02

Opposite Attracts

Victoria memberhentikan keretanya di bahu jalan sebaik sahaja tiba di Changwon.Sun Young yang nyenyak tidur di sebelahnya itu turut terjaga apabila merasakan kereta yang dipandu oleh Victoria itu berhenti setelah lama dipandu dari Seoul.Sun Young menggosok-gosok matanya,cuba mengenal pasti lokasi mereka pada waktu itu.Matanya terbeliak luas.Pantas sahaja dia menoleh ke arah Victoria yang baru sahaja bersandar pada tempat duduknya itu.

"Unni...unni tak berehat langsung ke sejak kita bertolak dari Seoul ?" Soal Sun Young,sukar untuk percaya. Victoria sekadar tersenyum nipis.Dia mula menutup matanya secara perlahan-lahan.Barangkali dia mula berasa letih setelah mengharungi perjalanan yang begitu jauh itu.

"Unni nak berehatlah ni,"kata Victoria,perlahan.Sun Young melepaskan keluhan kecil.

"Gwenchana?Unni asyik diam saja sejak kita bertolak dari London.Apa yang dah berlaku sebenarnya unni?Apa yang Lee Joon oppa dah buat?"Soal Sun Young,ingin tahu.Ternyata dia masih tertanya-tanya akan perubahan sikap Victoria itu.Entah apa yang membuatkan Victoria begitu marah sehingga dia sanggup untuk memandu jauh dari Seoul hingga ke Changwon itu.Walaupun perjalanan mereka bermula dari London.

"Entahlah,Sun Young.Unni pun tak faham dengan tindakan unni sekarang ni." Kata Victoria,sambil membuka matanya secara perlahan-lahan.Lengan kirinya diletakkan di atas dahi.Sun Young sekadar mendengar.

"Unni tak sangka yang unni dah membuang masa unni hampir setahun dengan lelaki tak guna macam dia,"kata Victoria lagi.

"Jadi,maksud unni...dia dah tipu unni?"Soal Sun Young,bagaikan sudah dapat memahami punca kemarahan Victoria sejak mereka berada di London itu.Victoria tidak segera menjawab,sebaliknya hanya mampun melepaskan keluhan berat.Sun Young kemudiannya tersenyum nipis.

"Jadi,unni dengan dia...dah tak ada apa-apa hubungan?"Soal Sun Young lagi.Victoria memejamkan matanya.

"Baguslah kalau unni buat macam tu.Lagipun...saya pun...tak berapa suka dengan dia sebenarnya unni.Sebab dia...well u know...nampak nakal.Saya takut dia mempermainkan perasaan unni.Dan sekarang ni...semuanya dah terbukti,"kata Sun Young.Entah mengapa dia berasa lega dengan perpisahan yang berlaku antara Victoria dengan Lee Joon itu.Victoria menoleh ke arah Sun Young.

"Jadi Sun Young memang dah lama tahu ke pasal hal ni?"Soal Victoria.

"Saya cuma syak saja.Sebab saya tahu,yang unni sangat sayangkan dia.Sebab tu saya tak berani nak cakap bukan-bukan pasal dia.Saya takut kalau saya salah sangka,"kata Sun Young.Victoria kemudiannya memukul kepala Sun Young sebaik sahaja wanita itu menghabiskan kata-katanya.

"Ouch,unni!Wae?"Soal Sun Young sambil menggosok-gosok kepalanya yang kesakitan itu.

"Sun Young sepatutnya beritahu unni awal-awal.Kalau Sun Young beritahu unni dari dulu...tak adalah unni nak buang masa dengan lelaki tu macam ni,"kata Victoria , tidak puas hati. Sun Young kemudiannya tersenyum.

"Sekurang-kurangnya unni masih belum terlambat untuk mula mencari cinta baru,kan?"Balas Sun Young.Victoria melepaskan keluhan berat.Dia kembali bersandar pada tempat duduknya itu.

"Ottoke?Unni tak nak hal ni diketahui media.Apa yang unni nak cakap dengan family unni di China kalau mereka tahu pasal hal ni?"Soal Victoria,mulai bimbang.Dia seolah-olah baru sedar akan kesan daripada tindakan terburu-burunya itu.Apatah lagi,dia turut meminta Sun Young untuk membatalkan semua aktivitinya tanpa memberi sebarang alasan yang kukuh kepada agensinya itu.Sun Young turut melepaskan keluhan berat.

"Unni tak payah fikir lagilah pasal hal tu.Yang penting...semuanya dah berlaku.Kita pun dah ada dekat Changwon.Apa kata kita enjoy saja dekat sini?"Soal Sun Young.Victoria menoleh ke arahnya.

"Kalau apa-apa terjadi dengan karier unni macam mana?"Soal Victoria,masih bimbang.

"Unni tak payah risaulah pasal hal tu.Tapi kalau katakan apa yang unni cakap tu betul betul berlaku...senang cerita,unni berhenti saja.Kahwin dengan orang kaya...lagi kaya dari Lee Joon tu.Unni nanti boleh duduk goyang kaki saja,"kata Sun Young,berseloroh.Sekali lagi Victoria memukul kepala Sun Young. Sun Young mengaduh kesakitan.

"Just kiddinglah,unni,"kata Sun Young.Victoria mencebik.

"Lagipun..manalah tahu..kalau-kalau unni ada tersangkut dengan lelaki dekat Changwon ni kan.Sebab tu saya cakap macam tu,unni,"kata Sun Young,tidak penat untuk mengusik Victoria.Victoria hanya mampu ketawa.

"Unni tersangkut dengan lelaki dekat Changwon ni?OMG...semua tu mengarut okey?Bukan standard unnilah nak cari lelaki kampung kat sini,"kata Victoria,penuh yakin.

"Unni jangan cakap macam tu.Saya takut kalau unni nanti jatuh cinta separuh mati dengan lelaki kat Changwon ni,"kata Sun Young,mencabar.Victoria memandang ke arahnya.

"Unni akan pastikan yang semua tu tak akan terjadi,"kata Victoria lagi.

"Dahlah,unni dah penat.Bagi unni rehat sekejap,"kata Victoria,berura-ura untuk menyambung rehatnya yang terganggu itu.

"Unni nak saya drive?Sebab kita dah tak jauh dah pun dengan rumah saya,"kata Sun Young,memberi cadangan.

"Okey.Boleh juga.Unni dah tak sabar nak jumpa dengan Mr.Katil,"kata Victoria,berseloroh.Sun Young sekadar tersenyum.

 

 

"Unni,bangunlah.Kita dah sampai,"kata Sun Young,menggerak-gerakkan bahu Victoria yang sedang lena dibuai mimpi itu.Perlahan-lahan,Victoria membuka matanya.Sun Young pula mula membuka tali pinggang keledarnya itu.

"Kita kat mana ni?"Soal Victoria,melihat sebuah rumah yang tersergam indah di hadapan matanya itu.Sun Young tersenyum.

"Ni lah rumah nenek saya,unni.Selamat datang ke Changwon,"kata Sun Young sambil tersenyum.

"Besarnya!"Ternyata Victoria tidak percaya dengan kata-kata Sun Young itu.

"Jomlah kita masuk,unni,"kata Sun Young,mengajak Victoria untuk masuk ke dalam rumahnya.

 

"Nenek!"

Panggil Sun Young,sambil melangkah masuk ke dalam rumah itu.Victoria sekadar mengikutnya dari belakang.Dia kagum dengan kemewahan yang ada di rumah milik nenek Sun Young itu.

"Em...nenek mesti ada dekat belakang.Jom,unni,"kata Sun Young sambil mencapai tangan Victoria supaya mengikut langkahnya itu.Victoria sekadar menurut.

Mata Victoria terbuka luas apabila melihat sebuah kebun bunga yang sangat cantik dan luas yang terletak di halaman belakang rumah milik keluarga Sun Young itu.Sungguh dia tidak percaya apabila melihat pelbagai jenis tanaman yang berada di situ.

"Cantiknya tempat ni,"puji Victoria.Sun Young menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

"Nilah hobi nenek saya,unni.Dia memang suka bercucuk tanam macam ni.Lagipun ni baru sikit tahu.Baru-baru ni,saya dapat tahu dari sepupu saya yang nenek ada beli tanah baru dekat Changwon ni sebab dia nak luaskan lagi perniagaan dia ni,"kata Sun Young.

"Wow,hebatnya.Jadi..semua ni memang nenek Sun Young sajalah yang uruskan?"Soal Victoria.

"Sekarang ni...nenek saya dah ada pekerja-pekerja bawahan dia.Sekali-sekala,sepupu saya pun akan datang tolong juga walaupun sepupu saya tu...ada business dia sendiri juga,"kata Sun Young.

"Kenapa Sun Young tak tolong nenek Sun Young?"Soal Victoria,ingin tahu.

 

"Sebab dia tu pemalas.Sebab tu dia tak nak tolong."

Victoria terkejut apabila terdengar suara seorang lelaki bercakap di belakangnya.Perlahan-lahan,dia menoleh ke belakangnya.Kelihatan seorang lelaki berbaju t-shirt hitam,berseluar jean biru dan memakai but berwarna hitam sedang berdiri di belakangnya sambil mengangkat dua guni baja di atas bahu kirinya.Lelaki itu kemudiannya meletakkan guni itu di atas tanah.Victoria sekadar memandang ke arah lelaki yang tidak dikenalinya itu.Begitu juga dengan lelaki itu.Lelaki itu kemudiannya mengalihkan pandangannya ke arah Sun Young.

"Kau apahal dekat sini?Tak ada angin tak ada ribut,tiba-tiba balik Changwon ni kenapa pula?'Soal lelaki itu kepada Sun Young.Sun Young sekadar mencebik apabila mendengar pertanyaan lelaki itu.

"Yah...suka hatilah orang nak balik ke tak nak.Lagipun ni bukannya rumah oppa seorang,"kata Sun Young.

Oppa?Lelaki ni abang kepada Sun Young kah?Soal Victoria sendiri.

"Oppa Sun Young ni nampak saja macam tak suka bila Sun Young balik.Tapi dialah yang selalu risau kalau Sun Young dah lama tak balik rumah nenek ni tau."

Tiba-tiba kelihatan seorang wanita pertengahan umur muncul di situ.Victoria sekadar memandang ke arah wanita itu.

"Nenek!" Tanpa membuang masa lagi, Sun Young segera berlari memeluk ke arah neneknya itu.Neneknya itu turut membalas pelukan cucu perempuannya itu.

"Sun Young rindu sangat dekat nenek tau,"kata Sun Young.Sementara itu,lelaki yang dipanggil 'Oppa' oleh Sun Young itu menoleh ke arah Victoria.Victoria yang menyedari pandangan lelaki itu,segera mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Sun Young cuti ke?Kenapa tak call nenek cakap yang Sun Young nak balik hari ni?"Soal neneknya,ingin tahu.Sun Young menggaru-geru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Saja nak bagi nenek surprise,"kata Sun Young.

"Ni siapa pula?"Soal neneknya,sebaik sahaja menyedari kehadiran Victoria di situ.

"Oh..kenalkan..ni lah artis yang Sun Young selalu cerita dekat nenek tu.Sun Younglah pengurus peribadi dia waktu bekerja dekat Seoul,"kata Sun Young sambil memegang tangan Victoria.

"Patutlah saya macam pernah nampak awak.Awak Victoria kan?" Soal lelaki itu.Victoria sekadar mengangguk.

"Oh...Victoria.Cantiknya..."Puji nenek Sun Young sambil menyentuh pipi Victoria yang gebu itu.

"Maaf sebab datang secara tiba-tiba.Saya tak berniat nak ganggu puan dengan keluarga,"kata Victoria.

"Ganggu apanya.Nenek suka kalau ada tetamu datang rumah nenek ni.Lagi satu...tak payah nak berpuan-puan...panggil nenek je," kata wanita itu lagi.Victoria sekadar tersenyum.Hatinya senang dengan kemesraan yang diberikan oleh keluarga Sun Young itu terhadapnya.

"Eh jomlah kita masuk.Mesti kamu berdua penat kan?"Nenek Sun Young atau pun lebih dikenali sebagai Puan Park itu mengajak kedua-dua wanita itu untuk masuk ke dalam rumahnya.Victoria sekadar tersenyum sambil mengangguk.Sun Young pula terus memaut lengan neneknya sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

"Jung Byung Hee."

Kaki Victoria berhenti melangkah.Dia menoleh semula ke arah lelaki itu.Kelihatan lelaki itu melangkah ke arahnya.

"Nama saya Jung Byung Hee."Kata lelaki itu lagi.

"Oh...Victoria...Victoria Song,"kata Victoria.Kelihatan lelaki bernama Byung Hee itu tersenyum.

"Selamat datang ke rumah kami,Victoria-ssi,"kata ByungHee sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah itu.Victoria sekadar memandang ke arahnya.Siapa lelaki itu sebenarnya?

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ