27

Opposite Attracts

Victoria membuka matanya sebaik sahaja menyedari sinaran matahari yang mulai menyilaukan matanya itu.Dia menoleh ke arah ByungHee yang masih lena dibuai mimpi itu.Bibirnya menguntum senyuman manis sebelum dia menghadiahkan kucupan selamat pagi pada pipi lelaki itu.Ternyata tidur lelaki itu begitu nyenyak sehingga dia langsung tidak sedar akan ciuman daripada Victoria itu.Victoria bangun dari pembaringannya sebelum dia melihat ke arah lengannya yang masih lebam itu.Dia tersenyum apabila melihat kesan lebam yang semakin surut itu.Semuanya kerana ByungHee.Lelaki itu sanggup berjaga malam kerananya semata-mata untuk merawat kesan-kesan lebam yang berbekas pada tubuhnya itu.Dia menoleh semula ke arah ByungHee.Rambut ByungHee yang hitam keperangan itu diusapnya dengan lembut.

"Gomawo,oppa,"ucap Victoria dengan lembut sebelum dia mencium bibir lelaki itu.Dia tersenyum lebar kerana lelaki itu masih terus lena dibuai mimpi.Tanpa menunggu ByungHee yang masih lena itu,dia segera bangun dari katil sebelum menuju ke arah bilik air untuk bersiap.

 

Victoria menyarungkan baju lengan panjang sambil menoleh ke arah ByungHee yang masih lena di atas katil itu.Dia kemudiannya berjalan ke arah katil setelah selesai bersiap.Dia menatap wajah ByungHee yang sedang tidur itu sebelum dia menghadiahkan kucupan pada bibir lelaki itu.Kali ni,Victoria tersenyum lebar apabila melihat ByungHee yang mulai membuka matanya secara perlahan-lahan.

"Eh,Vic dah bangun?Dah pukul berapa ni?" Soal ByungHee.Suaranya kedengaran serak.

"Dah pukul 9."Jawab Victoria sambil mengusap lembut kepala lelaki itu.ByungHee tersenyum ke arahnya.

"Badan Vic ada rasa sakit-sakit lagi?" Soal ByungHee sambil memegang tangan wanita itu.Victoria menggeleng.

"Tak sakit sangat dah.Gomawo,"ucap Victoria.

"Oppa tak buat apa-apa pun,"balas ByungHee sambil tersenyum.ByungHee kemudiannya menguap sebelum dia memejamkan matanya semula.

"Oppa nak tidur lagi?" Soal Victoria,separuh berbisik.

"Em." Balas ByungHee dengan matanya yang terpejam itu.

"Vic turun bawah dulu ya?"Victoria kemudiannya mencium pipi lelaki itu sekali lagi sebelum dia beredar meninggalkan ByungHee yang menyambung lenanya itu semula.

 

 

Victoria sibuk menyiapkan hidangan sarapan pagi yang ringkas untuk ByungHee di dapur.Dia sendiri hairan ke mana semua orang yang berada di rumah itu menghilang.Victoria terkejut apabila merasakan sepasang tangan gagah melingkari pinggangnya dari belakang.Dia menoleh ke arah belakang dan kelihatan ByungHee sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum.

"Vic buat apa ni?" Soal ByungHee yang masih mengantuk itu sambil meletakkan dagunya pada bahu wanita itu.Victoria tersenyum.

"Tengah buatkan breakfast untuk oppalah.Tak tahulah kalau-kalau oppa suka ke tak,"kata Victoria.ByungHee tersenyum lebar apabila mendengar jawapan wanita itu.

"Jinja?Wah...pertama kali Vic masakkan untuk oppa.Oppa tak sabar nak rasa ni,"kata ByungHee sambil mengeratkan pelukannya terhadap Victoria itu.

"Oppa!Vic tengah masak ni,"kata Victoria,sedikit terkejut dengan pelukan ByungHee yang semakin erat itu.ByungHee tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya yang kemas itu.

"Oppa dah mandi ke belum ni?" Soal Victoria.ByungHee menggelengkan kepalanya.

"Euw...patutlah bau busuk.Rupanya tak mandi lagi,"usik Victoria sambil menutup hidungnya.ByungHee mencebik.

"Eleh.Tadi dia cium-cium orang,tak pula bising cakap orang busuk.Sekarang dia baru nak bising cakap kita busuk,"balas ByungHee.Victoria menoleh ke arahnya.

"Macam mana oppa tahu yang Vic cium oppa?" Soal Victoria,terkejut.ByungHee sekadar membalasnya dengan senyuman nakal.Victoria kemudiannya memukul lengan lelaki itu.

"Oppa saja buat-buat tidur ekh?Jahat!" 

ByungHee ketawa terbahak-bahak melihat wajah Victoria yang berubah merah itu.Sungguh dia amat merindui untuk melihat wajah Victoria yang malu seperti itu.Dia kemudiannya mencium bibir wanita itu sebelum beredar meninggalkan dapur untuk bersiap.Victoria sekadar menggeleng sambil tersenyum.

 

Victoria menantikan reaksi ByungHee yang sedang merasai masakannya itu dengan perasaan yang berdebar-debar.ByungHee memandang ke arahnya.

"So...macam mana?Sedap tak?" Soal Victoria.ByungHee tersenyum ke arahnya.

"Tak sangka bakal isteri oppa ni pandai masak juga ye." Balas ByungHee sambil mengenyitkan matanya.Victoria tersenyum malu mendengar pujian daripada lelaki itu.

"Nanti Vic masakkan untuk oppa lagi,okey?" Pinta ByungHee.Victoria angguk laju.ByungHee kemudiannya menyambung semula sarapannya itu.Victoria sekadar memandang ke arahnya.

"Oppa..."

"Hm?"

"Mana yang lain?Tak nampak pun dekat rumah ni,"soal Victoria,ingin tahu.

"Oh...Hye Yoon Noona bawa mereka bercuti,"jawab ByungHee.

"Kenapa oppa tak ikut?" Soal Victoria,ingin tahu.

"Oppa ada kerja sikit.Memang Noona beria-ia ajak oppa pergi sekali.Tapi...oppa tak dapat nak ikut.Lagipun...tak sangka pula yang Vic akan balik ke sini semula kan,"kata ByungHee sambil tersenyum ke arahnya.

"Sun Young tak bangun tidur lagi?" Soal Victoria, sambil memandang ke arah jam dindingnya itu.

"Macamlah Vic tak kenal dengan Sun Young kan.Pagi esok baru dia bangun tidur,"kata ByungHee,seraya bergurau.Victoria tertawa kecil mendengar gurauan lelaki itu.ByungHee kemudiannya bangun dari tempat duduknya sebaik sahaja selesai menghabiskan sarapan paginya.Victoria turut mengemas semula meja.ByungHee berjalan menuju ke arah sinki sebelum pandangannya menjadi kabur semula.ByungHee menggeleng kepalanya berkali-kali.Victoria yang melihat keadaan ByungHee itu segera berjalan ke arah lelaki itu.

"Oppa...kenapa ni?" Soal Victoria,bimbang.ByungHee menoleh ke arahnya.ByungHee cuba mengecilkan matanya apabila dia tidak dapat melihat Victoria dengan jelas.

"Em...okey.Cuma..tiba-tiba rasa pening,"kata ByungHee,berbohong.

"Kalau macam tu,biar Vic yang buatkan kerja.Oppa pergilah duduk dulu,okey?" Kata Victoria.

"Eh tak apa.Tak teruk sangat pun,"kata ByungHee,tetap berdegil.

"Tak apa.Biar Vic yang buatkan." Victoria mengambil pinggan yang dipegang oleh ByungHee itu sebelum dia menolak lembut tubuh lelaki itu menuju ke ruang tamu.

"Oppa duduk sini.Nanti Vic ambilkan ubat untuk oppa,okey?" Kata Victoria sebelum dia meninggalkan ByungHee yang sedang duduk di ruang tamu itu.ByungHee memandang ke arah Victoria yang sedang berjalan menuju ke arah dapur itu.Pandangannya masih lagi kabur.Kali ini semakin lama.Dia berusaha untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas namun usahanya itu tidak berhasil.Dia kemudiannya cuba berbaring di atas sofa sambil meletakkan lengan pada dahinya.Perlahan-lahan,dia memejamkan matanya, dengan harapan agar matanya dapat melihat dengan jelas semula.

 

"Oppa..."

Dahi ByungHee berkerut apabila terdengar namanya dipanggil oleh seseorang.

"Oppa..."

Perlahan-lahan,ByungHee membuka matanya.Namun entah mengapa pandangannya menjadi gelap.Dia langsung tidak dapat melihat sekelilingnya.

"Oppa..."

Kedengaran suara lembut Victoria sedang memanggil namanya.

"Vic?"

ByungHee menggerak-gerakkan tangannya,cuba untuk mendapatkan Victoria.

"Vic?Vic dekat mana?"Soal ByungHee,mulai gelisah.

"Oppa...Vic ada dekat sinilah,"kata Victoria sambil mencapai tangannya.ByungHee cuba mengerdipkan matanya berkali-kali sebelum dia dapat melihat semula secara perlahan-lahan.Kelihatan Victoria sedang memandang ke arahnya dengan riak wajah yang bimbang.

"Vic." ByungHee meraba-raba wajah Victoria di hadapannya itu.Victoria memegang tangan ByungHee yang berada pada wajahnya itu.

"Oppa...oppa kenapa ni?Oppa buat Vic takutlah,"kata Victoria.

"Em...Oppa mimpi kot.Oppa mimpi,"kata ByungHee,berbohong.Apa yang pasti,dia betul-betul takut apabila menyedari pandangannya menjadi gelap secara tiba-tiba itu.Victoria tersenyum ke arahnya.

"Nah,ubat.Oppa makan ubat ni.Mungkin oppa pening sebab oppa tak cukup tidur kot,"kata Victoria sambil menghulurkan dua biji pil kepada lelaki itu.ByungHee melihat ke arah pil yang berada di atas telapak tangan Victoria itu.

"Banyaknya pil ni.Vic nak oppa makan semua ke?" Soal ByungHee.Vic terkejut apabila mendengar kata-kata ByungHee itu.Banyak?

"Memang ubat ni kena makan dua biji,oppa.Takkan oppa tak pernah makan PCM kot?" Soal Victoria,hairan.ByungHee cuba mengecilkan matanya.Ternyata Victoria betul.Cuma ada dua biji pil di atas telapak tangannya.Victoria mendekatkan wajahnya ke arah ByungHee.

"Oppa...oppa betul-betul okey ke ni?" Soal Victoria,semakin bimbang sambil meletakkan tangannya pada dahi lelaki itu.ByungHee menepis lembut tangan Victoria yang menyentuh dahinya itu.Victoria terkejut.

"Oppa okey." ByungHee segera mengambil pil yang ada pada telapak tangan Victoria itu sebelum ditelannya bersama air suam.ByungHee memandang ke arah Victoria yang tiba-tiba tidak bersuara itu.

"Wae?" Soal ByungHee,hairan.

"Oppa dah buat Vic takut tadi.Oppa betul-betul tak apa-apa ke ni?" Soal Victoria,bimbang.Matanya kelihatan bergenang.

"Eh,oppa betul-betul okeylah.Oppa tak sakit apa-apa,"kata ByungHee,cuba meyakinkan Victoria yang mulai hendak menangis itu.

"Vic takut kalau oppa sakit sebab jaga Vic semalam,"kata Victoria.Suaranya mulai kedengaran sebak.ByunGHee tersenyum sambil menggosok-gosok kepala wanita itu.

"I'm okay.Vic tak perlu nak risau apa-apa,okey?"Kata ByungHee.Victoria mengesat air matanya yang hampir mengalir itu.

"Jinja?" Soal Victoria,inginkan kepastian.ByungHee angguk sambil tersenyum.

"Okey.Tapi oppa kena rehat tau hari ni.Kalau oppa nak apa-apa,oppa beritahu Vic okey?" Kata Victoria.ByungHee sekadar angguk sambil tersenyum.Victoria kemudiannya bangun dari situ sebelum beredar meninggalkan ByungHee.ByungHee melepaskan nafas lega.Dia begitu bimbang sekiranya Victoria mengesyaki masalah yang sedang dihadapinya itu.ByungHee baring semula di atas sofa itu.Namun,dia enggan untuk melelapkan matanya.Bimbang sekiranya pandangannya menjadi gelap semula.Sungguh dia takut untuk menghadapi semua itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ