05

Opposite Attracts

"Unni,saya bosanlah.Jom kita keluar nak? Lagipun dah 5 hari unni asyik terperuk saja dalam rumah," kata Sun Young sambil menaip sesuatu pada skrin telefon bimbitnya itu.Victoria tidak terus membalas pertanyaan Sun Young.Dia lebih selesa menonton televisyen , menantikan sebarang berita terkini daripada pihak media mengenai dirinya. Bimbang sekiranya timbul gosip baru yang tidak enak didengar mengenai dirinya.Apatah lagi dia sudah menyepi tanpa sebarang berita selama 5 hari.

"Unni...jomlah kita keluar jalan-jalan ke bandar.Kalau unni takut orang kenal unni,kita buat macam yang biasa kita buat waktu dekat Seoul tu lah,"kata Sun Young,cuba untuk memujuk Victoria supaya bersetuju dengan cadangannya itu.Victoria melepaskan keluhan berat.Dia terus membisu sehinggalah perhatiannya tertumpu ke arah Lee Joon yang sedang terpampang pada skrin televisyen itu.Begitu juga dengan Sun Young.

 

"Ah...mengenai Vic...dia cuma sedang bercuti sekarang.Tak ada apa-apa pun perkara buruk yang terjadi." Kata Lee Joon,sebagai menjawab pertanyaan daripada wartawan itu.

"Benarkah ada rumour mengenai Lee-ssi dan Victoria-ssi bergaduh yang menyebabkan Victoria-ssi menghilang untuk sementara waktu sekarang ni?"Soal wartawan itu lagi.Lee Joon tetap cuba memaniskan riak wajahnya sebaik sahaja wartawan itu menghabiskan soalannya.

"Oh tu tak betul.Seperti apa yang saya katakan tadi...dia cuma sedang bercuti.Saya memang tahu dekat mana dia ada sekarang ni...cuma saya dah berjanji dengan dia yang saya tak akan beritahu dekat pihak media mengenai hal ni.Sekali-sekala dia perlukan masa untuk bersendirian tu...tak salahkan?" Balas Lee Joon,tetap tenang menjawab pertanyaan daripada wartawan itu.

"Jadi rumour tu memang tak betullah?"Soal wartawan itu lagi,inginkan kepastian.Lee Joon sekadar tersenyum sambil menggeleng.

"Kalau begitu,mengenai hal perkahwinan Lee-ssi dengan Victoria-ssi macam mana?"Wartawan itu mengubah topik temuramah.

"Oh..pasal hal tu..."Lee Joon berhenti seketika sambil memandang tepat ke arah kamera yang sedang merakam temuramahnya itu.Seolah-olah dia sedang memandang tepat ke arah Victoria.

"Tunggu saja pengumuman daripada kami berdua,"kata Lee Joon,sebelum dia mengakhiri temuramah singkatnya itu.

 

"Yah! Apa yang dia mengarut ni?! "Ternyata Sun Young tidak gembira dengan apa yang baru ditontonnya sebentar tadi.Victoria pula sekadar membisu,menahan perasaan marahnya terhadap bekas tunangnya itu.Walaupun Lee Joon tetap tidak memberitahu situasi sebenar yang berlaku dalam hubungan mereka,namun dia tetap benci melihat lelaki itu bercakap mengenai dirinya setelah apa yang sudah berlaku dalam hubungan mereka itu.

"Biarkan saja dia,"kata Victoria,perlahan.Sun Young menoleh ke arahnya.Sedikit terkejut dengan kata-kata Victoria itu.

"Sekurang-kurangnya dia tak tahu di mana kita berada...dan dia tak bongkarkan perkara sebenar yang berlaku mengenai hubungan kami,"kata Victoria lagi.Satu keluhan berat dilepaskan.Sun Young terpaksa akui kebenaran kata-kata Victoria itu.

"Jadi,apa yang perlu kita buat sekarang ni,unni?Apa yang perlu kita katakan kepada pihak media lepas kita balik ke Seoul dalam tempoh 2 hari ni lagi?Dan Lee Joon oppa pula macam mana?" Soal Sun Young,bimbang.Mulut Victoria juga terkunci rapat.Dia sendiri tidak pasti untuk menjawab soalan daripada Sun Young itu.Victoria kemudiannya bangun dari tempat duduknya.

"Unni nak pergi mana tu?" Soal Sun Young.Victoria menoleh ke arah Sun Young.

"Kata nak pergi bandar tadi?" Soal Victoria pula.Mata Sun Young terbuka luas sambil tersenyum lebar.

"Betul ke unni nak keluar?" Soal Sun Young,tidak percaya.Victoria sekadar tersenyum nipis sambil mengangguk. Dia kemudiannya menoleh ke belakang.Senyumannya mengendur apabila melihat ByungHee yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka itu.Pasti lelaki itu sudah mendengar semua butir perbualan mereka itu.Tanpa sebarang kata-kata,lelaki itu terus memusingkan tubuhnya daripada Victoria,beredar dari situ.

"Oppa nak pergi mana tu?" Soal Sun Young,yang turut menyedari kehadiran ByungHee di situ.

"Pergi kerja lah,"kata ByungHee,tanpa menoleh ke arah Sun Young.

"Kami nak ikut boleh?" Soal Sun Young lagi.Victoria segera menoleh ke arah Sun Young.Sun Young turut menoleh ke arah Victoria sambil tersenyum.

"Unni mesti suka dengan tempat kerja oppa nanti,"kata Sun Young.Kening Victoria terangkat sebelah.Apa maksud Sun Young?

 

Victoria menuruni anak tangga dengan langkah yang perlahan.ByungHee yang sedang menunggu di ruang tamu itu sekadar memerhati ke arah Victoria yang berbaju lengan panjang berwarna hitam dan berseluar jean berwarna biru itu.Gaya pemakaian Victoria begitu ringkas sekali.Bukan ke tadi dia tak nak orang lain tahu mengenai kehadiran dia di sini?

ByungHee kemudiannya mencapai kain yang panjang dari tempat gantungan kot berhampiran dengan pintu rumah itu sebelum dia melilitkannya pada leher Victoria.Kain yang agak tebal itu sudah cukup untuk menutup muka Victoria sehingga ke paras mulut.Victoria yang terkejut dengan tindakan ByungHee itu menjadi kaku.ByungHee pula memandang tepat ke arah anak mata Victoria yang berwarna hazel itu.

"Awak patut pakai ni.Tak adalah orang lain cam awak nanti,"kata ByungHee,perlahan.Victoria masih lagi tidak berganjak dari situ.ByungHee pula masih lagi memandang ke arahnya.

"Unni,jom!"

Victoria segera menjarakkan tubuhnya daripada ByungHee.Begitu juga dengan ByungHee.Victoria segera menoleh ke arah Sun Young yang sedang menuruni anak tangga itu.Mujurlah Sun Young sudah datang.Kalau tidak...entah apalah yang terjadi nanti.

"Dah cepat.Oppa dah lambat dah ni,"kata ByungHee,sebelum beredar dari situ.Victoria sekadar memerhati ke arah lelaki itu.

 

Mereka akhirnya tiba di hadapan sebuah bangunan dua tingkat setelah hampir 20 minit mereka berada di dalam kereta.Victoria membaca tulisan yang tertulis pada papan kayu berwarna hitam yang terpacak di hadapan bangunan itu - Coffee Princes.

"Sun Young bawa Victoria ke tingkat dua ekh?Oppa masuk pintu belakang,"kata ByungHee sebelum dia beredar meninggalkan dua wanita itu di situ.Sun Young mengangguk sambil tersenyum.Sun Young kemudiannya mencapai tangan Victoria sebelum mengajak wanita itu melangkah masuk ke dalam bangunan Coffee Princes itu.

"Cantik tak tempat ni,unni?" Soal Sun Young,setelah mengambil tempat di suatu sudut tersorok di dalam bangunan itu.Victoria sekadar tersenyum sambil mengangguk.

"Saya dah agak yang unni mesti suka dengan tempat ni.Tempat ni...ByungHee oppa dengan kawan-kawan dia yang buat,"kata Sun Young.

"Jadi nilah business ByungHee yang nenek selalu katakan tu?"Soal Victoria,inginkan kepastian.

"A'ah.Romantik kan ByungHee oppa tu?" Balas Sun Young sambil ketawa.Victoria sekadar tersenyum.

"Selamat datang ke Coffee Princes.Boleh saya...Sun...Sun Young???" 

Sun Young menoleh apabila terdengar seseorang memanggil namanya.Bibirnya tersenyum lebar apabila melihat seorang lelaki berpakaian kemeja kuning,berseluar hitam serta apron berwarna hitam yang tersarung pada tubuh sasanya itu.

"Mireu oppa?"Balas Sun Young,tidak percaya.Sun Young segera berdiri sambil memeluk tubuh lelaki yang dipanggil Mir itu dengan erat.Victoria sekadar tersenyum sambil menggeleng.Pastinya lelaki itu adalah kenalan lama Sun Young.Atau juga mungkin teman lelakinya?

"Kenapa tak beritahu oppa yang Sun Young ada dekat sini?"Soal Mir,teruja.Dahi Sun Young berkerut apabila mendengar kata-kata Mir itu.

"Eh,ByungHee oppa tak cerita ke?" Soal Sun Young kembali.

"Tak ada pun.Dia langsung tak cerita apa-apa dekat oppa pasal Sun Young,"kata Mir.

"Ish oppa ni...saja tau nak berahsia dengan orang,"balas Sun Young.Perhatian Mir kemudiannya teralih ke arah Victoria yang sedang duduk sambil memandang ke arah pemandangan di luar bangunan Coffee Princes itu.

"Kalau saya tak silap...awak mesti Victoria-ssi kan?" Soal Mir.Victoria menoleh ke arahnya sambil tersenyum.Mata Mir terbuka luas sambil menutup mulutnya dengan tangan apabila melihat senyuman Victoria yang menawan itu.

"OMG!Betul ke awak ni Victoria???" Soal Mir,tidak percaya.

"Ish,oppa ni janganlah bising sangat.Nanti orang lain tahulah yang unni ada dekat sini,"kata Sun Young sambil menepuk lengan Mir itu.

"Opps...miane.Saya cuma teruja sebab dapat juga jumpa dengan Victoria-ssi dekat sini,"kata Mir sambil menundukkan sedikit tubuhnya kepada Victoria.Victoria sekadar tersenyum sambil menggeleng.

"It's okay.Nice to meet you...encik.."Belum sempat Victoria menghabiskan kata-katanya,Mir segera memintas percakapan Victoria sambil menghulurkan tangannya.

"Nama saya Bang Cheol Yong.Panggil saja saya Mir,"kata Mir.Victoria menyambut huluran tangan Mir.

"Nice to meet you,Mir-ssi,"kata Victoria sambil tersenyum.Sebaik sahaja Victoria melepaskan tangannya,Mir melihat ke arah tangannya yang baru sahaja bersalaman dengan artis pujaannya itu.Sun Young mencebik.

"Sudah-sudahlah tu,oppa.Dah nak tercabut dah biji mata tu Sun Young tengok,"kata Sun Young.Mir kemudiannya tersenyum malu apabila ditegur oleh Sun Young.

"Ala...Sun Young janganlah cemburu.Walaupun oppa minat dengan Victoria-ssi...tapi hati oppa tetap ada Sun Young tau,"kata Mir,mengusik.Victoria ketawa kecil apabila mendengar gurauan Mir itu.Muka Sun Young berubah merah apabila mendengar usikan Mir itu.

"Ish oppa ni.Bisinglah.Cepatlah ambil order kami.Nanti Sun Young report dekat ByungHee oppa baru tahu,"ugut Sun Young.

"Okey..okey...Victoria-ssi nak minum apa ya?" Soal Mir.

"Em...bagi saya Latte Macchiato,"kata Victoria.

"Sun Young nak Caffe Americano ya,oppa,"kata Sun Young pula.

"Okay.Pesanan akan tiba dalam 5 minit lagi,"kata Mir sebelum beredar dari situ dengan kasut rodanya itu.

"Wow...unni tak tahu pula yang Sun Young ada boyfriend dekat sini,"kata Victoria,sengaja mengusik.

"Dia bukan boyfriend sayalah unni.Dia tu memang suka mengusik.Unni tak payah layan sangat dia tu,"balas Sun Young.

 

"Latte Macchiato dengan Caffe Americano siap!" Kata Mir sambil meletakkan kedua-dua minuman itu di atas meja.Victoria tersenyum manis apabila melihat minuman kegemarannya yang sudah terhidang di hadapannya itu.

"Dan ini adalah hidangan istimewa untuk Cik Victoria kita yang manis...semanis kek coklat ini,"kata Mir lagi sambil meletakkan sepotong kek coklat di hadapan Victoria.

"Em..tapi...tapi saya tak order kek ni,"kata Victoria.Mir sekadar tersenyum.

"Saya hanya patuh kepada arahan yang diberikan oleh G.O Hyung.So..excuse me,"kata Mir sambil tersenyum sebelum dia beredar dari situ.

"G.O?" Soal Victoria.

"G.O tu nama glamour ByungHee oppa dekat kafe ni.Wow...romantiknya ByungHee oppa.Entah-entah dia mesti suka unni dalam diam kan?" Usik Sun Young.Victoria mencebik.Dia hanya memandang ke arah kek coklat itu.

"Dekat sini,cuma ada kek coklat saja ke?" Soal Victoria,ingin tahu.Sun Young menggeleng sebelum dia menikmati kopi kegemarannya itu.

"Macam mana dia tahu yang unni suka kek coklat?" Soal Victoria lagi.

"Oh..mesti dia tahu dari internet.Unni kan orang popular.Mestilah ramai orang nak tahu pasal unni melalui internet kan,"kata Sun Young,langsung tidak mengesyaki apa-apa.

"Oh...betul juga,"kata Victoria,perlahan.

Tapi...aku tak pernah cakap pun dekat siapa-siapa yang aku suka kek coklat sebelum ini.Macam mana pula dia boleh tahu?

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ