24

Opposite Attracts

Victoria melepaskan keluhan kecil apabila melihat Lee Joon yang sedang berdiri di luar pintu rumahnya melalui skrin kecil pada dinding ruang tamunya itu.Dia menuju ke arah pintu dengan langkah yang malas sebelum dia membukakan pintu untuk lelaki tersebut.Lee Joon yang sedang mabuk itu tersenyum ke arahnya sebaik sahaja melihat Victoria berdiri di hadapannya.

"Apa lagi yang you nak,Joon?I dah cakap dengan you yang I tak nak jumpa dengan you lagi kan?" Kata Victoria,tidak suka dengan kehadiran Lee Joon di rumahnya pada malam itu.Tanpa menjawab pertanyaan Victoria,Lee Joon segera melangkah masuk ke dalam sebelum dia memeluk pinggang wanita itu.

"I rindukan you,Vic,"bisik Lee Joon.Victoria segera melepaskan pelukan lelaki itu.

"Jangan sentuh I.I nak you balik ke rumah you sekarang,Joon,"kata Victoria,cuba menolak tubuh lelaki itu keluar dari rumahnya.Namun Joon enggan sebaliknya dia terus menutup pintu rumah Victoria sebelum dikuncinya.Sekali lagi dia berjalan mendekati Victoria.Victoria berundur beberapa langkah sehingga tubuhnya bersandar pada dinding rumahnya itu.Lee Joon tersenyum ke arahnya sambil meletakkan kedua-dua tangannya pada permukaan dinding, bersebelahan dengan kepala Victoria.

"Joon,apa yang you cuba nak buat ni?" Soal Victoria,sedikit takut dengan kelakuan Lee Joon itu.Lee Joon sekadar tersenyum ke arahnya sebelum dia mencium leher Victoria dengan kasar.Victoria segera menolak tubuh lelaki itu dengan kasar.

"Lee Joon!You dah gila ke?!"Jerkah Victoria,berang dengan tindakan tidak sopan daripada lelaki itu.

"Wae?Kenapa pula I gila?Salah ke I nak cium bakal isteri I sendiri?" Balas Lee Joon.

"Siapa bakal isteri you huh?You ingat I ni sama dengan girlfriend you yang lain ke?!" Balas Victoria.Lee Joon menguntum senyuman sinis terhadap Victoria.Dia terus mencapai tangan Victoria dengan kasar sebelum dia menggenggam tangan itu dengan erat.Tubuh wanita itu disandarkan pada dinding.

"Sebab you tak sama dengan girlfriend I yang lainlah...I nakkan you,Vic,"bisik Lee Joon,sambil tersenyum.Victoria mengaduh kesakitan kerana genggaman Lee Joon yang kuat terhadap tangannya itu.

"Lee Joon...lepaskan tangan I.Sakit..." Victoria hampir menangis.Ternyata dia begitu takut dengan tindakan kasar Lee Joon terhadapnya itu.Lee Joon tersenyum lagi.

"Aniyo.I takkan lepaskan you sampailah you jadi milik I,Vic."Kata Lee Joon,sebelum dia sekali lagi mencium leher Victoria.

"Lee Joon...I boleh buat apa saja yang you nak.Tapi tolong jangan buat I macam ni,"rintih Vic,tetap cuba melepaskan dirinya daripada Lee Joon.Lee Joon ketawa kecil.

"You takut dengan I ke Vic?" Soal Lee Joon,mengejek.Victoria tidak menjawab sebaliknya dia terus cuba melepaskan tangannya daripada genggaman Lee Joon.Lee Joon kemudiannya melemparkan tubuh Victoria dengan kasar di atas lantai.Victoria kemudiannya cuba melarikan dirinya daripada Lee Joon namun ternyata Lee Joon lebih pantas daripadanya.Lee Joon segera meletakkan dirinya di atas tubuh Victoria dengan meletakkan kedua-dua pahanya di antara pinggang wanita itu.Kemeja hitam yang dipakainya itu ditanggalnya dengan kasar.Kedua-dua tangan Victoria itu digenggamnya dengan erat,membuatkan Victoria tidak mampu untuk melepaskan dirinya daripada Lee Joon.Tanpa mempedulikan jeritan Victoria,Lee Joon segera mencium kasar bibir wanita itu  sebelum bibirnya dialihkan ke arah leher Victoria.

"Lee Joon...please..."Victoria mengalirkan air matanya.Sungguh dia berasa takut ketika itu.Wajah ByungHee mulai terbayang dalam ruang matanya.

"ByungHee..."Nama ByungHee mulai meniti pada bibir Victoria tanpa dia sedari.Lee Joon menghentikan perbuatannya untuk seketika sebelum dia memandang ke arah Victoria.

"Berani you sebut nama dia depan I ,Vic,"kata Lee Joon,mulai berang.

"Lepaskan I,Joon...Jangan buat I macam ni,"rayu Victoria sambil menangis.Lee Joon ketawa.
"Kan I dah cakap dengan you yang I hanya akan lepaskan you selepas you dah jadi milik I,Vic,"kata Lee Joon lagi,sambil menyeka air mata Victoria yang masih mengalir itu.

"I akan pastikan yang dia berasa jijik untuk mendekati you selepas ni,Vic,"kata Lee Joon lagi sambil menyambung ketawanya yang masih bersisa itu.

"You memang dah gila,Joon!" Jerit Victoria.

"Memang I dah gila! Sebab youlah,I jadi macam ni!You tak boleh lari dari I ,Vic.You jangan ingat yang I akan lepaskan you kepada lelaki tu dengan mudah.You mesti jadi milik I walau apa pun terjadi,"balas Lee Joon.

"I hate you!" Jerit Victoria lagi.Lee Joon ketawa lagi.

"You ingat I kisah semua tu?I cuma nakkan you,Vic.I tak peduli sama ada you cintakan I ataupun tidak,"kata Lee Joon.

"Lepaskan I ! " 

"Diam!" Lee Joon segera menampar pipi wanita itu dengan kasar.Tamparannya yang kuat itu membuatkan Victoria terus tidak sedarkan diri.Lee Joon ketawa lagi.Perlahan-lahan,dia mendekatkan wajahnya pada leher Victoria sebelum diciumnya lembut.

"You're mine,Vic.You're mine..."Bisik Lee Joon sambil ketawa kecil.

 

 

Matanya terasa berat sekali untuk dibuka.Seluruh tubuhnya terasa sakit,bagaikan dihempap oleh sesuatu yang berat.Victoria menarik selimut tebalnya sehingga hampir menutup sebahagian daripada kepalanya.Entah mengapa tubuhnya menggigil kesejukan.Kepalanya juga terasa pening.Perlahan-lahan,dia cuba membuka matanya.Matanya melilau melihat keadaan sekelilingnya.Kali ini,barulah dia menyedari bahawa dirinya dirinya kini sedang terbaring di atas katilnya.Dahinya berkerut seribu.Cuma mengingatkan kembali sesuatu yang berlaku sebelum itu.Tidak lama selepas itu,wajah Lee Joon yang bengis itu mulai terbayang di ruang mindanya.

 

"I akan pastikan yang dia akan berasa jijik untuk mendekati you selepas ni,Vic."

 

Air matanya mengalir laju.Dia melihat lengannya yang lebam kebiruan itu.Tangisannya semakin kuat.Selimut tebal yang membaluti tubuhnya ketika itu digenggamnya erat.Dia sendiri berasa jijik dengan dirinya sendiri.

"Oppa...." Rintihnya.

"I need you...ByungHee..."Rintihnya lagi sambil menangis.

 

"Victoria."

Perlahan-lahan,dia membuka matanya.

"Oppa?"

Namun hatinya hampa apabila melihat Lee Joon yang sedang duduk di birai katilnya itu sambil memandang ke arahnya.Wajah lelaki itu kelihatan bimbang sekali.Tiada lagi wajah bengis seperti yang dilihatnya pada malam semalam.Tanpa mempedulikan pandangan Victoria terhadapnya,Lee Joon segera meletakkan tangannya pada dahi wanita itu.

"Badan you panas sangat,Vic.I dah buatkan bubur untuk you.You makan dulu...lepas ni I bagi you ubat okey?" Kata Lee Joon,lembut.Lee Joon kemudiannya melihat ke arah kesan lebam yang berbekas pada lengan wanita itu.Hatinya dihambat dengan perasaan bersalah yang teramat.Satu keluhan berat dilepaskannya.Victoria langsung tidak memandang ke arahnya.Sebaliknya dia terus memejamkan matanya sambil mengalirkan air mata.Sungguh dia terdaya untuk melepaskan sentuhan Lee Joon terhadapnya itu.Seluruh tenaganya bagaikan sudah hilang.Dia hanya mampu terlantar di atas katil itu sambil menangisi nasibnya itu.

"Vic...I suapkan you bubur dulu,okey?You mesti makan ubat selepas ni,"pujuk Lee Joon,perlahan.Victoria tidak menjawab.Lee Joon mengeluh lagi.Dia tahu Victoria sedang marah terhadapnya.Dia juga tahu bukan mudah untuk wanita itu memaafkan perbuatannya semalam.

"I...I tahu...perbuatan I dah melampau,Vic.I tahu yang you takkan maafkan I.But I'm sorry.I sendiri...tak sedar apa yang I buat semalam,Vic.I tak berniat nak buat you macam ni.I'm sorry..."Kata Lee Joon,masih lagi memandang ke arah Victoria.Perlahan-lahan,dia menggenggam tangan wanita itu dengan kemas.

"I'm sorry,Vic.I'm sorry..."Ucap Lee Joon sebelum dia mencium lembut tangan wanita itu.

Victoria terus menangis tanpa mempedulikan kata-kata maaf daripada lelaki tersebut.

 

 

"G.O Hyung! "

Jerit Mir sambil meletakkan hidangan yang dipesan oleh pelanggan mereka itu di atas meja dapur.ByungHee segera berjalan ke arahnya sebelum dia mengambil hidangan itu untuk dihidangkan kepada pelanggan mereka yang sedang menunggu itu.ByungHee mulai berjalan menuju ke arah meja pelanggan itu.Entah mengapa,pandangannya menjadi kabur secara tiba-tiba.ByungHee berhenti untuk seketika sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali.Namun,pandangannya masih lagi kabur.Dia kemudiannya cuba mengecilkan kedua-dua matanya,bagi membolehkan dia melihat sekeliling dengan lebih jelas.Perlahan-lahan,dia menyambung langkahnya semula.Sebaik sahaja dia tiba di meja pelanggan tersebut,dia meletakkan hidangan itu di atas meja.

"Oppa...kami tak order minuman ni,"kata pelanggan wanita itu.

"Uh?Oh...miane..."Ucap ByungHee sambil menundukkan sedikit tubuhnya.SeungHo yang menyedari tingkah laku ByungHee yang pelik itu segera berjalan menuju ke arah lelaki itu.

"Kenapa ni?" Soal SeungHo.

"G.O oppa ni...dia salah hantar pesanan,"kata pelanggan wanita itu.SeungHo menoleh ke arah ByungHee.Kelihatan ByungHee sedang mengerutkan dahinya sambil memandang ke arah lantai.SeungHo kemudiannya tersenyum ke arah pelanggan itu.

"Kami minta maaf ya.Mungkin G.O tersalah meja,"kata SeungHo.

"Peliklah G.O oppa ni.Selalunya dia tak pernah buat silap macam ni,"kata pelanggan itu sambil tersenyum.SeungHo turut membalas senyuman wanita itu sebelum dia mengambil semula minuman itu dari meja tersebut.Tangan kirinya pula memegang tangan ByungHee.ByungHee menoleh ke arahnya namun SeungHo berasa hairan kerana ByungHee tidak memandang tepat ke arahnya.ByungHee seolah-olah sedang memandang ke arah lain.

"Gwenchana?" Soal SeungHo,bimbang.

"Huh?Em...okey.Aku okey,"kata ByungHee,sambil mengangguk.Bibirnya menguntum senyuman paksa.

"Kau tak sihat ke,ByungHee?Kalau tak sihat...kau pergilah berehat dulu dekat atas,"kata SeungHo.

"Em...tak adalah.Aku okey.Biar aku sambung buat kerja,"kata ByungHee sambil mengambil semula minuman yang dipegang oleh SeungHo itu.Dia berpaling daripada SeungHo.Pandangannya yang masih kabur itu membuatkan kakinya terlanggar pada kaki meja.

"G.O oppa!"

 Sebahagian pelanggan yang berada di situ menjerit apabila melihat ByungHee yang terjatuh secara tiba-tiba itu.Serpihan kaca daripada cawan yang pecah itu bertaburan di atas lantai.

"Hyung!" Mir dan Cheondung turut terkejut.ByungHee cuba meraba-raba permukaan lantai yang dipenuhi dengan serpihan kaca itu sehingga membuatkan jarinya luka.Dia cuba mengerdipkan matanya berkali-kali.Namun pandangannya menjadi kabur dan jelas semula secara bersalng seli.

"ByungHee yah!" SeungHo segera mendapatkan ByungHee yang masih terduduk itu.Dia melihat tangan ByungHee yang tercedera itu.

"Kenapa dengan kau ni?" Ternyata SeungHo tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbangnya lagi.ByungHee tidak menjawab.Wajah ByungHee kelihatan pucat sekali.

"Cheondung ah!Tolong kemas kejap.Hyung nak bawa ByungHee ke atas,"kata SeungHo sambil memandang ke arah Cheondung.Cheondung angguk.SeungHo segera memapah ByungHee menuju ke tingkat atas bangunan Coffee Princes itu.

"Em...maafkan kami.Em...mungkin G.O Hyung tak berapa sihat sikit hari ni,"kata Mir pula,cuba menenangkan semua pelanggannya sebaik sahaja kelibat SeungHo dan ByungHee sudah tidak kelihatan di situ.

 

 

 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ