06

Opposite Attracts

Song Qian mengesat air matanya yang tidak berhenti mengalir membasahi pipi gebunya itu.Kakinya yang luka itu dibiarkan begitu sahaja.

"Mari saya tengok luka awak."

Song Qian mendongak apabila terdengar suara seorang kanak-kanak lelaki menegurnya.Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki gempal sedang berdiri di hadapannya sambil memegang tuala kecil berwarna putih.Perlahan-lahan,kanak-kanak lelaki itu menundukkan tubuhnya,sama paras dengan Song Qian yang sedang duduk sambil memeluk lututnya yang cedera itu.

"Saya nak tolong cucikan luka awak ni.Boleh?"Soal kanak-kanak lelaki itu.Perlahan-lahan,Song Qian mengangguk.Kanak-kanak lelaki itu tersenyum lebar.Song Qian sekadar memerhatikan kelakuan kanak-kanak lelaki itu.

"Kenapa mereka buli awak?"Soal kanak-kanak lelaki itu lagi sambil mencuci luka pada lutut Song Qian dengan tuala kecil itu.Song Qian mengaduh kesakitan.

"Sakit ke?"Soal kanak-kanak lelaki itu lagi.Perlahan-lahan,Song Qian mengangguk.

"Miane.Saya buat perlahan-lahan sikit okey?"Kata kanak-kanak lelaki itu sambil tersenyum.

"Mereka..mereka buli sebab...saya..saya tak..tak pandai..cakap hangul,"kata Song Qian,tergagap-gagap menutur kata.Dia akui bahasa hangulnya tidak lancar seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya.

"Salah ke kalau awak tak pandai cakap hangul?Sekurang-kurangnya saya masih boleh faham apa yang awak cakapkan,"kata kanak-kanak lelaki itu sambil tersenyum.

"Awak faham?" Soal Song Qian,terkejut.Kanak-kanak lelaki itu angguk.

"Tipulah."Kata Song Qian,tidak percaya.

"Kalau awak nak saya ajar awak hangul,saya boleh ajarkan,"kata kanak-kanak lelaki itu lagi.Song Qian membulatkan matanya.

"Betul ke?Awak boleh ajar saya?" Soal Song Qian,inginkan kepastian.Kanak-kanak lelaki itu angguk.

"Tapi kenapa ... kenapa awak nak tolong saya?Saya tak .. tak kenal awak.Awak pun tak kenal saya?"Soal Song Qian lagi.

"Saya kenal awak...Nama awak Song Qian kan?" Soal kanak-kanak lelaki itu pula.Song Qian angguk.Kanak-kanak lelaki itu kemudiannya menghulurkan tangannya kepada Song Qian.Song Qian sekadar memandang ke arah kanak-kanak lelaki itu.

"Gom." Kata kanak-kanak lelaki itu.

"Apa?" Soal Song Qian.

"Awak boleh panggil saya Gom,"kata kanak-kanak lelaki itu.

"Kenapa Gom?" Soal Song Qian,hairan dengan nama kanak-kanak lelaki itu.Gom tersenyum sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

" Sebab badan saya besar macam Gom,"kata Gom.Song Qian tertawa kecil apabila mendengar kata-kata Gom yang kedengaran lucu padanya itu.

"Saya Song Qian.Selamat berkenalan."

 

 

Victoria melepaskan keluhan kecil.Kenangan silamnya kembali bermain dalam ruang mindanya.Kek coklat yang diberikan oleh ByungHee itu membuatkan dia terkenangkan kembali saat pertama kali dia mengenali seorang kanak-kanak lelaki bernama Gom.Victoria lebih selesa melemparkan pandangannya ke arah pemandangan taman yang berada di luar bangunan Coffee Princes itu.Manakala Sun Young pula sedang rancak berbual dengan kenalan lamanya yang bekerja di Coffee Princes itu.

"Kenapa duduk dekat sini seorang?" 

Perhatian Victoria teralih apabila ditegur oleh suara lelaki yang amat dikenalinya itu sejak dia berada di Changwon.Kelihatan ByungHee sedang menarik kerusi di hadapannya sebelum dia duduk di situ.Victoria melihat ke arah ByungHee yang kelihatan segak berkemeja putih dan memakai apron berwarna hitam itu.Victoria kemudiannya mengalihkan pandangannya daripada ByungHee.ByungHee pula terus melihat ke arahnya.

"Saya harap awak tak kisah datang sini.Saya tahu...tempat ni tak semewah seperti di tempat awak,"kata ByungHee,memulakan perbualan.Victoria sekadar membisu.ByungHee menggigit bibirnya. Pasti wanita itu sedang marah dengannya kerana keterlanjuran kata-katanya tempoh hari.Sekali lagi ByungHee memandang ke arahnya.

"Miane." Ucap ByungHee,perlahan.Victoria sekadar mendengar.

"Saya dah salah cakap dengan awak hari tu.Dan...saya tak sepatutnya masuk campur mengenai hal awak dengan tunang awak.Saya harap awak boleh maafkan saya,"kata ByungHee,perlahan.Victoria tidak segera menjawab.Malah turut enggan untuk menoleh ke arah lelaki itu.ByungHee melepaskan keluhan kecil.Ternyata Victoria begitu ego untuk memaafkan kesalahannya.

"Awak duduk dululah dekat sini ya.Saya ada kerja sikit nak buat,"kata ByungHee,berura-ura mahu beredar dari situ.

"Kek coklat tu..." 

Niat ByungHee untuk beredar dari situ terbantut apabila mendengar Victoria yang mula berkata-kata itu.ByungHee menoleh ke arahnya.Kali ini,barulah Victoria memandang ke arahnya.

"...Awak yang buat?" Soal Victoria,menyambung kata-katanya.Perlahan-lahan,ByungHee menguntum senyuman manis sambil mengangguk.

"Saya yang buat.Macam mana? Sedap tak?" Soal ByungHee,ingin tahu.Victoria tersenyum nipis sambil angguk.

"Saya suka.Pandai awak buat,"kata Victoria,memuji kebolehan ByungHee itu.

"Baguslah kalau awak suka,"kata ByungHee,malu apabila dipuji oleh Victoria.Victoria kemudiannya menongkat dagunya dengan tangan kirinya sambil memandang ke arah ByungHee.

"Awak ni memang berbakat kan?Bunga matahari yang awak tanam tu pun cantik.Kek coklat yang awak buat pun sedap,"kata Victoria.ByungHee sekadar tersenyum.

"Gomawo.Saya cuma rasa puas kalau apa yang saya buat tu mampu membuatkan orang lain gembira,macam awak,"kata ByungHee.Mereka kemudiannya terdiam untuk seketika.Victoria kemudiannya menoleh ke arah Sun Young yang sedang rancak berbual itu.

"Semua tu...kawan-kawan Sun Young ke?" Soal Victoria.ByungHee turut menoleh ke arah Sun Young.

"Yup.Sun Young memang rapat dengan kawan-kawan saya sejak dulu lagi.Sebab tu kalau awak tengok pun...perangai dia tak ubah macam lelaki,"kata ByungHee.Victoria tersenyum.

"Yang pakai kemeja merah jambu tu,namanya Park Sang Hyun.Tapi kami selalu panggil dia Cheondung.Yang pakai kemeja kuning tu,saya rasa awak dah kenal.Nama dia Mir.Dan yang pakai kemeja biru tu...namanya Yang Seung Ho.Kami panggil dia SeungHo,"kata ByungHee,memperkenalkan rakan-rakan baiknya yang turut sama-sama mengusahakan perniagaan Coffee Princes mereka itu.

"Dan saya G.O,"kata ByungHee sambil memandang ke arah Victoria.Victoria turut memandang ke arahnya.Kali ini,dia memandang tepat ke arah anak mata ByungHee yang kelihatan redup itu.

 

"Awak boleh panggil saya Gom."

 

"Kenapa G.O?Kenapa tak guna saja nama ByungHee?" Soal Victoria,ingin tahu.ByungHee tersenyum.

"Entahlah.Mungkin sebab saya kacak?" Soal ByungHee kembali,seraya bergurau.Victoria mencebik.

"Perasan betul awak ni,"kata Victoria.ByungHee sekadar ketawa.

"Tapi saya lagi suka kalau awak panggil saya ByungHee,"kata ByungHee.Victoria memandang ke arahnya,sebelum dia menguntum senyuman kepada lelaki itu.

"Baiklah...ByungHee."

 

 

"Wua!!!!Lamanya tak berborak panjang macam tadi!" Kata Sun Young sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.Victoria dan ByungHee sekadar mengikutnya dari belakang.

"Unni,saya nak naik bilik dulu ya.Lagipun..." Sun Young memandang ke arah ByungHee sambil tersenyum nakal.

"ByungHee oppa macam ada sesuatu saja nak cakap dengan unni.So...saya tak nak kacau...so...good night!" Kata Sun Young,segera menaiki tangga menuju ke arah tidurnya.

"Aish...budak ni..."ByungHee mengomel perlahan.Victoria menoleh ke arahnya.

"Awak ada benda nak cakap dengan saya ke?" Soal Victoria.

"Huh? Eh...tak adalah.Sun Young saja buat cerita tu. Awak pun pergilah naik.Awak mesti penat,"kata ByungHee.

"Em...okay,"kata Victoria,sebelum dia memusingkan tubuhnya daripada menghadap ByungHee.Namun langkahnya terhenti seketika.Dia menoleh semula ke arah ByungHee sambil menanggalkan lilitan kain pada lehernya itu.Kain itu dihulurkan semula ke arah ByungHee.

"Em...saya nak pulangkan balik barang awak.Kamsahamida,"kata Victoria.

"Awak simpanlah dulu.Awak boleh pakai kalau awak nak keluar jalan-jalan lagi,"kata ByungHee sambil tersenyum.

"Arasso.Okey,saya naik dulu,"kata Victoria.ByungHee angguk sambil memandang ke arahnya.

"Em...ByungHee-ssi."

Victoria menoleh semula ke arah ByungHee.

"Yang pasal hari tu...well..saya rasa saya pun kena minta maaf juga.I'm sorry,"kata Victoria,perlahan.Sesekali dia melarikan pandangannya daripada ByungHee.ByungHee pula masih lagi membisu,seolah-olah terkejut dengan kata-kata Victoria itu.

"Okeylah...saya naik dulu.Good night,"kata Victoria,segera melangkah menuju ke arah biliknya tanpa menoleh ke arah ByungHee yang masih lagi berdiri di hujung tangga itu.

"Aku tak mimpi kan?" Soal ByungHee,tidak percaya.Dia kemudiannya tersenyum lebar sambil menggelengkan kepalanya.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ