17

Opposite Attracts

Perlahan-lahan,Victoria membuka matanya sambil tersenyum,seolah-olah baru sahaja menikmati mimpi tidur yang sangat indah.Namun,senyumannya mengendur secara perlahan-lahan apabila melihat ByungHee yang sedang memandang ke arahnya sambil tersenyum itu.

"Good morning,sayang."

Wajah Victoria berubah merah apabila mendapati tubuhnya yang sedang berada dalam pelukan kemas lelaki itu.Cepat-cepat Victoria menarik selimut hingga menutup seluruh wajahnya,menyembunyikan wajahnya daripada dipandang oleh ByungHee.

"Wae?" ByungHee cuba menyelak selimut yang menutupi wajah Victoria itu namun dihalang oleh Victoria.

"Jangan tengok muka saya,"kata Victoria disebalik selimut.

"Tapi saya nak tengok muka awak,"kata ByungHee,tetap berdegil.Victoria menggeleng di sebalik selimut yang menutupi wajahnya itu.

"Tak nak...saya malu,"kata Victoria,perlahan.ByungHee tertawa apabila mendengar kata-kata Victoria yang kedengaran lucu itu.

"Okey...okey.Saya pusing badan saya ke tempat lain.Saya janji saya tak tengok muka awak,"kata ByungHee,sambil memusingkan tubuhnya daripada menghadap Victoria.Perlahan-lahan,Victoria menurunkan selimut yang menutupi wajahnya itu.Sebaik sahaja melihat ByungHee yang sedang berbaring membelakangi dirinya itu,Victoria segera bangun dari katil namun langkahnya terhenti apabila lengannya ditarik oleh ByungHee,sehingga membuatkan tubuhnya terbaring di atas tubuh ByungHee.Wajah Victoria berubah merah apabila melihat wajah ByungHee yang begitu dekat dengan wajahnya itu.Dia cuba untuk melepaskan dirinya daripada pelukan ByungHee itu,namun dia tidak berjaya.

"ByungHee..."

"Awak nak pergi mana?" Soal ByungHee,sambil memandang tepat ke arah anak mata Victoria.

"Saya nak bersiaplah.Nanti mereka tunggu kita lama dekat bawah,"kata Victoria,sengaja mencipta alasannya sendiri.ByungHee tidak langsung mempedulikan kata-kata Victoria itu,sebaliknya dia terus memperkemaskan pelukannya terhadap Victoria itu.ByungHee kemudiannya menghadiahkan kucupan pada bibir Victoria sebelum dia menguntum senyuman manis ke arah wanita itu.

"Awak nampak comel sangat waktu awak tidur tadi,"kata ByungHee sambil mengusap pipi gebu Victoria itu dengan lembut.Victoria tersenyum malu apabila mendengar pujian ByungHee itu.

"Dah lama ke awak bangun dari tidur tadi?" Soal Victoria , sambil turut menyentuh bibir ByungHee yang baru sahaja mengucup bibirnya sebentar tadi.ByungHee mengangguk.

"Kenapa awak tak kejut saya?" Soal Victoria lagi.

"Em...saya tak sampai hati nak kejut awak. Awak nampak lena sangat waktu tidur tadi.Comel sangat.Geram saya tengok,"kata ByungHee,sambil tersenyum.Victoria mencubit pipi ByungHee sehingga membuatkan lelaki itu menjerit,mengaduh kesakitan.

"Eee...awak ni memang jahat tau.Suka buat saya malu,"kata Victoria,tidak berpuas hati.ByungHee menggosok-gosok pipinya yang dicubit oleh Victoria itu.

"Kenapa awak nak malu pula?Bukan orang lain pun yang tengok awak tidur.Boyfriend awak juga yang tengok,"kata ByungHee.Victoria tergamam untuk seketika.Oh ya,hubungan mereka sudah pun maju selangkah ke hadapan.Hubungan mereka bukan lagi sekadar teman rapat.Mereka kini adalah pasangan kekasih yang baru sahaja bercinta sejak dari malam semalam.Victoria menutup wajahnya dengan kedua-dua tangannya.

"Saya rasa kepala saya dah nak meletup sangat ni,tahu tak?"Ternyata perasaan malu Victoria sudah sampai ke tahap kemuncaknya.ByungHee ketawa lagi.

"Alahai...comel sangatlah girlfriend saya ni."kata ByungHee,masih tidak jemu untuk mengusik nakal teman wanitanya itu.Victoria mengalihkan tangannya daripada terus menutup wajahnya itu.Wajah ByungHee itu ditatapnya.Perlahan-lahan,Victoria meletakkan kepalanya pada dada ByungHee,mendengar degupan jantung lelaki tersebut.ByungHee pula tersenyum sambil mengusap lembut rambut Victoria yang panjang melepasi bahu itu.

"ByungHee..." 

"Hm?"

"Awak...awak tak kisah ke ada teman wanita macam saya?" Soal Victoria,masih lagi bersandar pada dada lelaki itu.

"Kenapa awak tanya macam tu?" Soal ByungHee.Victoria mengangkat semula wajahnya sebelum dia memandang ke arah ByungHee.

"Awak tak kisah ke kalau kita terpaksa berjumpa secara rahsia selepas ni?Maksud saya...awak tak kisah ke kalau saya terpaksa merahsiakan hubungan kita ni dahulu untuk sementara waktu?" Soal Victoria,inginkan kepastian.ByungHee memandang ke arahnya.Perlahan-lahan,dia menguntum senyuman manis.

"Kalau itulah sesuatu yang saya harus hadapi untuk terus bersama dengan awak,saya tak kisah.Asalkan awak akan kekal menjadi milik saya sampai bila-bila,"kata ByungHee,sebelum dia menghadiahkan kucupan pada pipi Victoria.Victoria tersenyum lebar.

"Saya perlu uruskan sesuatu...termasuk mengenai hal pertunangan saya dengan Lee Joon.Kalau semuanya dah selesai nanti,saya janji...kita dah tak perlu merahsiakan hubungan kita lagi,"kata Victoria,sambil mengusap pipi ByungHee.

"Awak banyak berjanji dengan saya,Vic.Saya takut awak tak dapat tepati semua janji tu nanti,"kata ByungHee.Victoria menggeleng.

"Saya pasti akan tepati janji saya,ByungHee,"kata Victoria,penuh yakin.

"Kalau macam tu...saya pun nak tanya awak satu soalan,"kata ByungHee.

"Apa dia?" Soal Victoria.

"Awak tak kisah ke kalau orang lain tahu yang boyfriend awak ni...hanya orang kampung?Bukannya orang yang hebat dan kaya macam tunang awak sekarang ni?" Soal ByungHee,ingin tahu.

"Kalau saya kisah semua tu...saya takkan berada dalam pelukan awak macam ni tau,"kata Victoria sambil mencuit hidung ByungHee.ByungHee ketawa.Mereka berpandangan antara satu sama lain.

"Oppa..."

"Huh?"ByungHee terkejut apabila Victoria tidak lagi memanggilnya 'ByungHee' seperti sebelum ini.Victoria tersenyum ke arahnya.

"Betullah kan?Oppa kan tua setahun dari Vic?Memang patut pun Vic panggil Oppa sejak dari dulu lagi kan,"kata Victoria,sebelum dia mencium lembut pipi lelaki itu.

"Tapi...saya tak sukalah awak panggil saya 'oppa' ,Vic,"kata ByungHee.Kening kanan Victoria terangkat.

"Eh,kenapa pula? Bukan semua lelaki dekat Korea ni suka ke kalau mereka dipanggil 'oppa' ?" Soal Victoria.

"Memanglah.Tapi saya dah bosan.Sun Young pun panggil saya oppa. Saya tak dapat rasakan keistimewaan istilah 'oppa' dekat situ,"kata ByungHee,sambil memuncungkan mulutnya.

"Okey.Kalau macam tu,awak nak saya panggil awak apa?" Soal Victoria pula.ByungHee tersenyum nakal ke arahnya.

"Kalau macam tu...saya teringinlah nak dengar awak panggil saya...sayang...saya boleh panggil awak..baby..." Kata ByungHee.Victoria memukul lengannya.

"Yah!Meremang bulu roma saya tahu tak?Gelilah!" Kata Victoria,ternyata dia membantah keras idea nakal ByungHee itu.ByungHee semakin galak ketawa.Victoria mencebik.ByungHee kemudiannya merangkul pinggang Victoria,membuatkan wanita itu bersandar semula pada dadanya yang sasa itu.

"Awak boleh panggil saya apa-apa saja yang awak suka.Saya tak kisah,"kata ByungHee,lembut.Victoria tersenyum.

"Kalau macam tu...saya nak panggil awak...ByungHee oppa,boleh?" Soal Victoria.ByungHee angguk sambil tersenyum.

"Kalau macam tu,oppa nak panggil Vic...baby,boleh?" Soal ByungHee,sekali lagi mengusik teman wanitanya itu.

"Ish oppa ni...gelilah!" Balas Victoria.ByungHee ketawa lagi.

 

 

"Sakitlah!" Sun Young menggosok-gosok dahinya yang baru sahaja menerima 'dakbam' istimewa daripada ByungHee itu.

"Kalau Sun Young tak cadangkan idea gila ni...Victoria takkan jadi hampir lemas tau,"kata ByungHee,sambil cuba untuk memberikan lagi 'dakbam' istimewanya kepada Sun Young.Namun,Sun Young cepat-cepat menutup dahinya dengan kedua-dua tangannya.

"Okey!Sun Young silap.Lagipun,Sun Young buat semua ni...sebab oppa juga,"kata Sun Young.

"Kenapa nak kaitkan dengan oppa pula?" Soal ByungHee.

"Yelah.Oppa dengan unni tiba-tiba saja tak bertegur sapa.Bila Sun Young tanya,seorang pun tak nak jawab.Sebab tulah,Sun Young buat idea gila ni.Manalah tau kalau-kalau hubungan oppa dengan unni masih boleh diselamatkan,"kata Sun Young,selamba.

"Dan...ternyata idea gila Sun Young sukses!"Kata Sun Young,sambil tersenyum puas.

"Oppa berhutang dengan Sun Young,okey?Oh bukan...oppa berhutang dengan anak-anak buah oppa tu juga.Kalau mereka tak ada,idea gila Sun Young ni tetap takkan berjalan dengan sukses,"kata Sun Young,sebelum dia ketawa.ByungHee tersenyum.

"Tapi lain kali,jangan buat macam ni lagi.Apa-apa pun,oppa tetap tak suka,"kata ByungHee.

"Baik,bos!Lepas ni,Sun Young cadangkan kita bercuti kat tempat lain pula,"kata Sun Young sambil melakukan tabik hormat kepada ByungHee.ByungHee menolak lembut kepala Sun Young,sebelum dia memandang ke arah Victoria yang sedang berjalan menuju ke arah mereka bersama-sama adik beradik kembar itu.

"Dah siap?" Soal ByungHee,sambil mengambil beg yang dipegang oleh Victoria.

"Dah.Yun dengan Wan pun dah siap kemas barang,"kata Victoria sambil memandang ke arah anak-anak saudara ByungHee dan Sun Young itu.

"Okey,jom kita balik,"kata ByungHee,sebelum dia mencapai tangan Victoria lalu digenggamnya dengan erat.Sun Young sekadar memandang ke arah mereka sambil tersenyum.Agak lama dia berdiri di situ,sehinggalah tangannya dipegang oleh Wan.

"Jomlah kita balik,Aunty Luna,"kata Wan.Sun Young tersentak.Dia kemudiannya menoleh ke arah Wan sambil tersenyum.

"Okey,jom!" Katanya.

 

 

"Jadi mereka berdua tu dah berbaiklah?" Soal Puan Park,tersenyum lebar melihat ByungHee dan Victoria yang sedang berbual di kebun bunga miliknya itu.Sun Young yang sedang duduk di sebelahnya sekadar tersenyum sambil angguk.Puan Park menoleh ke arah Sun Young.Sun Young kelihatan sedikit berbeza jika mahu dibandingkan dengan kebiasaannya.

"Gwenchana?" Soal Puan Park.Sun Young memandang ke arah neneknya.

"Kenapa nenek tanya Sun Young macam tu?Sun Young memang okey,"kata Sun Young,memaksa dirinya untuk tersenyum.

"Sun Young ah...Sun Young mungkin boleh menyembunyikan perasaan sebenar Sun Young daripada orang lain.Tapi Sun Young tak boleh tipu perasaan Sun Young dengan nenek tau,"kata Puan Park,bagaikan dapat menangkap sesuatu yang dirahsiakan oleh Sun Young itu.

"Apa nenek cakap ni?Perasaan Sun Young? Sun Young tak fahamlah apa yang nenek cakap,"kata Sun Young.

"Sun Young sebenarnya sukakan ByungHee kan?" Soal Puan Park.Sun Young terkejut.Puan Park pula tersenyum.Sun Young kemudiannya menundukkan wajahnya. Perlahan-lahan,dia menguntum senyuman hambar.

"Perasaan Sun Young ni...tak ada apa-apa,nek.Lagipun, Sun Young bukannya baru kenal dengan oppa sehari dua.Malah dah bertahun-tahun.Sun Young dah arif sangat apa yang dia suka..apa yang dia tak suka.Tiap-tiap hari Sun Young tengok oppa bersungguh-sungguh jaga bunga matahari dia tu. Untuk apa lagi dia jaga bunga matahari tu kalau bukan untuk Victoria unni kan?" Kata Sun Young,sambil memandang ke arah Puan Park.

"Sun Young...Sun Young memang sayangkan oppa...lebih daripada sebagai sepupu.Tapi Sun Young tak nak terlalu pentingkan diri sendiri.Perasaan oppa terhadap Victoria unni...sedikit pun tak pernah berubah.Sun Young dah nampak semua tu.Untuk apa lagi Sun Young harapkan dari dia.Betul tak,nek?" Soal Sun Young,sambil tersenyum.Puan Park memegang tangan Sun Young dengan erat.Sun Young sekadar tersenyum sambil memandang ke arah ByungHee yang kelihatan seronok berbual dengan Victoria ketika itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ