26

Opposite Attracts

"Song Qian?Jinja?" Soal Hye Yoon tidak percaya.ByungHee yang sedang duduk di hadapannya sambil menikmati hidangan sarapan pagi itu angguk.

"Wuah...tak sangka betullah.Dulu Song Qian tu kecil saja orangnya.Sekarang ni dah jadi bintang filem.Jadi girlfriend ByungHee lagi,"kata Hye Yoon seraya mengusik.Puan Jung dan Puan Park yang turut berada di situ tertawa kecil.

"Oh tengoklah ByungHee kita ni.Muka dia dah jadi merah macam tomato,"usik Hye Yoon sambil mencubit lembut pipi ByungHee.

"Noona!" ByungHee tidak suka dirinya diusik oleh Hye Yoon bagaikan kanak-kanak kecil.Hye Yoon pula terus mentertawakannya.

"Bila nak bawa dia jumpa dengan Noona,ByungHee?Noona pun teringin nak jumpa dengan film star merangkap bakal adik ipar Noona,"soal Hye Yoon.

"Nanti nantilah Noona.Dia sibuklah.ByungHee tak boleh kacau dia sesuka hati,"kata ByungHee tanpa memandang ke arah kakaknya.Dia lebih selesa menumpukan pandangannya pada hidangan sarapan pagi yang disediakan oleh neneknya itu.Namun,sekali lagi pandangannya menjadi kabur sebelum pandangannya bertukar menjadi jelas semula.ByungHee cuba mengawal dirinya.Dia tidak mahu keluarganya mengetahui mengenai masalah yang sedang dihadapinya itu.Cukuplah hanya SeungHo yang mengesyaki masalah yang sedang dihadapinya itu.

"Tapi...ByungHee tak jealous ke kalau tengok Song Qian peluk-peluk dengan lelaki lain?" Soal Hye Yoon,sengaja menguji.

"Mestilah cemburu.Tapi...apa boleh buat.Tu kan kerja dia.ByungHee kenalah faham,betul tak?" Balas ByungHee.

"Baguslah ByungHee kita ni kan,omma?Dia dah matang.Kalau tak dulu,ByungHee ni dah macam pengawal peribadi Song Qian waktu kecil-kecil dulu.Mesti Song Qian rimas,"usik Hye Yoon lagi.

"Omma!Tengok Noona ni,"balas ByungHee,manja.Hye Yoon mencebik.

 

 

ByungHee memerhatikan bunga matahari yang ditanamnya di taman Coffee Princes itu.Memandang ke arah bunga matahari itu membuatkan rindunya terhadap Victoria semakin membuak-buak.ByungHee menguntum senyuman nipis.Dia kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya,berniat untuk menghubungi teman wanita itu setelah sekian lama tidak mendengar suara manja wanita itu.ByungHee mulai mendail nombor telefon wanita itu.ByungHee terkejut apabila telinganya dapat menangkap bunyi deringan telefon yang amat dikenalinya,tidak jauh dari tempat duduknya itu.Cepat-cepat ByungHee menoleh ke arah pintu keluar taman itu.Matanya terbuka luas apabila melihat Victoria yang sedang berdiri di situ sambil memegang telefon bimbitnya.ByungHee segera berdiri.Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali,cuba memastikan bahawa dia tidak berimaginasi ketika itu.Dan ternyata Victoria masih berada di situ.

"Vi...Vic?" 

Air mata Victoria mengalir semakin laju apabila mendengar namanya disebut oleh ByungHee.Tanpa berlengah lagi,dia terus berlari mendapatkan ByungHee sebelum dipeluknya tubuh lelaki itu.ByungHee yang masih lagi terkejut dengan kehadiran Victoria di situ,menjadi kaku untuk seketika.Victoria memeluknya dengan erat,seolah-olah tidak mahu melepaskannya pergi.ByungHee dapat merasakan bahunya basah kerana air mata Victoria.

"Vic?"

"Oppa..."Balas Victoria dalam tangisnya.

ByungHee melepaskan pelukannya sebelum dia memandang ke arah Victoria yang sedang menangis itu.

"Vic...apa yang Vic buat dekat sini?Maksud oppa...apa yang dah berlaku?" Soal ByungHee,bimbang.Victoria menggelengkan kepalanya.Bibirnya menguntum senyuman nipis.

"Vic...Vic cuma rindukan oppa..."Jawab Vic,tersekat-sekat.Seboleh-bolehnya dia mahu menyembunyikan kejadian yang telah berlaku ke atasnya sebelum ini.Dia tidak mahu lelaki itu menjadi cemas kerananya.Victoria kemudiannya memeluk lelaki itu semula.Perlahan-lahan,ByungHee membalas pelukan wanita itu.Malah pelukannya juga semakin erat,seolah-olah cuba melepaskan kerinduannya terhadap wanita itu.Victoria membiarkan dirinya berada dalam pelukan ByungHee.Dia merasakan dirinya selamat apabila bersama dengan lelaki itu.

 

ByungHee memandang ke arah Victoria sambil menyeka air mata Victoria yang masih berbekas itu.Bibirnya menguntum senyuman manis.

"Sampai macam ni sekali Vic rindukan oppa?" Soal ByungHee.Vic tersenyum ke arahnya sambil mengangguk.Vic kemudiannya mencapai tangan ByungHee sebelum digenggamnya erat.

"Oppa tak rindukan Vic?" Soal Victoria,ingin tahu.ByungHee tersenyum ke arahnya sebelum dia mencium lembut tangan Victoria yang sedang memegang tangannya itu.

"Rindu sangat-sangat,"balas ByungHee.

"Tapi oppa tak call Vic pun.Kan oppa cakap kalau oppa rindukan Vic...oppa akan call Vic,"kata Victoria.

"Sebab oppa tak nak kacau Vic.Kalau Vic nak tahu...setiap masa oppa rindukan Vic tau.Kalau ikutkan hati,memang oppa nak call Vic sepanjang masa.Oppa nak dengar suara Vic saja,"kata ByungHee.Victoria tersenyum sehingga menampakkan giginya tersusun kemas itu.Dia memandang lagi ke arah ByungHee.Pipi lelaki itu diusapnya lembut.Perlahan-lahan,dia menarik kolar kemeja yang dipakai oleh ByungHee supaya mendekati wajahnya.Bibir lelaki itu diciumnya.ByungHee pula memeluk pinggang wanita itu,mendekatkan lagi jarak antara mereka berdua.Victoria mengaduh kesakitan sebaik sahaja ByungHee mengalihkan tangannya untuk memegang lengannya yang masih lebam itu.ByungHee menjauhkan wajahnya daripada Victoria.

"Kenapa Vic?" Soal ByungHee.Victoria cuba memaniskan riak wajahnya sebelum dia mencium sekali lagi bibir lelaki itu.Enggan untuk menjawab pertanyaan lelaki itu.Namun ByungHee sekali lagi menjauhkan wajahnya daripada Victoria.

"Bagi oppa tengok lengan Vic,"kata ByungHee,cuba mencapai lengan Victoria namun dihalang oleh wanita itu.

"Tak ada apa-apalah,oppa.Vic tak ada apa-apa,"kata Victoria,berdalih.

"Vic ada sorokkan sesuatu daripada oppa,kan?" Soal ByungHee.

"Tak adalah,oppa.Kan Vic dah cakap yang Vic datang sini sebab Vic rindukan oppa.Takkan oppa tak percayakan Vic?" Balas Victoria,sambil meletakkan kedua-dua lengannya,melingkari leher ByungHee.ByungHee akhirnya terpaksa mengalah.Dia tidak mahu terus memaksa Victoria untuk memberitahunya perkara yang sebenar.

"Arasso.Oppa percayakan Vic.Tapi kalau ada sesuatu yang terjadi kepada Vic....Vic mesti beritahu oppa,okey?" Soal ByungHee,sambil mendekatkan dahinya pada dahi Victoria.Victoria tersenyum sambil angguk.Perlahan-lahan,dia memeluk erat lelaki itu.

"Miane...oppa..."Bisik hatinya.

 

 

"Jadi Sun Young pun tak pasti apa yang terjadi kepada Victoria?" Soal SeungHo.Sun Young yang duduk di hadapannya sekadar mengangguk.Mir dan Cheondung turut berada di situ.

"Jadi,berapa lama kamu berdua nak tinggal dekat sini?"Soal Mir,ingin tahu.Sun Young enggan untuk memandang ke arahnya.Entah mengapa,dia masih lagi berasa kekok apabila berada di hadapan Mir.

"Em...tak pasti lagi.Tapi mungkin tak lama.Sebab buat masa ni,unni tak ada apa-apa aktiviti.Minggu depan baru dia ada shooting yang nak dibuat,"kata Sun Young,tanpa menoleh ke arah Mir.SeungHo dan Cheondung yang menyedari perubahan suasana antara Sun Young dan Mir itu tersenyum sesama sendiri.

"Wah...mana G.O Hyung ni?Lamanya duduk dekat atas tu,"kata Cheondung sambil bersandar pada kerusi.

"Mesti G.O Hyung seronokkan dapat jumpa dengan Victoria Noona semula?" Soal Cheondung lagi.SeungHo sekadar tersenyum.Mir dan Sun Young pula terus membisu.Ternyata kedua-dua mereka masih lagi kekok dengan perubahan yang berlaku dalam hubungan mereka dua bulan yang lalu.Perhatian mereka kemudiannya beralih ke arah ByungHee dan Victoria yang sedang menuruni anak tangga itu.

"Tengoklah merpati dua sejoli tu.Bahagianya!" Cheondung semakin galak mengusik.ByungHee dan Victoria sekadar tersenyum sambil berjalan menuju ke arah mereka.

"Dah lama kita tak berjumpa kan,Victoria?" Soal SeungHo sebaik sahaja ByungHee dan Victoria mengambil tempat di hadapan mereka.

"Baru dua bulan saya tinggalkan tempat ni...tapi rindunya tu macam dah bertahun-tahun tinggalkan tempat ni,"kata Victoria.

"Mestilah rindu.Buah hati Noona kan ada dekat sini.Dia pun dah macam orang tak betul tunggu Noona dekat sini tau,"kata Cheondung,masih tidak jemu mengusik.Kedua-dua ByungHee dan Victoria tersenyum malu.

"Noona nampak pucat sikit.Noona tak sihat ke?" Soal Mir,menyedari keadaan Victoria yang kelihatan sedikit tidak terurus itu.Victoria menggeleng.

"Noona okey.Mungkin penat kot,"balas Victoria.ByungHee memegang erat tangannya.

"Oppa bawa Vic balik sekarang,okey?" Soal ByungHee,prihatin.Victoria tersenyum sambil angguk.

"Em,oppa.Sun Young nak ikut oppa sekali,"kata Sun Young,bergegas bersiap mahu pulang.Dia tidak mahu berada lama di situ.Atau dengan kata lain,dia enggan untuk berada bersama dengan Mir dengan lebih lama di situ.Dia masih lagi berasa malu untuk berhadapan dengan lelaki itu sejak kejadian pada malam sehari sebelum dia bertolak ke Seoul itu.

 

 

"Vic tak kisah ke kalau Vic tidur dalam bilik oppa buat sementara waktu ni?" Soal ByungHee.Disebabkan Hye Yoon tinggal untuk sementara waktu di dalam bilik tidur yang pernah didiami oleh Victoria dua bulan yang lalu,sudah tidak ada lagi bilik yang kosong untuk Victoria.Victoria tersenyum sambil menggeleng.

"Tak apa.Vic pun datang secara mengejut kan.Vic tak kisah,"kata Victoria.ByungHee tersenyum ke arahnya.

"Okeylah kalau macam tu.Em...Vic berehatlah dulu.Oppa tidur dekat bawah,"kata ByungHee,sambil mengusap lembut kepala wanita itu.Sebaik sahaja ByungHee ingin beredar,tangannya dipegang oleh Victoria.ByungHee menoleh ke arahnya.

"Oppa...oppa tidur dengan Vic malam ni,boleh?" Soal Victoria,menahan wajahnya yang berubah merah itu.ByungHee kemudiannya melabuhkan punggung di atas katil sambil memandang ke arah wanita itu.

"Vic...Vic ada sesuatu yang Vic rahsiakan daripada oppa ke?" Soal ByungHee.Dia yakin bahawa Victoria sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya.Victoria tersenyum paksa sambil menggeleng.

"Tak adalah oppa.Vic okey.Vic cuma..Vic cuma...nak oppa temankan Vic malam ni.Boleh kan?" Soal Victoria.

"Vic...tolong jangan buat oppa risau boleh tak?Hati oppa rasa tak senang tau tengok Vic macam ni,"kata ByungHee,masih cuba memujuk Victoria untuk memberitahu perkara yang disoroknya itu.Tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu,Victoria menolak tubuh lelaki itu , membuatkan ByungHee terbaring di atas katil.ByungHee menjadi kaget apabila Victoria menghempap tubuhnya di atas tubuh ByungHee.

"Vic..."

Belum sempat ByungHee bersuara,Victoria segera mencium bibir lelaki itu sambil meletakkan tangannya di atas dada lelaki itu.ByungHee memegang kedua-dua lengan Victoria sehingga membuatkan wanita itu menjerit kesakitan.Victoria kemudiannya terbaring di atas katil sambil memegang lengannya yang kesakitan itu,ByungHee segera mendekati ke arah Victoria,cuba untuk melihat lengan Victoria.

"Vic..."

"Vic okey ...Vic tak apa-apa,"kata Victoria,cuba menghalang lengannya dari diperiksa oleh ByungHee.Namun ByungHee lebih tangkas.Dia segera memegang lengan Victoria sebelum diselaknya lengan baju Victoria itu.Matanya terbuka luas apabila melihat kesan lebam yang berbekas pada kedua-dua lengan wanita itu.Victoria cuba menahan kesakitan pada lengannya itu.ByungHee memandang ke arahnya.

"Siapa yang buat Vic macam ni?" Soal ByungHee.Victoria menelan air liurnya.

"Em..tu..Vic...Vic terjatuh waktu shooting.Tak teruk sangat pun,oppa,"kata Victoria,berdalih.

"Vic jangan tipu oppa!"

Victoria terkejut apabila ByungHee meninggikan suara terhadapnya.

"Siapa yang buat Vic macam ni?!" Soal ByungHee lagi.Ternyata dia begitu marah apabila melihat keadaan Victoria seperti itu.

"Victoria..." ByungHee tetap cuba untuk mendapatkan jawapan daripada Victoria.

"Lee Joon yang buat semua ni...kan?" Teka ByungHee.Sebaik sahaja mendengar nama Lee Joon disebut oleh ByungHee,air mata Victoria mengalir tanpa wanita itu sedari.Ternyata kejadian malam itu masih lagi bermain dengan jelas dalam fikirannya ketika itu.Perlahan-lahan,dia memeluk ByungHee sebelum dia menghamburkan kesedihannya di dalam pelukan lelaki itu.ByungHee melepaskan keluhan berat.Ternyata telahannya tepat sekali.

"Kenapa Vic tak beritahu oppa?Hm?" Soal ByungHee,lembut.Victoria masih terus menangis dalam pelukan ByungHee.

"Vic...Vic takut nak beritahu oppa.Vic..Vic takut kalau..oppa berasa jijik dengan Vic kalau oppa tahu apa yang dah terjadi dekat Vic,"kata Vic dalam tangisnya.ByungHee mengeratkan pelukannya terhadap Victoria.

"Apa  Vic merepek ni?Walau apa pun terjadi,oppa tetap sayangkan Vic.Vic masih tak percayakan oppa?"Soal ByungHee.

"Vic cuma takut kalau...perasaan oppa terhadap Vic berubah kalau oppa tahu yang Vic...bukan Vic yang dulu,"kata Victoria lagi.

"Perasaan oppa terhadap Vic sedikit pun tak pernah berubah,okey?" ByungHee mengusap lembut belakang Victoria.

"Oppa sentiasa sayangkan Vic.Dan semua tu takkan berubah walau apa pun terjadi,"kata ByungHee lagi.

"Oppa takkan tinggalkan Vic lagi kan?" Soal Victoria.ByungHee kemudiannya melepaskan pelukannya.Air mata Victoria itu disapunya perlahan.

"Tak.Oppa takkan tinggalkan Vic,"kata ByungHee.Air mata Victoria semakin laju mengalir sebaik sahaja ByungHee menghabiskan kata-katanya.

"Miane...oppa..." Ucap Victoria.ByungHee memeluk wanita itu semula,mengusap perlahan belakang Victoria.

"Semuanya akan okey.Oppa ada dekat sini,"pujuk ByungHee,lembut.Dia menahan kemarahannya terhadap perbuatan Lee Joon terhadap Victoria itu.

"Kau memang tak guna,Lee Joon." Bisik hatinya.

 

Victoria terjaga dari tidurnya apabila merasakan sesuatu yang sedang menyentuh lengannya yang masih lagi terasa sakit itu.Kelihatan ByungHee sedang meletakkan tuala panas pada kesan lebam yang berbekas pada lengannya itu.

"Sakit ke?" Soal ByungHee,perlahan.Victoria angguk perlahan.

"Tahan sikit okey?Oppa nak bagi lebam ni cepat hilang,"kata ByungHee lagi.Victoria angguk sebelum dia memejamkan matanya semula.Sebaik sahaja ByungHee selesai merawat kesan lebam pada lengan Victoria,dia beralih pula pada belakang tubuh wanita itu.Hatinya sebak apabila melihat kesan lebam yang turut terdapat pada belakang tubuh wanita itu,walaupun tidak seteruk lebam yang terdapat pada lengan wanita itu.ByungHee meletakkan sekali lagi tuala panas pada belakang tubuh wanita itu.Kedengaran wanita itu mengaduh kesakitan.

"Sekejap,Vic,"bisik ByungHee,sebelum dia mencium lembut pipi wanita itu.Selesai sahaja dia merawat kesan lebam yang terdapat pada tubuh wanita itu,ByungHee meletakkan bekas berisi air panas di atas meja sebelum dia berjalan semula ke arah katil.ByungHee membaringkan dirinya di atas katil sambil menutupi tubuh mereka dengan selimut.Dia memeluk tubuh Victoria dari belakang sebelum dia mencium lembut bahu wanita itu.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ