38

Opposite Attracts

SeungHo duduk memerhatikan ByungHee yang sedang menjalani pemeriksaan mata dengan Taec Yeon itu.Kedengaran keluhan kecil keluar dari mulut lelaki berkemeja hitam itu.ByungHee kemudiannya memakai semula cermin matanya sambil memandang ke arah Taec Yeon yang sedang memeriksa sesuatu pada komputernya itu.

"Jadi macam mana?" Soal SeungHo,ingin tahu.ByungHee sekadar mendengar.Taec Yeon memandang ke arah ByungHee.

"Simptom tu makin kerap ke,ByungHee?" Soal Taec Yeon.Perlahan-lahan ByungHee mengangguk,mengiyakan pertanyaan doktor itu.Taec Yeon kemudiannya menoleh semula ke arah komputernya.

"Kalau ikutkan perkiraan aku...mungkin penglihatan kau akan menjadi lebih teruk lepas ni.Cermin mata yang kau pakai tu pun takkan dapat membantu.Tapi kalau kau nak...aku cuba boleh dapatkan tempat untuk kau terima rawatan di USA nanti,"kata Taec Yeon.ByungHee memandang ke arahnya dengan dahinya yang berkerut.

"Ada rawatan?Tapi...hari tu kau cakap yang penyakit aku ni tak ada rawatannya lagi.Kalau tak..mesti omma aku pun dah lama boleh melihat semula,"soal ByungHee.

"Setakat ni...memang tak ada rawatan khusus untuk penyakit kau dan juga ahjumma.Setakat ni mereka masih lagi menjalankan penyelidikan untuk dapatkan rawatan bagi penyakit macam ni,"kata Taec Yeon.

"Habis tu...kenapa kau nak cuba dapatkan tempat untuk aku dapatkan rawatan dekat sana?" Soal ByungHee.

"Untuk melambatkan simptom tu daripada menjadi lebih teruk.Sekurang-kurangnya kau masih boleh melihat untuk tempoh yang lama,ByungHee.Lagipun..manalah tahu kalau-kalau penyakit kau boleh sembuh dengan rawatan mereka kan.Kita tak boleh jangka perkara tu,"kata Taec Yeon,cuba memujuk.SeungHo memandang ke arah ByungHee yang kelihatan sedang berfikir itu.

"So macam mana?Kau nak cuba tak?"Soal Taec Yeon.ByungHee masih lagi membisu.

"Memang aku tahu yang penglihatan kau akan hilang juga satu hari nanti.Tapi...sekurang-kurangnya bukan dalam masa terdekat ni.Bukan hari tu kau ada cakap dengan aku yang kau nak cuba banyak benda ke?Kau kata nak cuba buka perniagaan lain pula,"pujuk Taec Yeon.SeungHo juga masih menantikan jawapan daripada ByungHee.

"Kalau aku cuba...kira-kira berapa lama aku boleh melihat lagi sebelum aku betul-betul buta?" Soal ByungHee.Suaranya kedengaran sebak.Taec Yeon memandang ke arah SeungHo.

"Itu bergantung kepada keadaan kau,ByungHee.Aku tak boleh nak beri jaminan pasal hal tu,"kata Taec Yeon.ByungHee tersenyum nipis.

"So it's useless,"kata ByungHee.

"Lagipun...kalau aku dapat melihat pun...dah tak ada guna dah.Hidup aku dah tak ada makna lagi.Lebih baik aku buta...daripada aku terseksa,"kata ByungHee,perlahan.

"ByungHee yah..."SeungHo cuba memujuk lelaki itu namun ByungHee terlebih dahulu beredar dari situ.SeungHo melepaskan keluhan berat.Taec Yeon sekadar membisu.SeungHo menoleh ke arah Taec Yeon.

"Jadi...dah memang tak ada cara lain?" Soal SeungHo.Perlahan-lahan,Taec Yeon menggeleng.

"I'm sorry.Aku dah cuba tapi...tetap tak boleh,"kata Taec Yeon.Sekali lagi SeungHo mengeluh.

 

 

SeungHo meletakkan tin minuman di sebelah ByungHee.Ketika itu,mereka sudah pun berada di taman Coffee Princes.SeungHo memandang ke arah ByungHee yang kelihatan muram itu.

"Kami nak keluar malam ni.Kau nak ikut?" Soal SeungHo.ByungHee tersenyum hambar sambil menggeleng.

"Tak.Aku nak berehat,"kata ByungHee,perlahan.

"Janganlah macam tu.Kita dah lama tak hang out sama-sama.Kalau kau tak ikut,apa aku nak jawab dekat budak-budak tu nanti?Penat tahu aku nak bersoal jawab dengan mereka,"kata SeungHo.Senyuman ByungHee kian lebar.

"Gomawo."

SeungHo memandang ke arah ByungHee.

"Kalau bukan sebab kau...aku rasa aku takkan boleh bertahan sampai sekarang,"kata ByungHee,perlahan.ByungHee menundukkan wajahnya.

"Aku dah tak ada apa-apa,SeungHo.Aku rasa dah tak ada makna untuk aku teruskan semua ni,"kata ByungHee.SeungHo sekadar mendengar.

"Aku nak berhenti dari Coffee Princes."

SeungHo terkejut dengan keputusan lelaki itu.

"Apa?Kau cakap apa ni,ByungHee?" Soal SeungHo.

"Aku nak berhenti.Aku...aku nak serahkan semua bahagian aku dalam Coffee Princes ni untuk kau,Cheondung dan Mir,"kata ByungHee.

"Aku tak setuju."Balas SeungHo,tegas.ByungHee menoleh ke arahnya.Wajah SeungHo yang tegang itu diperhatikannya.

"Kau dengar kan apa yang Taec cakap tadi?Keadaan aku dah makin teruk.Bila-bila masa saja aku boleh buta.Aku dah tak boleh buat apa-apa dah.Untuk apa lagi aku terus bertahan di sini kalau aku hanya boleh menyusahkan kau...Cheondung dan Mir?Aku tak nak menambahkan beban ,"kata ByungHee.

"Aku yakin kau boleh uruskan tempat ni dengan baik.Aku percayakan kau,"kata ByunGHee.

"Jadi sekarang ni kau dah mengalah?Sedikit pun kau tak nak melawan penyakit kau tu?"Soal SeungHo.ByungHee tidak menjawab.

"Come on la ByungHee.Kau cuma hanya akan hilang penglihatan.Itu tak bermakna kau tak boleh buat apa-apa langsung.Apa gunanya ada kami kalau bukan untuk tolong kau?Kalau bukan sebab kau,kita takkan ada Coffee Princes ni tau.Kau kena ingat tu,"kata SeungHo.ByungHee masih lagi membisu.

"Aku tahu pasal kau dengan Victoria.Aku tahu...kau masih cintakan dia.Tapi kau lepaskan dia sebab kau tak nak dia tahu mengenai keadaan kau macam ni."

"Dan sekarang...takkanlah kau sanggup nak lepaskan pula hasil titik peluh kau ni semata-mata sebab penyakit kau?ByungHee...kau mungkin dah kehilangan Victoria.Tapi kau masih ada aku...Cheondung dan Mir.Kau masih ada keluarga kau.Kami semua akan bantu kau seperti yang kau dah pernah bantu kami sebelum ni,"kata SeungHo.

"We are brothers,right?" Soal SeungHo.Byunghee tersenyum hambar.Matanya bergenang mendengar kata-kata SeungHo yang kedengaran ikhlas itu.SeungHo turut tersenyum ke arahnya.

"We need our ByungHee back,"kata SeungHo.Akhirnya air mata ByungHee mengalir juga.

"Miane...aku cuma takut,"kata ByungHee dalam tangisannya itu.SeungHo kemudiannya memaut bahu lelaki itu sambil menepuknya perlahan.

"Kami kan ada.Walau apa pun terjadi...kau tetap G.O kami yang handsome...kelakar..nakal...popular.."

ByungHee tertawa kecil mendengar kata-kata SeungHo itu.SeungHo turut ketawa.

"Hyung..."

SeungHo dan ByungHee mendongak.Kelihatan Cheondung dan Mir sedang berdiri tidak jauh dari mereka itu.Wajah mereka kelihatan terkejut . SeungHo menoleh ke arah ByungHee.ByungHee pula memalingkan wajahnya daripada Cheondung dan Mir.

 

 

"Tapi kenapa Hyung?Kenapa Hyung sanggup nak rahsiakan hal ni dari kami?Hyung tak percayakan kami ke?" Soal Mir.ByungHee menundukkan wajahnya.SeungHo pula sekadar membisu.

"Miane.Hyung...Hyung cuma tak nak kamu berdua risau pasal Hyung.Lagipun,Hyung tak ada apa-apa.Hyung okey saja,"kata ByungHee.

"Sampai Hyung dah cedera teruk waktu buat kerja pun,Hyung masih boleh cakap yang Hyung okey?"Soal Cheondung pula.ByungHee sekadar tersenyum nipis.

"Aish,jinja..."Mir menggosok-gosok belakang lehernya sambil diperhatikan oleh ByungHee.

"Miane.Okey?Memang salah Hyung rahsiakan hal ni.Hyung cuma tak nak susahkan semua orang,"kata ByungHee.

"Hyung dah susahkan kami pun,"kata Mir.

"Mir?" SeungHo terkejut dengan kata-kata Mir itu.ByungHee sekadar membisu.

"Hyung dah susahkan hati kami.Tu bukan kira menyusahkan ke?"Soal Mir pula.SeungHo melepaskan nafas lega.

"Aish,budak ni.Kena juga tendangan maut selepas ni,"kata SeungHo.Mir sekadar tersengih.ByungHee turut tersenyum.

"Hyung minta maaf sebab buat kamu berdua macam ni.Hyung janji...yang Hyung takkan susahkan hati kamu berdua lagi,"kata ByungHee.Mir kemudiannya memaut bahu ByungHee.

"Kita kan kawan,Hyung.Susah dan senang...kita tetap bersama,"kata Mir.Cheondung kemudiannya turut memeluk ByungHee dan Mir dari belakang.SeungHo turut menyertai mereka.Sekali lagi ByungHee mengalirkan air matanya,terharu dengan sokongan daripada rakan-rakannya itu.

"Kau akan terus berada di sini kan?" Soal SeungHo.Perlahan-lahan,ByungHee mengangguk.

"Kalau aku nak berhenti,bukannya kamu semua bagi pun kan,"balas ByungHee.Mereka kemudiannya ketawa sesama sendiri.

"Hyung,kita keluar berseronok malam ni nak?" Soal Mir,teruja.Mereka menantikan jawapan daripada ByungHee.

"Okey."

Yes!"

 

 

ByungHee melangkah masuk ke dalam rumah sebaik sahaja kereta SeungHo beredar meninggalkan perkarangan rumahnya itu.Dia mengunci pintu rumahnya dengan rapat.Sebaik sahaja dia mahu berjalan menuju ke arah tangga,pandangannya menjadi gelap secara perlahan-lahan.ByungHee menggelengkan kepalanya berkali-kali.Namun pandangannya menjadi semakin gelap sehingga membuatkan ByungHee tidak dapat melihat sekelilingnya lagi.Jantungnya berdegup pantas.Dia menggerakkan tangannya , mencari sesuatu untuk dipegang.Kakinya terus melangkah tanpa arah tuju.ByungHee kemudiannya terduduk di situ,cuba untuk menenangkan dirinya sendiri.Perlahan-lahan,dia merangkak cuba mencari tangga bagi membolehkannya untuk masuk ke dalam biliknya.

"Urgh!"

Dia sedikit pun tidak dapat menganggak kedudukannya ketika itu.Namun dia terus berusaha mencari-cari anak tangga itu.

"ByungHee!"

ByungHee terkejut apabila terdengar suara Hye Yoon memanggilnya di ruang tamu itu.Hye Yoon segera menuruni anak tangga menuju ke arah ByungHee.Dia segera mendapatkan ByungHee yang sedang merangkak di atas lantai itu.

"ByungHee,kenapa ni?" Soal Hye Yoon,cemas.ByungHee cuba memaniskan riak wajahnya.

"Noona,"balas ByungHee.Hye Yoon melihat wajah ByungHee yang kelihatan pucat dan berpeluh itu.

"ByungHee ni kenapa?Kenapa merangkak dekat ruang tamu ni?Huh?" Soal Hye Yoon,bimbang.

"ByungHee..."

"Tak tahu kenapa...tapi tiba-tiba ByungHee rasa pening,"kata ByungHee,berbohong.Dia masih lagi tidak dapat melihat sekelilingnya seperti biasa.Pandangannya masih lagi gelap gelita.

"ByungHee ni buat Noona risaulah.Mari Noona bawakan ByungHee ke bilik,"kata Hye Yoon.ByungHee tersenyum ke arahnya sambil mengangguk.

"Betul ni ByungHee tak ada apa-apa?"Soal Hye Yoon,masih lagi bimbang.

"Betul Noona.ByungHee cuma pening saja.Badan pula rasa penat,"kata ByungHee.Hye Yoon kemudiannya membantu ByungHee untuk duduk di atas katil.Hye Yoon melihat ke arah ByungHee.

"Semua ni sebab Victoria ke,ByungHee?" Soal Hye Yoon.ByungHee mendongak ke arahnya berpandukan arah suara Hye Yoon yang didengarnya itu.

"Kenapa tiba-tiba Noona tanya pasal Vic pula ni?" Soal ByungHee,cuba berlagak biasa.

"Noona memang tak faham apa yang terlintas dalam fikiran ByungHee sekarang ni.Apa yang pasti,Noona tak suka dengan tindakan ByungHee.You love her.ByunGhee sanggup tunggu dia bertahun tahun tapi ini yang ByungHee buat dekat dia?" Soal Hye Yoon.ByungHee melepaskan keluhan kecil.

"ByungHee tak kisah apa yang Noona nak fikir pasal ByungHee.Apa yang penting,ByungHee tahu apa yang ByungHee buat ni betul.ByungHee takkan menyesal,"kata ByungHee.

"Jadi ByungHee beritahulah Noona apa masalah yang berlaku sebenarnya.Mungkin Noona boleh tolong,"kata Hye Yoon.Byunghee kemudiannya baring di atas katil.

"ByungHee dah letihlah,Noona.By the way,thanks sebab tolong papah ByungHee ke sini,"kata ByungHee sebelum dia memejamkan matanya itu.

"Ish,tak faham betullah budak ni,"ngomel Hye Yoon sebelum dia memadamkan lampu bilik ByungHee itu.Sebaik sahaja memastikan Hye Yoon sudah tiada lagi berada di dalam bilik itu,ByungHee duduk semula di atas katil.Tangannya mencari-cari telefon bimbitnya di atas meja itu.Bibirnya menguntum senyuman manis apabila dapat memegang patung beruang yang tergantung pada telefon bimbitnya itu.

"Victoria...bogoshippo..."

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ