40

Opposite Attracts

"Unni nak pergi mana ni?" Soal Sun Young sambil melihat Victoria yang sedang mendandan rambutnya yang panjang melepasi bahu itu.Sun Young kemudiannya melabuhkan punggung di atas katil Victoria sambil terus memerhatikan wanita itu.

"Unni ada hal sikit.Unni nak keluar sekejap,"kata Victoria,sambil menoleh ke arah Sun Young.Sun Young melepaskan keluhan kecil.

"Unni nak jumpa dengan Lee Joon oppa lagi?" Soal Sun Young.Victoria sekadar mengangguk,mengiyakan pertanyaan Sun Young itu.

"Jadi...unni dengan Lee Joon oppa...memang betul-betul dah berbaik semula la ni?" Soal Sun Young lagi.Sekali lagi,Victoria mengangguk.

"Jadi...unni akan menyambung semula ikatan pertunangan unni dengan Lee Joon oppa?" Soal Sun Young,inginkan kepastian.Victoria tidak menjawab pertanyaan Sun Young itu.Memang hubungannya dengan Lee Joon semakin rapat,namun hubungan mereka hanya akrab sebagai rakan.Tidak pernah terlintas langsung dalam fikirannya untuk menyambung semula ikatan pertunangannya dengan lelaki itu.Victoria menoleh ke arah Sun Young.

"Sun Young rasa?"Soal Victoria.

"Maksud unni?" Soal Sun Young pula.

"Patutkah unni menyambung semula ikatan pertunangan kami tu?" Soal Victoria.

"Jadi,unni memang betul-betul nak teruskan hubungan ni dengan Lee Joon oppa?Unni betul-betul yakin yang Lee Joon oppa dah berubah?"Soal Sun Young pula.Sun Young bangun dari tempat duduknya itu.

"Unni..."Sun Young mencapai tangan Victoria sebelum digenggamnya erat.

"Saya tahu...unni sedang kecewa dengan ByungHee oppa.Tapi,unni tak boleh paksa perasaan unni sendiri untuk terima Lee Joon oppa.Saya yakin...unni masih sayangkan ByungHee oppa,"kata Sun Young.Victoria tersenyum nipis.

"Buat apa unni nak terus mengharapkan kasih dari orang yang tak sudi,Sun Young.Memang unni masih sayangkan dia...tapi...lebih baik unni beri peluang kepada Lee Joon yang lebih menghargai unni kan?"Balas Victoria.

"Saya kenal dengan ByungHee oppa.Dia mesti ada sebab sendiri kenapa dia nak berpisah dengan unni.Saya sendiri yang nampak kesetiaan dia menunggu unni selama ni,"kata Sun Young.Victoria melepaskan genggaman tangan Sun Young terhadapnya itu.

"Unni dah lambat.Sun Young tak payah tunggu unni,okey?Unni mungkin balik lambat malam ni,"kata Victoria,segera mengambil beg tangannya sebelum beredar dari situ.Sun Young mengeluh berat.

 

 

Victoria terkejut apabila melihat kedua-dua ibu bapanya bersama ibu bapa Lee Joon yang sedang berbual di suatu sudut di dalam restoran mewah itu.Lee Joon yang sedang berdiri di sebelahnya itu sekadar tersenyum.Puan Lee yang menyedari kehadiran pasangan anak muda itu tersenyum lebar.Lee Joon kemudiannya mencapai tangan Victoria sebelum dibawanya wanita itu mendekati ke arah ibu bapa mereka.Sebaik sahaja,Victoria tiba di situ,tubuhnya dipeluk erat oleh ibunya.

"Kenapa mummy tak cakap yang mummy dengan daddy nak datang sini?" Soal Victoria,masih lagi terkejut dengan kehadiran ibu bapanya di Seoul itu.

"Mummy dengan daddy saja nak buat surprise untuk anak mummy ni,"kata Puan Song sambil mencuit lembut hidung anak perempuannya itu.Victoria sekadar tersenyum sebelum dia menoleh ke arah Puan Lee.Perlahan-lahan,dia menundukkan sedikit tubuhnya , sebagai tanda hormat kepada wanita itu.

"Annyeonghaseyo,"ucap Victoria.Puan Lee tersenyum sebelum dia memeluk erat wanita itu.Lee Joon sekadar tersenyum melihat Victoria yang masih lagi terkejut dengan pertemuan keluarga itu.

 

Victoria tidak banyak bersuara sepanjang pertemuan keluarga kedua-dua belah pihak itu berjalan.Dia hanya akan bersuara sekiranya perlu.Entah mengapa,hatinya berasa tidak selesa dengan pertemuan keluarga itu.Dia memandang ke arah Lee Joon yang sedang duduk berhadapan dengannya itu.Lelaki itu kelihatan lebih ceria jika mahu dibandingkan dengan dirinya.Adakah lelaki itu sudah lama merancang untuk mengadakan pertemuan keluarga itu?

"Victoria."

Victoria memandang ke arah Puan Lee yang baru sahaja memanggil namanya itu.Puan Lee kemudiannya tersenyum penuh makna ke arah Puan Song sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah Victoria.

"Victoria dengan Lee Joon macam mana?"Soal Puan Lee.Victoria memandang ke arah Lee Joon.Lee Joon sekadar tersenyum.

"Em...okey,"jawab Victoria.

"Okey je?"Balas Puan Lee,terkejut sambil memandang ke arah anak lelaki tunggalnya itu.

"Lee Chang Sun?" Soal Puan Lee.

"Em...kenapa omma?"Soal Lee Joon pula.

"Joon ada buat sesuatu yang Victoria tak suka ke?Kenapa Victoria macam tak suka je bila omma tanya pasal Joon?"Soal Puan Lee,inginkan kepastian.

"Eh...bukan tu maksud saya.Saya...saya dengan Lee Joon baik-baik saja.Em...hubungan kami pun dah makin rapat.Lee Joon pun dah nampak semakin berubah dan saya senang dengan perubahan dia tu,"kata Victoria,cuba memperbetul keadaan.

"Jinja?" Soal Puan Lee.Victoria tersenyum sambil mengangguk.

"Betul ni?Anak omma dah tak buat nakal lagi dengan Victoria?"Soal Puan Lee sambil menjeling ke arah Lee Joon.Victoria tersenyum melihat telatah dua beranak itu.

"Kalau betul macam tu,baguslah.Sebab kalau boleh,kami semua nak mempercepat perkahwinan antara Victoria dengan Lee Joon.Lagipun kamu berdua ni dah lama sangat bertunang.Macam-macam khabar angin keluar mengenai hubungan kamu berdua,"kata Puan Lee.Victoria tergamam mendengar kata-kata Puan Lee itu.Lee Joon memandang ke arah ibunya sebaik sahaja menyedari riak wajah Victoria yang terkejut itu.

"Omma...apa omma cakap ni?" Soal Lee Joon.

"Kenapa pula?Memang patut pun kamu berdua berkahwin.Omma pun dah pening kepala dengar macam-macam khabar angin mengenai kamu berdua ni.Lagipun,kamu berdua dah lama kenal.Buat apa lagi nak tunggu lama-lama.Kerjaya kamu berdua pun dah stabil,"kata Puan Lee,bersungguh-sungguh.

"Tapi omma..."

"Tak ada tapi-tapi.Apa yang pasti,kami semua dah tetapkan tarikh perkahwinan Joon dengan Victoria.Sekarang ni,kamu berdua dah boleh buat persiapan apa yang patut untuk majlis tu nanti,okey?"Kata Puan Lee sambil memandang ke arah kedua-dua Lee Joon dan Victoria itu.Lee Joon memandang ke arah Victoria yang lebih selesa mendiamkan diri itu.Entah apa yang difikirkan oleh wanita itu langsung tidak diketahuinya.

"Victoria?"

Victoria memandang ke arah Puan Lee.

"Macam mana?Victoria setuju tak dengan cadangan ni?"Soal Puan Lee,inginkan kepastian.Semua yang berada di situ menumpukan perhatian mereka kepada Victoria, terutamanya Lee Joon.

 

 

Sun Young bergegas masuk ke dalam rumah Victoria.Wajahnya kelihatan cemas sekali.Dia kemudiannya berjalan menuju ke arah Victoria yang sedang menikmati sarapan paginya di dalam dapur itu.Victoria memandang ke arah Sun Young yang kelihatan termengah-mengah itu.

"Apa semua ni,unni?"Soal Sun Young sambil menunjukkan ipadnya kepada Victoria.Victoria sekadar memandangnya tanpa menjawab pertanyaan Sun Young itu.

"Unni?"Soal Sun Young lagi.Dia kemudiannya mengambil tempat di hadapan wanita itu.

"Unni serius ke dengan keputusan unni ni?"Soal Sun Young,bersungguh-sungguh mahukan penjelasan daripada Victoria itu.Victoria sekadar membisu,enggan untuk menjawab pertanyaan wanita itu.Sun Young melepaskan keluhan berat.

"Jadi betullah unni yang buat keputusan ni?Tanpa langsung nak berbincang dengan saya sedikit pun?"Soal Sun Young,hampa.Victoria masih lagi membisu.

"Fine.Unni buatlah apa yang unni suka.Saya dah tak nak masuk campur lagi dah hal unni.Saya dah penat,"kata Sun Young.Perlahan-lahan,dia bangun dari tempat duduknya itu.

"Saya tahu...semua ni berpunca daripada ByungHee oppa.Tapi...saya juga tahu...dia buat semua ni kerana dia ada alasan dia sendiri.Saya kenal siapa Jung ByungHee,"kata Sun Young.Victoria masih enggan bersuara.Sun Young melepaskan keluhan berat.

"Saya nak berhenti,"kata Sun Young.Victoria memandang ke arah Sun Young.

"Saya...saya cuma tak boleh terima semua ni.Miane,"kata Sun Young,sebelum dia beredar meninggalkan Victoria keseorangan di situ.Victoria memandang kosong ke arah pintu rumahnya dengan matanya yang bergenang.

 

 

SeungHo,Cheondung dan Mir terkejut melihat berita hiburan yang terpampang pada skrin ipad milik SeungHo itu.Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.Mereka kemudiannya memandang ke arah ByungHee yang sedang melayani pelanggannya di ruang depan itu.Wajah lelaki itu kelihatan tenang sekali.Senyumannya langsung tak lekang dari bibirnya itu.

"G.O Oppa."

ByungHee menoleh ke arah salah seorang daripada pelanggan wanita di situ.

"Ya.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Soal ByungHee,ramah.

"Oppa ingat tak dengan Victoria yang pernah datang sini dengan Lee Joon tu?" Soal pelanggan wanita itu.Senyuman ByungHee sedikit mengendur.

"Em,kenapa ya?" Soal ByungHee,tetap cuba memaniskan riak wajahnya.

"Mereka dah nak kahwin tau,oppa.Hujung bulan ni majlis perkahwinan mereka akan berlangsung,"kata pelanggan wanita itu lagi sambil membaca sesuatu pada skrin telefon bimbitnya itu.ByungHee terdiam seketika sebaik sahaja mendengar kata-kata wanita itu.Namun,dia tetap mengukir senyuman manis.

"Oh...baguslah macam tu.Mereka memang nampak padan,"kata ByungHee.Dia kemudiannya beredar meninggalkan pelanggan wanita itu yang masih rancak berbual mengenai Victoria itu.Dia berjalan melintasi SeungHo,Cheondung,dan Mir tanpa langsung menoleh ke arah mereka.Dia kemudiannya menuju ke tingkat atas bangunan Coffee Princes itu.

"Dia okey ke?" Soal Mir,ingin tahu.SeungHo dan Cheondung sekadar membisu.

"Dia mungkin dah bersedia dengan berita macam ni.Lagipun...ni kan keputusan dia sendiri,"kata SeungHo.Mir sekadar mengangguk perlahan.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ