11

Opposite Attracts

ByungHee meletakkan dua gelas jus lemon dan sepotong kek di atas bangku kayu itu sambil diperhatikan oleh Victoria.Mereka terus menuju ke Coffee Princes sebaik sahaja selesai melawat Puan Jung di hospital.ByungHee yang berpakaian kemeja putih berserta apron hitam itu kemudiannya melabuhkan punggung di sebelah Victoria.Victoria sekadar membiarkan lelaki itu mengambil tempat di sebelahnya.

"Saya minta maaf sebab tak beritahu awak mengenai omma saya sebelum ni,"kata ByungHee.Victoria tidak memandang ke arah ByungHee.Dia lebih selesa memandang ke arah jus lemon yang berada di hadapannya itu.

"Sejak bila eomeoni jadi macam tu,ByungHee?" Soal Victoria,ingin tahu.Dia masih terkejut dengan keadaan Puan Jung yang baru sahaja ditemuinya sebentar tadi.ByungHee menarik nafas dalam sebelum dia menghembuskannya secara oerlahan-lahan.

"Omma jadi macam tu 2 bulan selepas dia bercerai dengan appa.Pada mulanya,pandangan dia jadi kabur.Dan tak lama selepas tu,dia terus tak dapat nampak apa-apa dah,"kata ByungHee.Victoria memandang ke arah ByungHee.

"Lepas tu apa yang awak buat untuk pulihkan eomeoni?"Soal Victoria.ByungHee tersenyum hambar sebaik sahaja dia mendengar pertanyaan Victoria itu.

"Buat masa ni...masih belum ada apa-apa rawatan untuk pulihkan penyakit omma,"kata ByungHee.Victoria terdiam untuk seketika.

"Takkan langsung tak ada?Maksud saya...awak dah pernah cuba untuk dapatkan rawatan di Amerika?" Soal Victoria.ByungHee menggeleng.

"Saya dah pernah cuba tapi...memang tak ada.Buat masa ni,mereka hanya mampu beri ubat untuk elakkan komplikasi saja,"kata ByungHee.Victoria melepaskan keluhan berat.Ternyata amat sukar baginya untuk menerima kenyataan itu.ByungHee kemudiannya tersenyum ke arah wanita itu.

"Awak jangan risau.Omma seorang yang kuat.Asalkan kita selalu ada bersama dia,dia takkan sesekali mengalah dengan mudah,"kata ByungHee sebelum dia menepuk lembut bahu wanita itu.Victoria menoleh ke arahnya.

"Apa lagi yang saya masih belum tahu mengenai awak,ByungHee?" Soal Victoria.ByungHee memandang ke arah Victoria.Perlahan-lahan,dia mendekatkan wajahnya kepada Victoria.Victoria menjarakkan sedikit wajahnya daripada ByungHee.Victoria yang melarikan anak matanya daripada bertentang mata dengan ByungHee itu membuatkan lelaki itu tersenyum lebar.

"Kalau awak nak tahu...saya boleh beritahu awak,"kata ByungHee,separuh berbisik.Bisikan ByungHee itu membuatkan wajah Victoria terasa panas.

"Yah Jung Byung Hee...jauhkan sikit muka awak.Saya rimaslah,"kata Victoria,malu.Ish,dia ni...orang tengah rasa sedih bercerita pasal eomeoni...dia nak usik kita pula...ByungHee tersenyum sebelum dia akur pada permintaan wanita itu.

"Kalau saya nak pergi jumpa dengan omma lagi,awak nak ikut saya lagi?"Soal ByungHee.

"Mestilah.Lagipun saya tak puas lagi nak mengadu dekat eomeoni pasal awak tau.Suka sangat buli saya,"kata Victoria,sambil tersenyum.Kening kanan ByungHee sedikit terangkat apabila mendengar kata-kata Victoria itu.

"Uuuu...takutnya saya.Habislah lepas ni saya nak usik awak macam dulu pun dah tak boleh dah.Haih...bosannya saya,"kata ByungHee,mengeluh.Victoria tersenyum puas sebelum dia menghirup jus lemon yang disediakan oleh ByungHee itu.ByungHee sekadar memandang ke arahnya.Matanya langsung tidak mahu dilepaskan daripada memandang ke arah Victoria.Ternyata kerinduannya terhadap wanita itu masih lagi belum terubat.

"Saya tahulah yang saya ni suka dengan kek coklat.Tapi kalau tiap-tiap kali saya datang sini makan kek,boleh gemuk saya nanti,"ngomel Victoria sambil memandang ke arah kek coklat di hadapannya itu.Dia langsung tidak menyedari pandangan ByungHee terhadapnya itu sehinggalah dia memandang ke arah lelaki itu.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Soal Victoria,sedikit tidak selesa dengan pandangan ByungHee terhadapnya itu.

"Saja.Saya suka tengok awak,"kata ByungHee,sebelum dia menghadiahkan senyuman manis kepada wanita itu.Victoria tertawa kecil.

"Tengoklah saya puas-puas.Biar awak cepat bosan,"kata Victoria.

"Saya takkan bosan untuk tengok awak,Vic.Sampai bila-bila pun...saya harap saya boleh tengok awak di hadapan saya macam ni.Saya tak nak awak jauh dari saya lagi,"kata ByungHee.Victoria terdiam.Perlahan-lahan,ByungHee membelai lembut rambut Victoria yang panjang melepasi bahu itu.Tubuh Victoria menjadi kaku sebaik sahaja ByungHee menyentuh rambutnya yang panjang itu.ByungHee pula sekadar tersenyum sebelum dia bangun dari tempat duduknya itu.

"Awak nak pergi mana?" Soal Victoria.

"Jumpa dengan peminat dekat bawah,"jawab ByungHee.

"Peminat?" Soal Victoria lagi.

"Yelah.Peminat saya.Awak ingat awak seorang saja yang ada peminat?"Soal ByungHee kembali.Victoria mencebik.

"Perasannya awak ni,"balas Victoria.ByungHee tersenyum nakal sambil mengangkat keningnya.

"Kalau awak cemburu,saya akan duduk sini dan takkan jumpa dengan peminat-peminat saya dekat bawah tu.Saya akan duduk sini temankan awak saja.Awak nak?" Soal ByungHee.

"Oh tak apalah.Terima kasih banyak-banyak.Tak perlu susah-susah," balas Victoria,menolak baik cadangan nakal ByungHee itu.ByungHee sekadar ketawa.

"Kalau macam tu,okeylah.Terpaksalah saya tinggalkan awak dekat sini dulu seorang.Nanti saya datang balik,okey?" Kata ByungHee sebelum dia mencium dahi Victoria dengan lembut.ByungHee segera beredar meninggalkan Victoria yang masih lagi terkejut dengan kucupan mengejutnya itu.ByungHee pula sekadar ketawa puas hati.

"Oh no...kenapa muka aku rasa panas sangat ni?" Victoria menyentuh kedua-dua pipinya yang berubah merah itu.

 

 

 

London

 

 

"Omma tak peduli.Kalau Joon tetap berdegil untuk teruskan perangai macam ni,omma akan cakap dengan appa supaya batalkan pelantikan Joon sebagai CEO baru syarikat kita nanti,"kata Puan Lee,nekad.Lee Joon yang sedang berdiri di hadapannya itu sekadar melepaskan keluhan berat.Gambar-gambarnya bersama Hana itu dipandangnya dengan perasaan geram.Ternyata gerak gerinya selama ini diperhatikan oleh ibunya.Puan Lee memandang ke arahnya.

"Omma yakin...kehilangan Victoria sekarang ni mesti ada kaitan dengan Joon kan?Dia mesti dah tahu apa yang Joon dah buat di belakang dia kan?Betul tak omma cakap?" Soal Puan Lee,inginkan kepastian.Lee Joon tidak segera menjawab.

"Omma tak nak Joon teruskan hubungan Joon dengan perempuan tu.Omma tak suka.Lagipun apa yang omma nak cakap dengan keluarga Victoria kalau mereka tahu pasal hal ni?"Soal Puan Lee lagi.

"Omma...Joon dengan Hana cuma..."

"Kawan?" Puan Lee memintas kata-kata Lee Joon,sebelum sempat lelaki muda itu menghabiskan kata-katanya.

"Omma tak peduli.Apa yang penting,omma tak suka dengan perempuan tu.Omma tak percayakan perempuan tu.Omma yakin dia cuma mahukan duit kita,"kata Puan Lee.

"Omma!Omma tak boleh cakap Hana macam tu.Dia tak seperti yang omma sangkakan,"kata Lee Joon,tidak bersetuju mengenai tanggapan ibunya terhadap teman wanitanya itu.

"Baik.Terpulanglah kepada Joon.Kalau Joon nak juga teruskan hubungan dengan perempuan tu...Joon boleh teruskan.Tapi Joon mesti lupakan hasrat Joon untuk memegang jawatan CEO dalam syarikat kita.Kad kredit,kereta,telefon bimbit,dan rumah...Joon mesti serahkan kepada omma.Omma nak tengok sejauh mana perempuan tu boleh bertahan,"kata Puan Lee,tanpa memandang ke arah anak lelaki tunggalnya itu.Lee Joon mengeluh berat.

"Omma nak Joon cari Victoria.Cari dia sampai dapat.Lepas tu,omma tak nak tangguhkan lagi perkahwinan kamu berdua.Kamu berdua mesti berkahwin dalam temph terdekat ni,"kata Puan Lee,sudah nekad menentukan keputusannya.

"Omma...Joon memang boleh cari Victoria...tapi kahwin tu..."

"I don't care.Keputusan omma muktamad.Kalau Joon nakkan jawatan CEO tu...putuskan hubungan dengan perempuan tu dan cari Victoria.Arasso?" Soal Puan Lee,sebelum dia beredar meninggalkan Lee Joon di situ.Lee Joon mengusutkan rambutnya sambil mengeluh.

"Aish!"

 

"Kalau Joon nakkan jawatan CEO tu...putuskan hubungan dengan perempuan tu dan cari Victoria."

 

Kata-kata Puan Lee kembali terngiang-ngiang dalam fikirannya.

 

 

Changwon

 

Victoria melepaskan keluhan kecil apabila melihat khabar angin mengenai 'kehilangannya' dalam internet itu.Walaupun sudah dijelaskan oleh pihak pengurusan agensinya itu,namun berita angin mengenai dirinya tetap tidak pudar.

Hubungan Victoria-Lee Joon dilanda krisis?

Victoria begitu benci apabila dirinya kembali dikaitkan dengan lelaki itu.

"Dasar lelaki penipu!"Victoria melepaskan geramnya.

 

"Wow,kenapa nampak marah sangat ni?"

Victoria segera menoleh ke arah ByungHee yang bersandar pada pintu itu.ByungHee pula sekadar tersenyum ke arahnya.

"ByungHee..."

ByungHee berjalan mendekati ke arahnya.Dia kemudiannya mengambil telefon bimbit yang berada dalam pegangan Victoria itu.Perlahan-lahan dia membaca berita mengenai Victoria dan Lee Joon yang tertulis dalam artikel itu.Victoria pula sekadar membisu.ByungHee kemudiannya memandang ke arah Victoria.

"Saya dah habis kerja dah.Jom kita balik,"kata ByungHee sambil menghulurkan telefon bimbit kepada Victoria.Victoria memandang ke arahnya.ByungHee langsung tidak memberi sebarang respon mengenai khabar angin Victoria itu.Victoria kemudiannya mengangguk perlahan sebelum dia mencapai tangan ByungHee yang sudah pun dihulurkan kepadanya itu.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ