19

Opposite Attracts

"Oh...jadi Sun Young dengan Song Qian dah nak balik ke Seoul semula minggu depan?" Soal Puan Jung.Victoria yang sedang menolak kerusi roda yang dinaiki oleh Puan Jung itu sekadar tersenyum nipis.

"Saya ada hal yang perlu diuruskan dekat sana,eomeoni.Kalau diikutkan hati saya,saya memang dah tak nak balik ke sana.Saya suka duduk dekat sini.Rasa tenang saja,"kata Victoria.Puan Jung tersenyum sambil mengangguk.

"Mestilah Song Qian suka tingga dekat sini.Sebab dekat sini,ada Jung ByungHee.Dekat Seoul tak ada,"kata Puan Jung,seraya mengusik.

"Eomeoni~~~"Victoria berasa malu apabila diusik oleh Puan Jung.Puan Jung ketawa kecil.Victoria kemudiannya memberhentikan kerusi roda yang dinaiki oleh Puan Jung bersebelahan dengan bangku kayu.Victoria kemudiannya melabuhkan punggung di atas bangku kayu , berhadapan dengan Puan Jung.

"Jadi,macam mana dengan ByungHee?Song Qian suka bila dapat jumpa semula dengan ByungHee?" Soal Puan Jung.Victoria mencapai tangan Puan Jung sebelum diramasnya dengan lembut.

"Saya suka sangat,eomeoni.Saya betul-betul tak sangka yang saya dapat jumpa semula dengan kawan saya yang paling rapat sejak saya kecil dulu,"kata Victoria.

"Eomeoni yakin yang ByungHee mesti lagi suka bila dia dapat jumpa dengan Song Qian lagi.Kalau Song Qian nak tahu,dia selalu tau cerita pasal Song Qian dekat eomeoni.Apa yang Song Qian suka...apa yang Song Qian tak suka...semua dia tahu.Dari situlah,eomeoni mula sedar yang Song Qian bukanlah seorang yang biasa-biasa dalam hidup dia.Tetapi Song Qian seorang yang sangat penting dan istimewa dalam hidup dia.Sebab tu dia sanggup tunggu Song Qian sampai sekarang.Dia yakin yang Song Qian akan kembali semula kepada dia,"kata Puan Jung sambil meletakkan tangannya di atas tangan Victoria yang sedang memegang tangannya itu.

"Eomeoni...eomeoni rasa...saya layakkah untuk dia?" Soal Victoria,perlahan.

"Sebab saya rasa...dia terlalu baik untuk saya.Dunia kami berbeza.Saya tak nak kalau sesuatu perkara buruk terjadi kepada dia kalau dia terus bersama dengan saya.Saya cuma nak dia bahagia macam sekarang,"kata Victoria.

"Kenapa Song Qian cakap macam tu?Song Qian tak yakin ya dengan cinta ByungHee terhadap Song Qian?" Soal Puan Jung.

"Bukan macam tu,eomeoni.Saya cuma...saya cuma takut kalau ByungHee oppa tak faham dengan dunia saya.Dan saya takut kalau dia dah tak mampu untuk tunggu saya seperti yang dia dah pernah tunggu saya selama ni,"kata Victoria.Puan Jung tersenyum.

"Itu maknanya Song Qian masih belum yakin dengan cinta ByungHee.Eomeoni kenal dengan ByungHee.Dia takkan buat macam tu.Kalau dia tak faham dengan dunia Song Qian,dia takkan tunggu Song Qian langsung pun.Entah-entah,dia dah lupa pun dengan Song Qian.Tapi ByungHee tak buat macam tu kan?Sebaliknya dia terus abadikan kenangan dia dengan Song Qian selama dia tunggu Song Qian dekat sini,"kata Puan Jung,meyakinkan Victoria.Victoria tersenyum ke arahnya.

"Saya sayangkan dia,Eomeoni.Kalau bukan sebab dia,saya takkan jadi macam ni.Ketika semua orang pinggirkan saya...dialah satu-satunya yang sudi berkawan dengan saya.Saya takkan lupa semua tu,eomeoni.Kalau kerjaya saya ni...menghalang saya untuk bersama dengan ByungHee oppa..."Kata Victoria.Dia mengeratkan genggaman tangannya terhadap Puan Jung itu.

"...Saya sanggup tinggalkan semua tu."Sambung Victoria lagi.

"Song Qian...tak perlu buat semua tu.Itukan impian Song Qian,"pujuk Puan Jung.Voctoria tersenyum lebar.

"ByungHee oppa juga merupakan impian saya,eomeoni.Dia juga penting dalam hidup saya.Saya tak nak abaikan dia.Saya tak nak biarkan dia terus menanti saya.Saya nak selalu berada di sisi dia,"kata Victoria,nekad.Puan Jung mengusap lembut pipi gebu wanita muda itu sambil tersenyum.

"ByungHee mesti gembira kalau dia dengar semua ni,"kata Puan Jung.Victoria tersenyum lagi.

 

"Oh,dekat sini rupanya,"kata ByungHee,yang baru sahaja muncul itu.Victoria dan Puan Jung menoleh ke arahnya.ByungHee mencium lembut pipi ibunya sebelum dia mengambil tempat di sebelah Victoria.Perlahan-lahan,dia mencium lembut pipi Victoria sambil tersenyum.

"Oppa dah habis ke tolong nenek dekat ladang tadi?" Soal Victoria.

"Em,dah.Terima kasih ya sebab temankan omma dekat sini,"kata ByungHee sambil tersenyum.

"Nampak macam rancak saja berbual tadi.Ada benda yang oppa tak tahu ke?" Soal ByungHee,berminat untuk tahu.Victoria menoleh ke arah Puan Jung.Puan Jung sekadar tersenyum.

"Rahsia perempuan,ByungHee.Lelaki mana boleh tahu,"kata Puan Jung.

"Oh...ni mesti Vic mengadu dekat omma pasal oppa ekh?" Soal ByungHee sambil mencubit lembut pipi Victoria.

"Mana ada,oppa.Sakitlah!" Victoria melepaskan tangan ByungHee yang mencubit pipinya itu.

"Ingat oppa nak percayalah.Okey,tak apa.Nanti oppa tanya omma sendiri,"kata ByungHee sambil menoleh ke arah ibunya.Puan Jung sekadar tersenyum,bahagia dengan kemesraan ByungHee dan Victoria walaupun dia tidak dapat melihatnya dengan sendiri.

 

 

Victoria tidak senang duduk apabila menyedari dirinya yang asyik diperhatikan oleh ByungHee itu.Ketika itu,kedua-dua mereka sedang baring meniarap di atas katil sambil melihat foto-foto lama mereka ketika kecil.

"Oppa,janganlah pandang Vic macam tu.Seganlah,"kata Victoria.Namun ByungHee langsung tidak mengendahkan kata-katanya.Dia terus memandang ke arah Victoria yang berada di sebelahnya itu.Victoria kemudiannya menghalang ByungHee daripada terus memandang ke arahnya dengan tangan.

"Janganlah,Vic.Oppa tak puas lagi tengok Vic ni,"kata ByungHee,sambil mengalihkan tangan Victoria.Victoria menoleh ke arahnya.

"Nanti oppa bosanlah kalau tengok muka Vic lama-lama,"kata Victoria.

"Oppa takkan rasa bosanlah.Oppa lagi rasa rindu adalah,"balas ByungHee.Victoria menampar lembut pipi ByungHee sambil tersenyum.

"Eee..mengada-ngadanya,"kata Victoria,ByungHee tertawa kecil.Perlahan-lahan,dia memaut bahu Victoria sambil menoleh ke arah foto-foto lamanya itu.

"Eee...tak sangka oppa ni betul-betul bulat macam Gom kan?" Soal ByungHee.Victoria angguk.

"Memang bulat pun.Macam nak meletup pun ada,"kata Victoria,sengaja mengusik.

"Yah!Tak adalah bulat sangat macam nak meletup kan?" Soal ByungHee,tidak puas hati.

"Betullah.Vic tengok pun takut tau.Takut kalau tiba-tiba oppa meletup bila Vic berdiri sebelah oppa,"kata Victoria,sebelum dia ketawa di hujung kata-katanya.

"Amboi,sukanya dia.Ala...tapi bulat-bulat oppa pun,Vic suka dekat oppa juga kan?" Soal ByungHee,sambil menoleh ke arah Victoria.Victoria sekadar tersenyum.

"Kalau sekarang oppa masih kekal bulat macam Gom pun,Vic suka juga,"kata Victoria sambil memandang ke arah ByungHee.ByungHee turut memandang ke arahnya.

"Yah~~~macam manalah oppa nak teruskan hidup oppa dekat sini tanpa Vic?Vic tak pergi lagi pun,oppa dah rasa rindu dah,"kata ByungHee sambil mengusap lembut pipi Victoria.

"Kan Vic dah janji yang Vic akan balik ke sini semula nanti?Oppa dah lupa?" Soal Victoria.

"Kali ni oppa memang tak boleh halang Vic dari pergi kan?" Soal ByungHee,perlahan.Victoria tersenyum hambar.

"Oppa boleh tunggu Vic lagi kan?"Soal Victoria.

"Kalau nanti oppa rindu sangat dekat Vic nanti,oppa akan pergi ke Seoul terus jumpa dengan Vic,"kata ByungHee.

"Jinja?" Soal Victoria,tidak percaya.

"Sekurang-kurangnya oppa dapat tengok Vic dari jauh pun dah cukup dah bagi oppa,"kata ByungHee.Victoria tersenyum lebar.

"Oppa..."

"Hm?"

"Vic ada sesuatu nak tunjuk dekat oppa.Oppa tutup mata sekejap boleh?" Soal Victoria sambil tersenyum.

"Surprise apa pula ni?" Soal ByungHee.

"Ala oppa ni.Cepatlah tutup mata tu,"kata Victoria,tidak sabar.

"Okey okey.Oppa tutup mata sekarang,"kata ByungHee sebelum dia memejamkan kedua-dua matanya.

 

Cup!

 

ByungHee tergamam apabila Victoria mencium bibirnya.Victoria memandang ke arahnya sambil tersenyum.

"Surprise!" Kata Victoria.

"Vic?" Balas ByungHee.

"Kenapa?" Soal Victoria.

"That's all?Itu yang Vic panggil ' Surprise' ?" Soal ByungHee.Wajah Victoria berubah merah.

"Yah!"

ByungHee ketawa besar apabila melihat wajah Victoria yang berubah merah itu.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ