30

Opposite Attracts

Lee Joon membiarkan Ji Yeon yang sedang berada di atas tubuhnya itu,mencium lehernya.Dia langsung tidak menumpukan perhatiannya terhadap Ji Yeon ketika itu.Fikirannya sedikit terganggu, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.Ji Yeon kemudiannya memandang ke arah Lee Joon.Lee Joon turut memandang ke arahnya.Ji Yeon tersenyum sebelum dia mencium bibir Lee Joon sambil meletakkan tangannya pada dada Lee Joon yang sasa itu.Lee Joon kemudiannya cuba untuk menjauhkan Ji Yeon daripada namun dia tidak berjaya.Malah Ji Yeon lebih mengeratkan pelukannya terhadap Lee Joon tanpa memisahkan bibirnya dengan lelaki tersebut.

"Vic..."

Nama Victoria mulai meniti pada bibir Lee Joon tanpa dia sedari.Ji Yeon memandang ke arah Lee Joon.Lee Joon bagaikan tersedar dari lamunannya sendiri.Dia memandang ke arah Ji Yeon.Ji Yeon memandangnya dengan penuh tanda tanya.

"Wae?Oppa nampak lain malam ni,"soal Ji Yeon,dengan suaranya yang menggoda itu.Tangannya terus ligat menyentuh pipi Lee Joon itu.Tanpa menunggu jawapan daripada lelaki itu,sekali lagi Ji Yeon menghadiahkan kucupannya kepada bibir Lee Joon.Kali ini,kucupannya itu lebih rakus dan kasar.Lee Joon memegang kedua-dua bahu Ji Yeon,mengjauhkan tubuh wanita itu daripadanya.

"Nanti."Kata Lee Joon.Ji Yeon tersenyum ke arahnya sambil meletakkan kepalanya pada dada lelaki itu.Dia menggerakkan jarinya pada dada Lee Joon.

"Waeyo?Oppa tak suka dengan layanan Ji Yeon malam ni?Hm?" Soal Ji Yeon sambil memandang ke arah Lee Joon.Lee Joon tidak segera menjawab.Dia sendiri buntu dengan perbuatannya itu.Kebiasaannya dia sangat menikmati layanan Ji Yeon terhadapnya sebelum ini.Namun,entah mengapa kali ini hatinya berasa tidak senang.Wajah Victoria sering kali bermain di ruang matanya.Dia masih lagi menyesali perbuatan kasarnya terhadap Victoria tempoh hari.Pastinya wanita itu tidak akan memaafkan kesilapannya pada malam itu.Lee Joon melepaskan keluhan berat.

"Oppa,gwenchana?" Soal Ji Yeon.Lee Joon memandang ke arahnya.Perlahan-lahan,dia menguntum senyuman paksa ke arah wanita itu.

"Miane.Oppa...oppa rasa tak sihat sikit malam ni,"kata Lee Joon,sebelum dia bangun dari pembaringannya itu.Ji Yeon terus memegang tangannya apabila melihat Lee Joon yang mulai beredar dari katil itu.Lee Joon menoleh ke arahnya.

"Oppa nak pergi mana?" Soal Ji Yeon.Lee Joon tersenyum ke arahnya sambil melepaskan pegangan tangan Ji Yeon terhadap tangannya itu.Dia menyarungkan semula kemeja putihnya itu pada tubuhnya.Dia kemudiannya berjalan menuju ke arah pintu sebaik sahaja dia sudah selesai bersiap.Namun,langkahnya terhenti apabila Ji Yeon memeluk tubuhnya dari belakang.

"Ji Yeon ah..."

"Oppa tak boleh tinggalkan Ji Yeon malam ni,"kata Ji Yeon.Lee Joon melepaskan keluhan berat.Dia kemudiannya memusingkan tubuhnya menghadap Ji Yeon.

"Malam ni tak boleh.Oppa ada hal lain yang perlu dibuat,"kata Lee Joon sambil mengusap lembut pipi wanita itu.

"Tak boleh ke oppa tangguhkan dulu hal oppa tu ke hari lain?" Soal Ji Yeon,berusaha untuk membiarkan Lee Joon tinggal bersamanya pada malam itu.

"Nanti oppa call,"kata Lee Joon.Ji Yeon mengetap bibirnya.Berang apabila Lee Joon tetap berdegil untuk beredar meninggalkannya di situ.Dia kemudiannya menarik tali leher Lee Joon sebelum dia mencium bibir lelaki itu dengan kasar.

"Ji Yeon!"

Ji Yeon langsung tidak mengendahkan Lee Joon yang berusaha menjauhkan dirinya daripadanya itu.Malah dia terus merangkul leher Lee Joon dengan erat.Dia kemudiannya menarik Lee Joon menuju ke arah katil tanpa melepaskan ciumannya pada bibir lelaki itu.Ji Yeon terus membaringkan tubuhnya di atas Lee Joon.Dia kemudiannya mengalihkan pula bibirnya pada leher lelaki itu.Tangannya ligat membuka baju Lee Joon dengan kasar.Dia mula menyentuh tubuh Lee Joon yang tidak berbaju itu.Lee Joon kemudiannya membalas pelukannya sebelum dia mengucup bibir wanita itu.Ji Yeon tersenyum kemenangan.Ternyata Lee Joon tidak dapat menolak keinginannya pada malam itu.

 

 

ByungHee menggosok-gosok matanya sambil menyiapkan minuman yang dipesan oleh pelanggannya itu.Dia meraba-raba mencari sesuatu di atas meja itu.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya,cuba mendapatkan penglihatan yang lebih jelas.

"Hyung,dah siap dah?" Soal Mir yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam dapur itu.ByungHee menoleh ke arahnya.

"Em..sikit lagi,"kata ByungHee.Mir mengerutkan dahinya apabila melihat keadaan ByungHee yang sedikit menggelabah itu.

"Gwenchana?" Soal Mir.

"Okey..okey.." Balas ByungHee,sambil menyambung semula kerjanya.ByungHee mengerutkan dahinya.Ternyata penglihatannya yang kabur itu mengganggu kerjanya yang lazimnya boleh disiapkan dalam masa yang singkat itu.Tangannya meraba-raba di atas meja sekali lagi.

"Hyung...Hyung cari apa?" Soal Mir,hairan.

"Em..Hyung..."ByungHee terus berusaha untuk mencari jag kecil berisi susu pekat di atas meja itu.Bibirnya menguntum senyuman lega apabila tangannya berjaya mencapai jag itu.Dia kemudiannya cuba menuangkan susu itu ke dalam kopi yang sudah disiapkannya itu,sebelum dia melukis corak pada permukaan kopi itu.Namun sekali lagi pandangannya yang kabur itu membuatkan ByungHee tidak sengaja menuangkan susu dengan berlebihan sehingga menyebabkan kopi itu melimpah keluar.

"Hyung!"

Mir segera menjauhkan ByungHee dari meja itu,bimbang sekiranya kopi yang panas itu terpercik pada tangan lelaki itu.

"Yah,apa Hyung buat ni?Kopi ni dah tumpah,"kata Mir,sefera mendapatkan kain untuk membersihkan semula meja itu.ByungHee menelan air liurnya.Mir menoleh ke arahnya.

"Hyung ni kenapa?Sejak belakangan ni,semua kerja yang Hyung buat semua tak jadi.Hyung ada masalah ke?" Soal Mir.

"Huh?Em.."Lidah ByungHee kelu untuk berkata-kata.Mir pula menantikan kata-kata daripadanya.

"Aish!"

ByungHee segera menanggalkan apronnya dengan kasar sebelum dia beredar meninggalkan Mir di situ.

"Hyung?"

ByungHee terus melangkah keluar dari situ tanpa menyedari bahunya yang berlanggar dengan SeungHo yang baru sahaja tiba di dapur itu.

"ByungHee yah!"

ByungHee turut tidak mengendahkan panggilan SeungHo terhadapnya itu.SeungHo memandang ke arah Mir.Mir sekadar membalasnya dengan gelengan kepalanya.Dia turut tidak faham dengan situasi yang sedang berlaku ketika itu.SeungHo segera mengejar ByungHee dari belakang.

"ByungHee yah!"

SeungHo terus menjerit nama ByungHee dari belakang.ByungHee terus membuka pintu keretanya sebelum dia masuk ke dalam.Dia cuba mencari lubang kunci untuk menghidupkan enjin keretanya itu.Namun pandangan matanya yang kabur itu membuatkan dia tidak dapat menjumpai lubang kunci itu dengan mudah.ByungHee memukul stereng keretanya dengan kasar.Dia kemudiannya bersandar pada tempat duduknya.

"ByungHee..."

SeungHo terkejut apabila melihat ByungHee yang sedang menangis di dalam kereta itu.

"Tinggalkan aku,SeungHo..." Kata ByungHee,tidak menoleh ke arah SeungHo.Air matanya terus mengalir.SeungHo berjalan mendekati ke arah ByungHee.Dia kemudiannya memandang ke arah ByungHee.Perlahan-lahan,dia melepaskan keluhan kecil.

"Jom."

SeungHo mencapai tangan ByungHee.ByungHee menoleh ke arahnya.SeungHo sekadar tersenyum ke arahnya.

 

SeungHo menoleh ke arah ByungHee yang sedang bersandar pada batang pokok sambil memegang tin bir itu.Keadaan ByungHee begitu berserabut ketika itu.

"Jadi apa yang doktor cakap?" Soal SeungHo.ByungHee tersenyum hambar.

"Tak ada apa.Seperti apa yang omma alami...aku akan alaminya juga,"kata ByungHee,perlahan.

"Berapa lama?" Soal SeungHo.Dia masih lagi terkejut dengan berita yang baru sahaja diketahuinya itu.ByungHee menggelengkan kepalanya.

"Mungkin tak lama lagi,"kata ByungHee sambil tersenyum hambar.SeungHo melepaskan nafas panjang.

"Jadi sekarang keadaan kau macam mana?" Soal SeungHo.ByungHee menggelengkan kepalanya.

"Macam yang kau nampak nilah.Semua benda yang aku buat...semua tak jadi,"kata ByungHee.

"Hari tu..waktu kau cedera masa main basketball tu...sebab mata kau juga,kan?" Soal SeungHo.ByungHee tersenyum sambil angguk.SeungHo meraup wajahnya.

"Tapi...mata kau boleh dirawatkan?" Soal SeungHo.ByungHee memandang ke arahnya.

"Tolong jangan beritahu siapa-siapa pasal hal ni,SeungHo.Terutamanya Vic,"kata ByungHee,tidak menjawab pertanyaan SeungHo.

"Sampai bila kau nak sorokkan hal ni?"Soal SeungHo,tidak bersetuju dengan permintaan ByungHee itu.

"Aku tak tahu.Tapi...tolong rahsiakan dulu hal ni.Aku percayakan kau,SeungHo.Tolong..."Pinta ByungHee,bersungguh-sungguh.SeungHo melepaskan keluhan berat.ByungHee pula terus memandang ke arahnya.

 

 

Victoria yang sedang menyediakan hidangan makan malam itu terkejut apabila merasakan tubuhnya dipeluk dari belakang.

"Vic tengah buat apa ni?" Soal ByungHee,sambil meletakkan dagunya pada bahu wanita itu.

"Tengah masaklah.Oppa mesti dah lapar kan?" Soal Victoria sambil meletakkan tangannya pada pipi ByungHee.ByungHee sekadar tersenyum.

"Oppa dah menyusahkan Vic pula dekat rumah ni.Sepatutnya biar Sun Young yang buat semua ni.Vic kan tetamu dekat rumah ni,"kata ByungHee lagi.Victoria tersenyum.

"Tak ada apa-apalah,oppa.Vic pun suka buat semua kerja ni.Lagipun,nanti Vic akan buat semua ni juga bila kita dah kahwin nantikan?" Soal Victoria,teruja.Senyuman ByungHee mengendur.Perlahan-lahan,dia melonggarkan pelukannya terhadap Victoria.Victoria menoleh ke arahnya.ByungHee memandang ke arahnya.

"Apa Vic cakap ni?" Soal ByungHee.Victoria tersenyum lagi.

"Yelah.Nanti kalau kita dah kahwin nanti,Vic akan buat juga semua kerja ni.Kemas rumah...masak untuk oppa...betul tak?" Soal Victoria.

"Oh...tu...Em...betul juga,"kata ByungHee,perlahan.Senyuman Victoria mengendur apabila melihat riak wajah ByungHee yang kelihatan kurang gembira itu.

"Waeyo?' Soal Victoria.ByungHee cepat-cepat memaniskan riak wajahnya.

"Tak ada apa-apa.Oppa...oppa cuma terkejut dengar Vic cakap macam tu,"kata ByungHee.

"Vic lagi terkejut tau bila oppa lamar Vic hari tu,"balas Victoria pula.ByungHee sekadar membalasnya dengan senyuman.Victoria kemudiannya menyambung semula kerjanya.ByungHee pula memandang ke arahnya.Bagaikan menghargai saki baki waktu yang ada sebelum dia tidak dapat lagi menatap wajah Victoria untuk selama-lamanya.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ