21

Opposite Attracts

ByungHee dan Victoria memandang ke arah SeungHo yang sedang kusyuk memainkan muzik melalui piano itu.Victoria kemudiannya menoleh semula ke arah ByungHee.

"Em...jadi selama ni oppa selalu balik lambat sebab berlatih main piano dengan SeungHo ke?" Soal Victoria.ByungHee memandang ke arahnya sambil tersenyum malu.

"Em...tapi still oppa tak boleh main dengan baik,"balas ByungHee.

"Mungkin oppa patut lupakan hasrat oppa untuk berlatih main piano lagi selepas ni.Sebab oppa memang tak boleh nak lawan SeungHo tu,"kata ByungHee lagi.

"Tapi suara oppa sedap.Vic suka,"puji Victoria sambil menundukkan sedikit wajahnya.ByungHee tersenyum malu apabila dipuji oleh Victoria.Mereka kemudiannya membisu untuk seketika.Entah mengapa mereka berasa kekok berada dalam situasi begitu.Sebelum ini,mereka lebih selesa bersama dalam keadaan yang santai seperti sebelum ini.Ini adalah kali pertama mereka berjumpa dalam suasana yang romantik yang dirancang sendiri oleh ByungHee.Victoria kemudiannya memandang ke arah ByungHee.Malam itu adalah malam terakhir dia dapat meluangkan masa dengan lelaki itu sebelum dia berangkat pulang ke Seoul pada esok harinya.Dan pastinya dia akan merindui wajah lelaki yang semakin lama semakin mendapat tempat di dalam hatinya itu.ByungHee turut memandang ke arahnya.Mereka langsung tidak berbicara walaupun sepatah.Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.Tidak lama selepas itu,ByungHee bangun dari tempat duduknya sebelum berjalan mendekati Victoria.Dia menghulurkan tangannya kepada Victoria.

"Sudikan awak menari dengan saya?" Soal ByungHee,berlagak formal.Victoria menyambut huluran tangannya sambil tersenyum.ByungHee memegang tangannya erat sebelum dia meletakkan tangannya pada pingang Victoria.Mereka mula menari mengikut  rentak irama piano yang sedang dimainkan oleh SeungHo itu.ByungHee memandang Victoria sambil menguntum senyuman manis.Begitu juga dengan Victoria.

"Baju tu...nampak cantik dengan Vic,"bisik ByungHee.Victoria tersenyum lagi.

"Vic suka.Cantik sangat.Macam mana oppa tahu saiz baju Vic?" Soal Victoria.

"Mestilah oppa tahu.Oppa kan selalu peluk Vic,"kata ByungHee.

"Jahat tau oppa ni.Suka buli Vic,"balas Victoria,pura-pura marah.ByungHee tertawa kecil.Mereka kemudiannya saling memandang antara satu sama lain lagi sebelum ByungHee mendekatkan wajahnya kepada Victoria.Perlahan-lahan,bibirnya menyentuh lembut bibir Victoria.SeungHo yang sedang bermain piano itu sekadar tersenyum.Ternyata perasaan cinta antara ByungHee dan Victoria semakin mekar dari hari ke hari.

 

"Aww...romantiknya..."Kata Sun Young yang melihat ByungHee dan Victoria dari jauh itu.Mir yang turut berdiri di sebelahnya itu sekadar tersenyum.

"Oppa cemburulah tengok G.O Hyung tu.Dahlah dekat sini dia yang ada paling ramai peminat.Lepas tu...dia jugalah yang berjaya mencuri hati seorang bidadari yang paling cantik dekat Korea ni,"keluh Mir.Sun Young menoleh ke arah Mir.Mir kelihatan segak dengan rambut perangnya yang sudah dipotong sedikit pendek itu.Rambutnya yang menutupi dahi itu juga kelihatan lebih kemas dari sebelumnya.

"Oppa tu yang tak bersungguh-sungguh macam ByungHee oppa.Sebab tulah,oppa tak dapat apa yang ByungHee oppa dapat sekarang ni,"kata Sun Young,sambil menoleh semula ke arah ByungHee dan Victoria itu.Mir memuncungkan mulutnya.

"Oppa dah cuba...tapi dia yang buat-buat tak nampak,"kata Mir,tanpa menoleh ke arah Sun Young.

"Oh ya?Tu maknanya oppa perlu berusaha dengan lebih gigih lagi,"balas Sun Young.Mir menoleh ke arahnya.

"Jadi,apa yang perlu oppa buat untuk pastikan Sun Young yakin dengan perasaan oppa terhadap Sun Young selama ni?"Soal Mir.Sun Young terkejut mendengar kata-kata Mir itu.Dia menoleh ke arah lelaki itu.

"Ap...apa..oppa cakap ni?"Soal Sun Young,tidak memahami maksud kata-kata Mir itu.Mir melepaskan keluhan kecil.

"Oppa yang tak berusaha gigih ke...ataupun Sun Young yang lbuat-buat tak faham ni?"Soal Mir kembali.Sun Young masih tidak bersuara sebaliknya dia memandang ke arah Mir tanpa berkelip.Mir menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Aish...budak ni..."Ngomel Mir.Dia memandang semula ke arah Sun Young.Dia kemudiannya menarik tangan Sun Young sebelum dia mengucup bibir Sun Young.Kaki Sun Young menjadi kaku.Matanya terbuka luas.Mir kemudiannya menjauhkan semula wajahnya daripada Sun Young.

"Sekarang dah faham?"Soal Mir,cuba berlagak biasa.Sun Young masih lagi tidak bersuara.Sungguh dia begitu terkejut ketika itu.Tidak langsung menjangkakan tindakan mengejut daripada Mir terhadapnya itu.

 

 

ByungHee dan Victoria meluangkan saki baki masa yang ada di tingkat atas bangunan Coffee Princes sambil memandang ke arah langit malam yang indah itu.Mereka duduk bersebelahan di atas rumput yang sudah dilapik dengan kain itu.Tangan Victoria digenggam erat oleh ByungHee,seolah-olah tidak mahu dilepaskan.

"Jadi...Vic akan bertolak esok pagi?" Soal ByungHee.Victoria mengangguk perlahan.ByungHee menelan air liurnya.Ternyata dia begitu takut untuk menghadapi hari esok.Andai masa boleh dihentikan...dia mahu masa terhenti ketika itu juga.Hatinya berat untuk melepaskan Victoria pergi.Namun kali ini dia terpaksa merelakannya juga.

"Oppa...oppa memang tak boleh halang Vic pergi kali ni kan?" Soal ByungHee lagi.Victoria tersenyum hambar.Victoria kemudiannya menoleh ke arah ByungHee.

"Kali ni oppa takkan merajuk dengan Vic kan?Oppa takkan merajuk dekat sini lagi kan?" Soal Victoria pula.ByungHee tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya yang kemas itu.

"Tak.Oppa takkan merajuk dah,"kata ByungHee.Victoria kemudiannya menyandarkan kepalanya pada bahu ByungHee.

"Oppa...oppa boleh tunggu Vic lagi kan?" Soal Victoria.ByungHee angguk.

"Lepas tu...Vic nak oppa janji sesuatu dengan Vic,"kata Victoria.ByungHee memandang ke arahnya.

"Janji apa?" Soal ByungHee.Victoria turut memandang ke arahnya.

"Oppa jangan sesekali biarkan perempuan lain pegang tangan oppa macam hari tu.Arasso?" Soal Victoria.ByungHee tertawa kecil.

"Sampai macam tu sekali?"Soal ByungHee kembali.

"Mestilah.Oppa tu bukannya boleh percaya sangat.Entah-entah oppa main mata dengan perempuan lain waktu Vic tak ada,"kata Victoria.

"Hai...sampai hati dia cakap kita main mata dengan perempuan lain.Padahal kita dekat sini menderita rindu dekat dia tau,"kata ByungHee sambil memandang ke arah langit.Victoria tersenyum lebar.

"Vic akan balik.Oppa jangan risau,okey?"Soal Victoria.ByungHee menoleh ke arahnya.

"Dan jadi isteri oppa selepas tu,boleh?" Soal ByungHee.Mulut Victoria terkunci.

"Opp..oppa?Apa oppa cakap ni?" Soal Victoria,tidak percaya.ByungHee kemudiannya mencari-cari sesuatu di sekelilingnya.Mulutnya menguntum senyuman puas hati apabila terjumpa dengan penutup tin minuman sebelum dia menunjukkannya kepada Victoria.

"Song Qian...will you marry me?"Soal ByungHee,sambil memandang tepat ke arah anak mata hazel Victoria itu.

"Oppa...are...are you serious?"Soal Victoria,tidak percaya.

"Muka oppa nampak macam main-main ke?" Soal ByungHee.Victoria tersenyum tidak percaya.

"Jinja?"Soal Victoria lagi.ByungHee tersenyum sambil mengangguk.

"Em...saya sudi,"balas Victoria,malu.ByungHee tersenyum lebar sambil menyarungkan penutup tin minuman itu ke jari manis Victoria.

"Wow...tak sangka pula 'cincin' ni muat dengan jari Vic,"kata ByungHee.Victoria turut tertawa kecil.ByungHee kemudiannya memandang ke arah Victoria.Begitu juga dengan Victoria.

"Cuba tengok dekat depan,"kata ByungHee.Victoria akur dengan kata-kata ByungHee itu.Dia menoleh ke hadapan.Victoria terkejut apabila seutas rantai tergantung kemas pada tangan jari ByungHee di hadapannya.Terdapat bentuk bunga matahari pada rantai tersebut.ByungHee kemudiannya memakaikan rantai tersebut pada leher Victoria.Victoria kemudiannya menyentuh rantai yang tersarung pada lehernya itu.Matanya mulai bergenang.ByungHee sekadar tersenyum.

"Wae?Vic dah buat oppa ni macam orang jahat tau.Sebab asyik buat Vic menangis,"kata ByungHee.Victoria tersenyum dalam tengisannya.

"Saranghae..."Ucap ByungHee sambil menyeka air mata Victoria yang mengalir itu.

"Saranghae..."Balas Victoria.ByungHee tersenyum sebelum dia menghadiahkan kucupan terakhirnya kepada Victoria pada malam itu.

 

 

Victoria melepaskan pelukannya terhadap Puan Park sambil tersenyum.

"Jaga diri elok-elok ya,Victoria.Jangan lupa datang sini lagi.Pintu ni sentiasa terbuka untuk Victoria,"kata Puan Park.Puan Jung yang turut berada di situ turut tersenyum.

"Arasso.Nenek jangan risau.Saya akan selalu datang ke sini untuk jumpa dengan nenek dan eomeoni,"kata Victoria.

"Samcheon?" Soal Wan pula.Semua yang berada di situ ketawa apabila mendengar soalan daripada Wan itu.Victoria menoleh ke arah ByungHee yang berdiri tidak jauh dari situ.Kelihatan ByungHee sedang tersenyum ke arahnya.Puan Jung menepuk tangan Victoria sebagai isyarat untuk wanita itu pergi ke arah ByungHee.Victoria tersenyum sambil angguk.Perlahan-lahan,dia berjalan ke arah ByungHee yang sedang bersandar pada pintu keretanya itu.

"Sampai hati Vic tak nak jumpa dengan oppa lagi ekh?" Soal ByungHee.

"Vic malulah nak sebut.Tu saja,"kata Victoria.ByungHee tersenyum sebelum dia menarik Victoria ke dalam pelukannya.

"Oppa...malulah.Semua orang nampak,"kata Victoria.ByungHee terus mengeratkan pelukannya itu.

"Biarlah.Salah ke kalau oppa nak peluk bakal isteri oppa?"Soal ByungHee.Muka Victoria berubah merah.Ya,dia sudah pun dilamar oleh ByungHee dan dia semestinya menerima lamaran itu.

"Jaga diri.Okey?"Bisik ByungHee.Victoria angguk.

"Kalau dah sampai Seoul nanti,call oppa,"kata ByungHee lagi.Sekali lagi Victoria angguk.ByungHee kemudiannya melepaskan pelukannya sebelum dia menghadiahkan kucupan pada bibir Victoria.

"Eeee...samcheon!!!" Kedengaran jeritan Wan dan Yun yang melihat kemesraan ByungHee dan Victoria itu.

"Oppa!"Wajah Victoria menjadi semakin merah apabila ByungHee menciumnya di hadapan keluarganya.ByungHee skeadar ketawa.Kepala Victoria itu diusapnya lembut.

"Oppa dah mula rindukan Vic,"kata ByungHee.

"Kan Vic dah janji yang Vic akan balik semula ke sini?"Soal Victoria.ByungHee sekadar angguk.

"Kalau oppa rindukan Vic...boleh tak kalau oppa call Vic?" Soal ByungHee.Victoria angguk sambil tersenyum.ByungHee turut membalas senyumannya.

"Okey okey.Kami dah kena bertolak sekarang,"kata Sun Young sambil menarik tangan Victoria daripada ByungHee.

"Yah,Sun Young ah.Oppa tak puas lagilah nak tengok Vic,"kata ByungHee,tidak puas hati.

"Huh!Kalau nak ikutkan oppa...memang oppa tak nak lepaskan Victoria unni pun kan,"balas Sun Young.ByungHee sekadar tersenyum.

"Jaga diri okey?"Kata ByungHee sambil memandang ke arah Sun Young.

"Jangan risau,bos!Saya akan jaga Tuan Puteri dari hujung kaki sampai hujung kepala,"balas Sun Young sambil membuat tabik hormat kepada ByungHee.ByungHee menggosok-gosok kepala Sun Young,yang sudah dianggapnya sebagai adik kandungnya sendiri itu.

 

Victoria memandang ke arah ByungHee dari dalam keretanya.ByungHee sekadar tersenyum ke arahnya.Ternyata ByungHee sedang cuba menyembunyikan perasaan sedihnya ketika itu.

"Okey.Jumpa lagi semua!" Jerita Sun Young sebelum dia menghidupkan enjin keretanya,bersedia untuk beredar dari situ.Senyuman Victoria mengendur apabila kelibat ByungHee semakin jauh dari pandangannya.Dia cuba menahan air matanya daripada mengalir.Dia akui dia sudah pun mula merindui lelaki itu.Victoria tersentak seketika apabila telefon bimbitnya berdering.Bibirnya menguntum senyuman manis apabila melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.

 

ByungHee oppa

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ