14

Opposite Attracts

Yun dan Wan begitu asyik memerhatikan Victoria yang sedang menaip sesuatu pada skrin telefon bimbitnya itu.Sekali sekala Victoria turut memandang ke arah dua beradik itu.Kedua-dua saudara kembar itu kelihatan sedang tersenyum ke arahnya.Victoria kemudiannya meletakkan telefon bimbitnya di atas sofa sebelum dia memandang ke arah mereka.

"Kenapa Yun dengan Wan pandang Noona macam tu?"Soal Victoria,ingin tahu.Kedua-dua kanak-kanak lelaki itu sekadar menggeleng sambil tersenyum.

"Kami suka tengok Noona.Selalunya kami tengok Noona dekat TV.Tak sangka kali ni kami dapat tengok Noona depan mata,"kata Wan.Kata-katanya itu membuatkan Victoria tersenyum.

"Betul ke Yun dengan Wan suka tengok Noona dekat TV?" Soal Victoria,berminat untuk tahu.

"Kami memang suka tengok Noona dekat TV.Tapi Samcheon lagi suka tengok Noona,"kata Yun pula.Wan memukul perlahan lengan saudara kembarnya itu.Victoria yang melihat telatah dua beradik itu sekadar tersenyum.Perangai mereka sedikit pun tidak berubah dengan ByungHee.Sama-sama suka mengusik.

"Noona tahu tu.Sebab dia ada cakap yang dia tu peminat Noona.Mestilah dia suka tengok Noona juga kan?" Balas Victoria.

"Dia cakap dia minat dekat Noona saja?" Soal Yun,tidak percaya.Victoria sekadar mengangguk.Yun menoleh ke arah Wan.

"Apalah Samcheon tu...lambat betul.Dia bukannya nak cakap terus terang dengan Noona,"kata Yun.Sekali lagi lengannya dipukul oleh Wan.

"Yun...kan Samcheon dah cakap yang kita tak boleh cakap apa-apa dengan Noona.Nanti Samcheon marah kita nanti macam mana?Mesti kita dah tak dapat duit belanja lagi,"kata Wan.Victoria kemudiannya mendekatkan tubuhnya ke arah kedua-dua beradik itu.

"Em...Noona tertanya-tanya lah apa rahsia yang Samcheon kamu berdua sorokkan tu?Apa kata kalau Yun dengan Wan beritahu saja Noona pasal rahsia tu?Noona teringinlah nak tahu,"kata Victoria.Kelihatan Wan menggeleng,tidak bersetuju dengan cadangan Victoria itu.

"Tak boleh.Kami dah janji dengan Samcheon yang kami akan tutup mulut sampailah Samcheon beritahu Noona sendiri pasal tu,"kata Wan.Victoria mencebik.

"Ala...Samcheon kamu berdua tu lambat sangatlah.Noona tak sabar nak tahu ni,"kata Victoria,cuba memujuk kedua-dua beradik itu.Yun dan Wan saling berpandangan antara satu sama lain.

"Macam mana ni,Yun?Kita dah janji dengan Samcheon,"kata Wan,sambil memandang ke arah Yun.Yun sekadar mengangkat bahunya.Mereka kemudiannya memandang ke arah Victoria.

"Baik.Kami boleh beritahu Noona.Tapi Noona kena janji dengan kami yang Noona takkan beritahu Samcheon apa yang akan kami beritahu Noona lepas ni,"kata Wan.Victoria pantas mengangguk sambil tersenyum.Yun dan Wan kemudiannya memberi isyarat kepada Victoria supaya mendekatkan wajahnya ke arah mereka.Perlahan-lahan,Victoria mendekatkan telinganya ke arah dua beradik itu.Bibir Victoria menguntum senyuman manis apabila mendengar bisikan Wan itu.

"Noona mesti janji dengan kami tau,"kata Wan lagi,mengingatkan Victoria.Victoria tersenyum sambil mengangguk.

 

"Yun,Wan!Jom!" Jerit ByungHee yang sedang menuruni anak tangga itu.Yun dan Wan menoleh ke arah ByungHee sebelum mereka menoleh semula ke arah Victoria.

"Noona janji tau,"kata Wan lagi.

"Arasso.Noona janji,"kata Victoria,bersungguh-sungguh.ByungHee kemudiannya berjalan ke arah mereka.

"Vic,awak nak ikut kami sekali?" Soal ByungHee sambil membetulkan rambutnya yang berwarna hitam itu.

"Awak nak pergi mana?" Soal Victoria,cuba menyembunyikan senyumannya kepada lelaki itu.

"Kami nak pergi tempat SeungHo Hyung.Jomlah,Noona.Noona mesti suka,"kata Yun,bersungguh-sungguh mahu mengajak wanita itu untuk menyertai mereka.ByungHee sekadar memandang ke arah Victoria.Victoria turut membalas pandangan ByungHee terhadapnya itu.

"Okey.Noona ikut,"kata Victoria.

 

 

"Wah,saya tak tahu pun awak ada kandang kuda awak sendiri,SeungHo,"kata Victoria,teruja melihat kuda-kuda milik SeungHo yang berada di dalam kandang itu.SeungHo sekadar tersenyum.

"Saya cuma tolong uruskan apa yang patut saja,Victoria.Apa yang pasti,jiwa saya tetap berada pada Coffee Princes,"kata SeungHo sambil memandang ke arah ByungHee.ByungHee turut tersenyum apabila mendengar kata-kata SeungHo itu.Kata-kata SeungHo itu ada benarnya.Walaupun mereka berasal dari keluarga yang berlainan latar belakang,namun persahabatan mereka sangat erat kerana adanya Coffee Princes itu.

"Okeylah.Yun dengan Wan nak naik kuda yang mana kali ni?" Soal SeungHo sambil menundukkan sedikit tubuhnya ke arah kanak-kanak itu.

"Kuda yang sama macam hari tu!" Jawab kedua-dua beradik itu.SeungHo tersenyum lebar sambil mengusap lembut kepala kanak-kanak itu.

"Arasso.Jom ikut Hyung,"kata SeungHo sebelum dia menoleh ke arah ByungHee.

"Kau tunjuklah tempat ni dekat Victoria.Aku tolong tengokkan anak-anak buah kau ni,"kata SeungHo,sebelum dia menguntum senyuman penuh makna kepada ByungHee.ByungHee angguk.ByungHee kemudiannya menoleh ke arah Victoria.

"Jom?" Soal ByungHee.Victoria angguk sambil tersenyum.Hatinya berbunga apabila ByungHee mencapai tangannya sebelum lelaki itu menggenggam erat tangannya itu.

 

"Saya tak beranilah nak tunggang kuda ni,ByungHee,"kata Victoria sambil memandang ke arah kuda berwarna putih di hadapannya itu.ByungHee yang sedang mengusap lembut badan kuda putih itu sekadar tersenyum.

"Kalau macam tu,awak naiklah dengan saya.Rugi tau kalau awak tak merasa tunggang kuda ni.Kita boleh jalan-jalan keliling tempat ni,"kata ByungHee.Mata Victoria terbuka luas.

"Naik dengan awak?" Soal Victoria.

"Tadi kan awak cakap yang awak takut nak tunggang kuda ni seorang diri.Jadi,biarlah saya yang naik sekali dengan awak,"kata ByungHee,mempamerkan riak wajahnya yang selamba itu.

"Em...tak apalah,ByungHee.Saya tengok awak naik sajalah,"kata Victoria.ByungHee yang kini sudah pun berada di atas kuda itu memandang ke arah Victoria,sebelum dia menghulurkan tangannya ke arah Victoria.Victoria memandang ke arahnya.

"Jom,"kata ByungHee.

"Tak apalah,ByungHee.Saya boleh jalan-jalan sendiri,"kata Victoria,memalingkan wajahnya daripada ByungHee.

"Saya kata naik.Jom,"kata ByungHee,tetap berdegil.Victoria memandang ke arah tangan ByungHee itu.Victoria melepaskan keluhan kecil sebelum dia mencapai tangan ByungHee itu.ByungHee tersenyum kemenangan.

"Pegang saya kuat-kuat."Kata ByungHee,memperkemaskan pautan tangan Victoria pada pinggangnya itu.Muka Victoria berubah merah.

"Em...awak jangan bawa laju-laju sangat tau,ByungHee."Kata Victoria,masih lagi gementar apabila berada di atas kuda itu.ByungHee sekadar tersenyum sambil mengangguk.

 

Mereka diam seribu bahasa sepanjang mereka menunggang kuda itu tanpa langsung ditemani oleh SeungHo dan kedua-dua saudara kembar itu.Victoria pula terus memaut tubuh ByungHee,bimbang terjatuh daripada tunggangan kuda itu.ByungHee pula terus menunggang kuda itu dengan tenang.

"Song Qian..."

Victoria terkejut apabila menyebut nama sebenarnya.Victoria memandang ke arah ByungHee yang sedang membelakanginya itu.

"Tak ada apa-apa.Saya cuma rindu nak sebut nama awak,"kata ByungHee.Victoria sekadar tersenyum nipis.

"Awak suka tak dengan tempat ni?" Soal ByungHee.Victoria mengangguk,sebagai menjawab pertanyaan lelaki itu.

"Kalau awak suka,lepas ni saya boleh bawa awak ke sini lagi.Saya boleh ajar awak tunggang kuda pula,"kata ByungHee.Victoria mengangguk lagi.Mereka kemudiannya diam semula.

"ByungHee."

"Ya?"

"Em...apa yang awak buat semenjak saya pulang ke China dulu?" Soal Victoria,ingin tahu.ByungHee tidak segera menjawab.Victoria pula terus menanti jawapan daripada lelaki itu.

"Saya buat macam-macam kerja.Bila waktu belajar...saya akan belajar.Bila ada waktu kosong,saya akan tolong nenek.Lagi-lagi sejak omma sakit,jadi kerja saya semakin bertambah,"kata ByungHee.

"Awak tak penat dengan semua kerja tu?" Soal Victoria.ByungHee tersenyum.

"Tak.Saya suka.Banyak benda saya boleh belajar.Melalui nenek dengan omma...saya dapat belajar macam mana nak buat kek coklat kegemaran awak.Melalui mereka juga,saya dapat belajar macam mana nak tanam dan jaga bunga matahari,supaya saya dapat tunjukkannya kepada awak bila awak kembali ke Korea semula nanti,"kata ByungHee.Victoria tersenyum apabila mendengar kata-kata lelaki itu.

"Gomawo,ByungHee,"ucap Victoria,perlahan.

"Kenapa?" Soal ByungHee.

" Sebab awak sedikit pun tak pernah lupakan saya," kata Victoria.ByungHee tersenyum.

"Kan saya dah janji yang saya akan tunggu awak sampai awak kembali semula ke Korea?Dan sekarang...awak dah pun berada di sisi saya. Saya rasa sangat gembira yang awak dah kembali,"kata ByungHee.Victoria tersenyum lebar apabila mendengar kata-kata lelaki itu sebelum dia memeluk erat tubuh lelaki itu,tanpa dia sedari.

 

Mereka duduk berdua di atas rumput sambil memandang ke arah pemandangan matahari terbenam itu.

"Kan seronok kalau saya boleh tengok pemandangan cantik macam ni dekat Seoul,"kata Victoria,matanya langsung tidak mahu dilepaskan daripada memandang ke arah pemandangan yang amat mendamaikan jiwanya itu.ByungHee menoleh ke arahnya.

"Kalau macam tu,awak tinggallah terus di sini,"kata ByungHee.Victoria memandang ke arahnya.

"Awak pun tahu kan,yang saya akan balik semula ke Seoul juga suatu hari nanti,"kata Victoria.ByungHee mengalihkan pandangannya daripada Victoria.

"Kalau macam tu,saya nak waktu berhenti daripada terus berjalan.Sebab saya tak nak berpisah dengan awak lagi,"kata ByungHee,perlahan.Victoria tersenyum.

"Saya janji yang saya akan datang semula ke sini.Saya janji,kita takkan berpisah dengan lama macam dulu lagi,"kata Victoria.ByungHee menoleh ke arahnya.

"Betul ni?" Soal ByungHee,inginkan kepastian.Victoria tersenyum sambil mengangguk.ByungHee turut membalas senyumannya,sebelum dia membaringkan tubuhnya di atas rumput.

"Lega hati saya bila dengar awak cakap macam tu,"kata ByungHee,sambil memejamkan matanya.Bibirnya masih lagi menguntum senyuman puas hati.Victoria pula sekadar memandang ke arahnya.

 

"Dia cintakan Noona sejak dari dulu lagi sampai sekarang."

 

Kata-kata Yun dan Wan itu masih lagi ligat bermain dalam fikirannya itu.Victoria langsung tidak mengalihkan pandangannya daripada ByungHee yang sedang berbaring di atas rumput itu.Kelihatan lelaki itu langsung tidak menyedari  pandangan Victoria terhadapnya itu.

Victoria kemudiannya mendekatkan tubuhnya ke arah lelaki itu.Perlahan-lahan,dia mendekatkan wajahnya kepada ByungHee,sebelum dia mencium lembut bibir lelaki itu.ByungHee yang terkejut dengan tindakan Victoria itu segera membuka matanya.Victoria memandang ke arahnya sambil tersenyum.

"Vic...Victoria?" Soal ByungHee,terkejut.Tanpa menghiraukan ByungHee yang masih lagi terkejut dengan tindakannya itu,sekali lagi Victoria mencium bibirnya.

"Terima kasih sebab menunggu saya selama ni,ByungHee,"kata Victoria,sambil tersenyum.ByungHee pula terus kaku di situ.Victoria kemudiannya bangun dari situ,meninggalkan ByungHee yang masih lagi terkejut itu.Namun langkahnya terhenti seketika apabila lengannya dipaut oleh ByungHee dari belakang.Dia menoleh ke arah ByungHee.

"Dan...ini pula denda untuk awak sebab awak membuatkan saya terseksa menunggu awak selama ni,"kata ByungHee sebelum dia mencium lembut bibir wanita itu.Giliran Victoria pula yang terkejut dengan ciuman mengejut daripada ByungHee itu.Namun,dia memejamkan matanya secara perlahan-lahan,sebelum dia memaut leher ByungHee dengan kedua-dua lengannya itu.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ