34

Opposite Attracts

Dua bulan kemudian

 

"Perlu ke awak pergi dan tinggalkan saya di sini?" Soal Victoria.Min Ho tersenyum hambar sambil mengangguk perlahan.Min Ho kemudiannya mengusap lembut pipi wanita itu.

"Saya janji...saya akan segera balik ke sini dan berjumpa dengan awak semula,"kata Min Ho.Victoria menundukkan wajahnya.Wajahnya berubah muram.

"Awak bohong."Kata Victoria,perlahan.Min Ho memegang dagu Victoria sebelum mendongakkan sedikit kepala wanita itu.Mata mereka berpandangan antara satu sama lain.

"Saya cuma pergi sebab urusan kerja.Bukannya saya nak tinggalkan awak,"kata Min Ho sambil tersenyum.

"Awak yakin yang awak akan kembali semula kepada saya selepas ni?Awak yakin ibu awak akan benarkan kita untuk berjumpa lagi selepas ni?"Soal Victoria.Suaranya kedengaran sebak.Min Ho kemudiannya menarik Victoria ke dalam pelukannya.

"Saya janji yang saya akan segera balik ke sini dan berjumpa dengan awak walau apa pun yang terjadi.Okey?"Soal Min Ho sambil mengusap lembut belakang wanita itu.

"Saya harap...awak boleh tunggu saya.Dan saya janji..saya takkan sia-siakan penantian awak,"kata Min Ho.Dia menatap wajah Victoria yang kelihatan muram itu.Min Ho tersenyum ke arahnya sebelum dia mendekatkan wajahnya ke arah Victoria.Victoria memejamkan matanya secara perlahan-lahan.

 

"Vic!"

 

Victoria segera membuka matanya sebelum dia menolak tubuh Min Ho jauh daripadanya.Min Ho terkejut dengan tindakan wanita itu.

 

"CUT!"

 

Victoria menoleh ke arah Pengarah Go yang sedang duduk memerhatikan mereka itu.Pengarah Go kemudiannya berjalan menuju ke arah Victoria.

"Are you okay,Victoria?" Soal Min Ho,prihatin.Victoria sekadar tersenyum ke arahnya.

"What's wrong with you,Victoria?" Soal Pengarah Go.Min Ho turut memerhatikan Victoria yang sedang ditegur oleh Pengarah Go itu.Victoria menundukkan sedikit tubuhnya.

"Saya minta maaf,Tuan.Saya..."

Mata Victoria kemudiannya beralih ke arah Lee Joon yang sedang menunggunya tidak jauh dari tempat penggambarannya itu.Kelihatan lelaki itu baru sahaja tiba di situ.

"Saya tak berapa sihat sikit hari ni,"kata Victoria,sambil terbatuk-batuk.Pengarah Go melepaskan keluhan kecil.

"So...sekarang ni awak boleh teruskan penggambaran kita atau tidak?" Soal Pengarah Go.

"Kita rehat untuk 10 minit sekejap,boleh?" Soal Victoria.Pengarah Go menggangguk tanpa langsung membantah.Victoria kemudiannya berjalan menuju ke arah Lee Joon yang sedang menunggunya di depan van agensinya itu.Victoria kemudiannya melangkah masuk ke dalam van itu tanpa langsung menoleh ke arah Lee Joon yang sedang memandang ke arahnya itu.Lee Joon sekadar tersenyum sebelum dia turut masuk ke dalam van putih itu.

Lee Joon memerhatikan Victoria yang sedang meneguk air mineral itu.

"You nampak cantik hari ni,"kata Lee Joon.

"Apa you buat dekat sini?" Soal Victoria,acuh tak acuh.

"Saja tengok you berlakon,"jawab Lee Joon pula.Victoria kemudiannya bersandar pada tempat duduk itu sambil melepaskan nafas panjang.

"So...macam mana berlakon dengan aktor terkenal Korea tu?" Soal Lee Joon,sambil memandang ke arah Victoria.

"Biasa saja,"balas Victoria,sambil memejamkan matanya.Lee Joon tersenyum.

"Apa yang mengganggu fikiran you tadi?" Soal Lee Joon.

"Tak ada apa,"balas Victoria.

"You teringatkan lelaki tu ya?" Soal Lee Joon.Victoria membuka matanya.Dia menoleh ke arah Lee Joon.

"Kalau you tak sibuk hal I untuk sehari...tak boleh ke?" Soal Victoria,rimas.

"I cuma risaukan tunang I.Takkan tu pun tak boleh,"balas Lee Joon.Victoria mencebik.

"Mulut manis betullah you ni.Padahal you boleh saja kan habiskan masa dengan girlfriend you yang bersepah-sepah dekat luar tu?You bukannya dapat apa pun kalau bersama dengan I,"kata Victoria.

"You masih tak percayakan I?" Soal Lee Joon.Victoria tidak segera menjawab.

"You masih cintakan lelaki kampung tu?" Soal Lee Joon.

"He is not lelaki kampung,Lee Joon.Nama dia ByungHee,"balas Victoria,geram.Lee Joon tersenyum.

"I peduli apa.ByungHee ke...lelaki kampung ke...mereka tetap orang yang sama kan,"kata Lee Joon.Victoria memalingkan wajahnya daripada Lee Joon.

"Tak boleh ke kalau you belajar untuk terima cinta I,Vic?I cintakan you.I boleh bagi lebih daripada lelaki kampung tu bagi kepada you.I tahu I tak sebaik dia.But at least I tried,"kata Lee Joon.Ternyata dia tidak pernah berputus asa untuk melembutkan hati wanita itu terhadapnya.

"Maybe kita boleh mulakan dari awal?Hm?"Soal Lee Joon.

"Okey fine...kalau you benci sangat I sebagai tunang you...at least you boleh anggap I sebagai kawan you,boleh kan?"Soal Lee Joon lagi.Victoria masih lagi membisu.

"Kita mulakan dari bawah.Anggap saja yang kita tak pernah jumpa pun sebelum ni.Okey?" Soal Lee Joon lagi,Dia kemudiannya menghulurkan tangannya ke arah Victoria sambil tersenyum.

"Lee Chang Sun.But you can call me Lee Joon,"kata Lee Joon.Victoria menoleh ke arahnya.Lee Joon masih lagi tersenyum manis ke arahnya.Victoria melepaskan keluhan kecil.Patutkah dia memberi peluang kepada lelaki tersebut untuk membuktikan sendiri kata-katanya itu benar atau tidak?Perlahan-lahan,Victoria menyambut huluran tangan lelaki itu sambil tersenyum nipis.

"Victoria Song.Just call me Vic,"kata Victoria.Senyuman Lee Joon kian lebar.

"Great!Nice to meet you,"kata Lee Joon,teruja.Victoria sekadar tersenyum nipis ke arahnya.

 

 

Victoria membaringkan dirinya di atas katil sebaik sahaja selamat tiba di rumahnya itu.Dia menghela nafas panjang.Tubuhnya terasa begitu letih sekali.Dia kemudiannya mengambil telefon bimbit dari dalam beg tangannya itu.Niatnya untuk menaip sesuatu pada skrin telefon bimbit itu terbantut apabila melihat pada patung beruang yang tergantung pada telefon bimbit itu.

 

"Patung beruang tu...namanya ByungHee.Yang ni pula...namanya Victoria."

 

Air mata Victoria mengalir.Dia memegang erat patung beruang itu.

"Oppa..."

Dia begitu merindui lelaki itu.Dia begitu ingin berjumpa dengan lelaki itu lagi.Namun dia bimbang sekiranya kehadirannya di situ tidak disukai oleh ByungHee.Masih marahkah lelaki itu terhadapnya?Dia sendiri tidak pasti.

 

 

Victoria memandang ke arah Sun Young yang sedang membaca jadual kerjanya di sebelah tempat duduknya itu.Wanita itu kelihatan begitu sibuk menguruskan jadual kerjanya yang ketat itu.

"Sun Young ah."

"Ya,unni?" Balas Sun Young tanpa menoleh ke arah Victoria.Victoria mengetap bibirnya.Ragu-ragu untuk meneruskan kata-katanya itu.

"Unni...Unni nak tanya satu soalan boleh?" Soal Victoria.Sun Young menghentikan kerjanya sebelum dia menoleh ke arah Victoria.

"Unni nak tanya apa?" Soal Sun Young.Victoria menelan air liur.

"Em...family Sun Young dekat Changwon macam mana?Sihat?" Soal Victoria,ingin tahu.

"Oh...sihat.Kenapa unni tanya?" Soal Sun Young.Victoria sekadar tersenyum.

"Sun Young ada contact dengan mereka baru-baru ni?" Soal Victoria lagi.

"Minggu lepas.Itu pun nenek yang call Sun Young dulu,"kata Sun Young sambil tersengih.

"Em..."Victoria memandang ke arah telefon bimbit dalam genggamannya itu.

"ByungHee oppa..."

"Dia macam mana?" Soal Victoria.

"Wae?" Soal Sun Young sambil tersenyum.

"Unni saja nak tahu,"kata Victoria.

"Unni kan boleh contact dia sendiri?" Balas Sun Young.

"Em...malas,"balas Victoria.

"Unni dengan oppa tak berbaik lagi ke?" Soal Sun Young.

"Unni tak pasti,Sun Young.Unni sendiri buntu.Unni tak tahu apa yang unni perlu buat,"kata Victoria.Sekali lagi dia memandang ke arah patung beruang yang tergantung pada telefon bimbitnya itu.

"Lama juga ByungHee oppa merajuk kali ni,"ngomel Sun Young.Victoria menoleh ke arahnya.Sun Young kemudiannya tersenyum lebar.

"Unni nak jumpa dengan oppa?" Soal Sun Young.

"Huh?"

"Jumpa dengan oppalah.Kali ni...unni dengan oppa mesti berbincang.Takkanlah nak terus bergaduh macam ni sampai bila-bila kan?Entah-entah oppa pun tengah rindukan unni.Saja tak nak telefon unni tu,"kata Sun Young.

"Sun Young rasa dia memang dah tak marahkan unni lagi?" Soal Victoria.

"Sebab tu unni kena jumpa dengan dia.Setiap masalah ada penyelesaiannya,betul tak?" Balas Sun Young pula.Victoria melepaskan keluhan kecil.Kata-kata Sun Young itu ada benarnya.Tapi mahukah lelaki itu untuk berjumpa dengannya semula?Mahukah lelaki itu mendengar penjelasannya kali ini?

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ