01

Opposite Attracts

"Unni pasti yang dia akan terkejut dengan kejutan yang unnie nak bagi ni ?"Soal  Sun Young,pengurus peribadinya sekaligus merupakan satu-satunya rakan karibnya sejak dia berpindah ke Korea untuk mengembangkan karier seninya itu.Victoria sekadar mengangguk sambil tersenyum segaris. Dia amat yakin bahawa kedatangannya ke London secara mengejut itu pasti akan menggembirakan tunangnya, Lee Joon. Sun Young yang sedang duduk di tempat duduk pemandu itu sekadar membisu. Manakala Victoria pula meneruskan pemanduannya dengan perasaan yang berbunga-bunga.

 

 

"Unni nampak okey tak?" Soal Victoria sambil membetulkan rambutnya yang hujungnya sengaja dibiarkan kerinting itu. Sun Young yang melihat telatah Victoria itu sekadar tersenyum sambil mengangguk.

"Saya yakin yang Lee Joon oppa mesti tak berkedip mata bila tengok unni nanti. Lagipun unni dengan Lee Joon oppa pun dah lama tak jumpa kan?"Soal Sun Young semula. Victoria menoleh ke arah Sun Young sambil tersenyum.

"Lepas kita dah celebrate birthday Joon nanti, Sun Young tak kisah kan kalau Sun Young balik ke hotel dulu?"Soal Victoria. Sun Young yang memahami maksud yang tersirat di sebalik kata-kata Victoria itu sekadar mencebik.

"BAIKLAH UNNI.SUN YOUNG FAHAM," kata Sun Young,menekan sedikit suaranya.

"Sun Young tak bolehlah nak marah unni.Sebab unni tak ajak pun Sun Young untuk datang sini sekali. Sun Young yang nak pergi sekali dengan unni,"kata Victoria,cuba menahan dirinya daripada ketawa apabila melihat wajah Sun Young yang kelihatan tidak berpuas hati itu.

"Saya cuma risaukan unni.Takkanlah saya nak biarkan unni datang ke London seorang diri?Kalau tiba-tiba ada peminat datang culik unni macam mana?" Soal Sun Young.

"Okey okey. Terima kasih sebab risaukan unni. Okey?"Balas Victoria,sambil menggosok lembut kepala Sun Young. Sun Young sekadar tersenyum,suka apabila dilayan manja oleh Victoria itu. Walaupun Victoria kelihatan bersikap dingin dengan orang lain,namun tidak bagi dirinya. Victoria begitu baik dan penyanyang terhadapnya.Walaupun Victoria bersikap serius dengannya ketika bekerja,namun sebaik sahaja waktu bekerja tamat,Victoria segera berubah menjadi seorang kakak yang bertimbang rasa dan penyanyang. Sun Young tersenyum lagi. Dia akui bahawa dia begitu selesa bekerja dengan wanita itu walaupun sikap wanita itu kadang-kadang sedikit merunsingkan fikirannya.

 

Victoria memberhentikan keretanya di hadapan rumah agam milik Joon itu.Sun Young yang duduk di sebelah Victoria itu sekadar memandang kosong ke arah rumah agam itu.Dia melepaskan keluhan perlahan.Entah mengapa,hatinya berasa tidak senang sebaik sahaja melihat ke arah rumah agam itu di hadapan matanya.Victoria yang memakai cermin mata hitam serta gaun biru gelap pendek hingga ke paras lutut itu kelihatan tidak sabar untuk berjumpa dengan kekasih hatinya itu.

"Jom.Sun Young."

Sun Young sekadar menurut kata-kata Victoria itu.Victoria kemudiannya menekan butang 'password' pada pintu masuk utama rumah itu sebelum dia melangkah masuk ke dalamnya.Sun Young sekadar menurut langkahnya dari belakang.

"Sunyinya rumah ni,unni.Mana yang lain?"Soal Sun Young sambil melihat ke arah sekeliling rumah agam itu.

"Joon memang duduk rumah ni seorang diri,Sun Young.Katanya dia lebih sukakan privacy,"kata Victoria, yang turut memandang sekeliling rumah itu untuk mencari kelibat tunangnya itu.

"Lee Joon oppa memang ada ke dekat rumah sekarang ni,Unni?"Soal Sun Young,yang sememangnya tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke rumah itu.

"Kereta dia ada dekat luar. Mungkin dia tengah berehat dekat atas kot. Em... Sun Young tunggu sekejap dekat sini ekh?Unni nak pergi cari dia dekat bilik,"kata Victoria sambil meletakkan beg tangannya di atas sofa berwarna hitam itu. Sun Young sekadar angguk.Tanpa membuang masa lagi, Victoria segera melangkah menuju ke arah bilik tidur Lee Joon yang terletak di tingkat dua itu.

Victoria menarik nafas dalam sebaik sahaja berada di hadapan bilik lelaki itu.Perlahan-lahan,dia meletakkan tangannya pada tombol pintu bilik itu sebelum dipusingnya.

"Sayang..."

Mata Victoria membulat apabila melihat sesuatu yang sedang berlaku di hadapannya itu.Kakinya bagaikan terpaku kaku di atas lantai itu.Tangannya menggigil,menahan perasaan marah yang teramat itu.Bagaikan tidak percaya apabila melihat tubuh Lee Joon yang sedang berada di atas tubuh seorang wanita Inggeris  tanpa seurat benang itu. Lee Joon yang baru menyedari kehadiran Victoria di situ turut terkejut.Belum sempat Lee Joon memanggil namanya,cepat-cepat Victoria melangkah keluar dari bilik itu dengan perasaan yang marah.

"Victoria!"

Victoria meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan panggilan Lee Joon terhadapnya itu.Sun Young yang sedang membelek-belek majalah di ruang tamu itu turut terkejut apabila terdengar suara Lee Joon yang sedang memanggil nama Victoria itu.Cepat-cepat dia bangun dari tempat duduknya itu.

"Unni?"

"Jom kita balik,"kata Victoria tanpa mempedulikan riak wajah Sun Young yang penuh dengan tanda tanya itu.Sebaik sahaja Victoria ingin membuka pintu keretanya itu,pergelangan tangannya itu tiba-tiba dipegang erat oleh Lee Joon.Victoria segera melepaskan pegangan Lee Joon dengan kasar.

"Let me go!" Marah Victoria,tanpa langsung menoleh ke arah Lee Joon.Entah mengapa,dia berasa jelik untuk memandang wajah lelaki yang suka berpura-pura itu.

"Victora,let me explain.Semua tu bukannya seperti yang you sangkakan,"kata Joon,cuba menghalang Victoria daripada beredar dari situ.Victoria tersenyum sinis.Perlahan-lahan dia menoleh ke arah lelaki itu.

"Explain?You jangan ingat I bodoh okey?I dah faham semuanya.You tak perlu nak buang masa explain dekat I.Lebih baik you sambung saja kerja you yang tertangguh tu,"kata Victoria.Sun Young yang berdiri di situ sekadar memandang dua kekasih yang sedang bergaduh itu.

"Victoria...I..."

Victoria terus melangkah masuk ke dalam keretanya tanpa mempedulikan Lee Joon yang sedang cuba memberikan penjelasan kepadanya itu.Namun,sebelum dia pergi,dia membuka cermin tingkap keretanya.Lee Joon sekadar memandang ke arahnya.

"By the way...happy birthday."Ucap Victoria.

"And...this is my birthday present for you!" Victoria kemudiannya membaling cincin pertunangannya itu ke arah wajah Lee Joon dengan kasar.Lee Joon terkejut dengan tindakan wanita itu.Victoria mencebik ke arahnya sebelum dia memandu laju keretanya itu,meninggalkan Lee Joon keseorangan di situ.

"Unni...apa yang dah berlaku?"Soal Sun Young.

"Kita akan balik semula ke Seoul sekarang,"kata Victoria,tanpa menoleh ke arah Sun Young.

"Apa?!"Ternyata Sun Young terkejut dengan kata-kata Victoria itu.

 

 

Seoul

 

"Unni,kita nak pergi mana ni?Kita bukan nak balik ke apartment kita ke?"Soal Sun Young,ternyata masih belum faham dengan tindakan mengejut Victoria itu.Victoria tidak segera menjawab pertanyaan wanita itu.Sun Young hairan melihat Victoria yang masih bertenaga untuk memandu itu selepas sahaja mereka tiba di lapangan terbang daripada London itu.Entah kuasa apa yang merasuk fikiran Victoria itu,langsung tidak Sun Young ketahui.Sun Young menoleh ke arah Victoria yang sedang meandu dengan riak wajah yang tegang itu.

"Where are we going?"Soal Sun Young sekali lagi.

"Kampung Sun Young dekat mana?"Soal Victoria,masih lagi tidak menoleh ke arah wanita itu.

"Changwon.Kenapa,unni?"Soal Sun Young,hairan.

"Batalkan semua aktiviti unni.Kita akan pergi ke Changwon sekarang juga,"kata Victoria.

"Apa?!"

"Kenapa dengan unni ni???"

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ