serius ni,"kata ByungHee.Dia berasa kesal kerana tidak berjaya mendapatkan patung beruang yang diinginkan oleh Victoria itu.Mereka berhenti melangkah.

"Vic pun,"kata Victoria.Wajah ByungHee yang muram itu dipandangnya.

"Vic tak kisahlah sebab tak dapat patung Gom tadi.Vic saja nak bermanja dengan oppa tadi.Kalau tak dapat pun tak apa.Sebab Vic memang dah ada Gom yang handsome ni,"kata Victoria sambil mencuit hidung lelaki itu.ByungHee tersenyum nipis.

"Jinja?" Soal ByungHee,inginkan kepastian.

"Betul.Yang penting...Gom Vic yang handsome ni akan kekal bersama dengan Vic sampai bila-bila,"kata Victoria lagi.Senyuman ByungHee mengendur.Victoria kemudiannya menyambung semula langkahnya sambil menarik tangan ByungHee.Lengan lelaki itu digoyangnya ke belakang dan ke hadapan.ByungHee sekadar mengikutnya dari belakang.

"Vic."

Victoria menoleh ke arah ByungHee.ByungHee melepaskan tangannya daripada genggaman Victoria.Dia kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari poket sweaternya.ByungHee menunjukkan dua buah patung beruang yang kecil kepada Victoria.

"Boleh bagi handphone Vic dekat oppa sekejap?" Soal ByungHee.Victoria menghulurkan telefon bimbitnya kepada ByungHee.ByungHee memasang patung beruang yang memakai pakaian lelaki itu pada telefon bimbit Victoria sebelum dia memasang patung beruang yang memakai pakaian wanita pada telefon bimbitnya pula.Byunghee tersenyum lebar apabila melihat kedua-dua telefon bimbit yang sudah dipasangkan dengan patung beruang itu.ByungHee kemudiannya menghulurkan telefon bimbit kepada Victoria.

"Cantiknya!"

Ternyata Victoria gembira dengan hadiah yang diberikan oleh ByungHee itu.

"Patung beruang tu...namanya ByungHee." Kata ByungHee.

"Patung ni pula..namanya Victoria,"kata ByungHee sambil menunjukkan patung beruang yang digantung pada telefon bimbitnya itu.Victoria memandang ke arahnya sambil tersenyum.

"Vic suka?" Soal ByungHee.Victoria kemudiannya merangkul leher lelaki itu sebelum dia menghadiahkan kucupan pada bibir lelaki itu.

"Lebih dari suka,"balas Victoria.

"Gomawo,"ucap Victoria.

"Miane...patung Gom ni tak besar macam patung Gom tadi,"kata ByungHee.

"Vic lagi suka patung Gom ni,"kata Victoria,begitu menghargai pemberian lelaki itu.

"Terima kasih Gom oppa,"kata Victoria.ByungHee tersenyum.

 

 

Victoria begitu asyik memandang ke arah patung beruang yang diberikan oleh ByungHee sebentar tadi.Senyuman manisnya itu tidak pernah lekang dari bibirnya itu.ByungHee yang sedang baring di sebelahnya itu sekadar memandang ke arahnya.

"Yah....tengoklah orang tu.Sejak dia dah ada Gom baru...dia dah lupakan Gom yang lama,"kata ByungHee,pura-pura merajuk.Victoria sekadar tersenyum tanpa menoleh ke arahnya.

"Tengok tu.Dia tak pandang langsung dekat kita pun,"kata ByungHee,tidak puas hati.Victoria kemudiannya meletakkan telefon bimbitnya itu di atas meja.Dia memusingkan tubuhnya,menghadap ByungHee.

"Okey,sekarang Vic dah pandang dekat oppa,"kata Victoria.ByungHee menyembunyikan senyumannya.Dia berpura-pura merajuk sambil memusingkan tubuhnya,berpaling daripada Victoria.Victoria tergamam dengan tindakan ByungHee.ByungHee menahan dirnya daripada ketawa.

"Wae?Oppa...janganlah macam ni.Vic dah pandang dekat oppa ni,"kata Victoria,sambil memegang bahu ByungHee.Namun,ByungHee tidak langsung berganjak.Victoria bangun dari pembaringannya.Dia mekihat ke arah ByungHee yang sedang berpaling darinya itu.Kelihatan ByungHee sudah pun tidur.

"Eh,dah tidur?" Soal Victoria.Dia memandang semula ke arah ByungHee.Dia tersenyum sambil menghadiahkan kucupan pada pipi lelaki itu.ByungHee kemudiannya menarik tangan Victoria sehingga membuatkan wanita itu terbaring menghadap wajahnya.

"Gotcha!"

ByungHee tersenyum lebar apabila berjaya memperdayakan Victoria.

"Yah!Mana boleh main tipu,"balas Victoria,tidak puas hati.

"Vic ingat oppa betul-betul merajuk tadi,"kata Victoria lagi.

"Memang oppa merajuk pun.Sampai hati Vic abaikan oppa tadi ekh,"kata ByungHee.Victoria mencebik.

"Alah...oppa juga yang bagi ByungHee tu dekat Vic kan,"kata Victoria.

"Oh..kalau macam tu,oppa ambil baliklah,"kata ByungHee.

"Andwae!Oppa tak boleh ambil barang Vic,"kata Victoria.

"Tapi ByungHee tu dah curi hati Vic oppa.Mana boleh oppa biarkan,"kata ByungHee pula.

"Tapi Vic cuma jatuh hati dekat Byunghee oppa saja,"kata Victoria sambil mencubit pipi lelaki itu.

"Yelah tu.Pandai Vic ambil hati oppa ekh,"kata ByungHee pula.Victoria sekadar ketawa sambil memeluk lelaki itu.

"Vic sayangkan oppa.Sampai bila-bila pun Vic hanya sayangkan oppa,"kata Victoria dalam pelukan lelaki itu.ByungHee sekadar tersenyum sambil mengusap belakang Victoria.

"Nado,"balas ByungHee.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ