32

Opposite Attracts

Victoria melangkah keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya yang masih basah itu.Dia kemudiannya menuju ke arah cermin,sambil melihat diri sendiri yang berpakaian pakaian mandi pada cermin itu.Pandangannya teralih ke arah seutas rantai yang tersarung pada lehernya itu.Bibirnya menguntum senyuman lebar.Dia memegang rantai pemberian ByungHee yang tersarung pada lehernya itu.Dia menoleh ke arah katil pula.ByungHee tidak kelihatan di situ.Katanya dia perlu menguruskan sesuatu di ladang Puan Park pada awal pagi sebelum dia menyambung kerjanya di Coffee Princes pula.Victoria kemudiannya mengeluarkan pakaian yang ingin dipakainya dari dalam almari sebelum perhatiannya teralih ke arah telefon bimbitnya yang berdering itu.Tanpa melihat nama si pemanggil yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu,dia segera menjawab panggilan itu.

"Hello,Victoria bercakap."

"Ni I."

Victoria tergamam apabila mendengar suara si pemanggil yang amat dikenalinya itu.Agak lama dia mendiamkan dirinya sebelum dia menjawab panggilan lelaki itu.

"Apa yang you nak?" Soal Victoria,dingin.Kedengaran Lee Joon mengeluh.

"I nak jumpa dengan you,"kata Lee Joon.

"I tak ada dekat rumah,"balas Victoria,acuh tak acuh.

"I tahu.Sebab tu I datang cari you dekat Changwon ni,"kata Lee Joon.Victoria terkejut sebaik sahaja mendengar kata-kata Lee Joon.

"Apa yang you buat dekat sini?" Soal Victoria.

"I dah kata dengan you tadi yang I nak jumpa dengan you kan,"kata Lee Joon pula.

"Macam mana you tahu yang I ada dekat sini?" Soal Victoria.

"I tahulah,"balas Lee Joon.Victoria mengeluh berat.

"Kalau you nak jumpa dengan I pun...tak boleh ke kalau you tunggu I balik ke Seoul dulu?" Ternyata Victoria tidak senang dengan tindakan Lee Joon itu.

"Kalau I tunggu you balik pun,I yakin you takkan nak jumpa dengan I pun.Sebab tu I datang cari you ke sini,"kata Lee Joon.

"You ada dekat mana sekarang?" Soal Victoria.

"I tunggu you dekat Coffee Princes.Kita jumpa dekat sana,okey?" Kata Lee Joon.

"What?!"

 

 

Lee Joon menjadi perhatian orang ramai yang berada di Coffee Princes itu.Namun Lee Joon sedikit pun tidak mengendahkan pandangan orang lain terhadapnya itu.Dia sendiri berasa rimas dengan perhatian sebegitu rupa.Namun,pertunangannya bersama Victoria itu sedikit sebanyak menyebabkan dirinya turut terkena tempias populariti daripada wanita itu.Tambahan pula,dia juga merupakan seorang anak usahawan terkenal yang mempunyai empayarnya sendiri di Korea dan London.

"Selamat datang.Ada apa yang boleh saya bantu?" Soal SeungHo,masih tetap ramah dengan mana-mana pelanggan yang datang ke Coffee Princes itu.

"Saya cuma nak orange juice,"jawab Lee Joon,tanpa menoleh ke arah SeungHo.Dia lebih selesa menumpukan perhatiannya terhadap telefon bimbitnya itu.

"Baik,"kata SeungHo sebelum dia beredar meninggalkan Lee Joon di situ.Mir yang melihat SeungHo semakin menghampiri ke arah dapur itu segera mendekati ke arahnya.SeungHo pula terus berlagak tenang,seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi.

"Hyung,tu bukan tunang Noona ke?"Soal Mir,inginkan kepastian.SeungHo tidak segera menjawab sebaliknya dia terus menyerahkan kertas pesanan Lee Joon itu kepada Cheondung.Mir menoleh ke arah Lee Joon yang memakai topi fedora itu.

"Apa yang dia buat dekat sini?" Soal Mir lagi.SeungHo sekadar memandang ke arah Lee Joon.Dia sendiri tidak pasti akan tujuan kedatangan Lee Joon ke Coffee Princes itu.Perhatian mereka kemudiannya teralih ke arah Victoria yang baru sahaja tiba di situ.Sekali lagi tempat itu menjadi bising apabila melihat Victoria yang melangkah menuju ke arah Lee Joon itu.Lee Joon menoleh ke arahnya sambil tersenyum.Victoria segera duduk berhadapan dengan Lee Joon tanpa mempedulikan perhatian orang ramai terhadapnya ketika itu.Dia juga terpaksa membiarkan gambarnya ditangkap oleh orang ramai yang berada di situ.SeungHo,Cheondung dan Mir turut terkejut dengan kehadiran Victoria di situ.

"G.O Hyung tahu tak pasal ni?" Soal Cheondung,separuh berbisik kepada SeungHo.Mir turut menoleh ke arah SeungHo.

"Tak pasti,"kata SeungHo.Dia sekadar memandang ke arah Victoria dan Lee Joon yang sedang duduk berbual di satu sudut itu.

 

"Apa yang you nak cakap dengan I sangat ni?" Soal Victoria,tanpa memandang ke arah Lee Joon.Lee Joon tersenyum ke arahnya.

"Yah~~~kalau you benci sangat dekat I pun...you tak bolehlah tunjuk sangat kebencian you tu dekat I di sini.You tak takut ke kalau-kalau ada khabar angin lain pula yang keluar pasal kita?" Soal Lee Joon.Victoria menoleh ke arahnya.

"You jangan nak buang masa I lah,Lee Joon.Cakap saja apa yang you nak sangat cakap dengan I tu,"balas Victoria,rimas.Lee Joon tersenyum lagi.Wajahnya yang kacak itu boleh mencairkan hati mana-mana wanita yang memandangnya - kecuali Victoria.

"I miss you,Vic,"kata Lee Joon.Victoria mencebik.

"And...I'm sorry..."Sambung Lee Joon lagi.Victoria bersikap acuh tidak acuh terhadap lelaki itu.

"I'm really really sorry,Victoria.I tahu I tak patut buat macam tu.I'm sorry,"kata Lee Joon,bersungguh-sungguh.Victoria memandang ke arahnya.

"I takkan dapat lupakan apa yang you dah buat terhadap I dengan mudah,Joon.Apa yang pasti,antara kita dah lama berakhir.Dah tiba masanya kita tak perlu berjumpa macam ni lagi.You teruskanlah kehidupan you.I dah tak nak terlibat dah,"kata Victoria.Perbualan mereka terganggu seketika apabila SeungHo menghampiri mereka , meletakkan jus oren yang dipesan oleh Lee Joon itu.Victoria enggan untuk memandang ke arah SeungHo.Dia mengetap bibrinya.

"You tak nak minum apa-apa,Vic?" Soal Joon.Victoria kemudiannya memandang ke arah SeungHo sambil tersenyum.

"Saya tak nak pesan apa-apa,"kata Victoria.SeungHo sekadar tersenyum ke arahnya sebelum beredar meninggalkan mereka berdua.Victoria melepaskan keluhan berat.Seboleh-bolehnya dia mahu segera beredar dari situ sebelum ByungHee tiba di Coffee Princes.Victoria memandang ke arah Lee Joon.

"I rasa dah tak ada apa-apa yang perlu dibincangkan lagi dah.I harap you faham.Kalau you takut hubungan kita ni akan mengganggu kerjasama perniagaan antara keluarga kita,I boleh uruskan.Lagipun,kita masih boleh berkawan demi kepentingan kerjasama antara dua keluarga kita juga,"kata Victoria.Lee Joon tersenyum sinis.

"Kalau I masih nak teruskan pertunangan ni juga...apa yang you nak buat?" Soal Lee Joon.

"Lee Joon...please.You tak pernah pun cintakan I...dan I pun..."Victoria berhenti untuk seketika.

"...I pernah sukakan you sebelum I tahu apa yang you dah buat belakang I.I cuma nak berkelakuan adil.Putuskan sahaja pertunangan kita dan you bebas untuk buat apa saja yang you nak,"kata Victoria.Victoria ingin bangun dari tempat duduknya namun dihalang oleh Lee Joon.Victoria menoleh ke arahnya.

"Kalau I dah mula jatuh cinta dengan you...you sudi untuk beri satu lagi peluang untuk I?" Soal Lee Joon.Victoria terkejut dengan kata-kata lelaki itu.

"I tahu susah untuk you percayakan semua ni.Tapi..."Lee Joon menelan air liurnya.

"I...betul-betul dah jatuh cinta dengan you,Vic.Dan I sanggup berubah untuk menjadi lelaki yang you nak kalau itulah syarat untuk you terima semula I dalam hidup you,"kata Lee Joon.Victoria melepaskan tangannya.

"You tak perlu paksa diri you,Joon.I tak nak you paksa diri you untuk terima I semata-mata untuk memuaskan hati keluarga you.You ada hak untuk tentukan kehidupan you sendiri,"balas Victoria.

"Apa yang you nak I buat untuk buktikan cinta I pada you,Vic?!"

Semua yang berada di situ terkejut dengan kata-kata Lee Joon,termasuklah SeungHo,Cheondung,dan Mir.

"Apa yang you cakap ni?!" Balas Victoria,sambil menoleh ke arah sekelilingnya.Namun kakinya menjadi kaku apabila melihat ByungHee yang sedang berdiri di muka pintu itu.Jantungnya berdegup pantas.

"Op..oppa.."Katanya perlahan.Lee Joon turut memandang ke arah yang dilihat oleh Victoria itu.Keningnya terangkat sebelah.Lee Joon mengukir senyuman sinis.Jadi itulah lelaki yang berjaya mencuri hati Victoria selama ni?

Lee Joon kemudiannya menarik lengan Victoria masuk ke dalam pelukannya.Victoria terkejut dengan tindakan lelaki itu.Victoria cuba melepaskan dirinya dari pelukan Lee Joon itu,namun kudrat wanitanya tidak mampu untuk melawan pelukan Lee Joon yang erat itu.Victoria memandang ke arah ByungHee.ByungHee memandang ke arahnya sekilas sebelum dia melangkah naik ke tingkat atas bangunan Coffee Princes itu.SeungHo,Cheondung dan Mir sekadar memandang ke arah ByungHee yang berjalan melintasi mereka itu.Wajah ByungHee yang tegang itu membuatkan mereka tidak berani untuk menegur lelaki itu.

Lee Joon kemudiannya melepaskan pelukannya terhadap Victoria.Victoria memandang tajam ke arahnya.

"Tolong bagi I peluang untuk buktikan cinta I kepada you,Vic.Hanya satu peluang,"kata Lee Joon,bersungguh-sungguh.Victoria tidak bersuara.Dia masih lagi memikirkan ByungHee yang telah melihat pertemuannya bersama Lee Joon itu.

"I akan tunggu you di Seoul,Vic,"kata Lee Joon sambil mencium lembut tangan wanita itu.Dia segera beredar dari situ sambil menyembunyikan senyuman kemenangannya.Victoria pula cuba menahan air matanya daripada mengalir.

 

 

Victoria menunggu ByungHee di dalam bilik dengan hati yang gelisah.Dia melihat ke arah jam pada dinding bilik itu.Jarum menunjukkan pukul 12 tengah malam.Ke mana pula ByungHee pergi?

Penantiannya berakhir apabila melihat pintu bilik dibuka dan kelihatan ByungHee muncul pada muka pintu itu.Victoria tersenyum lega apabila melihat ByungHee yang baru sahaja pulang itu.ByungHee tidak segera berjalan ke arahnya,sebaliknya dia terus menuju ke arah bilik air.Victoria mulai berasa bimbang.Adakah ByungHee sedang marah terhadapnya?Lelaki itu langsung tidak bersuara apatah lagi memandang ke arahnya.Victoria kemudiannya terus menunggu ByungHee di situ dengan perasaan yang gelisah.

 

Victoria bangun dari katilnya apabila melihat ByungHee yang sedang melangkah keluar dari bilik air itu.Dia hampa apabila lelaki itu seolah-olah sedang mengelak dari melihat ke arahnya.Victoria kemudiannya memberanikan diri berjalan ke arah lelaki itu.Perlahan-lahan,dia memeluk tubuh lelaki itu dari belakang.ByungHee melepaskan keluhan berat.

"Oppa..."

Victoria mengeratkan lagi pelukannya.

"Vic...Vic.." Victoria melepaskan keluhan kecil.

"Apa yang oppa nampak tadi tu...tak seperti yang oppa sangkakan..Vic dengan Joon cuma.."

"Oppa letih."Balas ByungHee,memintas kata-kata Victoria.Victoria terkejut.ByungHee kemudiannya melepaskan pelukan Victoria terhadapnya itu.Hati Victoria tersentap dengan kelakuan dingin daripada ByungHee itu.ByungHee terus berjalan menuju ke arah katil tanpa langsung menoleh ke arah Victoria.Dia membaringkan dirinya , berpaling daripada Victoria.Victoria cuba menahan air matanya daripada mengalir.Perlahan-lahan,dia turut membaringkan dirinya bersebelahan dengan ByungHee.Dia sebak melihat ByungHee yang berkelakuan dingin dengannya pada malam itu.Tidak lama selepas itu,Victoria merasakan ByungHee bangun dari pembaringannya.Victoria menoleh ke arah ByungHee.Kelihatan lelaki itu bangun sambil memegang bantal menuju ke arah pintu.

"Oppa...oppa nak pergi mana?" Soal Victoria.Byunghee berhenti melangkah.

"Oppa tidur dekat bawah.Oppa ada kerja sikit nak buat,"kata ByungHee,tanpa menoleh ke arah Victoria.Dia kemudiannya beredar meninggalkan Victoria berseorangan di dalam bilik itu.Air mata Victoria akhirnya mengalir jua.Begitu besarkah kesalahannya sehingga dia dihukum sebegitu rupa?

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ