20

Opposite Attracts

"Sun Young ah."

Sun Young menoleh ke arah Victoria yang sedang berjalan menuju ke arahnya itu.

"Ada apa,unni?" Sun Young menghentikan bacaannya untuk seketika.

"Em...ByungHee pergi mana?Unni call dia,dia tak angkatlah,"soal Victoria sambil menaip sesuatu pada skrin telefon bimbitnya.

"Sun Young pun tak pastilah,unni.Dia tak cakap apa-apa pun,"kata Sun Young,sebelum dia menyambung bacaannya semula.Victoria bersandar pada sofa sambil melepaskan keluhan berat.Sudah hampir 3 hari,ByungHee sering pulang lewat ke rumah.Sebaik sahaja dia tiba di rumah,dia terus masuk ke dalam bilik untuk berehat.

"Kenapa nampak resah saja ni,unni?Ni mesti kes orang tengah rindu dekat boyfriend ni,"kata Sun Young seraya mengusik.

"Tak adalah.Selalunya dia beritahu unni ke mana dia pergi.Sekarang ni..macam susah pula nak jumpa dia walaupun duduk satu rumah.Kalau pergi ke Coffee Princes tu pun,dia asyik sibuk saja.Dah tak ada masa nak layan unni.Kita pun dah nak balik ke Seoul.Unni...unni nak lah habiskan masa yang masih ada ni dengan dia sebelum kita pergi,"kata Victoria.Sun Young turut membisu.Dia hanya memandang ke arah Victoria yang sedang murung itu tanpa langsung berkata apa-apa.

 

ByungHee melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang perlahan.Bimbang sekiranya kepulangannya itu akan mengejutkan orang lain yang sedang lena dibuai mimpi ketika itu.Lampu ruang tamu itu dipetiknya,sebelum dia menuju ke dapur.Namun langkahnya terhenti apabila matanya terpandang ke arah sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas sofa di ruang tamu itu.

Victoria?

Perlahan-lahan,dia berjalan menuju ke arah Victoria yang sedang tertidur di atas sofa itu.Hatinya dihambat rasa bersalah apabila melihat Victoria yang sedang tidur seorang diri di ruang tamu itu.Pastinya wanita itu sedang menunggu kepulangannya.Perlahan-lahan,dia mengusap lembut rambut Victoria yang panjang itu.Sentuhan lembutnya itu membuatkan Victoria terjaga dari tidurnya.ByungHee yang keletihan itu menguntum senyuman manis ke arahnya.

"Kenapa tidur sini,Vic?Sini kan sejuk.Nanti kalau Vic demam kan susah,"kata ByungHee,perlahan.Perlahan-lahan,Victoria bangun dari pembaringannya sambil diperhatikan oleh ByungHee.Victoria yang sedang mengantuk itu menoleh ke arah jam dinding.Matanya terbuka sedikit luas apabila melihat jarum jam yang menunjukkan pukul 3 pagi itu.Serta-merta dia menoleh ke arah ByungHee.

"Oppa pergi mana?Kenapa sekarang baru balik?" Soal Victoria.Kedengaran serak-serak basah suaranya.

"Oppa ada kerja lain yang nak disiapkan.Sebab tu oppa balik lambat,"kata ByungHee.

"Sampai 3 pagi?Sebelum ni,oppa tak pernah pun balik lambat macam ni,"kata Victoria.

"Oppa pernah saja balik lambat macam ni.Vic saja yang tak tahu,"balas ByungHee.Victoria kemudiannya meletakkan tangannya pada dahi lelaki itu.Bimbang sekiranya lelaki itu jatuh sakit kerana sering pulang lewat dari kerja itu.

"Oppa dah makan?" Soal Victoria,prihatin.ByungHee angguk sambil tersenyum.Victoria menyentuh pipi lelaki itu sebelum dipeluknya lelaki itu dengan erat.

"Vic...waeyo?" Soal ByungHee,hairan.Victoria memperkemaskan pelukannya terhadap ByungHee.

"Oppa buat Vic risau.Vic call oppa banyak kali tau.Tapi sekali pun oppa tak jawab.Mesej pun tak berbalas.Vic risau,"kata Victoria.ByungHee kemudiannya membalas pelukan wanita itu.

"Miane...oppa tak sengaja nak buat Vic risau.Tapi oppa betul-betul tak ada apa-apa.Oppa cuma sibuk dengan kerja,"kata ByungHee.Victoria masih enggan untuk melepaskan pelukannya itu.

"Bogosippo..."Bisik Victoria.ByungHee tersenyum.

"Nado..."Balas ByungHee.Perlahan-lahan,Victoria melepaskan pelukannya.

"Dah,jom kita naik atas.Lain kali Vic jangan tidur sini lagi,okey?"Kata ByungHee sebelum dia mencuit hidung Victoria.Victoria tersenyum.ByungHee kemudiannya mengangkat tubuh Victoria sebelum dia menuju ke arah tangga.

"Oppa!Turunkan Vic.Vic boleh jalan sendirilah,"kata Victoria,minta dilepaskan oleh ByungHee.ByungHee sekadar tersenyum sambil terus menaiki tangga menuju ke arah biliknya.

"Oppa...ni bukan bilik Vic lah,"kata Victoria,tergamam apabila ByungHee terus mengunci pintu biliknya.ByungHee kemudiannya meletakkan Victoria di atas katil dengan perlahan sebelum dia membaringkan dirinya di atas katil.Victoria tersenyum apabila melihat ByungHee yang sudah memejamkan matanya itu.Victoria kemudiannya menarik selimut sehingga ke paras dada ByungHee,sebelum dia bangun dari katil.Namun pergerakannya terhenti apabila lengannya dipegang oleh ByungHee.Victoria menoleh ke arahnya.

"Kajima..."Kata ByungHee.

"Vic nak masuk bilik Vic lah,oppa.Oppa tidurlah.Dah lewat dah ni,"kata Victoria.ByungHee kemudiannya menarik Victoria supaya duduk semula di atas katil.

"Temankan oppa malam ni,hm?"Soal ByungHee,perlahan.

"Eee..mengada-ngadanya dia ni.Selalu boleh saja oppa tidur seorang-seorang.Kenapa tiba-tiba oppa nak Vic temankan pula ni?"Soal Victoria.

"Salah ke?Lagipun kita bukannya tak pernah tidur sekali kan,"kata ByungHee,sambil tersenyum nakal.Wajah Victoria berubah merah sebaik sahaja ByungHee menghabiskan kata-katanya.

"Yang...yang tu...kita...kita tak buat apa-apa pun,okey?So...jangan nak mengada-ngada,"kata Victoria,malu.

"Oppa cuma cakap kita pernah tidur sekali saja.Tak cakap lebih dari tu pun kan.Kenapa?Vic nak cuba?"Soal ByungHee,sengaja mengusik.

"Boleh tak kalau..."Victoria melepaskan nafas panjang,cuba untuk menenangkan dirinya.ByungHee sekadar ketawa kecil.
"Oppa pergilah tidur,okey?Vic masuk bilik dulu.Good night."

Namun,ByungHee enggan untuk melepaskan lengan Victoria.

"Temankan oppa malam ni,please?"Pinta ByungHee,bersungguh-sungguh.

"Okey.Vic temankan oppa sampai oppa tidur,okey?" Soal Victoria.

"Temankan oppa sampai pagi lagi bagus,"balas ByungHee,sambil tersenyum.Victoria sekadar menggelengkan kepalanya.Dia kemudiannya membaringkan tubuhnya di sebelah ByungHee.Mereka berpandangan antara satu sama lain.

"Oppa,tidurlah,"kata Victoria.ByungHee mencapai tangannya sebelum digenggamnya erat.

"Vic temankan oppa sampai pagi.Hm?"Pinta ByungHee.Victoria tersenyum.

"Mengada-ngadanya Encik Gom ni,"kata Victoria sambil mencuit hidung ByungHee.ByungHee sekadar tertawa kecil sebelum dia memejamkan matanya secara perlahan-lahan.

"Love you,Gom,"bisik Victoria,sambil memandang ke arah ByungHee yang sudah pun melelapkan mata itu.ByungHee tersenyum lebar.

 

 

 

Victoria terkejut apabila melihat sebuah kotak berwarna hitam yang besar berada di atas katil,sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam biliknya.Tanpa berlengah,dia terus menuju ke arah katilnya sebelum dibuka kotak hitam itu.Matanya terbuka luas apabila melihat sehelai gaun berwarna merah hati yang tersimpan kemas di dalam kotak hitam itu.Sekeping kad putih yang terselit dengan rapi di dalam gaun itu diambilnya.Perlahan-lahan,bibirnya menguntum senyuman manis apabila melihat isi kandungan yang tertulis di dalam kad itu.

 

Coffee Princes

8PM

 

-Jung G.O-

 

 

Victoria terkejut apabila melihat Mir yang berpakaian kemeja putih berserta vest berwarna hitam itu sedang berdiri di pintu masuk bangunan Coffee Princes,persis seorang butler yang menantikan kehadiran tetamunya.Perlahan-lahan,dia berjalan mendekati ke arah Mir.Mir tersenyum manis ke arahnya sambil menundukkan sedikit kepalanya.

"Selamat datang ke Coffee Princes.Silakan masuk, Cik Victoria,"ucap Mir,sambil membukakan pintu untuk Victoria.Victoria yang masih kekok dengan layanan Mir itu sekadar mampu tersenyum sebelum dia melangkah masuk ke dalam Coffee Princes itu.Dia terpegun melihat ruang dalam Coffee Princes yang dihias cantik itu.Dekorasinya kelihatan sedikit berbeza jika mahu dibandingkan dengan kebiasaannya.

"Silakan duduk,Cik Victoria."

Victoria menoleh.Kelihatan Cheondung yang berpakaian seperti Mir itu sedang menarikkan kerusi untuknya.Victoria kemudiannya melabuhkan punggung di atas kerusi itu.

"Em...Cheondung ah...em...apa semua ni?" Soal Victoria,tidak memahami.Cheondung sekadar tersenyum sambil mengenyitkan matanya.Dia kemudiannya menuangkan wine merah ke dalam gelas tanpa menjawab pertanyaan daripada wanita itu.Cheondung terus beredar meninggalkan Victoria di situ sebaik sahaja dia selesai melakukan tugasnya.

"Apa semua ni? Mana oppa?" Soal Victoria sendiri,sambil mencari-cari kelibat ByungHee di situ.

Perhatiannya Victoria kemudiannya teralih apabila kedengaran petikan bunyi piano sedang dimainkan tidak jauh dari tempat duduknya itu.Dia terpana untuk seketika apabila melihat ByungHee yang sedang duduk memainkan alunan muzik yang merdu melalui piano itu.Pandangan mereka bertentangan antara satu sama lain apabila ByungHee turut memandang ke arahnya sambil tersenyum.

 

Soljikhi yojeum manhi gominhaesseo modeunge geojitmal gatasseo
Aryeonhi jinan sigancheoreom nuntteumyeon sarajyeobeoril kkumcheoreom
Cheot nun gateun seolleimeul seonmulhaejun neo(neo)
Huin nungachi hayake useojuneun neo(useojuneun neo)
Neoman saenggakhamyeon tto ttwige dwae

Celebrate haneuldo uril chukhahae(Uh uh Uh uh)
Celebrate sesangeun uri baegyeongi doego(urin juingongi dwae)
Naegen cheot nunkkot gateun neoraseo neol bomyeon soljikhi tteollyeoseo Celebrate
Akkimeobsi maeil achim haega tteudeusi nan byeonhaji anheulge


"Opps..."

ByungHee menggigit bibirnya apabila melakukan kesilapan ketika memainkan lagu ' Celebrate ' melalui piano itu.Dia memandang ke arah Victoria.SeungHo yang berdiri tidak jauh dari ByungHee itu sekadar meletakkan tangan pada dahinya sambil menggeleng.

"Em...oppa ulang balik,"kata ByungHee,sebelum dia memainkan semula lagu 'Celebrate' pada piano itu.Namun,sekali lagi dia melakukan kesilapan.ByungHee kemudiannya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.Victoria yang hampir menangis itu sekadar menahan dirinya daripada ketawa.

"Nampaknya oppa memang tak berbakat dalam main piano ni...Hahaha..miane,"kata ByungHee,perlahan.Victoria sekadar memandang ke arahnya sambil tersenyum.

"Harap Vic tak merajuk dengan oppa.Sebab oppa tak nak menari lagu Gom dengan baju suit macam ni,"kata ByungHee,seraya berseloroh.Victoria akhirnya ketawa juga sebaik sahaja ByungHee menghabiskan kata-katanya.ByungHee turut ketawa sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ