13

Opposite Attracts

Victoria merenung ke arah bunga matahari yang ditanam oleh ByungHee di dalam kebun milik Puan Park itu.Kelopak bunga matahari berwarna kuning itu disentuhnya dengan lembut.Bibirnya tersenyum nipis apabila melihat bunga kegemarannya yang dijaga dengan rapi oleh ByungHee itu.

 

"Bunga matahari itu adalah lambang cinta saya kepada seseorang yang sangat berharga dalam hidup saya.Sebab tu saya tak nak sesiapa pun usik bunga matahari tu...kecuali awak,Victoria."

 

"Walaupun saya ni ada ramai peminat seperti yang awak katakan...hakikatnya...saya hanyalah peminat setia kepada Vivtoria Song Qian,budak kecil yang tak pandai cakap hangul dulu."

 

*************

 

"Gom,"panggil Song Qian.

"Hm?"Balas Gom yang sedang mendukung Song Qian di belakang tubuhnya itu.Lutut Song Qian yang luka itu dibiarkan dibalut dengan tuala putih yang Gom gunakan untuk mencuci lukanya sebentar tadi.

"Kenapa awak tolong saya?Awak tak takut ke kalau mereka akan buli awak juga nanti sebab berkawan dengan saya?"Soal Song Qian,perlahan.Gom tersenyum nipis.

"Kenapa awak tanya?Awak tak suka ke nak berkawan dengan awak?" Soal Gom,ingin tahu.Song Qian pantas menggeleng.

"Aniyo.Saya cuma..."Song Qian berhenti untuk seketika.Gom sekadar menunggu Song Qian untuk meneruskan kata-katanya itu.

"...Saya cuma nak tahu..."Sambung Song Qian sambil meletakkan kepalanya pada bahu Gom.

"Kalau saya beritahu awak...saya takut kalau lepas ni awak dah tak nak berkawan dengan saya lagi,"kata Gom,perlahan.Song Qian menoleh ke arah Gom.

"Kenapa awak cakap macam tu?"Soal Song Qian,hairan.Gom kemudiannya menghentikan langkahnya.Perlahan-lahan,dia menurunkan Song Qian sebelum dia memusingkan tubuh Song Qian menghadapnya.Song Qian memandang ke arah Gom dengan penuh tanda tanya.

"Saya sukakan awak,Song Qian."

Mata Song Qian terbuka luas apabila mendengar kata-kata Gom itu.Ketika itu pula,Gom memandang tepat ke arah anak mata Song Qian yang berwarna hazel itu.

"Saya nak tolong awak...saya nak berkawan dengan awak...sebab saya sukakan awak sejak kali pertama saya jumpa awak,Song Qian,"kata Gom lagi.

 

*********

 

Victoria tersenyum malu apabila mengenangkan kembali kisah silamnya yang sangat indah itu.Ketika semua orang menyisihkan dirinya kerana kekurangannya menutur dalam hangul itu,Gom merupakan satu-satunya lelaki yang menyukai dirinya.Victoria memandang ke arah bunga matahari itu lagi.

"Adakah dia masih menyimpan perasaan yang sama terhadap aku lagi?" Hati Victoria berbisik sendiri sambil memandang ke arah bunga matahari itu.Adakah tersingkap sesuatu makna di sebalik usikan nakal ByungHee terhadapnya itu selama ini?

"Bagaimana pula dengan perasaan aku?Adakah aku juga masih menyukainya seperti ketika aku menyukai Gom dulu?" Soal Victoria lagi.Mukanya berubah merah apabila mengenangkan kembali perbuatan ByungHee yang hampir-hampir sahaja mengucup bibirnya pada malam itu.Perlahan-lahan,Victoria menyentuh bibirnya.

"Agak-agaknya...macam mana rasanya kalau ByungHee dapat cium bibir aku malam tu?"Otak Victoria terus ligat berfikir.

"OMG,Vic!Apa yang kau fikirkan ni?"Pantas sahaja Victoria menggelengkan kepalanya.Entah mengapa,dia boleh berfikir sejauh itu.Perlahan-lahan,Victoria kembali membuka matanya.Victoria terundur beberapa langkah apabila kelihatan seorang budak lelaki sedang berdiri di hadapannya sambil memandang ke arahnya.Victoria turut memandang ke arahnya.Wajah kanak-kanak lelaki itu kelihatan mirip dengan ByungHee namun dia tidak pasti siapa kanak-kanak lelaki tersebut.Wajah kanak-kanak lelaki itu kelihatan terkejut apabila melihat ke arah Victoria.

"Adik ni siapa?" Soal Victoria,ingin tahu.Kanak-kanak itu kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.Dia melihat sesuatu yang terpapar menerusi skrin telefon bimbitnya itu sebelum dia memandang semula ke arah Victoria.

"Yun!Mari sini!" Jerit kanak-kanak lelaki itu.Victoria pula menoleh ke kiri dan ke kanan.Siapa pula yang dipanggil oleh kanak-kanak lelaki itu?Tidak lama selepas itu,kelihatan seorang kanak-kanak lelaki yang turut mempunyai wajah seiras dengan ByungHee itu muncul.Mata Victoria terbuka luas.Mereka ini kembarkah?Siapa mereka ini sebenarnya?

"Yun...ni gambar girlfriend samcheon kan?"Soal kanak-kanak lelaki itu.Kanak-kanak lelaki yang bernama Yun itu turut melihat ke arah telefon bimbitnya dipegang oleh saudara kembarnya itu.

"Yelah.Ni lah gambar girlfriend samcheon.Kenapa?" Soal Yun,sebelum dia menoleh ke arah Victoria.Yun turut terkejut apabila melihat ke arah Victoria yang masih dalam kebingungan itu.

"Wan...Wan...betullah.Muka Noona ni sama dengan muka girlfriend samcheon macam dalam handphone ni...takkanlah..."

"Yah yah! Apa yang kamu berdia merepek ni?Siapa yang girlfriend...siapa yang samcheon ni?" Soal Victoria,mulai rimas dengan kelakuan dia saudara kembar itu.

"Noona ni...Victoria kan?" Soal Wan.

"Ya,saya Victoria.Kenapa ya?" Soal Victoria kembali.Kedua-dua saudara kembar itu tersenyum sesama sendiri sebelum mereka menepuk tangan antara satu sama lain.

"Tak sangka kita dapat juga jumpa dengan girlfriend samcheon kan,Yun?" Soal Wan,teruja.Yun angguk sambil tersenyum lebar.Victoria kemudiannya menundukkan sedikit tubuhnya ke arah dua saudara kembar itu.

"Wahai adik-adik sekalian,apa yang kamu berdua katakan ni?Noona tak fahamlah,"soal Victoria.Yun dan Wan tersenyum lagi.

"Noona tak tahu apa-apa ke?" Soal Yun.Dahi Victoria berkerut apabila mendengar pertanyaan Yun itu sambil menggeleng.

"Betul ni?Samcheon tak pernah cakap dekat noona ke yang dia cinta dekat..."

Belum sempat,Yun menghabiskan kata-katanya,mulutnya pantas sahaja ditutup oleh ByungHee yang baru sahaja muncul itu.Victoria memandang ke arah ByungHee.

"Kat sini rupanya kamu berdua.Penat samcheon cari.Kan samcheon dah pesan,jangan main dekat sini.Kalau kamu berdua luka kat mana-mana nanti macam mana?Samcheon juga yang kena marah dengan omma kamu nanti tau,"kata ByungHee,masih lagi menutup mulut Yun.ByungHee kemudiannya memandang ke arah Victoria sambil tersenyum.

"Em...maaflah.Budak-budak ni memang nakal sikit,"kata ByungHee.Yun cuba melepaskan tangan ByungHee yang sedang menutup mulutnya itu.

"Samcheon!"Jerit Yun.ByungHee kemudiannya melepaskan tangannya daripada menutup mulut Yun itu.

"Pergi masuk dalam.Kalau tak...samcheon beritahu omma kamu yang kamu tak nak dengar cakap nenek,"kata ByungHee.Kedua-dua saudara kembar itu mencebik.

"Eleh,samcheon takutlah tu kalau-kalau rahsia dia terbongkar,"balas Wan sambil ketawa.

"Aish,budak-budak ni." Belum sempat ByungHee berbuat sesuatu,kelam kabut Yun dan Wan beredar meninggalkan ByungHee dan Victoria berdua di situ.ByungHee kemudiannya menggelengkan kepalanya.Victoria pula menoleh ke arahnya sambil bercekak pinggang.ByungHee turut menoleh ke arahnya.

"Apa?Kenapa awak pandang saya macam tu?" Soal ByungHee.

"Hari tu,awak ada simpan satu rahsia dengan eomeoni...sekarang ni awak ada rahsia dengan anak-anak buah awak pula?" Soal Victoria,sangsi.ByungHee tertawa kecil.

"Rahsia apanya?Tak ada apa-apalah.Awak jangan layan sangat dengan budak-budak tu,Vic,"kata ByungHee.Kening kanan Victoria terangkat.

"Kalau macam tu,saya akan pergi tanya dengan anak-anak buah awak,"ugut Victoria,berura-ura mahu beredar dari situ sebelum lengannya dipegang oleh ByungHee.ByungHee memandang ke arahnya.

"Saya memang nak beritahu rahsia saya kepada awak,Vic.Tapi bukan sekarang,arasso?"Kata ByungHee.Victoria memandang ke arahnya.

"Kenapa bukan sekarang?Lambat laun saya akan tahu juga kan?"Soal Victoria pula.

"Ya,memang awak akan tahu juga satu hari nanti.I just wanna make it something special for you.Sesuatu yang awak boleh awak ingat sampai bila-bila,"kata ByungHee,sebelum dia mengenyitkan matanya.ByungHee kemudiannya tersenyum sebelum dia beredar meninggalkan Victoria di situ.

"Special?" Soal Victoria.

 

 

"Noona ada hal sikit dekat Busan.Sebab tu dia hantar Yun dengan Wan ke sini,"kata ByungHee sambil menoleh ke arah kedua-dua anak saudaranya yang sedang leka melihat Puan Park bekerja di kebunnya itu.Victoria turut melihat ke arah yang sama.

"Nampaknya mereka pun sukakan bunga macam nenek juga,"kata Victoria,sambil tersenyum melihat gelagat dua saudara kembar itu.

"Saya pun minat bunga juga.Kenapa awak tak sebut nama saya?" Soal ByungHee.

"Saya tak tahu awak minat apa,"balas Victoria,selamba.ByungHee kemudiannya memaut bahu Victoria,membuatkan tubuh wanita itu berada dekat dengan tubuhnya.Victoria terkejut.ByungHee memandang ke arahnya.

"Saya kan dah pernah cakap yang saya ni peminat awak.Itu bermakna saya minat awak.Takkan awak dah lupa,Vic?" Soal ByungHee.Victoria cuba melepaskan pelukan ByungHee terhadapnya itu namun tidak berjaya.ByungHee pula sekadar tersenyum puas.Akhirnya,Victoria terpaksa mengalah.Perlahan-lahan,dia menguntum senyuman manis apabila mendengar kata-kata ByungHee itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ