03

Opposite Attracts

"Jadi kamu berdua bercutilah sekarang ni?"Soal Puan Park sambil memandang ke arah Sun Young dan Victoria yang sedang duduk berhadapan dengannya itu.Sun Young pantas mengangguk sebagai menjawab pertanyaan neneknya itu.

"Berapa lama cuti?"Soal Puan Park,ingin tahu.Sun Young menoleh ke arah Victoria.Begitu juga dengan Victoria.Puan Park pula sekadar memandang ke arah kedua-dua wanita itu.

"Sun Young ah? Ni mesti ada sesuatu yang Sun Young rahsiakan daripada nenek kan?" Soal Puan Park.Sun Young menoleh ke arah Puan Park.

"Eh,mana adalah nenek.Sun Young cuma...cuma..."

"Mungkin dalam seminggu kami akan bercuti dekat sini.Em...nenek tak kisah kan kalau saya nak tinggal untuk sementara waktu dekat sini selama seminggu?" Soal Victoria,memotong percakapan Sun Young.Sun Young terkejut dengan kata-kata Victoria itu?Seminggu?Apa yang harus dia katakan kepada pihak pengurusan agensinya sekiranya Victoria menyepi selama seminggu tanpa sebarang khabar?Puan Park tersenyum lebar apabila mendengar kata-kata Victoria itu.

"Seminggu saja? Kalau nak duduk sebulan pun tak apa.Nenek tak kisah.Lagipun nenek memang suka kalau ramai orang nak tinggal dekat rumah nenek ni,"kata Puan Park,berbesar hati.Victoria tersenyum lebar.

"Kamsahamida,"ucap Victoria.

 

Perbualan mereka terganggu seketika apabila perhatian mereka teralih ke arah ByungHee yang sedang menuruni anak tangga dengan langkah yang pantas itu.

"Nak pergi mana tu,ByungHee?" Soal Puan Park,sambil menoleh ke arah cucu lelaki tunggalnya itu.ByungHee yang memakai sweater berwarna merah berserta seluar pendek putih itu menoleh ke arah Puan Park.Sekali sekala dia memandang ke arah Victoria yang sedang turut memandang ke arahnya itu.Victoria segera mengalihkan pandangan matanya apabila menyedari lelaki itu sedang turut memerhatikannya.ByungHee sekadar tersenyum nipis.

"ByungHee nak keluar dengan kawan kejap,"kata ByungHee sambil mengambil kasut yang tersimpan di dalam rak itu.

"Tak nak makan dulu ke?" Soal Puan Park.

"Tak payahlah,nek.ByungHee makan dekat luar saja.Lagipun,ByungHee ada kerja sikit nak buat dekat luar ni,"kata ByungHee,sambil mengikat tali kasut.

"Yelah.Hati-hati keluar tu,"pesan Puan Park.Victoria sekadar mendengar perbualan dua beranak itu.

"Okey.ByungHee pergi dulu,"kata ByungHee,sebelum beredar.Sekali sekala dia memandang ke arah Victoria.Namun Victoria langsung tidak mengendahkan pandangan ByungHee terhadapnya.ByungHee sekadar tersenyum.Dia kemudiannya beredar dari situ,meninggalkan ketiga-tiga wanita itu di ruang tamu.

 

"Itulah satu-satunya cucu lelaki nenek.Jung Byung Hee namanya,"kata Puan Park sambil tersenyum.

"Dia dengan Sun Young ni sepupu.Mereka memang rapat sejak dari kecil lagi.Dah macam adik beradik dah,"kata Puan Park lagi.Victoria sekadar tersenyum.Begitu juga dengan Sun Young.

"Betul tu,unni.Kami memang dah lama tinggal dengan nenek sejak dari kecil lagi,lepas kedua-dua ibu bapa saya meninggal dunia,"kata Sun Young.Victoria angguk apabila mendengar cerita Sun Young itu.

"ByungHee pula?"Soal Victoria,ingin tahu.

"Ibu bapa ByungHee bercerai waktu dia kecil.Jadi...nenek sajalah yang jaga dia dari kecil sampai sekarang,"kata Puan Park.Victoria kemudiannya mengambil cawan berisi teh itu sebelum diteguknya perlahan.

"Nenek ada dengar cerita pasal pertunangan Victoria dengan anak orang kaya dari London sebelum ni.Dia tahu tak yang Victoria ada dekat Changwon sekarang ni?" Soal Puan Park,ingin tahu.Victoria yang sedang minum itu terbatuk-batuk apabila mendengar pertanyaan daripada Puan Park itu.Sun Young turut terkejut dengan soalan mengejut daripada neneknya itu.

"Gwenchana?"Soal Puan Park,bimbang.Victoria yang masih lagi terbatuk-batuk itu sekadar menggeleng.

"Saya okey.I'm fine,"kata Victoria,sambil mengurut-urut dadanya itu.

"Nenek!Kenapa tanya soalan macam tu?Tengok unni dah tersedak dah,"kata Sun Young.

"Apa yang nenek cakap?Nenek cuma tanya saja,"kata Puan Park,tidak mengerti.Victoria kemudiannya tersenyum.

"Tak ada apa-apa,nenek.Salah saya.Saya yang gelojoh tadi,"kata Victoria,sambil memijak kaki Sun Young di bawah meja itu.Sun Young menahan rasa sakit pada kakinya itu.

"Nenek sukalah tengok tunang Victoria.Handsome...berkerjaya pula tu.Siapa namanya ekh?Lee..Lee Joon?"Soal Puan Park.Victoria pura-pura ketawa.

"A'ah.Lee Joon namanya,"kata Victoria,cuba berlagak biasa.

"Jadi bila Victoria nak berkahwin dengan Lee Joon tu?"Soal Puan Park.

"Huh?Kahwin?Em...saya pun tak pasti.Sebab masing-masing sibuk dengan kerja.Jadi,saya pun tak tahu,"kata Victoria.Sun Young sekadar mendengar.Aish,nenek ni.Unni baru nak lupakan lelaki tu...

 

"Sayanglah pula rasanya..."Keluh Puan Park.Victoria dan Sun Young masing-masing memandang ke arah wanita itu.

"Kenapa pula ni,nek?"Soal Sun Young.Puan Park memandang ke arahnya.

"Sayanglah sebab Victoria dah ada orang yang punya.Kalau Victoria masih solo...boleh juga nenek jodohkan dengan cucu nenek tu,"kata Puan Park,berterus-terang.Entah mengapa,muka Victoria berubah merah apabila mendengar kata-kata Puan Park itu.

"Apa nek?Maksud nenek...nenek nak jodohkan Victoria unni dengan ByungHee oppa tu?"Soal Sun Young,tidak oercaya.Puan Park angguk perlahan.

"Nenek suka tengok Victoria.Cantik..baik..lemah lembut..berkerjaya..cukup pakej,"kata Puan Park.Manakala Victoria pula terus kelu untuk berkata-kata.

"Amboi nenek ni.Baru pertama kali jumpa dengan unni..terus terfikir nak buat cucu menantu,"kata Sun Young,berseloroh.Puan Park tersenyum.

"Nenek cuma risaukan sepupu kamu tu,Sun Young.Sibuk sangat dengan kerja tu sampai tak ada masa nak bercinta langsung,"kata Puan Park.

"Eh...bukan oppa ada ramai peminat ke?Takkanlah seorang pun dia tak berminat,"kata Sun Young.

"Sepupu kamu tu memilih sangat..."Balas Puan Park.

"Dia yang terlalu memilih...ataupun Noona dia yang memilih?"Soal Sun Young lagi.

"Em..sama jelah tu.Nenek tak tahu nak cakap apa dah,"kata Puan Park.Dia kemudiannya memandang ke arah Victoria sambil tersenyum.

"Victoria janganlah marah ekh?Nenek saja cakap macam tu.Apa-apa pun nenek tetap doakan kebahagiaan Victoria dengan Lee Joon.Kamu berdua nampak sepadan sangat,"kata Puan Park.Victoria sekadar tersenyum nipis.

"Victoria berehatlah dulu ya.Nanti Sun Young tunjukkan bilik.Nenek nak sambung buat kerja dekat belakang,"kata Puan Park,sebelum dia beredar dari situ.Victoria kemudiannya bersandar pada kerusi itu.

"Padan dengan Lee Joon?Oh please..."ngomel Victoria,perlahan.

"Miane...nenek memang macam tu,"kata Sun Young.Victoria sekadar tersenyum nipis.

"It's okay.Dia pun tak tahu perkara sebenar.Malas unni nak ingat pasal lelaki tu lagi dah,"kata Victoria.Sun Young yang memandang ke arah Victoria itu kemudiannya menguntum senyuman nakal.

"Tapi kan...kenapa muka unni merah ya bila nenek cakap yang dia teringin nak jodohkan unni dengan ByungHee oppa?"Soal Sun Young,sengaja mengusik.Mata Victoria terbuka luas apabila mendengar soalan Sun Young itu.

"Yah!Mana adalah.Mana...mana ada muka unni merah!"Balas Victoria.Sun Young mencebik.

"Oooo...unni mesti dah tersangkut dengan ByungHee oppa kan?"Soal Sun Young lagi.

"Aniyo!Hello...unni baru saja jumpa dia okey?Unni takkan tersangkut dengan dia dengan mudah tau.By the way...he's not my ideal type lah,"kata Victoria.

"We'll see unni.Lagipun..istilah 'cinta pandang pertama' tu masih wujud tau.Manalah tahu kalau-kalau unni memang dah terjatuh cinta dekat ByungHee oppa cuma unni saja yang tak sedar,"kata Sun Young,tidak penat mengusik.

"Aish...jinja..."Balas Victoria.Sun Young sekadar ketawa apabila berasa  seronok mengusik Victoria itu.

 

 

London

 

"Apa?Victoria tak dapat dihubungi?"Soal Lee Joon,terkejut.Kedengaran dia melepaskan keluhan berat.

"It's okay.Tapi kalau ada apa-apa berita pasal dia,please let me know,okay?"Kata Lee Joon,sebelum dia menamatkan panggilan telefonnya itu.

"Mana pula dia pergi ni?"ngomelnya perlahan sambil memandang ke arah berita mengenai penangguhan penggambaran filem Victoria yang terpampang pada skrin komputer ribanya itu.Dia yakin bahawa wanita itu sedang membawa diri ke suatu tempat yang dia sendiri tidak pasti di mana.

"Kenapalah aku ni careless sangat?Padan muka aku,"katanya,tidak puas hati.Tumpuannya terganggu apabila terdengar bunyi pintu pejabatnya diketuk dari luar.

"Masuk,"katanya,lemah.Kelihatan seorang wanita inggeris melangkah masuk ke dalam pejabatnya dengan langkah yang begitu menggoda sekali.Tanpa perasaan segan silu,wanita itu memeluk Lee Joon dari belakang sambil meletakkan dagunya pada bahu Lee Joon yang sasa itu.

"Kenapa you nampak runsing saja ni?"Soal wanita itu,sambil mengusap lembut dada Lee Joon yang bidang itu.Lee Joon sekadar tersenyum.

"Kita dekat office ni,Hana.Kalau orang lain nampak macam mana?"Soal Lee Joon.Wanita itu memuncungkan mulutnya.

"You datang rumah I tak malam ni?"Soal wanita itu lagi ,separuh berbisik.Tangannya cuba membuka butang baju Lee Joon dari belakang.Lee Joon memegang tangan wanita itu,cuba untuk menghentikan tindakan wanita itu.Dia kemudiannya memusingkan tubuhnya,berhadapan dengan wanita itu.Lee Joon kemudiannya mendekatkan mulutnya pada telinga wanita itu.

"Tunggu I macam biasa.Nanti I datang,"kata Lee Joon,sebelum dia mencium lembut pipi wanita itu.Wanita itu sekadar tersenyum.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ