18

Opposite Attracts

"G.O oppa..."

ByungHee menguntum senyuman manis kepada pelanggan wanitanya yang menyentuh tangannya secara tiba-tiba sebaik sahaja dia menghidangkan hidangan yang dipesan oleh wanita itu.

"Ya,cik.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Soal ByungHee,ramah.Wajah wanita itu berubah merah apabila melihat senyuman ByungHee yang menawan itu.Victoria yang ketika itu sedang berdiri di dapur sambil ditemani oleh Mir itu,turut memandang ke arah ByungHee.

"Saya dah lama tak tengok G.O oppa dengan SeungHo oppa nyanyi sambil main piano macam dulu.Boleh tak kalau kami nak dengar oppa nyanyi sambil SeungHo oppa main piano?" Soal wanita itu,yang merupakan pelanggan setia di Coffee Princes itu.ByungHee menoleh ke arah SeungHo yang turut sedang meletakkan hidangan di atas meja pelanggan yang lain pula.SeungHo memandang ke arahnya.

"Em...kami bukan tak nak nyanyi dan main piano sekarang ni.Cuma..."ByungHee memandang ke arah Victoria yang turut sedang memandang ke arahnya itu.Victoria segera menyambung semula kerjanya di dapur bersama-sama Mir itu.

"...Cuma,hari ni kami ada banyak kerja lain yang nak disiapkan.Kalau lain kali...boleh?" Soal ByungHee.Wanita itu kelihatan hampa apabila permintaannya itu ditolak oleh ByungHee.Sekali lagi,dia mencapai tangan ByungHee lalu digenggamnya erat.

"Okey.Oppa janji tau yang oppa takkan tolak lagi permintaan saya selepas ni?"Soal wanita itu,manja.Victoria menahan geram apabila melihat ByungHee yang sengaja membiarkan tangannya dipegang erat oleh wanita lain itu.Mir yang menyedari perubahan tingkah laku Victoria itu sekadar tersenyum.

"Noona...Noona kenalah bersabar.Boyfriend Noona tu memang popular dekat Coffee Princes ni,"kata Mir.Victoria melepaskan keluhan kecil sambil menyambung semula kerjanya di situ.Walaupun ByungHee sudah menegahnya untuk tidak melakukan sebarang kerja di Coffee Princes itu,namun Victoria tetap berdegil.

"Memang selalu ke ByungHee oppa kena sentuh macam tu?" Soal Victoria.Ternyata wanita itu sedang cemburu dengan situasi yang berlaku di hadapannya itu.Mir menahan dirinya daripada ketawa.Jelas sekali Victoria sedang dilanda perasaan cemburu.Habislah G.O Hyung.Mesti susah nak pujuk girlfriend merajuk nanti.

"Em...selalu juga.G.O Hyung tu memang ramah dengan semua pelanggan dekat sini.Sebab tu ramai orang suka dengan dia.Tapi..."Mir menoleh ke arah Victoria yang sedang mengelap gelas dengan wajah yang masam mencuka itu.

"...dia sayang dekat Noona seorang saja,"sambung Mir,sambil tersenyum nakal.Victoria menyembunyikan senyumannya apabila mendengar kata-kata Mir itu.Dia berdehem beberapa kali.

"Kalau ramah sangat pun,dia tak patut biarkan orang lain suka-suka pegang tangan dia macam tu kan?" Balas Victoria,tetap tidak berpuas hati.Perbualan mereka terganggu apabila ByungHee melangkah ke arah mereka sambil tersenyum.ByungHee menghulurkan kertas pesanan kepada Mir sebelum dia menoleh ke arah Victoria.

"Hai,sayang,"sapa ByungHee.Namun sapaannya tidak dibalas oleh Victoria.Sebaliknya wanita itu segera meninggalkan dapur itu,menuju ke tingkat atas bangunan itu.ByungHee yang kebingungan itu memandang ke arah Mir.Mir sekadar bersiul sambil menjungkit bahunya.

 

 

"Kalau nak ramah sangat pun,dia boleh je kan elak tangan dia dari dipegang oleh perempuan lain?"Soal Victoria sambil memandang ke arah bunga matahari yang turut ditanam oleh ByungHee di tingkat atas bangunan Coffee Princes itu.

"SeungHo,Cheondung, dengan Mir tak ada pula nak biarkan tangan mereka dipegang rapat macam tu.Memang mengada-ngadalah budak Gom tu,"kata Victoria,melepaskan perasaan tidak puas hatinya kepada bunga matahari itu lagi.

"Saya tak suka tengok perempuan lain sentuh Gom saya macam tu,"kata Victoria lagi,perlahan.

 

"Miane!"

 

Victoria terkejut.Cepat-cepat dia menoleh ke arah belakangnya.Kelihatan ByungHee sedang berdiri tidak jauh darinya sambil tersenyum.Victoria kemudiannya mengalihkan wajahnya daripada terus memandang ke arah ByungHee.ByungHee kemudiannya berjalan mendekati ke arahnya.ByungHee mengambil tempat di sebelah Victoria sebelum dia menghulurkan sekuntum bunga ros kepada Victoria.Victoria pura-pura tidak memandang ke arahnya.

"Miane.Oppa tahu yang oppa dah buat Vic marah,"kata ByungHee,terus cuba memujuk.

"Miane...Hm?" Pujuk ByungHee sambil membuat riak wajah meraih simpati.Namun,Vic terus berlagak tidak mengendahkan pujukan ByungHee itu.

"Oh please,Vic.Oppa tak nak buat benda tu,"kata ByungHee,sambil menggelengkan kepalanya.Victoria menoleh ke arah ByungHee.

"Oppa pun tahu yang oppa hanya boleh pujuk Vic dengan benda tu sajakan?" Soal Victoria,sambil tersenyum sinis ke arahnya.ByungHee melepaskan keluhan berat.

"Oh..Vic...jebal..." ByungHee terus cuba memujuk teman wanitanya itu.Victoria sekadar menggelengkan kepalanya.Perlahan-lahan,ByungHee bangun dari tempat duduknya sebelum dia berdiri di hadapan Victoria.Victoria sekadar memandang ke arahnya.ByungHee kemudiannya memaksa dirinya untuk tersenyum sambil menggerakkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan.

 

gom se-ma-ri-ga han-jib-e is-seo

a-ppa-gom, eom-ma-gom, ae-gi-gom

a-ppa-gom-eun ttung-ttung-hae

eom-ma-gom-eun nal-ssin-hae

ae-gi-gom-eun neo-mu kwi-yeo-wo

eu-sseuk eu-sseuk jar-han-da

eus-seuk eus-seuk jar-han-da

 

Victoria ketawa apabila melihat aksi ByungHee yang kelihatan comel baginya itu.

"Oppa,buat lagi!" Pinta Victoria,sambil menunjukkan tali telunjuknya kepada ByungHee.

"Oppa tak nak!" Balas ByungHee.

"Oh oppa...please~~~"Pujuk Victoria sambil memandang tepat ke arah anak mata ByungHee.ByungHee melepaskan keluhan kecil.Dengan hati yang berat,dia terpaksa melakukannya sekali lagi.Victoria ketawa sehingga mengalirkan air matanya.

"Omo oppa!!!Comelnya!!!" Jerit Victoria.

"Oh,dah pandai buli oppa ekh?" ByungHee cuba untuk mendapatkan Victoria namun wanita itu lebih cepat mengelak darinya.ByungHee terus mengejar Victoria sehinggalah dia berjaya mencapai lengan wanita itu lalu ditariknya wanita itu ke dalam pelukannya.Victoria yang masih ketawa itu memandang ke arahnya.

"Sampai hati Vic buli oppa ekh?" Kata ByungHee.Victoria mencebik.

"Eleh...dia buli orang tak apa pula,"balas Victoria.ByungHee tersenyum ke arahnya.

"Jadi...Victoria dah tak marah dengan oppa lagi?" Soal ByungHee,ingin tahu.Victoria melepaskan pelukan lelaki itu.

"Vic tak suka tengok perempuan lain pegang tangan oppa macam tadi,"kata Victoria,perlahan.

"Mereka yang pegang tangan oppa.Bukan oppa yang pegang tangan mereka,"balas ByungHee.

"Tapi oppa boleh sajakan lepaskan tangan mereka?" Soal Victoria,tidak mengalah.

"Jadi,kalau Vic pegang tangan lelaki lain waktu dekat Seoul tu...Vic ingat yang oppa tak marahlah?" Soal ByungHee pula.

"Yang tu...bukannya Vic yang nak pegang.Tu kan memang kerja Vic,"balas Victoria.

"Hah...samalah dengan oppa.Oppa pun kerja juga.Oppa mesti jaga perasaan pelanggan.Betul tak?" Balas ByungHee pula,tetap tidak mahu mengalah.

"Apa-apa pun,Vic tetap tak suka,"kata Victoria.ByungHee tersenyum sambil menggeleng.

"Nasib baik bukan oppa yang jadi artis tau.Kalau tak,mesti Vic kurung oppa dalam almari sebab tak nak bagi oppa keluar berjumpa dengan perempuan lain,"kata ByungHee,seraya bergurau.

"Tau tak apa,"balas Victoria.ByungHee kemudiannya menarik lengan Victoria sebelum dipeluknya wanita itu dengan rapat.

"Miane...hm?" Sekali lagi,ByungHee mengungkap kata maafnya.Victoria kemudiannya membalas pelukan lelaki itu.ByungHee tersenyum lebar.Victoria telah memaafkan kesalahannya.

"Lepas ni...kalau Vic marah lagi dengan oppa...Vic janganlah suruh oppa menyanyi lagu Gom lagi ekh?Oppa malulah,"kata ByungHee.Victoria tertawa kecil sambil melepaskan pelukan lelaki itu.Perlahan-lahan dia meletakkan kedua-dua tangannya pada pipi lelaki itu.

"Kenapa oppa nak malu pula?Oppa nampak comellah tadi,"kata Victoria.

"Tapi oppa bukannya Gom macam dulu.Kalau dulu...oppa tak kisahlah nak buat sebab oppa memang nampak macam Gom,"kata ByungHee.Victoria tersenyum lagi.

"Sampai bila-bila pun oppa tetap jadi Gom Vic tau.Jadi...kalau Vic merajuk dengan oppa lagi selepas ni,oppa mesti kena menyanyi lagu Gom,"kata Victoria.

"Oh...perlu ke Vic belikan oppa kostum Gom?Nanti oppa boleh pakai waktu nak pujuk Vic nanti?" Soal Vic pula dengan mata yang bersinar-sinar.

"Yah yah yah...jangan nak pandai-pandai make over oppa pula ekh?Nanti oppa cubit pipi tu baru tau,"kata ByungHee.Victoria tertawa lagi sebelum dia memeluk lelaki itu kembali.

"Oppa...oppa tahu tak..betapa gembiranya hati Vic bila tahu yang...oppa ni adalah Gom yang Vic kenal dulu?"Soal Vic,perlahan.ByungHee angguk sambil tersenyum.

"Oppa...oppa tahu tak yang betapa gembiranya hati Vic bila tahu yang oppa cintakan Vic seperti Vic cintakan oppa?" Soal Victoria lagi.Sekali lagi ByungHee angguk.

"Oppa janji yang oppa akan cintakan Vic sampai bila-bila?" Soal Vic lagi.

"Hm...oppa janji,"kata ByungHee.Victoria memandang ke arahnya.

"Walau apapun yang terjadi?"Soal Victoria,inginkan kepastian.ByungHee memandang ke arahnya sambil tersenyum.

"Kalau Vic gembira tengok oppa menyanyi lagu Gom...oppa akan nyanyi untuk Vic sampai bila-bila,"kata ByungHee.Victoria tersenyum hingga menampakkan giginya yang tersusun kemas itu.Victoria menyentuh kedua-dua pipi lelaki itu sekali lagi sebelum dia mencium bibir lelaki itu.ByungHee sedikit terkejut dengan tindakan Victoria itu.Apatah lagi apabila melihat mata Victoria yang mulai bergenang itu.

"Vic...?" ByungHee mulai bimbang.Victoria sekadar tersenyum sambil menggeleng.

"Vic...Vic terpaksa balik ke Seoul minggu depan.Oppa pun tahu kan yang...semua orang dah mula tahu dekat mana Vic berada sekarang.Dan kalau boleh...Vic tak nak oppa terlibat dalam hal ni.Dan sebab tu...Vic terpaksa balik semula ke sana sebelum semuanya jadi lebih teruk,"kata Victoria.

"Tapi oppa tak boleh biarkan Vic hadapi semua masalah tu seorang diri,"kata ByungHee.

"Tak apa.Vic dah lali dengan semua benda ni.Lagipun semua tu tak semudah yang oppa sangkakan.Vic tak nak masalah Vic ni mengganggu kehidupan oppa...kehidupan keluarga oppa.Lagipun,jangan risau.Sun Young boleh tolong Vic.Selama ni Vic memang banyak berharap dengan dia.Kalau dia tak ada,Vic pun tak tahu apa nasib Vic nanti,"kata Victoria.

"Betul ni?Vic dah mula oppa risau,tahu tak?" Soal ByungHee,inginkan kepastian.Victoria angguk.

"Betul.Oppa tak perlu risau.Lagipun,bukannya oppa tak biasa dengar berita skandal Vic kan sebelum ni?" Soal Victoria,bergurau.

"Oppa jangan risau,okey?Em...Vic boleh jaga diri.Vic janji...kalau semua masalah tu dah selesai,Vic akan balik.Vic akan balik untuk jumpa dengan Gom Vic yang handsome ni,"kata Victoria sambil mencuit hidung teman lelakinya itu.ByungHee tersenyum hambar.Ternyata dia tidak suka dengan berita itu.Namun dia terpaksa akui.Victoria masih ada kehidupan peribadinya sendiri.Dia tidak ada hak untuk menyekat impian dan cita-cita wanita itu untuk terus berjaya.

"Arasso...dan oppa nak Vic tahu yang..."ByungHee memandang ke arah Victoria.

"...oppa tak pernah jemu untuk terus tunggu Victoria dekat sini,"kata ByungHee lagi.Entah mengapa,air mata Victoria mengalir apabila mendengar kata-kata ByungHee itu.

"Lah...kenapa menangis pula ni?Sepatutnya oppa yang menangis tau sebab Vic nak tinggalkan oppa,"kata ByungHee sambil menyeka air mata wanita itu.

"Oppalah...saja buat Vic rasa bersalah,"kata Victoria.ByungHee ketawa kecil.Perlahan-lahan,ByungHee memeluk wanita itu.

"Saranghae..."Ucap ByungHee.Air mata Victoria mengalir semakin laju.Dia memeluk lelaki itu dengan erat.

"Miane oppa...Tapi Vic janji yang Vic akan balik ke sini secepat yang mungkin,"kata Victoria.ByungHee angguk sambil tersenyum.

"Oppa akan terus tunggu,"kata ByungHee,mengikat satu janji.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ