33

Opposite Attracts

Mir memandang ke arah ByungHee yang sedang menyiapkan pesanan pelanggannya dengan senyap itu.Lelaki itu langsung tidak mahu berbual dengan sesiapa pun sejak kehadiran Lee Joon di Coffee Princes tempoh hari.Keinginan Mir untuk berbual dengan lelaki itu terbantut apabila melihat wajah ByungHee yang kelihatan serius itu.Sesekali dia akan menoleh ke arah Cheondung dan SeungHo yang sedang melayani pelanggan mereka di hadapan itu.Mereka turut memandang ke arahnya.

"Ottoke?" Soal Mir,hanya menggerakkan mulutnya tanpa bersuara.Cheondung menjungkit bahu,buntu dengan situasi yang sedang berlaku itu.SeungHo pula sekadar membisu.

Mir kemudiannya tersentak apabila terdengar bunyi pinggan diletakkan di atas meja itu.Mir memandang semula ke arah ByungHee yang sudah pun berpaling darinya itu.Mir menelan air liur.Ternyata dia  begitu gerun dengan sikap ByungHee yang kelihatan dingin itu.Dia kemudiannya mengambil hidangan itu tanpa langsung bersuara,sebelum berjalan menuju ke arah pelanggannya yang sedang menunggu itu.

 

Mereka sibuk mengemas kafe mereka sebaik sahaja tamat waktu beroperasi.Mir dan Cheondung berbual dengan rancak,seolah-olah cuba menceriakan suasana yang suram di dalam kafe itu.ByungHee pula terus melakukan kerjanya tanpa mempedulikan perbualan antara Cheondung dan Mir itu.Perbualan Cheondung dan Mir itu kemudiannya terganggu apabila kedengaran bunyi sesuatu yang pecah di dalam dapur.Mereka segera menuju ke arah dapur untuk melihat keadaan ByungHee di dalamnya.

"Hyung!Gwenchana?" Soal Mir,cemas melihat tangan ByungHee yang berdarah kerana terkena serpihan kaca gelas yang pecah itu.ByunGHee tidak segera menjawab pertanyaan itu,sebaliknya dia terus mengutip semula serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai itu.Dahinya kelihatan berkerut.Tangannya pula meraba-raba pada permukaan lantai itu.

"Biar aku buatkan,"kata SeungHo,segera membantu ByungHee membersihkan semula lantai yang dipenuhi dengan serpihan kaca itu.ByungHee sekadar membiarkannya.Mir segera mendekati ke arah ByungHee untuk melihat sendiri luka pada tangan lelaki itu.

"Tak ada apa-apalah,"kata ByungHee,melepaskan tangannya daripada Mir.Dia kemudiannya berjalan beredar dari dapur itu menuju ke tingkat atas.Cheondung dan Mir saling berpandangan antara satu sama lain.

"SeungHo Hyung,"panggil Cheondung.SeungHo pula terus melakukan kerjanya itu tanpa menoleh ke arah Cheondung.

"Kenapa dengan G.O Hyung?Sekarang dia kerap pecahkan gelas...pinggan..cawan dekat kafe ni.Selalu dia tak macam ni pun,"soal Cheondung,mula mengesyaki sesuatu.

"Betul tu.Mir pun dah lama perasan pasal hal ni tapi...Mir tak berani nak tanya,"kata Mir pula.SeungHo kemudiannya berdiri sebelum dia membuang serpihan kaca yang telah dikutipnya itu ke dalam tong sampah.Dia menoleh ke arah Cheondung dan Mir yang sedang menantikan jawapan daripadanya itu.SeungHo tersenyum nipis.

"Molla,"jawab SeungHo sebelum dia beredar meninggalkan dua sahabat itu di dapur.

"Hyung pun tak tahu?" Soal Mir hairan.

"Mesti mereka ada sorokkan sesuatu daripada kita.Mustahil SeungHo Hyung tak tahu langsung apa yang terjadi dekat G.O Hyung selama ni,"kata Cheondung pula.Mir mengangguk,turut bersetuju dengan pendapat Cheondung itu.

 

 

ByungHee melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang longlai.Kepalanya terasa begitu berat sekali.Badannya terasa terlalu letih ketika itu tanpa menghiraukan tangannya yang masih lagi cedera kerana terkena serpihan kaca sebentar tadi.

"Oppa!"

ByungHee berhenti melangkah.Dia langsung tidak menoleh ke arah Victoria yang sedang berjalan ke arahnya itu.Victoria melihat keadaan ByungHee yang kelihatan kusut itu.

"Oppa pergi mana?"Soal Victoria.Sejak belakangan ini,hubungan mereka menjadi dingin.Tiada lagi gurauan dan gelak ketawa sebelum ini.Namun,Victoria tetap tidak berputus asa untuk menjernihkan kembali hubungan mereka itu.Victoria melihat jam pada dinding rumah itu.Sejak belakangan ini,Byunghee sering pulang lewat ke rumah.Entah ke mana lelaki itu pergi,dia sendiri tidak pasti.ByungHee seolah-olah sengaja mengelak dirinya daripada berjumpa dengannya.

"Kenapa dengan tangan oppa ni?" Soal Victoria,terkejut melihat luka pada tangan ByungHee itu.Cepat-cepat dia mencapai tangan lelaki itu,untuk memeriksa sendiri luka yang terdapat pada tangan ByungHee.Namun,Byunghee segera melepaskan tangannya daripada Victoria.Victoria tersentap.

"Kenapa tak masuk tidur lagi?" Soal ByungHee.

"Em..Vic..Vic tunggu oppa balik,"kata Victoria.ByungHee melepaskan keluhan kasar.

"Berapa kali oppa cakap...tak payah tunggu oppa balik?Tak faham bahasa ke?!"

Victoria terkejut mendengar jerkahan ByungHee terhadapnya itu.

"Rimaslah,"rungut ByungHee sebelum dia beredar meninggalkan Victoria di ruang tamu itu.Namun Victoria segera mencapai tangannya sebelum digenggamnya erat.

"Oppa...Miane..Vic cuma risaukan oppa,"kata Victoria.ByungHee melepaskan tangannya daripada Victoria.

"Oppa..."Sekali lagi Victoria mencapai tangan lelaki itu.

"Vic tahu oppa marahkan Vic.Tapi semua tu tak seperti yang oppa sangkakan.Vic dengan Joon tak ada apa-apa.Oppa pun tahu kan yang Vic tak pernah cintakan dia,"kata Victoria.ByungHee terus membisu.

"Vic...hanya cintakan oppa,"sambung Victoria lagi.

"Tapi Vic pernah sukakan dia kan?" Soal ByungHee,tanpa menoleh ke arah Victoria.

"Suka...atau...cinta...yang penting dia pernah menjadi seseorang yang penting dalam hidup Vic sebelum ni,"kata ByungHee lagi.ByungHee kemudiannya tersenyum nipis.

"Jadi memang sia-sialah penantian oppa selama ni,kan?" Soal ByungHee pula.

"Oppa...tolong dengar dulu apa yang Vic nak cakapkan ni,"kata Victoria,bersungguh-sungguh mahu memberikan penjelasannya kepada ByungHee.

"Balik sajalah,Vic."

Victoria terkejut dengan kata-kata ByungHee.

"Apa?"

ByungHee menoleh ke arahnya.

"Balik semula ke Seoul,"kata ByungHee.Air mata Victoria mengalir jua.

"Jadi...oppa tengah halau Vic pergi dari sini?" Soal Victoria,tidak percaya.ByungHee tidak menjawab.Dia segera melepaskan tangannya daripada Victoria,sebelum dia menaiki tangga menuju ke arah biliknya.

"Baik.Kalau itu yang oppa nak...Vic akan buat.Tapi Vic takkan datang lagi ke sini,"kata Victoria.ByungHee memberhentikan langkahnya.Victoria kemudiannya berjalan ke arah lelaki itu.Dia memusingkan tubuh lelaki itu supaya menghadapnya.Wajah ByungHee yang tegang itu ditatapnya.

"Oppa betul-betul nak Vic pergi dari sini ke?Hm?" Soal Vic,sebak.Hatinya berat untuk meninggalkan lelaki itu dalam keadaan hubungan mereka yang dingin seperti itu,ByungHee tidak menjawab.

"Tapi Vic tak nak tinggalkan oppa.Vic nak duduk dekat sini.Vic nak habiskan hidup Vic dekat sini,"kata Victoria.ByunGhee memejamkan matanya.

"Oppa..."

"Vic kena balik juga.Ini bukan tempat Vic.Lagipun..."ByungHee memandang ke arahnya.

"Ada orang tengah tunggu Vic dekat sana,"kata ByungHee.Wajah Victoria itu ditatapnya sebelum dia mengalihkan semula wajahnya daripada wanita itu.

"Baliklah,Vic,"kata ByungHee lagi.Air mata Victoria terus mengalir laju sebelum dia bergegas menuju ke arah bilik ByungHee tanpa langsung menoleh ke arah lelaki itu.ByungHee pula sekadar memejamkan matanya.

 

 

Dua hari sebelum itu...

 

"Jadi...kaulah lelaki yang berjaya merampas Vic dari aku selama ni?" Soal Lee Joon,sambil bersandar pada pintu keretanya.ByungHee yang baru sahaja melangkah keluar dari  Coffee Princes itu terkejut dengan kehadiran Lee Joon di situ.ByungHee mengerutkan dahinya,cuba untuk melihat wajah Lee Joon dengan jelas.Lee Joon tersenyum ke arahnya sambil menghulurkan tangannya ke arah ByungHee.

"Lee Joon."

Perlahan-lahan,ByungHee menyambut huluran tangan lelaki itu.

"ByungHee."

"Oo..jadi nama kau ByungHee?Em...boleh tahan juga kau ni.Walaupun hanya lelaki kampung tapi...kau berjaya merampas Victoria dari aku.Aku tengok kau ni tak adalah hebat mana pun.Setakat jadi barista dekat kafe kecil ni...berapa sangatlah yang kau boleh dapatkan,"kata Lee Joon.ByungHee sekadar membisu.

"Well...aku tak nak cakap banyak.Aku cuma nak kau tahu...yang aku takkan benarkan kau rampas Vic dari aku dengan mudah.Jangan ingat kau dah menang.Kau ingat kau boleh dapatkan Vic dengan mudah?Kau tak  pernah fikir kan  apa yang akan jadi kalau semua orang tahu yang pertunangan kami tak jadi disebabkan oleh kau?Cuba kau bayangkan apa akan jadi kalau semua orang tahu pasal ni.Mesti ramai orang akan bencikan Victoria.Dan semua tu akan mengganggu kerjaya dia  dan semua kerja kerasnya selama ni akan jadi sia-sia."

ByungHee sekadar mendengar.

"Bukan ke kau ni teman lelaki Vic yang memahami kerjaya Vic?Kau pun tak nak tengok kerjaya dia hancur semata-mata kerana cinta yang tak tentu bagaimana penghujungnya tu kan?" Soal Lee Joon sambil tersenyum.

"Memang aku bukannya lelaki yang baik untuk Vic.Dan aku mengaku...semua ini takkan berlaku kalau bukan sebab kesilapan aku sendiri."Kata Lee Joon.

"Sebab tulah aku datang sini.Aku nak buktikan yang aku boleh berubah seperti yang dia nak.Aku akan buktikan kepada dia yang aku boleh jadi seorang lelaki yang bertanggungjawab dan terbaik untuk dia."

ByungHee tersenyum mendengar kata-kata Lee Joon itu.

"Jadi kau betul-betul cintakan dia?" Soal ByungHee.

Senyuman Lee Joon mengendur sebaik sahaja mendengar pertanyaan lelaki itu.ByungHee tersenyum lagi.Namun senyumannya kelihatan hambar.

"Kalau kau betul-betul cintakan dia...tolong jangan permainkan perasaan dia lagi.Dia sendiri cakap yang dia pernah sukakan kau kan?Itu maknanya...dia pernah percayakan kau.Dia yakin...kau boleh jaga dia dengan baik suatu hari nanti."

"Wait...kau...maksud kau...kau nak terus mengalah macam ni saja?" Soal Lee Joon,tidak percaya.

"Entah.Tapi...apa yang kau cakap tu memang betul.Aku hanyalah orang ketiga dalam hubungan kau dengan Vic.Aku tak sepatutnya wujud pun dalam kehidupan kamu berdua.Aku silap,"kata ByungHee.Lee Joon terdiam.

"Aku percaya kau seorang lelaki yang baik,Lee Joon.Dan aku nak kau buktikannya.Buktinya yang kau boleh bahagiakan Vic lebih daripada yang aku boleh lakukan.Jangan sia-siakan dia,"kata ByungHee,sambil menggenggam erat tangannya sendiri.ByunGhee tersenyum ke arahnya sebelum dia beredar meninggalkan Lee Joon di situ.Lee Joon menoleh ke arahnya.

"Apa ni?"

 

ByungHee duduk di ruang tamu tanpa menoleh ke arah Victoria dan Sun Young yang sedang menuruni anak tangga sambil menjinjing beg itu.Victoria menoleh ke arah ByungHee di ruang tamu itu.Dia kemudiannya segera melangkah keluar dari rumah itu tanpa sepatah kata untuk lelaki itu.Begitu juga dengan ByungHee.

"Oppa,"panggil Sun Young.

"Jaga Vic elok-elok,"kata ByungHee,sebelum dia beredar meninggalkan ruang tamu.Dia tidak langsung menoleh ke arah Sun Young dan Victoria ketika itu.Victoria mengalirkan air matanya.Sun Young pula melepaskan keluhan kecil.

 

 

ByungHee duduk di atas katil.Dia melihat tangannya yang cedera itu dengan pandangannya yang masih kabur itu.Perlahan-lahan,butir-butir jernih mengalir membasahi pipinya.Dia menundukkan wajahnya sambil menangis teresak-esak.

"Miane..."

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ