OPPOSITE ATTRACTS FINALE

Opposite Attracts

3 tahun kemudian...

 

 

Mir berjalan pantas menggunakan kasut rodanya menuju ke arah meja salah seorang daripada pelanggannya sambil membawa hidangan yang dipesan itu.Mir kemudiannya menguntum senyuman manis sebaik sahaja dia tiba di meja pelanggannya itu.Perlahan-lahan,dia meletakkan mangkuk kaca berisi ais krim dan biskut itu di atas meja.

“Silakan,tuan puteri,”kata Mir sambil tersenyum.Seorang kanak-kanak perempuan melihat ais krim itu dengan teliti sebelum dia memandang semula ke arah Mir.

“Apa ni,ahjussi?”Soal kanak-kanak perempuan itu.

“Ais krimlah.Takkan tak pernah makan ais krim kot,”kata Mir.

“Tapi Seo Yeon tak pesan pun ais krim ni,”kata kanak-kanak perempuan yang sememangnya petah berkata-kata itu.Mir mencebik.

“Habis tu takkan asyik nak minum cappuccino saja.Tak eloklah,Seo Yeon,”kata Mir.Kanak-kanak perempuan bernama Seo Yeon berpeluk tubuh sambil memandang tajam ke arah Mir.

“Tak nak! Seo Yeon nak juga cappuccino !” Balas Seo Yeon,tetap berdegil.Mir mendengus perlahan.

“Tak boleh,”kata Mir,turut tidak mengalah.

“Ahhh~~~~” Kanak-kanak itu terus menghentak-hentakkan kakinya di atas lantai.Mir menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.Semua pelanggan yang berada di situ menoleh ke arah Mir dan Seo Yeon.

“Seo Yeon ah...janganlah buat bising dekat sini.Okey okey...lain kali ahjussi bagi cappuccino,okey?Kali ni,Seo Yeon rasalah dulu ais krim ni.Sedap tau.Rugi kalau Seo Yeon tak rasa,”kata Mir,cuba untuk memujuk kanak-kanak perempuan itu.

“Tak nak~~”Seo Yeon terus berdegil.

“Aish...”Keluh Mir.

“Kenapa ni?” Soal Sun Young yang baru sahaja tiba itu.Mir menoleh ke arah teman wanitanya itu.Sun Young kemudiannya mengambil tempat di sebelah Seo Yeon sambil mengusap lembut rambut kanak-kanak perempuan itu.

“Oppa buat apa ni?Sun Young minta tolong oppa tengokkan Seo Yeon kejap pun,dah kecoh-kecoh macam ni,”kata Sun Young.

“Seo Yeon nilah...asyik nak minum cappuccino saja.Mana elok untuk budak-budak,”kata Mir.Sun Young mencebik.

“Eleh.Siapalah yang ajar budak ni minum cappuccino dulu kan...”Kata Sun Young sambil menjeling ke arah Mir.Mir berdehem beberapa kali.

“Sebab tulah,oppa nak bagi dia merasa benda lain pula,”kata Mir,tidak mahu mengalah.

“Ada saja alasan dia,”kata Sun Young.Sun Young kemudiannya menoleh ke arah Seo Yeon yang sedang mencuka itu.

“Seo Yeon kenapa ni?Seo Yeon nak cappuccino ekh?” Soal Sun Young.Perlahan-lahan,kanak-kanak perempuan itu angguk.

“Ahjussi bukan tak nak bagi Seo Yeon minum.Cuma dia tak nak Seo Yeon sakit perut kalau minum cappuccino banyak sangat.Sekali sekala bolehlah.Ni ahjussi dah bagi ais krim.Seo Yeon tak nak ais krim?” Soal Sun Young,cuba untuk memujuk kanak-kanak itu.Seo Yeon memandang ke arah ais krim itu.Mir kemudiannya duduk di hadapan Seo Yeon.

“Seo Yeon ah...ahjussi bukan tak nak bagi.Cuma..ahjussi risau kalau Seo Yeon sakit perut.Nanti kalau Seo Yeon sakit,ahjussi juga yang kena marah dengan appa Seo Yeon tau.Lain kali,ahjussi bagi Seo Yeon minum cappuccino,okey?Okey?”Pujuk Mir sambil membuat riak wajah comel kepada kanak-kanak perempuan itu.Sun Young yang melihat telatah teman lelakinya itu sekadar tersenyum.Perlahan-lahan,Seo Yeon angguk walaupun mukanya masih lagi masam mencuka.

“Arasso...”Kata Seo Yeon sambil mengambil sedikit ais krim itu sebelum disuapnya ke dalam mulut.

“Wah...pandainya anak buah Aunty Luna ni makan sendiri,”puji Sun Young sambil mengelap sedikit mulut Seo Yeon dengan tisu.Seo Yeon tersenyum lebar sebaik sahaja mendengar pujian daripada ibu saudaranya itu.Mir tersenyum lega.Ternyata pujukannya menjadi.Bapa borek anak rintik.

“Bila Hyung nak balik?” Soal Mir,sambil memandang ke arah Sun Young.Sun Young memandang ke arahnya.

“Oh..dengar kata hari ni.Tapi tak tahu pukul berapa dia sampai,”kata Sun Young.Mir mengangguk perlahan.

“Em...ada apa-apa berita pasal pembedahan tu?” Soal Mir,ingin tahu.Sun Young menggeleng.

“Sun Young pun tak pasti.Unni dah cuba hubungi Lee Joon oppa dekat sana...tapi..jawapan tetap sama.Sun Young pun tak tahu macam mana nak cakap,”kata Sun Young.Mir mengeluh perlahan.Dia melihat ke arah Seo Yeon yang sedang menikmati ais krim di hadapannya itu.

“Seo Yeon ah...”

Seo Yeon memandang ke arah Mir.

“Seo Yeon rindukan appa tak?” Soal Mir,sengaja bertanya.Sun Young turut memandang ke arah Seo Yeon.

“Rindu,”jawab Seo Yeon.

“Seo Yeon suka kalau appa boleh tengok Seo Yeon?” Soal Mir lagi.

“Mestilah suka.Lepas ni appa boleh tengok Seo Yeon pakai baju cantik-cantik,”kata Seo Yeon,petah.Sun Young tersenyum lebar apabila mendengar kata-kata anak saudaranya itu.Mir turut tersenyum sambil menggosok lembut kepala kanak-kanak itu.

“Aduhai..comelnya...geram ahjussi tengok Seo Yeon ni tau,”kata Mir.

“Seo Yeon ah..kalau Seo Yeon dah besar nanti...Seo Yeon nak kahwin dengan ahjussi tak?”Soal Mir,sengaja mengusik.Sun Young terkejut mendengar pertanyaan Mir itu.

“Wae?Ahjussi kan suka dengan Aunty Luna.Kenapa mesti nak kahwin dengan Seo Yeon?” Soal Seo Yeon.Sun Young memandang ke arah Mir.

“Sebab Aunty Luna ni lambat sangat nak bagi jawapan dekat lamaran ahjussi.Penatlah ahjussi tunggu,”kata Mir,sambil memandang ke arah Sun Young.

“Jangan nak mengada-ngada dekat sini ekh?”Balas Sun Young.Mir sekadar ketawa.Perbualan mereka terhenti seketika apabila kedengaran bunyi loceng berbunyi,menandakan kehadiran pelanggan lain ke Coffee Princes itu.Seo Yeon tersenyum lebar apabila melihat seorang wanita sedang melangkah masuk ke dalam itu.Cepat-cepat dia bangun dari tempat duduknya itu sebelum dia berlari ke arah wanita itu.

“Omma!”

Seo Yeon terus memeluk wanita itu dengan erat sebelum pelukannya dibalas.

“Anak omma dah lama tunggu?” Soal Victoria.Seo Yeon sekadar tersenyum.

“Anak omma makan apa ni?Habis comot mulut ni,”kata Victoria.

“Ahjussi bagi ais krim,”kata Seo Yeon sambil menunjuk ke arah Mir.Victoria menoleh ke arah Mir.

“Em...Seo Yeon mesti dah banyak susahkan Mir hari ni kan?” Soal Victoria sambil tersenyum.

“Tak apa,Noona.Saya dah biasa.Perangainya sikit pun tak ubah macam appanya,”balas Mir.Victoria sekadar ketawa apabila mendengar kata-kata Mir itu.

“Kerja unni dah siap ke?” Soal Sun Young pula.

“A’ah.Unni tutup kedai awal sikit hari ni.Yelah...tak sabar nak tunggu orang tu balik kan,”kata Victoria sambil menoleh ke arah Seo Yeon.

“Seo Yeon nak jumpa dengan appa tak?” Soal Victoria.Seo Yeon angguk sambil tersenyum.

“Unni dah tahu ke oppa sampai dalam pukul berapa?” Soal Sun Young.

“Tak.Lee Joon pun suruh unni tunggu saja dekat rumah.Kononnya nak buat surprise,”kata Victoria.

“Hyung pula macam mana?” Soal Mir,ingin tahu.

“Tak tahu.Tapi...dia cakap..tak ada apa nak dirisaukan.Dia cakap semuanya okey,”jawab Victoria.Dia kemudiannya memandang ke arah Seo Yeon yang wajahnya begitu mirip dengan suaminya itu.Sedikit sebanyak mengubat rindunya terhadap lelaki itu.

 

“Seo Yeon nak makan apa malam ni?Nanti omma masakkan,”soal Victoria sambil berjalan menuju ke arah rumahnya.

“Seo Yeon dah kenyanglah,omma,”kata Seo Yeon sambil memegang perutnya.Victoria ketawa.

“Yeke?Mesti ahjussi bagi Seo Yeon makan ais krim banyak sangat ni,”kata Victoria.Ketawanya terhenti apabila matanya terpandang ke arah sepasang kasut lelaki tersusun kemas di hadapan pintu rumahnya.Jantungnya berdegup pantas.Tanpa berlengah,dia terus memulas pintu rumahnya itu.Kelihatan tiada orang pun berada di dalam rumah itu sehinggalah dia dapat menangkap bunyi bising dari dapur.Victoria yang sedang mendukung Seo Yeon itu kemudiannya berjalan menuju ke arah dapur.Matanya terbuka luas apabila melihat susuk tubuh seorang lelaki sedang berdiri membelakanginya di dapur itu.

“Dah balik dah?” Soal lelaki itu sebelum dia memusingkan tubuhnya ke arah Victoria.Mata Victoria bergenang apabila melihat senyuman manis yang terukir pada bibir lelaki itu.Senyuman yang amat dirinduinya selama hampir dua bulan tidak dilihatnya itu.Lelaki itu kemudiannya berjalan menghampiri Victoria dan Seo Yeon.Bibirnya menguntum senyuman lebar apabila melihat Seo Yeon yang sedang didukung oleh Victoria itu.

“Ni...Seo Yeon?Anak kita?” Soal lelaki itu.Victoria angguk tanpa bersuara.Lelaki itu mengusap lembut pipi Seo Yeon.

“Appa!” Seo Yeon segera menghulurkan tangannya ke arah ByungHee,pinta didukung oleh lelaki itu.

“Omo...comelnya anak appa ni.Cantik macam omma.Sama macam apa yang appa bayangkan,”kata ByungHee,teruja melihat wajah anak perempuannya untuk pertama kali itu.Victoria pula masih lagi kaku di situ.

“Appa dah boleh tengok Seo Yeon?” Soal Seo Yeon sambil menyentuh pipi ayahnya itu.ByungHee tersenyum sambil mengangguk.

“Jinja?”Soal Seo Yeon.

“Iya.Lepas ni appa bolehlah tengok anak appa ni pakai baju cantik-cantik,”kata ByungHee sambil mencuit hidung Seo Yeon.Dia kemudiannya mencium pipi Seo Yeon,melepaskan kerinduannya terhadap anak perempuannya itu.

“Appa...appa..Seo Yeon nak tunjuk lukisan Seo Yeon dekat appa,”kata Seo Yeon,cuba untuk turun daripada didukung oleh ByungHee.

“Arasso arasso...jangan lari.Nanti jatuh,”kata ByungHee sambil membiarkan Seo Yeon berjalan menuju ke arah biliknya.Sebaik sahaja,Seo Yeon beredar dari situ,ByungHee menoleh ke arah Victoria.Bibirnya menguntum senyuman manis sambil mengusap lembut pipi wanita itu.

“Bogoshippo...”Ucap ByungHee,lembut.

“Lah...kenapa ni,omma..?Omma tak suka tengok appa balik ke?” Soal ByungHee apabila melihat mata Victoria yang bergenang itu.Perlahan-lahan,Victoria mengalirkan air mata setelah sekian lama ditahannya.ByungHee tersenyum sebelum dia menarik isterinya itu ke dalam pelukannya.

“Miane...hm?”

Victoria kemudiannya memandang ke arah ByungHee.Wajah lelaki itu diusapnya lembut.

“Betul ke tak ada apa-apa ni?Tak ada sakit mana-mana lagi?”Soal Victoria,bimbang.ByungHee tersenyum.

“Tak ada apa-apa.Pembedahan tu berjalan dengan lancar.Kalau bukan sebab pertolongan Lee Joon,mungkin...”ByungHee menyentuh wajah Victoria.

“...mungkin appa tak boleh tengok lagi muka omma...dengan anak kita yang cantik macam ommanya tu...”Kata ByungHee sambil tersenyum.Victoria tersenyum dalam tangisannya.ByungHee turut tersenyum sebelum dia mendekatkan wajahnya ke arah Victoria.Perlahan-lahan,dia mencium lembut bibir wanita itu.Victoria memejamkan matanya sambil merangkul erat leher lelaki itu.ByungHee turut memeluk erat pinggang wanita itu.Mereka kemudiannya saling berpandangan antara satu sama lain.

“Vic tetap nampak cantik macam dulu...macam tomato...”kata ByungHee.Victoria tersenyum.

“Cuma kali ni...tomato nampak berisi sikit,”sambung ByungHee seraya bergurau.Mata Victoria membulat sebaik sahaja mendengar kata-kata suaminya itu.

“Yah!”

ByungHee tertawa sebelum dia mencium bibir wanita itu sekali lagi.

“Who cares?Kalau betul Puan Jung ni...bulat macam Omma Gom pun..Appa Gom tetap sayang.Nanti bolehlah kita berduet lagu Gom sama-sama kan?” Soal ByungHee,tidak jemu mengusik.

“Eee...nakalnya appa ni!”Balas Victoria sambil mencubit lengan suaminya itu.ByungHee mengaduh kesakitan sambil menggosok-gosok lengannya yang kesakitan itu.Victoria sekadar tersenyum kemenangan.

“Appa!”

Perhatian ByungHee teralih ke arah Seo Yeon yang sedang berlari ke arahnya itu.

“Tengoklah ni.Semua ni Seo Yeon yang lukis tau,”kata Seo Yeon.Mata ByungHee membulat apabila melihat lukisan anak perempuannya itu.

“Wow...semua ni Seo Yeon yang lukis?” Soal ByungHee,tidak percaya.Seo Yeon angguk sambil tersenyum bangga.

“Wah...pandailah anak appa ni,”puji ByungHee sambil mengusap lembut kepala Seo Yeon itu.Victoria tersenyum melihat telatah dua beranak itu.

“Appa pergilah main dengan Seo Yeon dekat depan.Biar omma yang sediakan makan malam,okey?”Soal Victoria.ByungHee menoleh ke arahnya.

“Arasso.Nanti kalau ada apa-apa,panggil appa,okey?” Balas ByungHee sambil mendukung Seo Yeon.Victoria tersenyum sambil mengangguk.ByungHee kemudiannya menghadiahkan kucupan pada bibir Victoria.

“Eee..appa cium omma!”Jerit Seo Yeon sambil menutup kedua-dua matanya.ByungHee sekadar ketawa melihat telatah anak perempuannya itu.

“Seo Yeon nak?Mari sini,”usik ByungHee.

‘Andwae!”Seo Yeon memalingkan wajahnya daripada ByungHee.Victoria turut ketawa melihat telatah ByungHee yang suka mengusik Seo Yeon itu.Perangainya yang keanak-anakkan itu tetap tidak berubah.ByungHee menoleh ke arah Victoria.

“Saranghae...” ByungHee menggerakkan mulutnya membentuk perkataan Saranghae kepada Victoria sambil mengenyitkan matanya.Victoria tersenyum bahagia.ByungHee kemudiannya mendukung Seo Yeon menuju ke ruang tamu untuk melayani kerenah anak perempuannya itu.Victoria sekadar memandang ke arah mereka sambil tersenyum.Hatinya diulit rasa bahagia apabila melihat keadaan ByungHee yang sudah pulih itu.

“Jung ByungHee!”

ByungHee yang sedang berada di ruang tamu itu menoleh ke arahnya dengan riak wajah terkejut.

“Saranghae!” Ucap Victoria sambil membuat bentuk hati pada tangannya.ByungHee tertawa melihat telatah comel isterinya itu.

“Saranghae!”Balasnya sambil memberikan senyuman menawannya kepada Victoria.

Kebahagiaan yang diimpikan akhirnya tercapai dan mengharapkannya supaya berkekalan sehingga ke akhirnya...

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ